Pages

Wednesday 23 December 2015

NIKMAT MAJLIS ILMU

NIKMAT MAJLIS ILMU
oleh Majlis Ta'lim Darul Murtadza

"Kasihan sekali berapa ramai kaum muslimin, di saat yang sama, mereka mendengarkan ucapan-ucapan yang tidak berguna yang dia temukan di telivisyen atau internet, antara fulan dan fulan sehingga dia terhalangkan untuk mendengarkan ucapan seperti ini yang kita dapatkan di masjid ini.
Dan dengarlah ucapan Tuhanmu, dan itulah sebaik-baik ucapan. Dan Allah adalah Tuhan segala sesuatu. Bagi setiap orang-orang yang menjawab dan mendekat kepada Allah, bagi mereka adalah al-Husna."

Ukhuwah sampai Syurga~


Saat langkah ini masih merangkak mengejar cintaMu, Kau bimbing dan kurniakan kekuatanMu yg Maha Hebat wahai Rabbul 'Izzati.
.
.

Tika hati ini dilanda resah gelisah, Kau berikan daku ketenangan utk mengusir segenap aura negatif di dalam diri. Sungguh aku mahu miliki sekeping hati yg indah dan menilai setiap apa yg berlaku dgn mata hati yg indah.
.
.

Dan sekeping hati ini ya Allah, hindarilah ia dari sikap mazmumah berburuk sangka sesama makhluk.
Kerana hayatku di dunia tidak lama, dan aku sedar aku punya urusan yg jauh lebih besar dari terperangkap belenggu penyakit hati.
.
.

Terima kasih buat kalian yg pernah datang dan pergi, datang dan singgah sebentar, datang dan terus stay dlm hidup aku.
.
Moga Allah redha dgn ukhuwah ini.
Allahumma Aamiin.

smile emoticon




UJIAN~

Andai kita rasa sering beruntung dan bernasib baik, ketahuilah bahawa ini juga ujian.
Doalah selalu agar Allah celikkan pancaindera kita utk sentiasa bersyukur dan tidak lupa diri.
Sobahul kheyr.

:)


Saturday 19 December 2015

ALLAH MAHA BAIK!

Baru ni, akak skrol friendlist akak di fb, Alhamdulillah ramai perempuan. :)
smile emoticon

Akak ada remove kawan2 lelaki di fb yg bagi akak, akak tak ada urusan yg memungkinkan akak berurusan dengan mereka at this moment. Biiznillah rasa macam seronok sgt skrol timeline penuh dengan newsfeed wanita2 solehah muttaqin-to-be, yg bagi akak sgt menaikkan semangat akak utk jadi baik dan berhati indah!

Alhamdulillah newsfeed akak penuh dengan nasihat-nasihat yg bermacam2 genre, ada yg berbentuk madah indah, kata kiasan, motivasi dan tak kurang juga kata2 berupa sentapan. Indahnya seni berdakwah ukhti2 sekalian. Seronok sangat :D
grin emoticon
Silap besar kalau cakap akak nak kawan dgn org baik2 je, inshaAllah sahabat yg lain juga akak doa moga ALLAH kurniakan taufiq dan hidayah utk kalian. Seronok sgt kalau kita belajar menyulam cinta Allah sebab ALLAH MAHA BAIK. MAHA PENGASIH. MAHA PENYAYANG. Allahu Maha Elok segala-galanya!!

Psst....!
Nak sentap tak tengahari ni?

**************************************
"Why kau x solat?"
"Hmmm..aku malas lah"
"Ohh..OK.Nanti masuk neraka jangan malas2 tau.Terjun Je! "
hee. 
grin emoticon

Pengasuh Budak :)


Boleh contact number yang tertera :)

Friday 18 December 2015

NASI AYAM ORANG BUJANG~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..
Akak busy betol minggu ni. Alhamdulillah taklah banyak ngulor..ye dok..keke

aritu, masa khamis lepas, dekat ofis akak ada la buat jamuan kecik2 sempena anak bos akak berkhatan. bhahaha.. org berkhatan, kita yg makan sakan. haha.

kami semua pakat duk masak nasi ayam yg di lead oleh isteri bos, nadea, jiejie and kak hanna. tapi masa tu, akak tak berapa nak sihat jadi akak macam tolong lebih kurang je sbb lepastu akak kena jadi assistant nurse utk dr. 

part tolong dr tu nanti akak ingat, akak cite..hehe.. memang pengalaman yg sgt unik la sbb akak tlg dr khatankan budak kot. memang rasa takut dan ngeri but once dr conduct how to do it,then u rasa macam okay i got the strength!

