Pages

Monday 30 November 2015

-new office-

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah~

pejam mata pejam mata harini dah 30hb November.
esok dah 1 Disember.
Allahu cepat sangat2 masa berlalu.

hari ni dikejutkan dengan berita kematian arwah Yus Jambu, pelawak negara. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. semoga arwah tergolong dalam kalangan roh-roh orang yang beriman.

" Sesungguhnya kematian itu sudah lama dalam rancangan ALLAH. Tinggal kita yang tak tahu bila, dimana, dengan cara yang bagaimana kita akan tinggalkan dunia ini.
moga kita terus bersedia untuk menghadapi kematian yg pasti."


****************************************************

ok..back to the main business~"new office"Alhamdulillah sekali lagi. habis je belajar, menganggur dlm 3 minggu, akhirnya dapatlah bekerja di sebuah syarikat di Sri Gombak. InshaAllah dapatlah bantu keluarga sedikit sebanyak.

sebelum dapat kerja tu, macam2 aku fikir, hmm bila la nak dapat kerja?
waktu tu, aku jd sedar bahawa rezeki ni semua kat tangan ALLAH.
maka aku perlu sedar yg aku perlulah USAHA,DOA dan TAWAKAL.

jadi, puaslah dek non isi jobstreet, mudah.com, masuk government site, isi cikgu ganti segala. 
ini part of usaha lillah.
lepastu doa mintak2 dapatlah keje cecepat. yelah, kita ni anak sulung. bila duduk rumah lama-lama ni, rasa macam tak sedap pulak. sedangkan banyak tanggungjawab yg menimpa bahu untuk diuruskan.

***************************
apa-apa pun, aku harap dengan pekerjaan baru ni dapatlah aku meringankan beban ayah yg kerja sorang2 tu..

:)

doakan aku selalu ya!

aamiin.

p/s : gambar dengan officemates baru~






Friday 27 November 2015

Turning point~

bila aku kenangkan aku yang dulu, sungguh ia membawa ke arah satu menungan yang panjang.
buat aku jadi seorang pemikir.
buat aku mencari ibrah untuk teladan diri supaya istiqamah.

dalila yang dengar lagu english kuat2, yang gila2 dulu benar2 nak ubah dirinya 360 darjah. like seriously?

memang benda ni bukan main2. ini tentang agama. tentang ISLAM. 

kadang ada air mata tumpah. sesalan yang sangat2 tak tahu nak cakap.
aku Islam. tapi tak menjadikan Islam sepenuhnya sebagai praktikal hidup.
leka. bukan penyelak Quran kalamullah yang konsisten.

sungguh ALLAH MAHA BAIK. Maha menyimpan aib hambaNya.

turning point yg Dia bg? Banyak tak terhingga. tinggal mencari kekuatan nak melaksanakannya.

Alhamdulillah. saat aku mula belajar cintakan Dia, ALLAH hadirkan insan2 yang sangat elok pekerti. yang sgt baik membimbing aku kembali ke jalanNya. 

inshaAllah. doakan aku untuk terus qowiyy!

Aamiin. Allahumma Aamiin. 






Thursday 26 November 2015

yang namanya WANITA~

Ketika Allah menciptakan wanita ,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan.. .
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia.. (•ˆ⌣ˆ•)
Berbanggalah dilahirkan sebagai seorang wanita 

T.E.R.E.N.G.G.A.N.U

Sesekali Allah datangkan ujian untuk kita sedar yg kita sudah lama tak bermanja denganNya, sudah lama tak mengadu dan meminta-minta denganNya.
Allah rindu kita.
Dia rindu sgt pada kemanjaan kita.

Persis sang kekasih merindukan cinta hatinya. Malah hebatnya sayang dan rindu Allàh tak terkira dgn kalkulator dunia.
Zikrullah yg tiada tara kenikmatannya.
Laksana lafaz cinta yg tak pernah jemu dari seorang hamba buat Pencipta..

Dia yg Maha Elok. Maha Hebat. Maha Baik. Masha Allah.. :')
Bumi Terengganu yg damai beriringan irama hempasan ombak, benar2 mendekatkan diri yg kerdil padaNya.
Terengganu yg menelan 1001 memori seoràng aku, sang penagih cintaNya yg indah~

Tuesday 24 November 2015

Nazrey Johani - Muslimah (Official Music Video)

KEJAR directed by Muhammad Yazeid Bin Ahmad Suhaimi (BYSFC 2015 – Top...

