Pages

Monday 31 December 2012

HIJAB- "my right,my choice,my life" =)




ASSALAMUALAIKUM.. ^^

HOW ARE YOU?
sihat tak hari ni? 
kalau yang sihat tu,ambil masa sekejap ucapkan kesyukuran kepadaNYA kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik .
Kenapa perlu bersyukur? :)
sebab...kita masih lagi boleh menjalani tugas kita sebagai khalifah di bumiNYA ini.
masih mampu untuk beribadah kepadaNYA..
yang mana ada masalah kesihatan tu,korang pun bersyukur jugak sebab korang untung :D
untung sebab dosa-dosa kecil korang terhapus .. ALLAH MAHA ADIL kan?
I <3 ALLAH ^^ !


HIJAB.. 
sejuk hati dali bila baca perkataan ni..baca je pun..belum tengok lagi wanita yang berhijab.
serius rasa best sangat kalau semua orang berhijab.
dah jadi fenomena yang sekarang ni dah ramai wanita bertudung berikutan lebih praktikal dan mudah.
seronok sangat. :D

 
kan cantik bila berhijab.eh bukan dali nak puji lebih2 sebab puji-pujian tu hanya untuk ALLAH,cuma apa yang dali cuba sampaikan adalah apabila berhijab,wanita lebih indah.. :)

tapi silapnya wanita zaman millenium ni,bertudung dijadikan fesyen.Ada tu bertudung tapi lekuk tubuh jelas kelihatan,bertudung tapi bla bla bla..mesti ada tapi2..note to myself too !
sebenarnya,apabila bertudung,kita hendaklah laksanakn dengan sebaik2nya perintah itu.even kita tak pakai tudung labuh mcm ni..


tapi kita kenalah jaga cara pemakaiannya sebagai contoh labuh menutup dada..tidak jarang dan pelbagai lagi.

tertarik sangat baca ayat ni :

Firman Allah SWT >>>


1)"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


2)Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


3)"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)


4)" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

                                                     Hadis Nabi >>>

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

banyak sebenarnya firman ALLAH dan hadis nabi menekankan tentang aurat wanita yang salah satunya adalah BERHIJAB.
dali sendiri ada khilaf dalam menutup aurat.selalu alpa dan mengejar fesyen sehingga terlupa pengertian menutup aurat sebenar.

especially to wanita :D



Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: 

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); 

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


*Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)*

wahai teman-temanku,
tanamkanlah tekad supaya kita dapat berubah walaupun secara perlahan-lahan namun istiqamah. =)


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)


Sekian dahulu untuk entri kali ini.
Maaf salah silap dalam menulis.

**special credit to http://mujahidahazzahra.blogspot.com/ **

till we meet again.


WASSALAM =)


Sunday 30 December 2012

HARI PERTAMA FINAL EXAM DI UNIVERSITI =)

ASSALAMUALAIKUM ^^

ALHAMDULILLAH..
done my first paper which is ACADEMIC WRITING SKILL for today dengan jayanya.Dali sangatlah tak suka english sekarang..too formal..erghh :(
kena ada citation bagai..sampai kalau membe update status pon rasa macam nak cited je ayat dy tu..

mata memang bengkak cause semalam balik lewat.. [kononnya study tapi berapa jam sangatlah study tu :P ]
rasa macam mimpi je berjalan ke Dewan untuk jawab periksa..
mula2 besela enjin lambat panas..
masa ketua pengawas buat taklimat dali memang dengar dengan teliti cause takut tertinggal input2 penting..
semalam pun bukak je buku..baca tanpa perasaan ..yang mana words ataupun signal transition yang agak2 menarik hati je dali take note..yang lain2 tu sekadar angin lalu je..
yang boleh buat dali tersenyum,bila dali boleh mengolah ayat dalam argumentative setelah sekian lama tak memerah otak membuat essay.