*********

ohh , sebelum merapu hat pelik2, akak go straight to the point je ea.

Bahan-bahan dan sekali harung dengan cara-caranya :-

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, pelaga, kayu manis guna planta/mentega kat kuali 
lepastu Beras tu sukat ikut keperluan

kalau nak kuning lagi, letakla kunyit atau pewarna kuning
kalau nak bau wangi - letak pandan
air rebusan ayam utk masak nasi

Utk ayam :

kicap manis
sos cili
sos tiram
serbuk perasa
lada sulah
garam secukup rasa
madu - utk lebih manis
gaulkan semua bahan, kemudian masukkan tepung gandum sikit jea.




kami tumbuk dulu bawang merah, bawang putih, halia, kunyit sebelum menumis


hasilkan stok ayam dengan merebus ayam terlebih dahulu. stok tu untuk masak nasi dengan buat sup ayam.




utk sos nasi ayam pulak.

blend lada besar.
kalau nak pedas letak cili padi
cuka/ limau nipis
letak bawang putih sikit takut rasa pelik2 (1 ulas)
gula letak lebih sikit- bagi manis
garam secukup rasa



ini bahan aksesori salad, timun, tomato


tadaaa.. setel :D

Nasi ayam orang bujang!



Thursday 17 December 2015

KEK COKLAT MOIST LAPIS CHEESE #recipe saved!


Bahan Untuk Kek Coklat :
.
80 gm serbuk koko
140 gm gula kastor
250 gm mentega
200 gm susu segar
120 gm susu pekat
125 gm tepung gandum
40 gm horlicks
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur (gred A)
.
Bahan Untuk Lapisan Cheese :
.
250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur (gred A)
30 gm tepung gandum/superfine
.
Caranya :
Terlebih dahulu panaskan kukusan.
.
Cara untuk kek :
Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula ke dalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Campurkan horlick, kacau serata dan ketepikan.
Pukul telur sehingga berbuih (tidak perlu sampai kembang). Masukkan kedalam sebatian coklat tadi dan dikacau rata.
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam tepung sambil dikaupbalik dengan spatula hingga adunan rata dan sebati. Ketepikan.
.
Cara untuk cheese :
Mula-mula cairkan coklat putih secara double boil, ketepikan.
Pukul cheese hingga lembut dan kembang.
Masuk telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Masuk pula tepung, dipukul rata. 
Dan akhirnya, masukkan coklat putih tadi, pukul sehinga gebu. 
Bahaikan kepada 2 bahagian.
.
Cara Melapis :
Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. 
Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
.
Setelah masak biarkan sejuk. Keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache. Penggunaan coklat ganache hanya sebagai pilihan kerana kek ini juga sedap dinikmati begitu saja.

gambar download je. ihiks :D

Mee Hailam #recipe saved!


Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )
.
✔1/2 kg. mee kuning
✔1/4 kg daging ayam dan daging lembu
✔10 ekor udang (sedang)
✔3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
✔3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
✔1 sudu besar cilibo
✔1 ikat sawi hijau
✔1 potong kobis
✔1/2 batang lobak merah
✔1 bungkus 'baby corn'
✔2 tangkai daun sup dan daun bawang
✔2 biji limau nipis
✔Sos cili dan sos tomato Kicap
✔1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
.
Cara-cara
.
✔✔Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
.
✔✔Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
.
✔✔Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.



Meatball Malaysia

tergelak sendiri. meatball malaysia aka cekodok meatball. haha. kemain nak makan dengan spageti tapi jd lain pulak, tapi sedap jgk. not bad, seriously. ok, kalau nak twu buat macam mana, follow turutan gambar :D

tumis bawang besar yg dipotong dadu dengan planta sampai keperangan. lepastu asingkan.


at the same time, ambik minced meat. akak beli saudi gold punya dan yg penting HALAL ya.
inilah minced meatnya. cuci dulu bagi bersih sebab ada darah sikit.