Filem Pendek | Perang Mu'tah

Inteam feat Fiklis - Nur Muhammad [Official Music Video]

Lagu Tema HIMPUN - Selamatkan Akidah [HD]

Fakhrul UNIC - Subhanallah (Official Video) ᴴᴰ

UNIC - Seindah Sabar (Official Lyric Video) ᴴᴰ

SELALU BERSAMA | Imam Muda Nazrul & Imam Muda Fakhrul ft. Fakhrul UNIC (...

UNIC Records - Ikramul Kareem (Lyric MV)

UNIC - Binnabil Huda (Official Music Video)

Ubah dan jaga ~

Kita tidak boleh 'mengubah' fikiran jika kita tidak 'menjaga' fikiran kita.
Katakanlah selalu, " hanya hal-hal kebaikan sahaja yg akan datang kpd saya."
Tidak kira apa yg berlaku, semuanya baik utk saya.

smile emoticon

What LIFE matters~

Hari-hari kita berhadapan dengan 'pilihan raya' kehidupan. Sama ada nak pilih 'jalan takwa' atau 'jalan mungkar'.
Reminder to ourselves:
Jangan sampai kitab amal kita berada dalam 'sijjin' (tempat simpanan kitab catatan yg sgt rendah dan sempit-catatan amalan dosa).
Tetapi biarlah kitab amal kita nanti berada dalam 'iliyyin' (tempat simpanan kitab amalan org yg byk mmbuat pahala)
Buat sesuatu perkara dgn yakin,spesifik dan fokus. Dan, terus berdoa,syukur dan tawakal tu 'alallah.
grin emoticon
#profdrMuhaya

to KNOW or to PASS?

Belajar untuk 'tahu' atau belajar untuk 'lulus periksa'?
Fikir dan buat pilihan terbaik.

Belajar bukan hanya untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sahaja tetapi untuk mendapat ilmu pengetahuan dan memupuk ketakwaan kepada ALLAH Taala dengan melihat kebesaran ALLAH dalam setiap ilmu yg dipelajari.
Tajdid niat dalam menuntut ilmu.
Belajarlah dengan penuh rasa 'ihsan'

Sabda Rasulullah SAW;
" Sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya kepada penuntut ilmu tanda reda (suka) dengan apa yg dilakukannya. " -Riwayat Ahmad

Cekallah wahai penuntut ilmu.
Meski 'lelah' dan tak berdaya meneruskan perjuangan.
Sabar dan bangkitlah dari lelah itu.
InshaALLAH rezeki dariNYA akan datang dari arah yg tak terduga.

ALLAHU yuftah alaykum!


Friday 20 November 2015

AR-RIJAL WANNISA'

Ar Rijal leads the way of An Nisa' like an Imam leads his makmum in solah.
" Man 'amila solihan min zakarin au untsa wa huwa mukminun fala nuh yiyannahu hayatan toyyibah, wala naj ziyannahum ajrohum bi ahsani ma ka nu ya'malun "
Mafhumnya : Sesiapa yg beramal, dari lelaki dan perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkn dia dgn khidupan yg baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dgn mmberikan pahala yg lebih baik dari apa yg telah mereka kerjakan.
[ an Nahl : 97 ]
Fi hifzillah wa amanillah~

CARA MENGURUSKAN TAHI CICAK, PENTING! IA BERKAIT DGN SAH SOLAT KITA

oleh :

(Ustaz Mohd Noor @
Masjid Ar-Rahman, Mahang)

✅Tahi cicak atas lantai, hendaklah kita membuangnya. Kemudian, percikkan air
💦
 keatas bekasnya dan sapukan sekali lagi supaya menjadi suci tempat tersebut.

✅JANGAN buang mcm tu saja, tanpa percikkan air. Kerana jika kita X melakukan sedemikian, apabila kita ada wudhuk(Kaki basah)
💦
) dan terpijak bekas tahi cicak itu... Maka, boleh jadi X SAH Solat kita.

