Kita generasi harapan. Bukan lagi golongan yang meletakkan keterbatasan dan diskriminasi pada kemampuan wanita.
.
Pada kita, lahirnya cita dan impian. Kitalah pejuang pembela kebenaran. Yang melahirkan kejayaan dari usaha. Yang hidupnya berpaksikan keimanan.
.
Peluklah Deen ini dengan kaffah dan syumul, lurus iktikad dan aqidah serta teguh ketaatan pada syariat.
.
Uruskan perkara yang ALLAH pinta kita uruskan, jadilah tentera Ansarullah! Majukan Ummah. Sebarkan bahagia dalam tarbiyah dan dakwah dalam kehidupan seharian.
.
Perkara yang ALLAH uruskan biarlah DIA uruskan. Jodoh, Ajal dan Pertemuan bukan dalam bidang kuasa kita, maka, kita berusaha, berdoa dan tawakal tu 'alallah.
.
Kita merancang dengan cita-cita tapi yakinlah bahawa ALLAH merancang dengan penuh cinta.
Bangkitlah pemuda pemudi! Islam merindukanmu!
Jangan tidur lagi.
Allahu yubarik fiikum.
No comments:
Post a Comment