lepastu gaul dgn garam, gula, lada putih, serbuk perasa secukupnya dan telur sebiji (adjust ikut rasa masing2)



ok jadi macam ni. jgn lupa letak balik bawang yg kita ketepikan tu dlm besen yg sama. planta tu letak biasa2 je sbb takut jd cair.

sebabkan akak punya adunan tu cair, akak pun adjust sendiri letak tepung. haha. utk senang bentuk.


dah jadi macam ni, test pulak, senang bentuk tak, kalau tak ok, tambah tepung lagi. hee. tapi jgn banyak nanti rasa tepung semata2.


then, ambik pinggan lain isi tepung gandum lepastu bentukkan dan golek kat tepung supaya tak melekat2.


goreng garing2. :D


dan tadaaa.. inilah rupanya.


ini regunya. cekodok meatball dan spageti :)
Alhamdulillah.

Siru 'ala barakatillah.

Spagetti meal for lunch :D

Assalamualaikum wbt.

Cerita semalam, punya lah pening nak masak apa, kak hanna ckp yg penting nak special, ok hari tu kita pun buat spageti..hee
kami celur spageti tu macam biasa. tunggu air mendidih. jie cakap tambah minyak sikit utk efek berkilat dan tak melekat-lekat. mak ndak akak punya style pulak, letak garam dgn air je. ok ikut jela kan. yg penting tak kembang macam mee. hee




utk kuah pulak, first sekali tumis lah segala bawang merah, bawang putih lepastu bila dah naik bau, masukkan 1 tin prego dulu. kalau nak pekat2 letaklah banyak lagi. lepastu masukkanlah pes tomato, carrot, masak minced chicken, letak tomato utk masam lagi, kalau nak warna cantik sikit, letaklah lada benggala warna warni, cili padi kalau nak pedas sikit n kalau nak naik bau letak daun ketumbar sikit. hehe.. masak pekat2. kalau nak cair tambah air sikit lepastu flavour kan dgn garam, gula n serbuk secukup rasa. pokok pangkalnya nak buat kuah spageti ni, campak je apa2 yg penting rasa asli masam kuah tu tak hilang. :D


taraaaa.. dah siap spageti org bujang for lunch! siap ada cekodok meatball lagi. teehee.. yg meatball tu ada resepinya tapi akak buat adjust sendiri la..inshaAllah nanti akak kongsikan dlm entry lain ye.

wassalam.


Bercinta..?


oleh : Ruqayyah Farhani
"Bercinta, semuanya indah. Tapi indahnya kehidupan berkahwin tak pernah sama dengan apa yang selalu kita bayangkan ketika zaman bujang. Tak pernah sama dengan apa yang kita teka, rasa, pandang selagi belum rasa kehidupan setelah berkahwin.
Seringkali manusia keliru dalam fantasi hidup berpasangan. Antara cinta dan hawa nafsu. Tenang dan sensasi. Cemburu buta dan menjaga hubungan. Katanya cinta sejati, tapi berselang geli-geli dalam sembang ketawa. Rasa tenang bila melihat wajah, bersentuh tangan dan kulit, rupanya sensasi nafsu yang menular menjalar hingga ke tekak. Bukan salah mereka. Lihat saja ke dunia media kita, persekitaran keluarga, masyarakat, dan pengaruh budaya luar menyebabkan getaran hati untuk mencuba sesuatu yang baru semakin kuat. Ditambah pula dengan teknologi dan kemudahan yang ada menyebabkan satu-satunya penghalang adalah keinginan, hanya pilihan mahu atau tidak. Siapa pun mampu terjun dalam dunia maksiat tak kira masa dan tempat. Apa lagi jika belasan tahun dibesarkan dalam keluarga yang mengambil mudah isu pergaulan.
Ada juga yang serius dalam percintaan. Merancang dan berbincang disusuli tindakan, mengumpul duit, perbaiki kehidupan, menghalakan arah tuju perjalanan usia. Namun, jalan menuju perkahwinan pula seringkali diganggu angan-angan kosong, tipu daya syaitan, dan nafsu. Ditambah pula rasa sensitif, risau, cepat marah, cemburu. Pelbagai usaha syaiton mengganggu niat yang baik. Sabar, doa, rancang, dan teruskan apa yang terbaik.
Bila selesai berkahwin, destinasi yang dikejar adalah bahagia. Ramai yang sangka hala tuju kehidupan setelah berkahwin adalah bahagia. Seringkali aku dinasihatkan oleh pasangan veteran, "bahagia tu bukan destinasi. Tapi perjalanan". Sesuatu yang diusahakan atau pelaksanaan dan tindakan yang berterusan. Usaha dan tindakan inilah yang dikatakan bahagia. Tanda merasa adanya kebahagiaan adalah mengikut rasa ketika kita memberi. Memberi dan terus memberi. Bukan pada indahnya menerima."
Dapatkan buku ‪#‎MaryamAnakSyurga‬ untuk coretan, catatan, perkongsian santai dengan lebih lanjut di kedai-kedai berhampiran anda.