✅Kenapa boleh jadi X SAH?
😱


"Kerana bekas tahi cicak itu, NAJIS
💩
. Dan klu kita guna tisu basah @ kertas basah utk membuangnya shj pun, X dikira menyucikannya. Ia tetap memerlukan percikan air
💦
 utk mensucikannya."

🔆KAEDAHNYA:
- Air untuk Suci itu, perlulah "MENGALIR"......

✅Seeloknya, sediakan kasut khas👞
👡
... untuk dipakai kita, selepas ambil wudhuk.
Wallahu'alam...

💁Bersih, X semestinya SUCI. Tapi yang Suci itu, Pastinya BERSIH✔.
🌀
Moga Bermanfaat..
🌀
Aamiin3.. Ya Robbal 'Alamin..

- A.C.H.I.E.V.E.M.E.N.T.S-

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Pujian dan lafaz syukur tak henti-henti meniti di bibir saat meraih dan menikmati detik yang mashaAllah, indah sangat.
Allah permudahkan segalanya. Dari awal hingga akhir. Kadang DIA menyedarkan dengan ujian dan tekanan supaya aku tak lupa utk terus bermanja denganNya.
Allahurabbi.
Terima kasih ya Allah kerana menhadirkan insan2 yg berhati indah. Tak jemu support, bagi smgt, tolong macam2, bertahan dgn sikap yg kadang emosi. Ya Allah, mana nak cari insan2 yg baik mcm ni..
Pada usia 22 tahun ini, Alhamdulillah..satu permulaan utk mengorak langkah lebih jauh dlm kehidupan sebenar..
Terima kasih, syukran jazilan, jazakumullahu khairan katsira paling utama buat mak dan ayh setelah puji dan syukur buat Allah dan baginda Rasul.. Yang tak punya apa2 harta,tapi banyak mengajar tentang realiti kehidupan dan kebergantungan kepadaNya..
Terima kasih utk segalanya. Mak ayh, pendidik, dan sekalian sahabat. 
Yang bagi bunga dan coklat tu, terima kasih sgt2..hanya mampu memandang penuh kasih bersama ucapan terima kasih yg tak putus.

Kejayaan ini didedikasi pling istimewa utk cinta hati sampai syurga, mak ayh.
kiss emoticon
Dari anakmu, 
Seorang Leftenan Muda dan Pemegang Ijazah Sarjana Muda.





heart emoticon

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan.

** ballighu anni walau aayah **
Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan.

Dalam mimpinya, wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
InshaAllah. Wallahua'lam.

SOLAT JAMAK DAN QASAR~

BAB SOLAT JAMAK DAN QASAR~
(Pendapat 2 Org Ustaz)
1) Ustaz Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad @ Masjid Ar-Rahman, Mahang, Kulim Kedah
👇
:

SOALAN:
Jika kita👬 duduk diasrama... yang jauhnya lebih dari 2 merhalah (56 batu @ 91 kilometer keatas), dan kita pulang kekampung
🌴
 halaman.. tidak melebihi 3 hari.

👉
Adakah kita boleh melakukan solat Jamak Qasar dikampung halaman kita itu?
👉
Bagaimana pula, jika melebihi tempoh tersebut?

JAWAPAN:
✅Bila dia duduk diasrama.... rumah dia yang tetap, adalah rumah
🏡
 dia juga. Asrama itu tempat tumpang, balik kerumah X BOLEH Solat Jamak Qasar dah.

✅Dan jika dia sampai diasrama itu pun... dia X BOLEH melakukan Jamak Qasar juga, sebab dia nak duduk⌛ lebih dari 4 hari.
✅Kalaupun... anak2 kita duduk di Universiti
🏢
, duduk jauh2 lebih dari 2 merhalah... kemudian dia balik kerumah. Jejak sahaja qariah(kawasan) rumah dia, habislah.... sudah 🚫X BOLEH melakukan Solat Jamak dan Qasar lagi.

✅KESIMPULANNYA:
- "Rumah yang kita bermastautin itu (tempat tinggal sendiri)
🏡
, X BOLEH Jamak dan Qasar. Dan klu di Asrama pula, adalah tempat persinggahannya... X BOLEH juga Solat Jamak Qasar, sebab dia nak duduk lebih dari 📆4 hari."
Wallahu'alam...

🔆Maksud 
🔎
"BERMASTAUTIN" ialah, orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah🚛
💨
 ke tempat lain walaupun dia lahir
👶
 di tempat lain.