aish tak tahula cemano tetibe semalam dali menangis..Oomaigod blackout brain..!
 twu tak blackout brain tu apa? haha..tu words dali tapi tak thula kalau perkataan tu memang ada..tengah2 membaca tanpa perasaan tu dali rasa mcm takut..takut takleh jawab..rasa kosong ( sila nyanyi lagu najwa latif ya..supaya dapat menjiwai perasaan dali :P )

ikotkan hati nak melalak dan meraung tetapi memandangkan dali ada kat kafe yang diklasifikasikan sebagai tempat awam,makanya dali membatalkan hasrat untuk berbuat demikian.
Disebabkan itu,kembang kempislah hidung dali menahan air mata.
tapi lepastu,nangis jugak setelah manusia yang berada di kafe tersebut beransur memblahkan diri mereka..huu..
and after that,lega sangat..baru bole senyum dan gelak2 balik.
Mawar aka Mail,walaupun muka garang ala-ala askar pencen tapi dia ni ala-ala doktor cinta..ahakz ! :D
Syahir aka budak kecik pun pendengar dan pencerita yang baik.. ^^
before study dekat kafe,dali study kat library with Kak Aze..spend time with her sambil mengunyah Pistilles Ribena yang berjaya dibawa seludup masuk menggunakan pencil box..haha..
**akak library,kitorang tak buang sampah rata2..swear ! hee :D

nasib baiklah jugak dapat print slip pekse for the last minit masa bertunggu bertangga kat bilik Kak Aze ,kalau tak puaslah tawaf satu dewan mencari meja nak jawab pekse.
esok subjek MIKROBIOLOGI menunggu..sabar ya..dali isi penuh2 pengetahuan mikrob malam ni..esok tinggal nak muntahkan balik..

to all : SELALU DOAKAN DALI YA..KEJAYAAN DALI DUNIA DAN AKHIRAT .. AMIN ^^

nampaknya itu shaja untuk entri kali ini.
till we meet agai.

papai

xOx0

with <3 :dalie !



WASSALAM =)



Wednesday 26 December 2012

<< STUDY>>

ASSALAMUALAIKUM =)

dah solat ? :)
kalau dah,ALHAMDULILLAH.. :)
kalau belum,cepat tunaikan :D

final exam is 'round the corner,therefore we are struggling in order to achieve flying colours result :)
macam-macam mimik muka dapat dali observe masa ni..
ada yang berkerut,pegang kepala dan tak kurang macam nak hentak kepala kat dinding je..mana tak nya,masa tulah nak faham and masa tu lah nak hadam..

tengoklah kawan2 dali ni :)


muka serius je..even ada jugak yang senyum-senyum
FOKUS2..
haha..

BEST OF LUCK BUAT KORANG2 YANG BAKAL MENGHADAPI FINAL EXAM ya :)

semoga dapat 4.00 ..
doakan kejayaan kita bersama..amin ;D

jom study !!

papai

xOx0

with <3 : dalie !

WASSALAM =)


*credit to: azim,syahir,faiz,ummi,kak yang,kak yong ..haha whatsoeva..
mawar yang takde gambar dlm ni..
rara yang tengok movie STEP UP with sarah
acap yang tak lekang dengan laptop
and at yang khusyuk study mikrob 
teman study yang best ! *


Tuesday 25 December 2012

<< banjir-banjir>>

ASSALAMUALAIKUM.. =)

apa khabar kesihatan korang harini?
apa khabar iman korang harini?
hee :D
semoga berada dalam keadaan baik-baik ya ..

tajuk entri hari ni macam lagu tak?
kalau korang tahu, dulu Harun Salim Bachik( HSBC ) pernah nyanyi lagu banjir..
haha..lagu tu dali ingat sampai sekarang sebab masa-masa kecik2 dulu ikut ayah pergi stadium dan kebetulan  HSBC nyanyi lagu ni.. :)

awal-awal lagi dali dah letak gambar..
tengok betapa sakannya kami capture picture macam nak outing je gayanya..haha
tujuan kami meredah banjir pada petang semalam sebab nak bawak keluar duit dekat bank yang terletak dalam Kompleks Siswa. Nak taknak kena redahla jugak.
duit dah takde.nak beli makanan pakai apa pulak nanti.
Dali yang ketinggian 165cm ni pun dekat paras pinggang jugak bila masuk dalam air tu.. Can u imagine betapa teruknya banjir yang berlaku kan?
mula-mula memang tak percaya bila orang cakap,weh U kita banjir laa..siap post2 gambar dekat facebook lagi.yela kan,dali ni duduk je terperap dalam bilik mana nak tahu hal2 luar.but once,dah rasa sendiri baru tahu..and yang kelakar dan menjadi excitednya bila this is my first time main banjir..haha..
semalam memang raining heavily non stop..dengan ributnya..
tapi ALHAMDULILLAH,harini cuaca okey :)
THANK YOU ALLAH .. :)
 eh ada kerja la..
nanti dali sambung dalam entri lain..
papai :)

xOx0

with <3 : dalie !