Wahai WANITA..

Wahai wanita bakal bidadari bidadari syurga,
Kamu adalah wanita.
Kamu boleh jadi sebaik-baik wanita
Dan kamu juga adalah fitnah.
.

Apa yang membuatkan kau mendedahkan aurat?
Apakah dengan cara itu kecantikan kau lebih terserlah?

Tapi dengan cara mendedahkan aurat ? 
Allahu ruginya.

Sayang, Tidak kiralah di alam maya / realiti, dosa tetap dosa bila aurat kamu dedahkan.
.
Setiap inci lekuk tubuh mu mampu menggoyahkan iman lelaki.
.
Sayang.
Pandangan mata lelaki ni lain.
Luar biasa.
Ada yang pakai terdedah sana sini.
Tak cukup dengan tu.
Calour rambut warna warni.
.
Ada yang dah molek.
Semua dah tutup.
Tapi sayang tudung pulak atas dada.
.
Belum masuk lagi mereka yang bertudung di luar tapi bf mintak gambar free hair laju je kamu bagi.
.
Sayang, bukan itu yang Rasulullah ajarkan.
Bukan itu yang Allah perintahkan.
.
Sahabat. Aku tahu aku pun bukanlah baik sangat.
Aku juga pernah jahil. Pernah leka. Maka dari itu, aku tak mahu kau berasa menyesal dengan dirimu kerana ingin sekali aku tegur pemakaian mu tapi aku takut ia menjejaskan persahabatan kita.
.
Dan dengan cara inilah aku menegurmu. Kerana aku takut ketika di akhirat kelak, aku dipersoal oleh Allah kerana tidak menegurmu. Sedangkan ketika di dunia kita banyak habiskan masa bersama2.
.
Sahabat,
Pakailah ikut syariat islam.
Baru kamu dipandang tinggi,
dan dihormati oleh lelaki.

jika bukan kerana lelaki pun, kenanglah ayahmu sayang..berat bahu kirinya menanggung dosa yang kau cambahkan.
Maaf sahabat, jika ianya menyinggung perasaan mu. 
Aku mahu sangat agar kita dapat bersama-sama ke syurga Allah yg Maha Indah.

:')