_______________________
2) Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang
👇
:

SOALAN:
Saya dari 
🚗💨
Bukit Mertajam, bercadang hendak pegi ke Kuala Lumpur... Saya telah menetapkan utk duduk Kuala Lumpur, melebihi 3 hari. Apabila sampai disana
🌆
, bolehkah saya melakukan solat Jamak dan Qasar lagi?

JAWAPAN:
✅Apabila tempat yang kita hendak tuju itu, sudah pun ditentukan⌛.... nak tinggal lebih dari 3 hari. Ini bermakna.... Apabila dia sampai diKuala Lumpur (tempat yg dituju itu), maka.... serta merta dia sudah menjadi orang👬 yang berMukim.

✅Kenapa dia jadi orang BerMukim?
👉
"Kerana dia nak tinggal disana, melebihi 3 hari".

✅Jadi, bila dia sampai sana.... sampai sana
🏠
 itu, dia sudah menjadi org berMukim... Maka, dia X BOLEH lagi untuk melakukan Qasar & Jamak. Hendaklah dia sembahyang seperti biasa✔.
Wallahu'alam....

🔆Maksud 
🔎
"BERMUKIM", ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada 3 hari. Dia 🙅TIDAK BERNIAT untuk kekal selama-lamanya di situ.

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

** THE SULTAN MURAD STORY

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh.
Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya.
Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.
Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,
"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"
Mereka berkata:
"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."
Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.
Sultan membalas,
Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.
Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.
Melihat suaminya meninggal,
Dalam tangisnya si isteri berkata,
"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."
Sultan terkejut!
Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.
Si isteri menjawab,
"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;
"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."
Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;
"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."
Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;
"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."
Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.
Aku pernah berkata kepada suamiku;
"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.
Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;
"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."
Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;
"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!
* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.
Disampaikan oleh
Ustaz Adam Way, Malam 21 Ramadhan. Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang.

This story inspired me and I have shared it with you to inspire you too. I hope you will share it to inspire others. Have a great day!

DeHearty - Permata Yang Dicari :)

Solla a'laikallah (Selawat Adnani) -RABBANI

LAU KA NA BAINANA : andai Rasulullah masih ada~

HIJJAZ - Kau Pemilik Cinta Video ( lirik )

