Pages

Friday 16 March 2018

GANTUNG by Nadia Khan (novel vs the series)

Assalamualaikum wbt
Holla! Haha.
Actually, ada up kat instagram pasal review novel Gantung vs the series ni tapi limit lah. Tak puas hati betul sebab tak dapat nak elaborate more.
Ni kira sharing dari awal review dan sambungannya.
Review ni expectationnya : korang dah tengok spoiler dekat ig page,  trailer atau dah tengok atau dah baca pasal cerita Gantung tapi blur and tak faham. .Haha..

.
.

Gantung version novel dengan the series ada perbezaan dari sudut pembawakan cerita tapi  tak lari jauh teruk dari storyline asal. .
.
Kalau tengok the series, obviously boleh predict yang Randy Pangalila aka Gibran(Gibbs) adalah main male lead dalam cerita ni tapi for me the main male lead kalau baca dalam novel adalah Ikmal Amry aka Raymond de Silva(Ray)/Khalil Abdullah.
.
.

Ada beberapa scene yang ditambah dalam the series yang tak diceritakan pun dalam novel, and ada beberapa watak dalam novel yang tak diwujudkan pun dalam the series, mungkin sebab nak jaga kesinambungan jalan cerita kot. Memandangkan taknak hambar dan menyulitkan pemahaman penonton.
.
.
Back to the novel version, kena fahamkan yang plot penceritaan dia berkaitan 10 tahun lepas iaitu tahun 2011 dan tahun semasa 2021.
Phewww! Mula-mula clueless kot. Siapa lak watak Jeremy, Lina, Khalil dan cikgu psiko masa chapter keberapa tah. Tapi makin lama, makin jelas and boleh agak siapa yang dimaksudkan berdasarkan cara diorang converse and interpret the situation.
.
.
Cuma dalam the series this situation doesnt exist at all sebab cerita dia tamat dekat part yang Deepa watak yang diubah nama kepada Ratna dalam the series aka dijumpai menggantung diri dekat dalam auditorium tapi dalam masa yang sama secara misterinya sedang berjumpa dengan Gibbs. lol..
.
.
Kalau di sambung lagi, mengikut novel tak lama lps kejadian Deepa gantung diri, ada suatu kejadian besar dan menggemparkan berlaku dalam bilik dorm Gibss dan KJ (dilakonkan oleh Brandon Salim). Time tu diorang lepak sekali dengan Troll n Ray santai², borak pasal the  musketeer code tiba² ada dengar orang ketuk pintu.
Gibbs pergi bukakkan. Diorang takde expect apa pun tapi terpacul seorang lelaki.
Dia tanya simple je, ' Siapa Gibran Tan Sri Ahmad Zahid? '
Gibbs jawablah dia, tiba-tiba lelaki tu acu pistol tembak perut dia. Yang KJ pun terus pergi dekat Gibbs, and nak seranglah lelaki tu tapi dia pulak kena tembak tepat dekat dada,  Troll pun serang,  kena tembak jugak dekat perut.  KJ meninggal serta merta. Troll dengan Gibbs cedera parah & mati masa otw pegi hospital.
The only one yang alive?
Ray!
Gila trauma beb. Maunya tak waras kawan tu dibuatnya bila menyaksikan kematian kawan-kawan depan mata.
.
.

All in all ,cerita ni mengisahkan rencah kehidupan remaja yang rosak akhlak , seks bebas, tak hormat guru ,rasuah ,kuasa,fame. Cuma yang menjadikan ia menarik adalah friendship diorang,  bromance yang natural . Plus bila Gibbs break the Musketeer Code and bercinta dengan Farah,roomate Deepa/Ratna.
.
.

Paling syok kalau dia wrap cerita ni dengan masukkan elemen keinsafan dan agama .Kaw beb .Kau mesti rasa takut kalau mati dalam keadaan aib atau mati mengejut tak sempat mengucap.
Allahu..

No comments:

Post a Comment