WASSALAM :)


Monday 24 December 2012

:: COUPLE ? ::

ASSALAMUALAIKUM :)
selamat pagi ! BONJOUR!

apa khabar semua pagi ni? awal dali bangun pagi ni..haha..hari lain pun awal jugak means harini awal2 pagi lagi dah mengadap lappy.. ~,~"
dengan harapan,lepasni dah tak sibuksibuk nak update,nak tumpu pada lecture note ! yay ! :)
i hope so..ngeee *sengih lebar*

nampak tak <3 bagai..nampak sangat couple ni berkaitan dengan <3

couple ni bagi dali,maksudnya berpasangan..bila salah seorang atau dua-dua sekali make DECLARATION contohnya : saya nak ada hubungan istimewa dengan awak or apa-apa jela ayat yang berbunga2 tu..means korang sedang bercouple..

ikutla apa definisi korang ya ! :)

dali adalah remaja berumur 19 tahun..tahun depan nak masuk 20 ! uwaaaa...dah tua .. :D
agak"nya dali ni bercouple tak? jawapannya............................

TAK ! yay!!

tapi pernah terlibat dalam bab couple ni..haha..
start berkecimpung waktu darjah 5.. gilo kan ? budak" mana la tahu benda tu sume..spender pon mak tolong sediakan lagi..haha..
kenapa dali tak couple dah?
dengan bangganya dali bagi jawapan cliche I DAH SERIK ! :D
sakit whoa bila kita harap hubungan tu berkesudahan dengan baik tapi jadi sebaliknya..kan3 ?

kalau tengok profil dali dalam http://facebook.com/nur dalila farhana ,aiyakk cakap FACEBOOK je kan senang? haha
dali punya status IN A RELATIONSHIP..
haa,,nak tahu sebab apa?

jeng jeng jeng....[tolong bayangkan muzik yang berdebar-debar ya..ahakz ! ]


 kita tak tahu siapa jodoh kita..
jadi untuk apa kita couple? haa jawab jawab.. :)
amboi bila couple lupa semua tu kan?
itulah manusia..

COUPLE? hmm bagi dali itu adalah ikut-ikutan..dulu tengok kawan ada pakwe,nak jugak..sebat jela asalkan kau ada pakwe,aku pun ada..ada aku kisah? haha..

tapi kita tak sedar,kerana macam tu lah ada antara golongan kita yang mendapat titik hitam dalam hidupnya..
kerana apa kawan-kawan?
kerana telah menjadi HAMBA CINTA beruk..huhu..
" semoga ALLAH menyelamatkan mereka dari terus hanyut dalam keseronokan duniawi. amin.. "

dali takdelah nak tunjuk dali ni baik sangat.In fact,semua orang pernah buat silap dalam hidup dia kan?
dali pun ada darkside jugak.. *evil laugh* haha..
tapi kita kena berpegang kepada pepatah omputih ni "LET BYGONE BE BYGONE.PAST IS PAST.LIFE MOVING FORWARD ! "
anggaplah kesilapan yang kita pernah lakukan itu adalah landasan untuk menjadi insan yang lebih BERJAYA. :)

COUPLE ITU HARAM?
kompem ! .ramai tak puas hati dengan statement ni..haha

cuba baca ni :>>>>
Firman ALLAH,

untuk kaum LELAKI,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
(Surah An-Nur(24) ayat 30)
buat kaum WANITA,
‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya..
(Surah An-Nur(24) ayat 31)
untuk SEMUA,
'Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk'
( Surah Al-Israai (17) ayat 32)



so,kalau kita bercouple, agak-agaknya terpelihara tak semua ni?
TEPUK DADA,TANYA IMAN :)
mungkin ada yang bagus sepanjang bercouple tak pernah bersentuh-sentuhan dan tak kurang juga ada yang sebaliknya..kita dah besar,fikir-fikirlah sendiri :D

dali tak kata dali menggalakkan..tapi dali meletakkan diri dali dalam situasi korang..jiwa tengah bergelodak..ingin disayangi dan menyayangi..nak ada tempat mengadu.entah macam2 perasaan lagi..tapi lupakah yang kita masih punya ALLAH,MAK AYAH,ADIK BERADIK,SAHABAT-SAHABAT dan ramai lagi..

mesti ada orang jawab ." ala diorang tak faham..mak ayah tak sporting..adik beradik pulak nanti repot kat mak dgn ayah..bla bla bla.. " haha.. dulu dali mcm tu jugak..
dali tak sedar yang mak ayah dali memang terbaik.
sekarang ni kalau apa-apa,dali bagitwu je kat mak ayah..tapi yang bersesuaian laa... hee :D
i need my own space in my life jugak..

cuba korang fikir? apa salahnya berkawan je?
bila berkawan,kita rilek2 je kan..takde nak cover-cover,control ayu( sifat malu perlu ada ya..malu tu pon sebahagian dari iman jugak :) )
tapi syaratnya..pilihla kawan yang okay..yg bagi korang pandai simpan rahsia..kawan pun janganlah pakai REDAH JERRR...haha quote Nadia af6 punya ayat.. ngee**.