Thursday 19 November 2015

DIA Muslimah~

Pandangannya jatuh pada skrin telefon bimbit yg selalu diletakkan di sisi bantal.
Pagi-pagi lagi sudah ada notification message alert beep through whatsapp application.
Tak hairan. Boleh jadi message from groups dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, uni, geng bff, families segala apa group semua..
But, every morning in everyday since one year ago, a good morning wish that never missed from someone was really made her day. She loved it. Feels like a great wake up call can't wait since she opened up her eyes!!
" Maya, waktu subuh dah nak habis. Could u please leave ur phone and perform ur solah? Lia kejut dari td tapi Maya tak respons. "
Keseronokkan Maya terbejat. Dia dengar. Itu suara Lia.
Her roomate and the one and only yg boleh bertahan duduk selama 3 sem dengannya. Well ya, who can ever stay dgn sikap dia yang kuat rebel, kuat menyanyi time study, kuat bergayut dekat phone, kuat makan, erkk squint emoticon . thats annoyed much.
And surprisingly, pagi ni. Of all pagi selama 3 sem satu room dgn Lia, Maya seolah-olah terkesan dgn kata2 Lia.
Lia mcm marah. She never been like this before. Maya murmuring yet still went to bathroom nearby and minutes later perform her solah.
Lia still sitting there on her desk. Studying, maybe. But Maya can see from her bed, that Lia is continuosly wiping her nose. Flu? Maybe. She was puzzled by her observation.
"Kau kenapa Lia? Ok x? Pagi2 ni bukan ke kau memang tak lekat kat bilik? Hari ni kan Jumaat? Kau tak ada Liqo' Nisa?" soal Maya sambil mengemas katilnya.
Lia menarik nafas.
" Aku..aku.."
Kening Maya bertaut sehingga dahinya berkerut.
" Kau ada problem?" soal Maya lagi.
Dia nampak Lia menggeleng.
Hairan. Dan Maya juga hairan dengan dirinya, rajin pula dia nak mengambil tahu tentang gadis bertudung labuh itu.
" Aku baca ini.." Lia mengunjuk sebuah buku kepada Maya.
Selagi Terbuka Pintu Taubat. Itu tajuk buku.
Maya terdiam. Tapi kenapa Lia ni menangis macam ada kematian? Dia pelik.
"Maya..." Lia menggamit Maya utk menurutinya duduk di atas katil.
Maya sekadar menuruti.
"Apa yg Lia nak sampaikan ni, Lia harap Maya dapat terima, cerna dan fikirkan baik-baik. "
Maya pandang Lia. Dia dh nk mula rebel. Paling tak best kalau dgr Lia ni nk tarbiyah. Telinga rasa panas. Hati mcm tersentap2 tapi tubuhnya masih melekap di sisi Lia.
Lia memegang tangan Maya. Sejuk tangannya. Maya sekadar membiarkan.
"Maya ni baik sgt dgn Lia. Tak pernah tak tolong Lia bila Lia lupa bawa kunci. Tak pernah tak tolong Lia bila Lia tak faham subjek Maths. Tak pernah tak ada bila Lia memerlukan. Maya baik, baik sgt dgn Lia. Alhamdulillah. Lia berterima kasih pd Allah..."
Maya memandang wajah Lia yg tenang..
Maya nak tahu tak, Lia pernah terbaca satu status di facebook, dia tulis, ' Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang selalu ditatap dan dipuji orang. Tetapi wanita itu seharusnya menjadi matahari yang silaunya akan membuatkan orang tertunduk sebelum mata memandangnya..'," Lia senyum. Di hujung katanya, dia mengusap lembut tangan Maya.
Maya terdiam. Lembut tapi tajam maksud kata-kata Lia.
" But Lia, why would you tell me this? Lia rasa Maya ni macam bulan? Am I?" provok Maya. Sekadar mahu menduga reaksi Lia yg tenang sejak dari mula dia membuka mulut.
Lia menarik nafas dalam. Maya pasti Lia sedang mengatur ayat paling berhati-hati untuk dituturkan. Lia, orangnya memang begitu. Cukup berhati2 dlm berkata2. Tawanya juga bkn terbahak2 seperti dia.
"Sungguh bukan Lia nak mengumpamakan Maya seperti bulan. Lia cuma nak menggambarkan betapa brharganya seorang wanita yg memelihara maruahnya dari sudut akhlak, kata-kata, pakaian dan cara hidupnya. "
"Then..?"
"Lia cuma menunaikan amanah Rasulullah, Maya sayang.. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw menyamakan seorang mukmin itu seperti cermin kepada mukmin yang lain. Maka, sudah menjadi tugas Lia sebagai saudara seaqidah untuk menegur dan membetulkan saudara Lia termasuk Maya.."
Maya tertunduk. Termalu dgn provokasinya dibalas dgn kata2 lembut menyejukkan jiwa.
"Maya, perasaan cinta itu fitrah. Fitrah yang Allah hadiahkan pada makhlukNya utk saling berkasih sayang. Perasaaan yang indah tak tergambar dgn kata2. Maya, sungguhpun fitrah cinta ini hadiah dari Allah, ianya perlulah diurus berlandaskan syarak. Bukan mengikut telunjuk nafsu semata-mata.."
Lia memandang Maya penuh kasih.
" Maya sedar tak perbuatan Maya selalu bermesej, kerap berhubung dlm telefon sehingga larut malam tu tak manis dan maaf Lia kata, bukanlah akhlak seorang wanita beragama Islam? " ada nada tegas dlm lantunan kata-kata Lia.
Maya mengangguk lemah.
" Lia memerhati dgn mata, menegah dlm hati. Lia tak mampu nak tegur Maya. Sebab Lia rasa terhutang budi sgt dgn Maya yg selalu tolong Lia. Lia menangis dlm sujud. Minta dekat Allah, kuatkan Lia utk tegur Maya. Kuatkan Lia..
