Pages

Monday 25 May 2015

ANALOGI KHABAR DARI KIAMAT..


Keimanan terhadap hari kiamat adalah di antara pokok ajaran Islam bahkan termasuk dari rukun Iman. Keimanan seseorang barulah sempurna jika dia meyakini adanya hari kiamat.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang.” (TMQ. Thahaa: 15)
وَإِنَّ السَّاعَةَ لآتِيَةٌ فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
“Dan sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang, maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.” (TMQ . Al Hijr: 85)
فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (TMQ. Al ‘Ankabut: 5)
إِنَّ السَّاعَةَ لآتِيَةٌ لا رَيْبَ فِيهَا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ
“Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.” (TMQ. Ghafir: 59)
Dalam ayat lain, Dia berfirman:
{إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا وَنَرَاهُ قَرِيبًا}
“Sesungguhnya mereka memandang hari kiamat itu jauh (tidak akan terjadi). Sedangkan Kami memandangnya dekat (waktu terjadinya)” (TMQ al-Ma’aarij: 6-7).
Imam Ibnu Katsir berkata: “Ertinya (ayat di atas): orang-orang yang beriman meyakini waktu terjadinya hari kiamat dekat, meskipun kepastian waktunya tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah , akan tetapi segala sesuatu yang akan datang maka itu dekat dan pasti terjadi” [Kitab “Tafsir Ibnu Katsir” (4/537)]
Sama hal nya akan datangnya fasa kekhilafahan ‘ala minhaj nubuwah, memang perjuangan menegakkan kembali khilafah adalah perkara yang memerlukan pengorbanan yang besar, namun kita merasa bahawa khilafah itu kian dekat, kenapa, kerana kita percaya dan yakin bahawa sesuatu yang pasti datang maka ia akan terasa dekat.
Rasulullah SAW. dalam khutbahnya sering mengatakan:
كُلُّ مَا هُوَ آتٍ قَرِيْبٌ لاَ بُعْدَ لِمَا هُوَ آتٍ
“Semua yang pasti datang adalah dekat. Tidak ada istilah jauh untuk apa yang pasti datang” (HR Baihaqi).
Jadi, bukankah kembalinya khilafah itu memang akan terasa dekat bukan?
Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah
via-- Hizbut Tahrir Malaysia --

Friday 22 May 2015

Tinta Hati.

Hari ini aku bersyukur. sekali lagi aku berjaya. meski cuma kecil ukuran kejayaannya, tetapi aku berjaya.
berjaya berpesan kepada diriku.
Aku bermula dengan bahagian paling teratas diriku.
akal ini, aku pesan jangan berfikir yang bukan-bukan,
akal ini, jangan terbayang perkara yang tiada manfaat,
akal ini, janalah buah fikiran yang berguna utk diri dan ummah.
mata ini, jangan pandang perkara yang tidak baik.
mata ini, jangan meliar memandang ajnabi.
mata ini, serakkan pandangan memandang ciptaan Ilahi
telinga ini, jangan dihidangkan dengan muzik yang lagha,
telinga ini, jangan didengar dusta dan fitnah,
telinga ini, dengarkan kalamullah.
mulut ini, jangan berkata tentang perkara yang tiada guna,
mulut ini, hentikanlah gosip melata,
mulut ini, gunalah untuk pengucapan yang baik dan soleh.
lihat tangan ini pula,
jangan berbuat maksiat,
tangan ini, jangan menggapai apa yang bukan menjadi hak,
tangan ini, selalulah menadah berdoa kepada Yang Maha Kuasa.
kupandang ke perut..
perut ini, jangan diisi rezeki yang syubhah,
perut ini, jangan diisi sehingga lelah.
agar aku masih mampu untuk beribadah.
aku beransur memesan kepada kakiku..
kaki ini, jangan melangkah ke lembah2 kehinaan,
kaki ini, jangan digerakkan ke arah jalan yang tidak diredhai..
kaki ini, panjangkanlah langkah ke rumah2NYA..
hari ini, aku masih tetap bersyukur. kerana masih aku dapat hidup pada Jumaat yang barakah. penghulu segala hari.
andai, tiada umurku panjang, panjangkanlah pesan aku kepada diriku ini kepada diri-diri yang lain.
kerana dosa cuma akan bersih jika dicuci dengan taubat dan linangan air mata.
merintihlah pada Dia.
aku pendosa. kita seorang pendosa.
>dalila<


Jangan Tunjuk Berani Melakukan Maksiat!!

Fenomena Viral Maksiat.

1- Ini melambangkan sikap malu yang semakin menipis di dalam diri. Yang melakukan perkara yang tidak baik, tanpa segan silu berkongsi kepada umum di laman-laman sosial.

حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِي فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ


Abu Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia daripada perkataan kenabian terdahulu adalah : “Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hati mu”. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6120]


عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ : ” إِنَّ الْحَيَاءَ وَالإِيمَانَ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ ” .
Sa’id bin Jubair berkata: ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya sifat malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satu hilang, maka hilanglah yang lain. [Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : 20][1]
2- Ia juga menunjukkan satu fenomena yang kritikal, iaitu berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan amal (maksiat) di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6069][2]

3- Ia bertambah parah, apabila orang-orang yang melihat perkara di atas sebagai maksiat, turut menyumbang menjadikan ia viral dengan berkongsi di laman sosial masing-masing. Sedaya upaya, sebagai orang Islam, kita berusaha tidak menyebarkan aib saudara kita walau mereka melakukan maksiat secara terbuka, kecualilah jika terdapat keperluan atau maslahah yang besar.

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Sesiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa akan membantu hambaNya selagi mana dia membantu saudaranya. Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalannya ke syurga. [Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikr wa ad-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, hadis no: 2699]

4- Apabila kita melihat maksiat-maksiat sebegini. Tegurlah ia semampu kita.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ" .

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa daripada kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Seandainya dia tidak mampu, hendaklah dengan lisannya. Seandainya dia tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Itu merupakan selemah-lemah iman. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 49]
Wallahua'lam.
www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |
Lihat Huraian di Video ini;
DOSA KECIL AKAN MENJADI BESAR - Ustaz atas pentas maksiat - Ustazah jadi model..
http://youtu.be/bGpWhw7ysHg
Sila baca penjelasannya di;
Hadis Berkenaan Orang Yang Bermujaharah (Terang-Terangan Dalam Berbuat Dosa) | Portal Rasmi Fatwa Malaysia - http://www.e-fatwa.gov.my/…/hadis-berkenaan-orang-yang-berm….
**AAM 2015; Maksiat Jariah,
Ahli Group Jangan Diam Bila Ada Kemungkaran Dilontarkan & Jangan Jadi Syaitan Bisu Tidak Menegur atau Melarangnya.
https://youtu.be/GOSGDW3VCxo


JANGAN JADIKAN KAMI SEBAB “ISLAM KELIHATAN LEMAH DAN HODOH”


Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Rabu (Yunus [10:84-87]) pada 14 Mei 2015. Antara isunya adalah doa unik yang diafazkan orang soleh di kalangan Bani Isra’il pada zaman nabi Musa AS.
Bani Isra’il gentar ketakutan. Kemarahan Fir’awn kali ini nampak sangat membara. Watikah penghapusan etnik Bani Isra’il seakan sangat hampir diwartakan si Fir’awn. Jika watikah itu dilepaskan, bermakna nyawa Bani Isra’il bakal bergantung pada sehelai rambut. Jauh lebih murah dari nyawa seekor nyamuk. Di tengah kegawatan ini, Allah memberikan ubat rohani kepada mereka dalam bentuk “PIL TAWAKKAL dan SOLAT BERJEMAAH” melalui lidah nabi Musa AS:
وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آَمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ (84) فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (85) وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (86) وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآَ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (87)
Ertinya: Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, (1) “MAKA HENDAKLAH KAMU BERSERAH DIRI KEPADANYA”, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)". Lalu mereka berkata: "KEPADA ALLAH JUALAH KAMI BERSERAH. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI LANDASAN FITNAH KESENGSARAAN BAGI KAUM YANG ZALIM GANAS. "DAN SELAMATKANLAH KAMI DENGAN RAHMATMU DARI ANGKARA KAUM YANG KAFIR". Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, (2) “DAN JADIKANLAH RUMAH-RUMAH KAMU TEMPAT SEMBAHYANG, SERTA DIRIKANLAH SEMBAHYANG DI DALAMNYA; DAN SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)" (Yunus [10:84-87]).
Ayat ini sarat dengan hikmah, antaranya:
1) Tawakkal atau berserah kepada Allah adalah terapi jiwa yang baik untuk meredakan ketakutan. Tawakkal ditekadkan oleh seorang hamba setelah segala usaha dan doa dilakukan. Walau sehebat mana sekalipun ancaman musuh, Allah jualah yang Maha Memberi Mudarat atau Manafaat. Manusia yang bertawakkal sebenarnya sedang berlindung dalam wilayah kekuasaan Allah. Wilayah ini sangat kebal dan kalis ancaman.
2) Solat berjemaah juga terapi hati yang berguna memugarkan semangat jihad dan meredakan keresahan. Ketika solat didirikan, sentuhan fizikal teman bersebelahan bersama keseragaman gerakan mengukuhkan keyakinan bahawa kita tidak berseorangan menghadapi ujian. “SEBATANG PANAH SENANG DIPATAHKAN, JIKA SEGUGUS CALANG-CALANG TANGAN BUKAN TANDINGAN UNTUK MEMATAHKANNYA.”
3) Doa yang dilantunkan Bani Isra’il juga sangat unik – “JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI LANDASAN FITNAH KESENGSARAAN BAGI KAUM YANG ZALIM GANAS.” Imam Ibn Kathir mentafsirkan doa ini dengan lafaz: “YA ALLAH! JANGAN BIAR MEREKA MENGALAHKAN ATAU MENAKLUKI KAMI. JIKA ITU BERLAKU, MEREKA AKAN MENYANGKA KEMAMPUAN MEREKA MENAKLUKI KAMI DISEBABKAN KEBENARAN AGAMA MEREKA. MEREKA JUGA AKAN BERPENDAPAT KAMI TEWAS KERANA KESESATAN AGAMA KAMI (Tafsir Ibn Kathir).
Dalam konteks zaman ini, doa Bani Isra’il itu sangat releven dengan isu akhlak sesetengah umat Islam. Berapa banyak akhlak buruk orang Islam telah memfitnah Islam tanpa sedar. Mereka berat menerima Islam kerana menilai Islam atas keserakahan nafsu sesetengah orang Islam. Pernah seorang teman perdakwah tertunduk malu di hadapan seorang Tok Batin di sebuah perkampungan orang Asli setelah Tok Batin bersuara: “MACAM MANA AGAKNYA KAMI NAK TERIMA AGAMA ISLAM YANG PENGANUTNYA SELALU SAHAJA MENCURI TANAMAN KAMI. JIKA MASUK AGAMA INI, NANTI KAMI MENJADI PENCURI SEPERTI MEREKA.”
Oleh itu, berusaha sedaya mungkin untuk tidak merosakkan Islam dengan kelemahan rohani, akhlak dan fizikal kita. Kukuhkan Islam dengan akhlak mulia. Tanamkan kesatuan seperti yang dipamerkan dalam solat berjemaah. Bertawakkal kepada Allah setelah segala usaha dan doa dipanjatkan. Inilah resepi kejayaan nabi Musa dan Bani Isra’il dalam kisah di atas.
* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:


Kematian di jalan ALLAH adalah cita-cita tertinggi kami!


Kenyataan Syeikh Al Qardhawi berkenaan hukuman mati yang di jatuhi oleh Mahkamah Mesir yang “karut”
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, kaum kerabatnya, para sahabat dan kepada semua yang mengikuti petunjuknya;
Aku telah dihubungi oleh beberapa media massa semalam dan hari ini, berikutan sebuah hukuman “karut” yang di keluarkan oleh Mahkamah yang diberi nama “Mahkamah” Jenayah Kaherah.
Saya tidak begitu mengambil berat tentang tuduhan palsu ini, malah orang-orang lain yang dipenjarakan secara zalim dan berada di dalam sangkar tertuduh itu juga tidak mengambil kisah dengan hukuman yang dijatuhkan.
Jikalau bukan kerana paksaaan dari pihak yang melakukan rampasan kuasa, sudah pasti mereka tidak akan hadirpun perbicaraan tersebut.
Ini adalah kerana penduduk Mesir dan seluruh dunia tahu bahawa tiada sebarang keputusan mahkamah yang perlu dihormati di Mesir yang sedang dikuasai oleh pihak perampas kuasa.
Sebaliknya ia (mahkamah di Mesir) merupakan salah satu alat yang digunapakai untuk melenyapkan para pembangkang yang menyeru ke arah kebebasan, kemuliaan insaniah dan keadilan sosial.
Ironinya, badan kehakiman yang sama tidak mempunyai apa-apa dakwaan salah laku ke atas Mubarak (bekas presiden Mesir) kecuali satu dakwaan salah guna harta awam dalam kes ‘Istana Presiden’. Walhal, dia (Mubarak) memerintah negara (Mesir) selama 30 tahun. (Dalam tempoh tersebut) dia telah banyak melakukan kerosakan, rompakan, penipuan terhadap negara dan pada akhir tempoh pemerintahannya dia membunuh para belia yang menyertai revolusi di Mesir. Tidak pula dia dan kedua-dua anaknya, ketua menterinya, para pemimpin partinya, menteri dalam negerinya mahupun ketua-ketua polisnya disabitkan bersalah malah tidak ada seorang pun pasukan keselamatan yang disabitkan bersalah di atas pembunuhan mana-mana para penunjuk perasaan sebaliknya presiden Mesir pertama yang dipilih melalui pilihan raya bebas dan adil pula yang dihukum mati!
Hakikatnya mereka sedang menghukum seluruh pendokong revolusi dengan menjatuhkan hukuman terhadap Mursi dan saudara ikhwannya. Seandainya mereka mampu untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas setiap yang terlibat dalam revolusi Januari tersebut pasti mereka akan lakukannya.
Inilah revolusi yang membimbangkan mereka, menggoyang tampuk kuasa serta menggoncang keangkuhan mereka. Revolusi ini juga hampir mengakibatkan segala harta kekayaan milik rakyat yang diambil daripada rakyat terlepas dari tangan mereka.
Namun Allah tetap menzahirkan penipuan dan pembohongan mereka yang diketahui oleh semua yang mempunyai akal sihat, mata yang boleh memandang serta telinga yang dapat mendengar.
Rakyat Mesir telahpun melihat siapa yang sengaja membuka penjara-penjara (bagi membebaskan para penjenayah) dan bagaimana Jeneral Batran dibunuh ketika enggan menurut perintah membuka penjara-penjara tersebut.
Sungguhnya aku dan rakyat Mesir selainku telah menyaksikan sendiri video-video yang di terbitkan di laman internet yang membuktikan bahawa pihak polislah yang telah membuka penjara-penjara tersebut dan membebaskan para penjenayah yang merbahaya bertujuan untuk mengancam pihak yang menentang mereka serta menimbulkan huru-hara.
Allah tetap menzahirkan pembohongan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam khususnya di dalam isu utama iaitu isu bumi Palestin. Mereka berdiri bersama musuh Islam, lalu menjatuhkan hukuman mati terhadap sebahagian para syuhada’ Palestin yang telah gugur syahid di tangan regim zionis, juga ke atas sebahagian tahanan Palestin yang telah berada di dalam penjara para zionis sejak hampir 20 tahun!
Amat menjengkelkan di mana aku didakwa atas tuduhan menceroboh penjara Wadi Al Natrun dan dihukum mati sedangkan aku tidak pernah menziarahi Wadi Al Natrun seumur hidupku. Aku juga tidak pernah tahu bahawa di situ ada penjara di mana mereka menempatkan sebahagian pemimpin Ikhwan di penjara tersebut.
Jadi bagaimana mungkin aku terlibat sama dalam pencerobohan ke atas penjara tersebut sedangkan aku menetap di Qatar yang jauhnya ribuan batu dari Mesir?
Bagaimana mungkin ia berlaku sedangkan setiap Jumaat aku menyampaikan khutbah dalam keadaan duduk di minbar sejak beberapa tahun dan ramai yang mengikuti khutbahku?
Umurku sudahpun beberapa tahun melebihi 80an dan aku sendiri tidak mampu bergerak jauh kecuali dengan menggunakan kerusi roda?!
Aku juga tertanya-tanya seperti orang lain, mengapakah mereka menjalankan siasatan terhadap pencerobohan ke atas penjara tersebut sahaja dan tidak menyiasat kes-kes pencerobohan di penjara-penjara yang lain?
Adakah ini hukuman balasan kalian terhadapku kerana berterus terang menyampaikan kebenaran dan menyokong hak rakyat Mesir untuk mendapat kebebasan mereka?
Adakah kalian cuba menakutkan-nakutkan aku dengan hukuman mati ini?
Ketahuilah sesungguhnya dari mula aku menuntut ilmu dan menyeru kepada Allah sloganku adalah:
“(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)”. Al Ahzab (39)
Bermula sejak zaman remajaku, aku dan saudara-saudaraku telah menyeru-nyeru “Kematian di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami”.
Sesungguhnya kami amat merindui syahid dan tidak pernah pula takut berdepan dengannya! Malah jiwa kami sentiasa mengulangi (ayat):
“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (51) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu. (52) “ AtTaubah
Aku akan terus menghabiskan sisa baki hidupku menyampaikan kebenaran, aku tidak takut untuk menerima kejian sang pengeji di jalan Allah, kemurkaan si zalim mahupun ugutan penjahat yang melampaui batas, sebaliknya aku akan kekal mempertahankan rakyat yang lemah di tindas sehinggalah kebebasan dan hak-hak mereka dikembalikan, aku hidup di atas tujuan tersebut dan aku meminta kepada Allah moga aku mati di atasnya jua.
Aku ingin katakan kepada Al-Sisi, para pengikutnya, hakim-hakimnya, rangkaian medianya serta para muftinya yang telah ditimpa kegilaan kerana semakin hampir kehilangan tampuk kuasa;
Hakikatnya hukuman (mati) yang kamu putuskan itu bukanlah ke atas kami sebaliknya hukuman tersebut dijatuhkan terhadap diri kalian sendiri dan ketahuilah bahawa hari balasan (buat kalian) itu tidak begitu jauh lagi.
Aku telah menghabiskan kehidupanku berkhidmat kepada Islam, sebagai khatib, penyampai ilmu, mufti, penulis, penyampai syair, pendakwah dan tidak akan ada sesiapapun samada pemimpin, hakim atau pengikut yang dapat menambah usiaku ataupun menguranginya walau seketika:
“apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan”. (61) An Nahl
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa” Al Munafiqun 11
Dan aku tidak akan putus berdoa kepada Allah agar mengurniakanku mati syahid di jalanNya.
Wahai para perampas kuasa, sesungguhnya sebelum ini kami tidak pernah berasa gentar kepada golongan terdahulu dari kalian, kami juga telah katakan apa yang benar di hadapan mereka, maka tidak sekali-kali kami akan takut akan kalian, dan kalian juga tidak akan dapat menakutkan kami. Janganlah pernah menyangka bahawa dengan hukuman-hukuman ini kamu akan dapat menguasai negara (Mesir) dan menundukkan rakyat, perkara ini adalah umpama:
“Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu dia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya);
dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya. (39) An Nur
Kalian akan mendapat balasan perbuatanmu di dunia ini di tali gantung atau sebagai sampah di dalam sejarah, kemudian kalian akan bangkit untuk berdepan dengan tuhan yang Maha Perkasa yang membalas segala kejahatan, yang telah mengisytiharkan perang ke atas orang yang memusuhi para waliNya.
Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4-5) Al Mumtahanah
Yusuf Al Qardhawi,
Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia.
(diterjemahkan oleh sekretariat JK Ulama IKRAM)
Harap disebarkan seluasnya

Tuesday 19 May 2015

aku bukan wanita syurga

aku terpanggil untuk berkali-kali membaca ayat itu..mafhumnya cukup jelas. cukup padat..buat aku jadi terdiam dan berfikir panjang..

Allah Swt telah berfirman:
Surah An-Nur 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah An-Nur: 26) 
sumber : tazkirah.net
entah kenapa terkesan benar dalam nurani ini...bagai menusuk2 ke segenap ruangan hati..

sudah menjadi fitrah, kita nak yang baik2, sejiwa dengan kita, saling meraikan kekurangan dan mensyukuri kelebihan. tetapi bagaimana jika ALLAH menduga kita dengan pasangan yg kontra? Apakah kita belum cukup baik untuk mendapat pasangan yang baik2?

sungguh aku bukan wanita syurga..
aku tak maksum...
betapa sedihnya, aku ini pendosa..
ingin benar, aku mencontohi tauladan srikandi Islam terdahulu. name it. baik Sayiditina Khadijah, Sayiditina Aisyah, tetapi terkadang aku ini leka. kerap benar futur. kerap benar imannya turun naik.. ALLAH. bagaimana dapat kutandingi akhlak sehebat mereka?

aku tanamkan ke jiwaku, jadi muslimah termahal. Khusus buat bakal zauj ku..
aku perlu ada prinsip yang kukuh dan jati diri yang kuat..
Kuat dalila, kuat!


Surah Al-Isra'
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra': 32)

Ini jihadku. Jauhi zina. Maka, aku kan mampu mengekalkan mahalnya diriku. ALLAH, jauhkanlah pintu2 kemaksiatan dariku. Aku khuatir aku tak mampu menepisnya. KAU kurniakan kekuatan buatku ya Rabbul 'Izati..
Kuatkanlah aku dalam simpulan tali agamaMu..

Alhamdulillah, turning point aku bermulanya dalam keadaan aku benar2 sudah bersedia. dalam keadaan yang aku rasa sangat memerlukan arah tuju hidup. saat aku sudah letih membuat dosa..
saat aku mulai menyedari betapa agungnya cinta Rabb buatku.. 
ALLAH :'(

mungkin aku bukan wanita syurga tetapi aku masih ada room of improvement to be a better person from yesterday.
untuk apa aku mengenang2 dosa-dosa yang lalu sehingga menghalang aku untuk raih cinta Illahi.
Aku positifkan diri aku. Sokay dalila, u still have a chance slgi pintu taubat masih dibuka..

Doakan aku utk terus kuat dan istiqamah dalam mengejar cinta ALLAH ya. Aamiin..

buat zaujku...


Al-Furqan 74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Al-Furqan: 74)
semoga kau bersedia menerimaku meski aku bukan wanita syurga.....

#countingdays 


Sunday 17 May 2015

Dosa-dosa Morsi

Fwd:
Dosa - Dosa Dr. Muhammad Morsi Ketika Memerintah Mesir ■
Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Morsi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Morsi.
Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar.
Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.
Berikut tulisan lengkapnya:
Dosa Morsi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat.
Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan.
Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.
Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.
Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah dosa insan bernama Morsi...
■ Siapa Dr. Mohd. Mursi? ■
1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Awak, kita ni bercinta ke?


I want to be the best zaujah for my zauj! Aamiin :)


the best zaujah be like...

1. Listens to her husband and does her best to please him.



2. Always considers her husband's well being.



3. Does not give the husband stress but gives him peace of mind.



4. Does not spend more than her husband earns.



5. Helps her husband at the time of problems.



6. Has patience when the husband doesn't treat her justly.



7. Behaves and dresses modestly.



8. Learns and practises Islam and teaches her husband too.



9. Does her best to raise their children in an Islamic way.



WOMAN, part of your life..

Every husband must read this.....even the unmarried r also
permitted

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only
wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with
you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not
"make" them on her own.

Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have,
she chose you Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries. Love her…when she looks disheveled in the morning. She always grooms herself up again. Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so
tell her she's beautiful. Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only
wants to look her best for you. Love her…when she buys you
gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always
wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have
many more and with wisdom and politeness you have all the
time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell
her its going to be okay Love her…when she suffers from
PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her
(trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and
will pass Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway Love her…when she tells you
how to drive. She only wants you to be safe. Love her…when she argues. She only wants to make things right for both Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!.

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of
your life and should be treated as the Queen.
Every husband must read this.....even the unmarried r also
permitted

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only
wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with
you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not
"make" them on her own.

Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have,
she chose you Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries. Love her…when she looks disheveled in the morning. She always grooms herself up again. Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so
tell her she's beautiful. Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only
wants to look her best for you. Love her…when she buys you
gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always
wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have
many more and with wisdom and politeness you have all the
time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell
her its going to be okay Love her…when she suffers from
PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her
(trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and
will pass Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway Love her…when she tells you
how to drive. She only wants you to be safe. Love her…when she argues. She only wants to make things right for both Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!.

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of
your life and should be treated as the Queen.

-share


KuDoa Ukhuwah ini Tiada Pengakhirannya..

NIKAH is BETTER than COUPLE.


Di awal detik permulaan
kita tidak saling bersamaan,
di awal detik perkenalan
kita tidak saling menyatukan,
di awal detik pertemuan
kita tidak saling mengenalkan,
namun ,





hari silih berganti..siang berganti malam.
minggu berganti bulan..
putaran waktu terus menghilang..
putaran waktu terus beredar..
maka,




mulalah terselit rasa mahabah
mulalah terpalit rasanya kasih
mulalah terpancar sinaran ukhwah
mulalah mengenal arti apa itu persahabatan
dalam mengharungi liku2 ini..
terkadang terselit rasa pedih
terkadang terselit rasa marah
terkadang terselit rasa gelisah
namun ,




kami tidak mudah melatah
hanya dengan sekecil mehnah..
direntas penuh cekal dan tabah
diharung tanpa lemah dan rebah
ditempis tanpa resah dan gundah
kerna di situ telah lahir satu ikatan ukhwah
yang kian bercambah..
kini,




ku mulai sedari
kita akan berpisah..
perpisahan ini datang tanpa diduga..
perpisahan ini datang menerpa..
titisan mutiara jernih menitis di pipi
sungguh tak tertahan sebak di hati
namun,




itulah lumrah kehidupan
setiap pertemuan ada perpisahan
setiap permulaan ada pengakhiran
namun ku sedari,
di akhir detik ini kita telah saling menguatkan
di akhir detik ini kita telah saling mengasihkan
di akhir detik ini kita telah saling mengingatkan
bahawa,



perpisahan ini bukanlah selamanya
perpisahan ini cuma seketika..cuma sementara
selagi ukhwah ini kuat tersemat di jiwa
selagi itulah kita bersama..
selamanya kita tetap bersama
hingga ke syurga..




terima kasih duhai sahabat,
keranamu lah
ku kenal erti kematangan
keranamu lah
ku tak rapuh dengan godaan
keranamu jualah
ku kenal erti kedewasaan
tatkala ku hampir jatuh
kau pautku dengan mutiara katamu
tatkala ku hampir terlena
kau kejutkanku dari mimpi yang panjang



Duhai Ilahi,
doa dipanjat padaMu yang Kuasa
agar ukhwah ini kekal selamanya
agar ukhwah ini tiada pengakhirannya
agar tiada tara di antara kita
Sahabat selamanya..
amin ya rabbal alamin..

