Pages

Tuesday, 8 December 2015

Tarbiyah Pancaindera

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Hujung minggu akak terisi dengan perkara yang bermanfaat.

Hari Sabtu tu, akak dengan semangatnya bersama keluarga mak ndak n mak akak ke Tasik Titiwangsa. Cuci mata sambil riadah-riadah ringan. Rasa relaks dan sgt berbaloiii :)

Kami bersama-sama mentarbiyah pancaindera dengan kebesaran Ilahi. 





kemudian, sambil kitorang jalan-jalan tu, adalah nampak satu kelompok sederhana besar buat senamrobik.

kami pelik jugak mula2. mana pernah tengok orang senamrobik duduk je. 
bila tengok dekat2 rupanya diorang golongan kelainan upaya. Mashaallah terkejut akak. Gigihnya bersenam. lepastu balik je umah, terus akak coret Ibrah Titiwangsa utk akak baca buat penaik motivasi akak bila rasa down.
:)

Ibrah Titiwangsa.

Allah swt pinjamkan kekuatan dan semangat untuk mereka terus hargai indahnya hidup bergelar makhluk bernama manusia.

Tentang bergunanya akal untuk berfikir dan keluar dari zon 'aku tak boleh'..

Mereka cipta kebahagiaan dlm redha Ilahi. Saling menguatkan, saling bergelak tawa.

Mereka ini meski terhad gerak langkah, tetap gigih menyihatkan badan. Termalu mngenangkan diri yg suka memanjakan badan sehingga terlupa akan risiko masalah kesihatan yg akhirnya boleh menganggu kelancaran beribadah.

Moga ibrah titiwangsa dpt terus menyuntik kesedaran positif bahawa aku juga boleh! Tiada yg mustahil jika aku tahu aku boleh buat.

Mereka org kelainan upaya tapi istimewa di mata Pencipta! "





No comments:

Post a Comment