Lia syg Maya. Wallahi syg. Sebab tu Lia bertahan. Sekurang2nya Maya tak melampaui batas sepanjang pengamatan Lia.."
Pipi Maya terasa panas. Perasaan bercampur baur.
"Lia..." Maya menahan air mata yang mula bertakung di tubir mata.
"Ya?" sahut Lia.
" Maya pernah nak berubah. Nak jadi baik mcm Lia. Nak jd lebih hebat dari Lia.."
"Hebat? Lia ni yg patut cemburu dgn Maya. Maya ada segalanya. Rupa, harta, kecerdikan.."
" Tapi Maya tak ada ketenangan! Maya tak rajin mengaji Quran macam Lia. Tak reti ckp lembut2 cam Lia. Tak ramai kawan cam Lia. Tak ramai peminat mcm Lia!"
"Allahuakbar.." Lia mengucap panjang. Dia tergeleng-geleng.
"Maya..bab rajin mengaji Quran itu perlu mujahadah, kekuatan jiwa utk istiqamah..sekurang2nya tadarus dan tadabbur 10 ayat dlm 1 hari. Kena lawan rasa malas. Lia tak sempurna. Kadang futur. Lesu dlm beribadah tapi kena muhasabah diri byk2, Maya. Tentang ckp lembut2, itu memang peribadi Lia..bukan Lia buat2 utk nampak baik. Ia ajaran dari ayah Lia supaya menjaga kata2..tentang ramai kwn? Hmm..mungkin mereka selesa. Lia pun tak tahu yg pnting Lia tak pernah membeza2kan kwn..
Maya, Lia sikitpun tak ambil pusing dgn bdk llki yg sengaja nk ganggu Lia. Bagi Lia, mereka tu sekadar cuba-cuba. Mana tahu terkena. Lia tak mahu di layan mcm tu. Maruah kita sbg seorang wanita bkn mcm ikan yg dijual di pasar. Klu suka, jumpa wali Lia. Bkn caranya main acah-acah mengena..."
Air mata yg ditahan jatuh jua..
Maya terasa murahnya maruah dia. Tak matangnya pemikiran dia selama ini. Lia sikitpun tak menyimpan rasa tak puas hati dgnnya..sedangkan dia?
" Maya, hidup ini adalah tentang kita bermain dgn pilihan..
Baik atau jahat,
Ingkar atau taat,
Cinta atau benci,
Syurga atau neraka..."
" Tapi Lia, mcm mana nk berubah kalau Maya masih dgn Haikal? Dia jenis yg stylish, up-to-date. Lagipun Maya syg hubungan ni. Dh setahun, Lia.."
" Maya sygkan dia atau sygkan agama?"
Dush! Soalan Lia mcm anak panah tepat menusuk ke jantung.
Sakit. Pedih.
" Agama..."
" Jadi kenapa perlu takut kecewa dgn cinta makhluk?
Cintakan bunga, bungakan layu..
Cintakan manusia, manusia kan mati..
Hanya ada satu cinta yg kekal abadi, Maya.. Itulah cinta seorang hamba kepada PenciptaNya.."
" Hijrahlah Maya. Hijrahlah kerana Allah bukan kerana manusia. Didik jiwa utk mencegah kemungkaran..Wanita solehah itu jauh lebih baik dari seribu lelaki soleh. Betapa hebatnya cabaran wanita utk menjadi solehah muttaqin sehingga bidadari kt syurga pun cemburu.."
" Percaya pd janji Allah..wanita yg baik utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya. Dan Maya kena ingat, ' Allah has written your name next to someone else. Why chasing wrong person and get hurt?' Isbir Maya. Allah selalu ada di sisi orang yg bersabar.."
Sejurus Lia menghabiskan kata2nya, Maya mendakap Lia. Erat. Dalam esak tangisnya, dia memohon maaf kerana berdengki dgn kesederhanaan Lia. Lama mereka begitu sehingga pelukan terlerai dikejutkn dgn deringan telefon Maya.
Maya memandang nama pemanggil.
" Haikal.."
Lia mengangguk memberi ruang privasi.
Maya nekad. Dia letih berpura2. Dia tak mampu lagi menjadi pembiaya kwgn Haikal yg gemar bergaya.
" Lia tnggu Maya. Maya nak selesaikan dgn Haikal.." Ujar Maya lalu dia bersiap2.
Sejam kemudian..
Maya kembali ke biliknya semula. Dia nekad mahu berubah dan meninggalkan zaman jahilliahnya..
Lia tidur. Figura itu tidur tak menguit.
Letih kot, bisik hati Maya..
Tiba2, tangan Lia terkulai layu. Ada darah pd sapu tangan yg dipegangnya.
Maya panik.
Dia menggoncang tubuh Lia. Berkali-kali.
" Liaaaaa!!! Bangun Lia! Bangunnnn!!!
Allah..Allah..Allah.. Liaaa!!! "
Air matanya berjurai laju. Penuh histeris.
Ruangan biliknya mula dipenuhi pelajar perempuan. Kak Bella selaku ketua aras menghampiri jasad Lia dan memeriksa nadinya.
Kak Bella memandang wajah Maya.
" Qolu Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.." ucapnya.
" Ya Allah! Baru td sy bual dgn Lia. Baru td!! Ya Allahh....." Terasa bersepai smgt Maya.
Kak Bella menenangkan.
" Allah lebih sygkan Lia. Maya kena redha ya.."
Dan Maya melepaskan tangisan semahu-mahunya di bahu Kak Bella.
Lia.
Pemergiannya pd Jumaat yg indah itu meninggalkan ibrah yg besar dlm penghijrahan hidup Maya.
*******
" Oh..patutlah ummi letak nama kak long Alia Syafiqah. Rupa-rupanya tu nama kwn baik ummi, " Si kecil berumur 6 tahun itu seronok mendengar sejarah namanya.
Maya senyum makna sambil membetulkan tudung anak anugerah Allah itu.
" Ummi harap anak2 ummi jd mcm arwah Aunty Lia. Seorang wanita soleh muttaqin, inshaAllah.."
" baik ummi! "
ujarnya sambil berlari menyambung aktiviti bermainnya.
Afzan memandang Maya, isterinya penuh bangga.
Alhamdulillah Allah makbulkan doanya dalam diam utk memperisterikan Maya yg ternyata merupakan isteri dan ibu yang terbaik utk institusi baitul muslim binaanya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
written by:
-dalilafarhana-
States of Pahang~
30/10/2015

