Pages

Thursday 6 February 2020

KEK PISANG BUAT AYAH

DARI PENERBITAN ILHAM SANTAI.
.
.
Assalammualaikum semua. Hari ni Cik Min update KPBA dulu ya.
Cerita ni best.
Sangat best.
Menangguk emosi. ☺️
Jadi seperti biasa, ikuti langkah dibawah ya.
Support penulis baru.
Support PIS
FOLLOW πŸ‘ˆ
LIKE πŸ‘
SHARE πŸ’Ÿ
TAG 5 ORANG RAKAN ANDA
PENULIS : Dalila Zamri
TAJUK: πŸŒ»KEK PISANG BUAT AYAH🌻
🌻PART 1🌻
Kaca mata yang baru sahaja aku kenakan tadi terpaksa kutanggalkan lalu aku menutup komputer sebelum mengemaskan pakaian dan mengatur langkah ke arah tangga.
Ingin mengetahui punca kekecohan berlaku sebelum langkah terhenti pada bahagian tangga yang agak terlindung.
“Sudahlah ayah. Asyik-asyik datang sini bawak kek pisang ni. Abang Mirul tu dah overweight tau tak ayah. Sikit masa boleh sama macam badak sumbu. Bukan elok pun makan manis-manis macam ni selalu. Ayah tu pun sebab makan makanan tak sihatlah hinggap banyak penyakit. Ayah simpan kek pisang ayah ni. Tak payah bawa lagi. Ayah datang bawa diri je pun tak apa. Bibik ada boleh sediakan makanan sedap-sedap.”
Aku dengar dengan jelas suara Damia membentak ayahku satu-persatu. Paling mengejutkan, ada ke patut dia samakan aku dengan badak sumbu!
Liur kutelan menahan dada yang sendat dengan kemarahan. Aku menanti apa lagi yang ingin diperkatakan oleh isteriku walau hatiku sudah mendidih dan kepalaku berdenyut-denyut kuat. Ini adalah kali pertama aku mendengar Damia bercakap kasar dengan ayahku.
Suara ayah langsung tersekat-sekat sehingga tenggelam dan tidak jelas.
“Bibik! Bibik!”
Kali ini isteriku melaung bibik yang sedang berada di dapur. Bibik pula pasti sedang sibuk menyiapkan hidangan istimewa sehingga tidak tertarik dengan kekecohan yang berlaku.
Mujur aku sempat berpakat dengan bibik supaya merahsiakan keberadaanku di rumah pada hari ini.
Aku melihat wajah ayah terkulat-kulat menahan kesedihan dari tempat aku berdiri. Tidak semena-mena, hati lelakiku jadi tersentuh.
“Ya Puan Damia. Ada apa yang boleh saya bantu?” patuh bibik terkedek-kedek berjalan menghampiri Damia yang sedang berpeluk tubuh dalam persalinan pakaian kecergasannya.
Soalan bibik berbalas dengan rengusan kasar.
Dengan sekelip mata, Damia merampas bekalan makanan yang ada ditangan ayah lalu diberikan kepada bibik.
“Bibik ambil kek pisang dalam ni, lepastu bibik bawa balik bagi anak-anak bibik makan, ataupun kalau tak ada siapa yang nak makan, kira buang jela dalam tong sampah. Buat cepat sebelum Tuan Amirul balik.”
Muka bibik jadi serba salah. Ayah pula tertunduk kecewa. Wajahnya seolah-olah sudah dilanda kekecewaan berkali-kali. Reda dan pasrah.
Perlakuan Damia benar-benar sudah keterlaluan. Kali ini sudah tidak mampu aku tahankan lagi. Kesabaranku sudah sampai ke tahap maksima.
Tidak pernah pula aku sangka yang Damia boleh jadi melampau sehingga ke tahap begitu.
“Damia!!!!” aku laungkan nama isteri yang aku sayangi dengan sepenuh hati.
Damia tertoleh ke belakang. Nyata wajahnya terlukis dengan riak penuh kejutan dan seluruh wajahnya sudah pucat tidak berdarah.
Ayah pula tergamam dan seluruh suasana bertukar tegang.
Jeng! Jeng!Jeng!
Untuk permulaan ya.