Pages

Saturday 16 May 2015

ZINNIRAH, bintang di malam hari~

Perkongsian ilmu oleh Dai'e Adibah : ZINNIRAH, bintang di malam hari~
- kembali kepada niat asal kita datang ke majlis ilmu, Lillahi Taala
-apa sahaja kebaikan yang dapat dari majlis ilmu adalah untuk diamalkan. sama seperti proses belajar (membawa kepada perubahan)
-golongan terbesar dalam komuniti yang memeluk Islam ketika zaman Islam baru mula berkembang adalah dari golongan hamba.
-golongan hamba memeluk Islam kerana Islam memberi pengharapan dan tidak membezakan.
- dan Zinnirah adalah datangnya dari golongan hamba. (keadaanya lemah dan da'if)
-Zinnirah adalah hamba yg dijual di pasar Mekah dan dibeli oleh tuannya (ada yg mengkhabarkan tuannya Sayidina Umar Al Khattab sebelum Umar memeluk Islam, Wallahua'alam)
-Zinnirah melaksanakan ibadahnya secara sembunyi tetapi rahsianya terbongkar dan dia akhirnya diseksa (dipukul, dihina dan diletakkan di tengah2 padang pasir yg panas terik)
-lebih dahsyat lagi, matanya telah ditusuk oleh besi yang tajam sehingga matanya buta tetapi tidak sedikitpun akidahnya berganjak.
-pada ketika itu kaum musyrikin Mekah seolah2 hilang pertimbangan logik akal, padahal mereka yang membutakan mata Zinnirah tetapi mereka mengatakan bahawa inilah balasan dari 'berhala' yg mereka sembah itu.
- Zinnirah tegas mengatakan semua ini milik ALLAH. La ila haillallah.
- ketika itu, Zinnirah diserang dan diseksa dari sudut fizikal. Datang sahabat nabi yang baik hati lagi dermawan iaitu Sayidina Abu Bakar As Siddiq yg telah membebaskan Zinnirah.
-Alhamdulillah, penglihatan Zinnirah pulih saat dia dimerdekakan. betapa tak terjangkaunya kekuasaan Allah dek logik akal.
3 pengajaran yang boleh kita dapat dari penceritaan kisah Zinnirah ini ialah:
a) Aqidahnya yang kuat : tidak takut pada ancaman nyata yg datang dari tuannya
b) Berani untuk menentang arus pada zamannya : meski fizikalnya hamba tetapi dia berjaya memerdekakan jiwanya
c) berani mengucapkan ALHAMDULILLAH ketika dirinya dilanda musibah.
Wallahua'lam.
Moga2 perkongsian ini membawa manfaat buat kita semua.
Semoga impulan aqidah dan tauhid kita kan terus kukuh dan mantap di atas jalan yang diredhai ALLAH. mari contohi Zinnirah!
Apabila ditimpa kesusahan, SABARA.
Apabila ditimpa kesenangan, SYAKARA .
Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment