Pages

Friday, 4 December 2015

IKHTILAT

Assalamualaikum wbt muslimin wal mukminat yg dicintai ALLAH, sang Pencipta yg Maha Agung :)

Alhamdulillah bertarung membersihkan ofis baru lepas balik meeting kat TPM biotech area bukit Jalil.
 boleh tahan jugakla penatnya dari 2.30-6.00 petang. padahal kami duk cuci mezzanine floor ja.. biasalah org perempuan, kederat takat mana ja.. mana nak menyapu, nak lap kabinet, lap tingkap, mop pulak kan..hee
nak2 masa tu kami cuma bertiga je..fuhh jenuh jugak akak menyapu. sapu bilik stor production, surau, bilik meeting semua. yg kak hanna dgn jijie duk mengelap segala kabinet dengan tingkap.
terbersin2 akak. sah ni sah, akak bakal seme-seme *selsema :P

nak dekat 5.30 petang tu boss panggil la 2 org lagi kat ofis lama utk tolong kami kat sini. Alhamdulillah settle jgk :D

lepastu, bos belanja makan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :D
Almaklumlah dahla cuaca sendu, perut memang bergendang lapar bukan main.  
semoga Allah murahkan rezeki bos sekeluaga, Aamiin.


ok.. arini terlanjur akak ada baca artikel pasal IKHTILAT, so akak nak kongsikan pada korang tentang ikhtilat.
*explanation pada gambar*


dulu, memang akak tak amek twu pasal ikhtilat. perkataan dia pun akak tak pernah dengar dek. tapi, lepas akak berhijrah *patuh aurat syarie*, akak baru tahu tentang APA ITU IKHTILAT.
pergaulan lelaki dan wanita ni subjektif. dulu bagi akak, selama mana kita boleh jaga diri antara satu sama lain, maka settle la kan. no problem. oh yes memang la bagi kita, xde hal lah, bukan dosa pun. tapi silap. silap besar dek. cuainya kita ni kan? 
sekularnya pemikiran. kita telah mengasingkan agama dalam urusan kehidupan sedangkan ISLAM IS THE WAY OF LIFE.



tapi dalam Islam ni bukanlah nak membebankan kita. maka ada pengecualian dalam mengharuskan ikhtilat.

Pengecualian (untuk hukum asal)

Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat
Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

sumber : http://rajulunmultazim.blogspot.my/2011/10/fahami-apa-itu-ikhtilat.html




PERKARA YANG DILARANG DALAM IKHTILAT

  • Pandangan yang berlebihan 
Dalam surah An-Nuur , ayat 30-31 : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka . Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan . (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka .... " 
  • Bersentuhan 
Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang , Sabda Rasulullah SAW , “ Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi itu adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki / perempuan yang tidak halal untuk kamu . ”
  • Khalwat 
Berdua-duaan adalah haram dan dilarang bagi seorang lelaki dan perempuan di tempat sunyi melainkan bersama mahram . Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam / maksiat .
  • Bercakap lembut 
Suara / percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga , percakapan yang tidak perlu , berbunga dan bermanja perlu dielakkan . Perbualan yang ringkas padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
  • Tidak Menutup Aurat 
Ketika berikhtilat , lelaki dan perempuan haruslah menjaga aurat masing-masing . Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan manakala aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut .

**************************

sebenarnya ikhtilat ni boleh sangat kita nak jaga. betul tak tipu.
kita kena pilih sahabat kita.
sebab apa?
bukan sebab nak menyombong ke apa ke. bukan..

sebab....
sahabat yg baik, dapat memimpin kita ke arah yg baik. InshaAllah.
baik? definisi nya luas. 
:)

ikhtilat ni akan jadi masalah bila seseorang itu ber couple atau telah menzahirkan perasaannya pada pasangan ajnabi.

nak elak? cukup cukup susah.

kita cakap kita tak sentuh2, tak loving2. tapi kita sebenarnya SANGAT HAMPIR dengan zina. sungguh sgt hampir. Allahurabbi.

"eh, kami mana ada buat benda tak baik, tak duduk rapat2, call2 and msg2 pun nk bincg psl agama. takde syg2"

tu jaminan ke?

antara lelaki dan perempuan ajnabi tetap ada org ketiga yg akan menghasut untuk buat kita terlalai dari panduan agama.





so, kepada yg dilamun cinta, ini ada kata2 penguat untuk anda mengejar cinta yg penuh syariat. InshaALLAH.
:D

Kuatlah demi AGAMA!
Jangan bertuhankan NAFSU.




khususnya wanita~

bertegaslah dengan lelaki ajnabi. Mereka bukanlah wajib kau patuhi arahan dan suruhan selagi mana tiada akad syarie yg menghalalkan hubungan kau dan dia. Kenanglah ibu dan ayah saat kau mula mementingkan seseorang yg belum tentu menjadi hak milikmu.

pujuklah hati saat tak kuat nak menepis godaan. ALLAH dah rencanakan yg terbaik untuk kau.
Mungkinkah AJAL yg bakal menjemput sebelum JODOH sampai padamu?
ALLAHU Taala a'lam.

moga aku dan kalian, terus kuat dalam mujahadah mendekati cinta ALLAH dan Rasul sebelum makhlukNYA. InshaAllah. Aamiin :)

Wassalam~



No comments:

Post a Comment