Pages

Friday 22 May 2015

Jangan Tunjuk Berani Melakukan Maksiat!!

Fenomena Viral Maksiat.

1- Ini melambangkan sikap malu yang semakin menipis di dalam diri. Yang melakukan perkara yang tidak baik, tanpa segan silu berkongsi kepada umum di laman-laman sosial.

حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِي فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ


Abu Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia daripada perkataan kenabian terdahulu adalah : “Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hati mu”. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6120]


عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ : ” إِنَّ الْحَيَاءَ وَالإِيمَانَ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ ” .
Sa’id bin Jubair berkata: ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya sifat malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satu hilang, maka hilanglah yang lain. [Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : 20][1]
2- Ia juga menunjukkan satu fenomena yang kritikal, iaitu berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan amal (maksiat) di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6069][2]

3- Ia bertambah parah, apabila orang-orang yang melihat perkara di atas sebagai maksiat, turut menyumbang menjadikan ia viral dengan berkongsi di laman sosial masing-masing. Sedaya upaya, sebagai orang Islam, kita berusaha tidak menyebarkan aib saudara kita walau mereka melakukan maksiat secara terbuka, kecualilah jika terdapat keperluan atau maslahah yang besar.

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa akan membantu hambaNya selagi mana dia membantu saudaranya. Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalannya ke syurga. [Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikr wa ad-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, hadis no: 2699]

4- Apabila kita melihat maksiat-maksiat sebegini. Tegurlah ia semampu kita.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ" .

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa daripada kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Seandainya dia tidak mampu, hendaklah dengan lisannya. Seandainya dia tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Itu merupakan selemah-lemah iman. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 49]
Wallahua'lam.
www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |
Lihat Huraian di Video ini;
DOSA KECIL AKAN MENJADI BESAR - Ustaz atas pentas maksiat - Ustazah jadi model..
http://youtu.be/bGpWhw7ysHg
Sila baca penjelasannya di;
Hadis Berkenaan Orang Yang Bermujaharah (Terang-Terangan Dalam Berbuat Dosa) | Portal Rasmi Fatwa Malaysia - http://www.e-fatwa.gov.my/…/hadis-berkenaan-orang-yang-berm….
**AAM 2015; Maksiat Jariah,
Ahli Group Jangan Diam Bila Ada Kemungkaran Dilontarkan & Jangan Jadi Syaitan Bisu Tidak Menegur atau Melarangnya.
https://youtu.be/GOSGDW3VCxo


No comments:

Post a Comment