Pages

Thursday 19 November 2015

PERUMPAMAAN ALLAH

" Allah umpamakan manusia macam logam. Macam emas, perak. Kalau logam-logam ini tak dicari, tak diproses utk jadi ketul-ketul emas dan perak, ia tak ada nilai. Tak ada harga.
Tapi apabila diproses, sifatnya sebagai emas dan perak tetap kekal, cuma ia kini sudah ada harga dan nilai.
Sama macam manusia.
Kalau semasa jahiliahnya dia seorang yg hebat, macam Saidina Umar, org yg bijak, digeruni, walaupun dia memeluk Islam dia tetap bijak dan digeruni, tapi dalam kondisi yg lebih baik.
Khalid al-Walid, dia hebat berperang hingga menewaskan tentera Islam sendiri dalam perang Uhud, dan apabila dia memeluk Islam, dia tetap seorang panglima hebat dan tak pernah tewas.
Semua sahabat Rasulullah SAW ialah org yg dihormati walaupun semasa jahiliah. Mereka golongan yg bijak pandai, yg kaya raya, org-org yg mnjadi pemimpin kaum mereka dan apabila mereka memeluk Islam, sifat mereka ini kekal malah lebih baik lagi..."


No comments:

Post a Comment