Pages

Thursday 2 May 2013

ELIANTO - Product choice :D

ASSALAMUALAIKUM ^_^ beauties ...!

.ALHAMDULILLAH Allah masih sudi pinjamkan nafas untuk kita hari ini :)

so the topic for today is about ELIANTO. 
I'm sure mostly the girls tahu tentang produk Elianto ni. Khususnya untuk yang kaki-kaki make up tew..huhu..
Hair Care
Body Care
Colour Studio
Fragrance





Skin Care
Colour Makeup
Accessories

kalau korang nak tahu..
Elianto merupakan jenama produk kecantikan yang berasal dari bahasa Itali yang membawa maksud bunga matahari, dan ia diilhamkan menerusi kombinasi unik kecantikan yang ditonjolkan dan utiliti oleh lambang flora. Fokus utama produk Elianto adalah untuk melahirkan produk yang terbaik dan berkualiti untuk para pengguna setianya.
Elianto merupakan jenama yang telah lama menapak dalam dunia kecantikan iaitu sejak tahun 1990 lagi. Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia turut mendapat pasaran meluas di seluruh Asia seperti di Filipina, Singapura dan juga Kemboja.
Elianto ni sebenarnya bukan setakat jual barang make up je..diorang pun ada jugak set perfume,set penjagaan wajah dan macam2 lagi..

Set Penjagaan Wajah Lumino White Dari Elianto : 

Memutih Dan Cegah Pigmentasi Kulit! 




Kulit yang mengalami proses penuaan akibat terlalu kerap terdedah kepada sinaran UV cenderung untuk meningkatkan tekanan dalaman yang akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam. Usah biarkan tekanan dari persekitaran menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Memperkenalkan Sand Lily, satu penemuan baru dari sumber alam semula jadi yang berupaya mengurangkan kesan tekanan pada kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencegah pigmentasi.
Elianto, syarikat kosmetik terkemuka di dunia yang memberi tumpuan terhadap aspek inovasi, penyelidikan dan penghasilan produk-produk penjagaan kulit bermutu tinggi, adalah syarikat pertama yang menemui keajaiban Sand Lily yang berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam secara semula jadi. Rumusan formula yang cukup inovatif telah berjaya dihasilkan bagi memenuhi keperluan jenis-jenis kulit dengan iklim tropika. Melalui penemuan terbaru ini, Elianto merupakan jenama kosmetik pertama yang memanfaatkan khasiatnya menerusi penghasilan rangkaian produk pencerahan kulit yang canggih dan terkini, yang dikenali sebagai Lumino White.
Pastinya ramai yang mahu tahu apa istimewanya mengenai set penjagaan wajah Lumino White dari Elianto ini kan? Ini merupakan set penjagaan wajah yang pertama dari mereka kerana sebelum ini Elianto mengeluarkan set alat solek yang mempunyai banyak variasi.
Lumino White terdiri daripada 5 jenis produk berbeza iaitu Lumino White Intensive Essence,

Menghilangkan bintik-bintik hitam 
Kajian terbaru yang dijalankan oleh Elianto mendapati bahawa bintik-bintik hitam yang muncul di permukaan kulit terhasil akibat tekanan dalaman dan juga neuropeptida yang dialami.
Tekanan dalaman
Tekanan dalaman adalah tekanan yang terkumpul terlalu lama akibat proses penuaan dan juga disebabkan oleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Apabila kulit terdedah tanpa perlindungan yang sempurna, ia akan menghasilkan melanin berlebihan yang menjadikan kulit semakin gelap. Biosintesis melanin berlaku dalam melanosom, iaitu ruang sel yang kecil pada melanosit. Melanosit membentuk jejari dendrit yang panjang, yang bersentuhan dengan keratinosit di sekelilingnya, lantas menghasilkan pigmen melanin di dalamnya. Tekanan dalaman menggalakkan aktiviti keratinosit ini, yang akhirnya membentuk bintik-bintik hitam dan kesan-kesan penuaan.

Neuropeptida
Saraf-saraf pada badan kita menghasilkan agen penghantar iaitu neuropeptida yang merangsang dendrit untuk mengaktifkan sintesis melanin. Bagi kulit yang bermasalah akibat sinaran matahari, tindak balas antara saraf dan melanosit berlaku dengan lebih aktif, menyebabkan pembentukan melanin yang melampau, dan akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam serta menyebabkan berlakunya pigmentasi. Dengan memendekkan saiz dendrit yang membawa keluar melanin kepada keratinosit, tindakbalas bertentangan ini dipercayai dapat mengimbangi kesan neuropeptida dan merencatkan tindak balas antara saraf dan melanosit bagi mengurangkan penghasilan melanin.

Mengembalikan keserian kulit
Dirumus dan dihasilkan di Switzerland, melalui gabungan teknologi terbaru, Lumino White Series (Rangkaian Produk Lumino White) menggunakan dua ramuan aktif utama iaitu Sand Lily dan Vitamin PP dalam pendekatan dwi-prong untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan, serta mencegah berlakunya pigmentasi.
 RAMUAN UTAMA
 Lumino White Series mengoptimumkan manfaat sel-sel tumbuhan Sand Lily yang mampu mencerahkan kulit dan bertindak mengatasi kedua-dua punca dari dalam sel dan saraf yang membentuk bintik-bintik hitam akibat didorong oleh tekanan dalaman. Kaedah ini dapat mengurangkan proses sintesis dan penghasilan melanin.
 SAND LILY
Diakui antara jenis flora tercantik dari hutan Cretan, Sand Lily ditemui di kebanyakan kawasan utara pantai Chania yang terletak di Greece. Elianto merupakan syarikat pertama yang menemui kebaikan manfaat pati yang diekstrak daripada bunga berwarna putih ini selaku bahan neuro-aktif yang sangat berkesan untuk merawat bintik-bintik hitam dan menjadikan kulit cerah sekata.
Selain Sand Lily, satu lagi ramuan utama yang terkandung dalam produk ini ialah Vitamin PP di mana ianya mampu menghentikan proses penghantaran melanosom kepada keratinosit. Ia menjadikan kulit semakin bersinar dan berkesan mengecutkan dan memudarkan pigmentasi akibat faktor peningkatan usia, serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.
 VITAMIN P
Vitamin PP bertindak melindungi kulit dengan memperkukuh lapisan perlindungan dan juga meningkatkan daya tahan kulit. Vitamin dengan pelbagai fungsi ini juga memastikan kulit sentiasa bersih, mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mengekalkan kelembapan kulit dengan sempurna.