Everyone of us is a HERO

A sharing from fb Narshiela Saad,

While in Cappadocia, we went to the Carpet Factory. Walking around sightseeing the beautiful carpets which were way beyond our budget, a friendly old man approached us.
"Everyone is a hero. Are you?" He asked.
"Yes we are." I replied.
"Then what heroic things have you done?"
That, exactly was when I fell silent. What heroic things have I done that I could confidently say that I am a hero?
He then continued, "You said you are a hero. Do you eat McDonald? Do you drink CocaCola?"
At that moment, I thanked God because I could answer no. What if I still eat McDonald and drink CocaCola? It would be such an embarrasing moment to admit that I am a hero, but still contributing to the genocides happening in Palestine.
It was such a random conversation at such a random moment. It happened because I was wearing the muslimah t-shirt with the writings as in the picture. I am glad that my outfit triggered such short but very meaningful conversation.
And though we might not see how our little deeds affect the world, today I saw a little effect. He is a Turkish man, we are Malaysian girls, but we are all Muslims. I am glad that I continued boycotting, giving up drinking Milo that I couldn't live without.
Right then when we were talking, he wasn't a Turkish man talking to some Malaysian tourists. He was a Muslim talking to his sisters in islam. Our actions aren't always impactful, but someday somehow we'll be glad that we did what we did, sacrificed what we sacrificed, believed what we believed..

BOYCOTT please. Bring up our spirit together to boycott!
SAVE PALESTINE. ALLAHUAKBAR!


Siapa aku? Siapa ALLAH?

Satu perkongsian ilmu yang aku perolehi dari majlis ilmu bersempena dengan Israk Mikraj. Alhamdulillah smile emoticon

Penceritaan berkisar tentang kisah Kepimpinan Sayidina Umar sebagai Khalifah sangat digeruni dan disegani.
Sayidina Umar adalah antara sahabat yang setia menyambung sunnah Nabi iaitu salah satunya sehabis sahaja solat berjemaah, Umar akan berpaling ke belakang sambil memerhati satu persatu wajah jemaah para sahabat.
Pada suatu hari, nak dijadikan cerita, ketika Umar menilik satu persatu wajah jemaahnya, dia perasan seorang sahabat tidak menghadirkan diri. Lantas dia bertanya kepada jemaah yang lain, kemana perginya sahabat yang tiada itu?
jawab salah seorang jemaah disitu, dia mengatakan bahawa sahabat yang tidak hadir bersolat itu demam dan tidak boleh bangun. Seraya mendengar khabar berita dari jemaah tersebut, Umar bergegas ke rumah sahabat itu.
Sesampainya Umar di rumah sahabat itu, dia pun memberi salam.
Mendengarkan salam Sayidina Umar, sahabat yang berada di dalam rumah itu bangkit menjawab salam Umar dan mempersilakan Umar masuk ke dalam rumahnya seperti selayaknya adab seorang tuan rumah menjemput tetamu masuk ke dalam rumah.
Demi mendengarkan pelawaan itu, Sayidina Umar seraya berkata
" Hari ini aku tak akan masuk ke rumahmu kerana tadi sahabatmu mengatakan bahawa engkau tidak ke masjid kerana demam dan tidak boleh bangun, sedangkan apabila aku datang dan memberi salam, engkau mampu untuk bangun.
Siapa Aku? Siapa ALLAH?"
begitulah kata2 Sayidina Umar.
Sahabat yang mendengar kata2 itu tersentap dan dia bertaubat semahu2nya. Semenjak dari itu, dia tidak lagi meninggalkan solat berjemaah di masjid.
MashaALLAH. sebegini besar tuntutan agama kita terhadap SOLAT BERJEMAAH.
Bagaimana dengan kita? Dalam 5 waktu solat sehari semalam, adakah kita berjaya menyempurnakannya secara berjemaah?
cry emoticon
iman setipis bawang ini minta diperkukuh. ALLAH. ALLAH.ALLAH.

Saturday 16 May 2015

ROHINGYA

SHARE from WardinaSafiyyah.

FIRST: There is a huge difference between ILLEGAL IMMIGRANTS AND REFUGEES. WE must understand this.
Again... let's acknowledge Malaysia have already been receiving Rohingya refugees. This time around the surprise came after their boat was turned away while them being in a terribly desperate condition. No one is denying Malaysia's aid all this while although we have major room for improvement in terms of care for refugees. We must acknowledge this. We are thankful and relieved they are given aid in Langkawi. These are people, human beings, some children and women in extremely desperate conditions. We also must acknowledge there is much more to do with regards to rights of these refugees in Malaysia. The children need education. The men need to provide for their families. We must crackdown on human trafficking because we know there are evil people out there taking advantage of these poor people. We must protect the young girls and women. We have a duty as human beings to do so.
The argument about an increase in crime because of foreign workers is an old argument (not supported by solid statistics) used by even the western countries to scare people about foreigner and immigrants . There are some crime by migrants but majority of them come for work and only small number turn to crime (most crime are caused by local population) and the cause of crime is mostly because of poor social care, lack of jobs, economy collapsing , corrupt police, corrupt government, family factors etc - multifactor
: Also the increase in disease because of refugee used often to scare people about refugee- there are several studies in public health especially conducted in Africa - it's a case by case basis. At most there is a minimal increase in incidence of communicable disease , but majority of studies show no evidence that refugee arriving to a country cause a rise in disease(either they arrive in neighbouring African country or western country) there should be proper screening but again no evidence .
Know your numbers
As of end February 2015, there are some 152,570 refugees and asylum-seekers registered with UNHCR in Malaysia.
- 141,570 are from Myanmar, comprising some 49,800 Chins, 45,170 Rohingyas, 12,340 Myanmar Muslims, 7,320 Rakhines & Arakanese, and other ethnicities from Myanmar.
- There are some 11,000 refugees and asylum-seekers from other countries, including some 3,970 Sri Lankans, 1,200 Pakistanis, 1,100 Somalis, 960 Syrians, 850 Iraqis, 550 Iranians, 430 Palestinians, and others from other countries.
Some 69% of refugees and asylum-seekers are men, while 31% are women.
There are some 32,760 children below the age of 18.
Know your numbers - worldwide
UNHCR seeks to contribute to informed decision-making and public debate by providing accurate, relevant and up-to-date statistics. Access data, trends and statistical reports on the "People of concern to UNHCR": refugees, asylum-seekers, returned refugees, internally displaced and stateless persons in more than 150 countries.
For more interesting figures about the people we help worldwide, go to Figures at A Glance.
For more refugee stories in statistics, visit the UNHCR Statistics page.

some comments and good recommendation to be shared too:

1) 
"O son of Adam, I asked food from you but you did not feed Me.' He would submit: 'My Rab, how could I feed You and You are the Rubb of the worlds?' He would say: 'Did you not know that such and such a slave of Mine asked you for food but you did not feed him? Did you not realize that if you had fed him, you would certainly have found (its reward) with Me? O son of Adam, I asked water from you but you did not give it to Me.' He would say: 'My Rab, how could I give You (water) and You are the Rab of the worlds?' Thereupon He would say: 'Such and such a slave of Mine asked you for water to drink but you did not give it to him. Did you not realize that if you had given him to drink you would have found (its reward) with Me?”’ (Muslim)
by Ayud Sulaiman

2) satu documentary macam mana ada satu negara dalam Europe handle pelarian dari Syria dan Libya. 

1. Mereka gazet kan satu kawasan khas untuk refugee ni (mejoriti dari Syria dan Libya), situasi dia sa
ma pelarian peperangan dari Syria dan Libya ni mereka datang ke Eropah naik bot kecil untuk sampai ke Eropah.

2. Mereka bina penempatan (seperti rumah teres, dll) yang dalamnya ada kantin, kedai runcit dan lain-lain.

3. Kawasan penempatan pendatang ini dikepung oleh pagar untuk mengasingkan refugee ni dan orang tempatan yang berhampiran. Perkara ni bagus untuk supaya perubahan tidak drastik, ada penduduk tempatan berhampiran yang risau dengan kehadiran dorang jenayah akan meningkat (walaupun refugee ni dah diasingkan dengan pagar dari penduduk), ada yang tak kisah.

4. Untuk atasi masalah kewangan, refugee ni diberi kerja oleh pihak eropah sendiri di kawasan perumahan refugee, contoh pekerjaan yang ada (cleaner, kedai runcit, dll) . Mmg x dinafikan mungkin belum cukup jumlah pekerjaan yang ada, tapi at least a good start untuk hidupkan komuniti antara refugee.

Mungkin Malaysia boleh ambil contoh dari Eropah macam mana dorang handle refugee yang datang negara mereka, Eropah not the best country in handling refugee , but still their concern of human right menyebabkan jumlah refugee yang nak landing ke negara mereka mejoritinya diterima oleh Eropah.
by Hakim Zin

a good thought that generate through our nation. Alhamdulillah.

MAY ALLAH EASE EVERYTHING.

ALLAH lindungilah mereka. Aamiin ya Rahman Aamiin Ya Rahim.