TIPs UNTUK KURANGKAN ANAK-ANAK BERGADUH

TIPs UNTUK KURANGKAN ANAK-ANAK BERGADUH
oleh : Ibu Rose
Anak-anak suka bergaduh kerana masing-masing berasa kurang selamat dari segi kasih sayang. Ini adalah perkara biasa walaupun ibu bapa berusaha memberi kasih sayang yang sama.
Banyak sebab mengapa anak-anak suka bergaduh. Namun, kita boleh pegang pada satu perkara utama, iaitu mereka merasakan mereka kurang dikasihi. Ini tidak semestinya kerana perbuatan ibu bapa, ianya boleh jadi kerana tanggapan anak itu sendiri. Oleh itu janganlah berasa sedih berlebihan pula.
Anak-anak kita ada perjalanan hidup mereka sendiri. Mereka juga perlu mempelajari hidup ini sendiri. Kita ibu bapa hanyalah 'GUIDE' dan pemimpin mereka. Ibu akan kupas mengenai perkara ini pada penulisan nanti.
Malam ini, apa yang Ibu hendak kongsikan ialah sedikit Tips untuk anda boleh mengelakkan anak-anak dari suka bergaduh atau mengurangkannya.
1- Selalu menunjukkan kasih anda kepada anak-anak anda, sama rata. Jangan lokek untuk MEMELUK, MENGHARGAI, SENYUM dan yang sepertinya.
2- Panggillah dia dengan nama yang membawa kepada rasa seronok ke dalam dirinya. Contoh, Danish my small hero atau Aisyah anak ibu yang rajin. Ini akan memberi mereka identiti yang baik terhadap diri mereka.
3- Bila mereka bergaduh.
-Leraikan dan dengan penjelasan dari kedua2 pihak dengan teliti. Beri masa untuk mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada satu sama lain.
-Setelah mendengar tanya apakah yang mereka hendak adik atau abang atau kawan mereka lakukan untuk mereka berasa happy kembali.
- Ajak bertolak ansur dan lakukan dengan adil. Jangan asyik suruh abang mengalah dgn adik atau adik mengalah dgn abang. Buatlah dengan adil. Tidak semestinya kerana dia abang, dia kena mengalah dgn permintaan adik yang tidak munasabah. Jika anda selalu melakukan begini, dua perkara akan berlaku, abang akan berasa dia tidak penting dan ini menyiksa batinnya dan adik bermaharajalela dan menjadi anak yang lenja dan tidak bertanggung-jawab.
Panjang lagi cerita kita ni. Nanti kita sambung.
Apa yang Ibu hendak pesan, malam ni pergi kepada anak-anak dan pada setiapnya;
- SENYUM
- PELUK
- DOAKAN MEREKA DI HADAPAN MEREKA
- PANGGIL MEREKA DENGAN IDENTITI POSITIF - contoh. 'ALANG YANG PENGASIH' etc 
- BILA NAK TIDUR, BAYANGKAN ESOK, ANAK-ANAK ANDA SANGAT BERTOLAK ANSUR DIANTARA SATU SAMA LAIN. NAMPAKKAN DENGAN JELAS DI DALAM MINDA DAN HATI ANDA. Inilah DOA.


Peduli Ummah!

Kita generasi harapan. Bukan lagi golongan yang meletakkan keterbatasan dan diskriminasi pada kemampuan wanita.
.
Pada kita, lahirnya cita dan impian. Kitalah pejuang pembela kebenaran. Yang melahirkan kejayaan dari usaha. Yang hidupnya berpaksikan keimanan.
.
Peluklah Deen ini dengan kaffah dan syumul, lurus iktikad dan aqidah serta teguh ketaatan pada syariat.
.
Uruskan perkara yang ALLAH pinta kita uruskan, jadilah tentera Ansarullah! Majukan Ummah. Sebarkan bahagia dalam tarbiyah dan dakwah dalam kehidupan seharian.
.
Perkara yang ALLAH uruskan biarlah DIA uruskan. Jodoh, Ajal dan Pertemuan bukan dalam bidang kuasa kita, maka, kita berusaha, berdoa dan tawakal tu 'alallah. 
.
Kita merancang dengan cita-cita tapi yakinlah bahawa ALLAH merancang dengan penuh cinta.

Bangkitlah pemuda pemudi! Islam merindukanmu! 
Jangan tidur lagi.


Allahu yubarik fiikum.


Tuesday 8 December 2015

RESEPI TOMYAM #bujang

Assalamualaikum wbt..

tengahari tadi, sama macam tengahari 3 hari yg lepas, kitorang kat ofis Palmabrand Exclusive dah start main masak2 time lunch. Macam2 1st try recipe lah yg kami eksperimentasikan. kekeke.

ad hoc planning arini adalah masak TOMYAM bujang disamping ayam goreng kruk kruk alaala KFC dan telur bistik (**ptutnya telur bungkus tapi tak jadik)!

haa..

bahan-bahan akak yg aci redah je ni :-

Bahan A

1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
halia - hiris (akak ambik sikit je)
2 batang serai -ketuk2
7 biji cili padi - belah tengah (klu nak pedas2 letaklah banyak lagi)

Bahan B

2 bungkus pes tomyam adabi (sebab nak pekat kaw2)
7-9 ketul ayam -potong kecik sikit
3-5 helai daun limau purut -nak bagi naik bau
air asam - nak rasa masam lagi