Haa..tapi dali belum cuba lagi la..sje promot je..tak sempat nak keluar pegi stokis elianto lagi nak jenguk2 produk baru..hehe :D

Saban musim jenama Elianto akan memperkenalkan produk terbaru dari jenamanya dan berikut merupakan 4 produk terbaru yang ditampilkan oleh Elianto untuk musim kali ini :
Luminous Shadow

Pembayang mata “Luminous Shadow” ini mengandungi tekstur baldu fros yang kekal sempurna dan mampu membangkitkan aura elegan dan glamour si gadis sepanjang hari. Menampilkan tiga rona metalik yang cantik mampu menampilkan kejelitaan sebenar wanita Asia.
Ardour Shadow
Pembayang mata “Ardour Shadow” ini mengandungi tekstur licin dan lembuat. Tekstur terbaru ini mampu membangkitkan aura pesona dan jelita buat si gadis. Menampilkan tiga rona yang lembut, mampu memberikan kesegaran dan keceriaan dalam penampilan harian setiap penggunanya.
Sensation Fragrance
Wangian terbaru dari Elianto ini menampilkan haruman berupa bunga-bungaan yang penuh dengan kemanisan dan sifat feminin. Haruman ini mampu menonjolkan aura sensasi dan kelembutan buat si gadis. Bekasnya yang bermotifkan “diamond” memberikan element elegan serta mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
Shine Up Lipstik
Gincu bibir yang didatangkan dengan tiga rona baru ini mampu memberikan solekan semulajadi buat si gadis. Gincu yang mengandungi formulasi SPF 15, anti-oksidan dan kolegan ini mampu memberikan kemasan yang lembut, berkilat dan kelembapan bibir yang berpanjangan. Oleh itu, tiada lagi kegusaran masalah bibir kering.

Elianto ni takdela mahal sangat..affordable..harganya tak mahal dan tak murah sangat..lagi2 yang members tu..Diorang ni selalu jugak buat sale and for spe2 yang members tu korang sangatla beruntung sebab seminggu before and after besday korang,korang akan mendapat 30% discounts..even takdela banyak mana,tapi haritu dali angkat jugak mascara,concealer dengan eyeliner..hee :D
Halal tak? Alhamdulillah.,beautician kat kiosk Elianto tu cakap produk ni halal digunakan :)






cute2 je barang Elianto ni..memang sesuailah untuk girls..kan3?
salesgirls diorang pon ok,peramah and sabar layan dali tanya itu,ini..nak try mcm2..tapi yang belinya benda lain..sabar ye kak.. :) 

next,dali nak share TIPS AND TRENDS HOW TO MAKE UP from elianto.biz,
Choose and apply a concealer that is one shade lighter than your foundation.
Dot it on over any blemishes or under-eye circles and blend with your fingertips or a makeup sponge.
If your concealer tends to cake, apply eye cream first.
Choose and apply foundation that matches your skin tone color.
Apply it in dots over the central part of your face, and then blend it out with a makeup.
sponge or your fingertips until it covers your entire face and neck.
Use a loose or pressed powder to keep foundation and concealer on longer.
Use pressed powder to touch up as and when needed.
Next is to do the eyebrows with eyebrow pencil.
Choose a color similar to your hair color for natural look.
Make sure that the pencil point is very sharp.
Use short, even, quick strokes, going in the direction that the hair grows.
Use the angled brush to blend it into your brow.
You may choose to start with three colors of eye shadow: light, medium and dark.
Use the dark only to line your upper eyelid, in a fairly thin line along the upper lashes.
Use the medium shade for the crease and the lightest shade for the area under the eyebrow.










Apply eyeliner
Use liquid eyeliner or an eyeliner pencil, and line the lower lid below the lashes.
Line only the outer two-thirds of the lower lid, or all the way across if you're trying to achieve a darker look.
Line all the way across the upper lid (just above the lash line and as close to the lashes as possible), or start the line where your lashes begin.
Apply mascara to upper and lower lashes, in two thin coats to avoid clumpiness.
Choose brown mascara if your coloring is fair; black or brown-black works well for darker coloring.
Or try colored mascara for special occasions.
Smile to find the apples of your cheeks, and apply blush to the apples or below, whichever you prefer.
Choose a lipstick color that's suited to your skin tone and that's perfect for your day look.
You may mix colors and textures to suit your moods and your outfits.
Apply lip liner after lipstick
That way you won't end up with a dark circle of lip liner after your lipstick has worn off.
Avoid combining very dark lip liner and pale lipstick.
memandangkan tips ni dalam english,so,if ada yg korang tak faham tu rujuk dictionary ya.. ^_^
I think thats all for this entry..sehingga berjumpa lagi :)
                                               WASSALAM..~~

No comments:

Post a Comment