~~ pesanan untuk kawan-kawan dali semua :
JAGA DIRI,KEHORMATAN,MARUAH DAN IMAN ANDA BAIK-BAIK YA :) ~~



                                      katakan YA pada perkahwinan,
                                      say NO to couple !! :)

nak sambung study..

xOx0 ( pssst untuk WANITA je ;p)

with <3 : dalie !

WASSALAM ..






Sunday 23 December 2012

*** wanita solehah***

ASSALAMUALAIKUM.. :)

ustazah ke dali ni? eh taklah..dali biasebiase je.. *tayang gigi*

wanita solehah..[ehemehem serius ni ]
siapa yang pernah tanam citacita nak jadi wanita solehah? angkat tangan ! haha..excited nak twu !
hopefully semua muslimat ada niat dan sedang menuju kearah itu..amin ;)

apa itu WANITA SOLEHAH?
**
"Nikahilah kamu akan perempuan empat perkara atau empat sifat: kerana hartanya, kerana elokkanya, kerana keturunan, kerana agamanya jika tidak kuasa pilih seseorang akan semuanya maka pilihlah yang mempunyai agama, kerana pilihan yang lain rugilah dan sesal di akhir nanti."  **

wanita solehah mestilah melengkapi 4 ciri tersebut :) 
dali tak pasti kalau definisi yang dali bagi ni kurang tepat..hee :D

--- kat bawah ni list SIFAT SEORANG WANITA SOLEHAH,cuba check kita ada tak sifatsifat ni :) --

1. Mendirikan solat
SEMUA umat islam yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan untuk menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Menunaikan solat rukun Islam yang keberapa? haa..jawab2.. :D
2. Menjaga solatnya
Menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya.. KHUSYUK? mesti payah nak dapat kan sebab kadang2 kita selalu fikir benda lain masa solat..tapi kita sebenarnya perlu menunaikan solat dengan khusyuk.. :) 
3Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah.dali pun macam tu jugak.rasa macam2..nak marah,nak salahkan takdir tapi  sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah. kan bagus cmtu? baru boleh jadi wanita solehah.. :D
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Malaikat sendiri berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu ALLAH gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.see? siapa yang taknak dapat ganjaran kan? :)
5. Pandai jaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga.  :)
8Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga mempunyai pengetahuan dalam mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Quran adalah qalam ALLAH sahabatku,alunkanlah ia dengan seikhlas hatimu :)



semoga korang dapat ilmu dan manfaat daripada perkongsian tadi ya ..amin :)

JOM JADI WANITA SOLEHAH ! 


xOx0

with <3 : dalie !


WASSALAM :)

sMiLe :D


ASSALAMUALAIKUM.. :)
SMILE ...! :D
senyum tak? haha..senyumla sikit..senyum tu kan sedekah..sedekah kan dapat pahala..
yeay senyum pun.. :)

bila kita senyum,orang yang tengok kita pun akan bahagia..dan seterusnya memanjangkan pahala..InsyaAllah..

oke iklan kejap..haha..
my uni banjir ! first time tempat saya menuntut banjir..



Final exam dah nak dekat..tapi tak ada effect kan banjir ni? haha..

iklan dah habis.. ngeee *tayang gigi*

so,nilah gambarnya..
curik kat fb..one one my friend COVALENT BOND punya pic..hee :D

bila hujan,perut memang lapar dan mintak diisi..
tapi sumpah malas..nak hibernating dalam bilik je..mengadap lappy.. :)

naseb baik dah isi penuh2 siang tadi wif my besties 



apa2pon motif nya janganlah bermasam muka,sebaliknya bermanis" mukalah kamu ya..dituntut dan amat digalakkan..

huarghhh..ngantuk dan lapar..

xOx0
with <3 : DALIE

WASSALAM .. :)