Bahan C

putik jagung, bunga kobis, carrot
tomato-belah 4

Cara-cara :-

1) Dengan lafaz bismillah, lepas dah panaskan minyak, akak lebur je bahan A dan tumis sampai naik bau.
2) agak-agak bau tu dah mengancam, akak letak air sikit sebab takut hangus. kekeke
3) lepastu akak pun gunting pes tomyam tu satu2 dan tuang dalam periuk sambil tengok pekat ke tak..akak tambah air lagi ikut agak2.
4) dah agak-agak dapat adjust kepekatan kuah yg kita bese tengok kat kedai, akak pun terus masukkan ayam. akak biar dulu, bagi ayam tu sebati dengan kuah tomyam dan masak. akak just kacau slow2 je.
5) lepastu akak ramas2 daun limau purut tu dan bila akak tengok kuah dah agak menggelegak, akak pun mula la letak garam, gula, dengan sikit perencah secukup rasa.
6) kalau kurang masam tu, bolehla letak air asam dan kalau tak cukup pedas, tambahlah cili lagi ya.
7) lepastu akak letak bahan C last sekali sebab kuah dah menggelegak,so, masa utk sayur masak cepat je dan still dapat maintain nutriennya.
dan taraaaa.. dah siap!
sedia dihidangkan. yummy! Alhamdulillah.

Tomyam first try done. 
:D


Secret Skin White Kawaii Collagen

Assalamualaikum wbt.

Secret Skin White Kawaii Collagen.

Bismillahirahmanirrahim~

akak tak pernah try lagi tapi akak baru nak try lepas terpengaruh dengan pujukan Nadea, ofismate akak. haha. 
tapi sebelum try tu akak memang tengok nadea tu pakai ok. dia siap bagi akak dengan mak cik akak try 1 sachet sebelum kami order kat dia. rasa nya memang manis. akak tuang satu sachet dlm cawan berisi air lepastu akak bancuh pekat2 barulah akak boleh telan. 
akak sebenarnya takdela serius sgt consume collagen.
biasanya akak berani consume produk farmasi je, cthnya EPO, Olive oil. tapi kali ni akak ingat nak trylah sekali. kalau ok, inshaAllah wa biiznillah akak teruskan. :)

Acahacah model kawaii collagen
dengan tawakal tu 'alallah, inshaAllah akak akan review produk ni dengan testimoni akak sendiri, so apa kata kita tengok review org2 yg dah pernah try kawaii collagen ni :D

SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN

 Kesan lebih pantas berbanding produk jenama lain!! 
 kerana  14x stemcell
 1,600,000mg collagen nano!! 
 36x anti-oxidant
 20x Super Fruits 
Pitera Rich Extract

Secret Skin White Kawaii Collagen juga sesuai untuk yang  sakit sendi, sakit lutut, artrithis dan juga  sakit kronik yang lain.

 Paling penting ialah ...  
HALAL 
LULUS KKM 
100% kilang muslim 
halalan toyyiban gunakan tanpa ragu-ragu



Datin Dr.Halina (isteri kpd angkasawan negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) juga menjadikan Secret Skin White Kawaii Collagen minuman utk melicinkan kulit wajah & badan. Kesannya yg cepat hanya dlm 3 hari telah menambat hati beliau utk terus stick dgn produk ni shj. Beliau tidak ragu-ragu utk mencuba Secret Skin White Kawaii Collagen kerana ramuan bahan-bahannya drp sumber buah-buahan terpilih tanpa bahan kimia. 


Sesuai utk diambil oleh mereka yg ada kencing manis dan darah tinggi kerana ramuan bahan-bahannya tidak ada langsung gula tambahan.


Dapatkan kulit halus gebu dengan minuman bernutrisi terbaik hari ini! Kesan seawal 3 HARI !! Keberkesanan unggul dengan formula 14 stemcell, 36 agen antioksidan serta 1.6 juta mg kolagen nano! Kesan dijamin terbaik untuk kesihatan dan kulit dengan pengambilan berterusan..


SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN produk bumiputera Muslim berteknologi Jepun dan France adalah pilihan yg TEPAT untuk anda nikmati tanpa was-was! Dengan kuasa teknologi nano, ia memastikan pengeluaran produk berkualiti tinggi dengan kuasa penyerapan lebih pantas ke dalam sel2 darah dan badan lalu memberikan hasil optimum dalam masa yang singkat.

