Pages

Monday, 7 December 2015

NIKAH MUDA.

Allah merancang dengan penuh misteri.
Dengan adanya usaha, pemikiran telus kepada bagaimana corak masa depan dan perancangan yang menyeluruh tentang bagaimana ingin mengatasi permasalahan yang akan datang secara berkemungkinan maka tiada masalah dan gentar dlm menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Tetapi, jika kita tiada perancangan yg jelas dan sekadar semata2 ingin berserah, berdoa agar ALLAH menolong dengan upayaNya dan dengan janjiNya maka sedarlah bahawa kita adalah insan yang sebenarnya malas hendak memajukan diri dan banyak memberi alasan
Tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah سبحانه وتعالى semata-mata, namun disertai juga dengan melakukan usaha.
Ibnu Rajab berkata:
“Menjalankan tawakal tidaklah bererti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.”
Tawakal kepada Allah سبحانه وتعالى tidak mempunyai maksud lain kecuali manusia menjadikan Allah سبحانه وتعالى sebagai wakilnya dalam menanti sesuatu keputusan, menghadapi persoalan, musibah, musuh, para penentang dan segala masalah yang sedang dihadapinya.
.
Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam usaha mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan serta memecahkan persoalannya, ia akan menyandarkan diri kepadaNya tanpa menghentikan usahanya. Bahkan, ia mempunyai kemampuan untuk terus melakukan pekerjaannya dan tetap menganggap bahawa faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah سبحانه وتعالى sahaja.
Berusahalah dan rancanglah masa depanmu dengan pertimbangan rasional dari kurniaan akal yg ALLAH anugerahkan.
belajar baca, serap dan faham situasi sekeliling dan sangat banyak pengorbanan yang perlu dipertaruhkan sebelum mengemudi rumahtangga yg entah bagaimana ujian yg ALLAH datangkan.
mungkin kita terpaksa buat part time, mungkin terpaksa berkorban perasaan demi duduk berjauhan? apakah kita mampu? atau dengan adanya tekanan sedia ada pun kita dah lelah?
nak kahwin muda macam diorg? boleh.. boleh sgt.. dah ada perancangan dan persediaan nak hadapi cabaran macam mana yg diorg hadapi?
ada masalah kecil dan remeh pun kita dah gelabah. dah fikir macam2.. spekulasi yg bukan2.
yang sebenarnya kita kahwin muda untuk apa? create tujuan yg jelas.
fikirkan semula. muhasabah diri kita. dah bersediakah aku? bagaimana dengan agamaku,aqidahku ?bagaimana dengan ibu bapaku? bagaimana penerimaan mereka? penerimaan ahli keluarga yg lain? bagaimana dengan harapan mereka?
nak kahwin muda? silakan. serius tak salah langsung.
tapi apakah kita sudah benar2 bersedia mental dan fizikal nak galas beban tanggungjawab bersama sikap kepimpinan yg tak dipertikaikan untuk satu institusi baitul muslim?
nikah itu hanya perlu 5 rukun. cukup mudah. tapi nak pertahankan rumah tangga tu bukan perkara enteng.
jangan terlalu ambil mudah untuk nak hidup senang.
dua hati yang datang dari latarbelakang keluarga yg berbeza kemudiannya bersatu bukan percaturan mudah.
sudah benar2 bersediakah kita?
tepuk dada tanya iman.

ikuti kisah:

http://thevocket.com/pasangan-doktor-nikah-di-usia-muda/?utm_source=facebook

No comments:

Post a Comment