INNAMAL 'AMALU BINNIAT :)

" I believe that anything yg datang dari hati pasti akan sampai ke hati.
Perasaan yg kita tak boleh nak fake. Allah yg campakkan rasa tu.

Niat mencorakkan natijah. Cari DIA, kerana Allah jaga semua.."
-drAnwar

ALL for UMMAH

Muslim ibarat buih di lautan.
Banyak tapi tak bersatu....

Manipulasi masyarakat majmuk.
Semakin ramai rakyat, semakin hebat tugas da'ie (pendakwah) mentarbiyah (menunjuk ajar) mutarabbinya ( anak didik).

Dari situ, para da'ie dpt mengaplikasi ajaran Islam sebaik-baiknya.
Dakwah dgn akhlak.
Dakwah penuh hikmah.

Usahakanlah sesuatu meski sekecil-kecil pertolongan.
Bukankah hidup memberi lebih membahagiakan dari selalu mengharapkan sesuatu?

Infakkan (dermakan) hartamu ke jalan Allah. Kerana siapa tahu, dlm hartamu, tersimpan rezeki orang lain.
ISLAM for all!

PERUMPAMAAN ALLAH

" Allah umpamakan manusia macam logam. Macam emas, perak. Kalau logam-logam ini tak dicari, tak diproses utk jadi ketul-ketul emas dan perak, ia tak ada nilai. Tak ada harga.
Tapi apabila diproses, sifatnya sebagai emas dan perak tetap kekal, cuma ia kini sudah ada harga dan nilai.
Sama macam manusia.
Kalau semasa jahiliahnya dia seorang yg hebat, macam Saidina Umar, org yg bijak, digeruni, walaupun dia memeluk Islam dia tetap bijak dan digeruni, tapi dalam kondisi yg lebih baik.
Khalid al-Walid, dia hebat berperang hingga menewaskan tentera Islam sendiri dalam perang Uhud, dan apabila dia memeluk Islam, dia tetap seorang panglima hebat dan tak pernah tewas.
Semua sahabat Rasulullah SAW ialah org yg dihormati walaupun semasa jahiliah. Mereka golongan yg bijak pandai, yg kaya raya, org-org yg mnjadi pemimpin kaum mereka dan apabila mereka memeluk Islam, sifat mereka ini kekal malah lebih baik lagi..."