Fungsi SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN:

- Kulit putih & sehalus kulit bayi seawal 3 hari..
- badan juga turut putih, bukan muka shj
- Kulit lembap & glowing dlm masa 1 hari..
- kulit tegang, anjal & muda dlm masa 15hari..
- jerawat kecut dlm ma. hari..
- sgt berkesan menutup pori-pori terbuka
- masalah kulit berminyak berkurang dlm masa 5 hari..
- parut pudar dlm masa 7 hari..
- kulit celah-celah badan yg gelap menjadi cerah (ketiak & celah peha)
- dapat menahan selera makan supaya sentiasa kenyang
- melawan kanser
- membuang toksin
- berfungsi utk cuci darah kotor
- memudarkan stretchmark
- mengembalikan kemerahan bibir
- menambah susu ibu
- memberi kecergasan badan
- menaikkan HB bg wanita hamil
- penawar pelbagai peyakit
- bagus utk dalaman wanita
- Menghilangkan eczema dgn efektif


SOALAN LAZIM

T: Adakah Produk SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN menyebabkan mana-mana kesan sampingan selepas menggunakan?

P: SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN adalah produk yang selamat untuk digunakan kerana kandungannya 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Bahkan pengambilan secara berterusan sangat digalakkan kerana kesan manfaatnya untuk kesihatan dalam jangka panjang. ↑


2. T:Berapakah harga sebotol SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: 1 Set ada 70 sachet utk penggunaan 70 HARI berharga RM170 semenanjung, RM180 sabah sarawak. ↑

3. T: Bagaimanakah cara pengambilan SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: Mulakan pengambilan pada minggu pertama dua sachet sekaligus setiap hari, Dua sachet dicurahkan dlm mulut dan dikemam sebelum tidur selepas perut kosong. Biarkan cair bersama air liur. Pada minggu kedua ambil 1 sachet sehari sahaja. Boleh dibancuh dan diminum seperti jus. Juga boleh dicurahkan terus serbuk dalam mulut tanpa dibancuh. ↑

4. T:Bolehkah SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN diambil sebelum sarapan pagi?

P: Disarankan untuk ambil sebelum tidur malam kerana badan kita bertindak balas semasa tidur malam. ↑

5. T: Berapa lamakah kesan boleh dilihat selepas consume SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: Kesan boleh dilihat dalam 7 hari ke 14 hari bergantung kepada tubuh masing-masing. Ada yang cepat dan ada yang lambat. ↑


6. T: Adakah Produk SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN Halal?

P: Kami sudah mendapatkan kelulusan daripada JAKIM. Anda boleh mengambilnya tanpa ragu-ragu. ↑


7. T: Apakah SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN boleh diambil oleh wanita hamil?

P: Produk ini dibolehkan kepada wanita hamil 4 bulan ke atas. ↑


8. T: Apakah SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN boleh diambil oleh wanita yang sedang menyusukan bayi?

P: Ya, produk ini sesuai diambil ketika sedang menyusukan bayi kerana ia dapat menambah pengeluaran susu ibu supaya masalah kekeringan susu badan tidak lagi berlaku. ↑


9. T: Apakah SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN boleh diambil oleh wanita yang sedang haid?

P: Ya, produk ini sesuai diambil ketika sedang haid. ↑


10. T: Apakah rasa SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: Perisa buah-buahan yg lazat iaitu campuran raspberry+strawberry+cranberry. ↑


11. T: Apakah saya perlu pantang apa-apa semasa consume SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: Ya, anda perlu pantang minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh, milo, coklat dan air bergas. Tujuan disuruh berpantang kafein kerana sesuatu produk akan menjadi tidak berkesan jika kafein tinggi dalam badan. Anda juga perlu pantang mandi air panas. ↑


12. T: Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengambil SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: Cara yang terbaik ialah dengan memulakan pengambilan pada minggu pertama dua sachet sekaligus setiap hari, Dua sachet dicurahkan dlm mulut dan dikemam sebelum tidur selepas perut kosong. Biarkan cair bersama air liur. Pada minggu kedua ambil 1 sachet sehari sahaja. ↑


13. T: Siapakah yang sesuai mengambil SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN?

P: Wanita yang sesuai mengambilnya ialah anak dara yg belum berkahwin, wanita yg sudah berkahwin, wanita yg sedang menyusukan anak, wanita yg masih dalam pantang bersalin dan wanita yg sudah menopause. Ia juga sesuai kepada golongan berusia 12 tahun hingga 80 tahun. ↑


14. T: Bolehkah saya minum SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN bersama produk supplement yang lain?

P: Boleh. Anda disyorkan untuk jarakkan 15 minit dengan supplement lain. Dan jarakkan 12 jam dengan supplement untuk kurus. 



sumber : http://izzabeautyhealth.blogspot.my/