Pages

Wednesday 20 November 2019

AKU JUGA ISTERINYA : PROLOG

"Kenapa Alin? Kenapa?!!!" 
Mariam menaikkan suaranya seoktaf. Serasa hendak pecah dadanya melihat skrin telefon yang dipenuhi  dengan gambar akad nikah seorang perempuan yang telah dibesarkan olehnya dengan bersusah payah sepanjang hampir 16 tahun bergelar ibu tunggal.
"Mak..."
Syazlin sudah memeluk kuat betis ibunya. Air matanya berjuraian jatuh membasahi seluruh wajah. 
"Mak, ampunkan Alin mak..ampunkan Alin."
Dia mencium-cium kain batik yang dipakai oleh wanita berusia pertengahan 50-an itu sehingga kain itu basah lencun dibasahi air matanya.
"Kau..kau memang dasar anak lupa diri Alin!"
"Mak!!"
"Kau pergi Alin! Kau pergi! Aku tak mahu lihat muka kau sekarang. Kau pergilah hidup bahagia di atas kehancuran hati seorang wanita lain. Kau pergi Alin. Pergiiiii!!!!!"
Mariam menolak kepala Syazlin lalu diseretnya tubuh anak perempuan yang telah berusia 24 tahun itu ke muka pintu tepat di hadapan tangga.
Dia melihat sebuah kereta terparkir di hadapan laman rumahnya.
'Huh!'
Sudahlah berkahwin dengan suami orang, si suami pula langsung tidak menampakkan wajahnya, sekadar menanti di dalam kereta Mercedez Benz berwarna keemasan.
"Dasar lelaki pengecut!"
Lalu, Mariam meludah ke tanah.
Syazlin sudah tidak mampu berkata apa-apa. Wajahnya merah padam menahan rasa sedih yang tidak tertahan lagi.
Dalam beberapa ketika, Mariam melihat seorang lelaki segak berusia lingkungan 30-an keluar daripada kereta tersebut datang menghampirinya.
Langkahnya panjang dan sekejapan dia sudah berdiri di hadapan Mariam.
"Mak, saya Aazif, suami Syazlin.." si lelaki itu datang penuh hormat ingin bersalaman dengannya sambil melirik pandang ke arah si isteri yang sudah tidak terurus dengan keadaan tudung yang senget-benget dan air mata yang bercampur antara kering dan yang baru mengalir.
Mariam menyinsing lengan kurung kedahnya.
"Haa bagus, patutnya kau yang datang daripada tadi. Ini tidak, kau biar anak aku mengadap semua benda ni sendiri. Itulah jantan. Penat-penat aku besarkan anak aku, tiba masa nak kahwin, aku yang  kau belakangkan! Dasar anak kurang ajar!"
Mariam menonyoh-nonyoh kepala Syazlin yang masih duduk melutut di sebelahnya.
Hatinya geram benar melihat wajah Aazif yang penuh rasa bersalah itu, juga mendengar si anak yang tersedu-sedan daripada tadi.
Aazif cuba menghalang namun dia tidak terdaya apabila melihat si isteri menggeleng bersama dengan wajah sayunya.
Dia hilang kata.
"Disebabkan korang dah bagus sangat kan. Tak perlukan orang tua hina macam aku ni, dahlah tak berpelajaran tinggi, bodoh pulak tu, kau pergi berambus dari sini. Bawa bini nombor 2 kau ni sekali. Pergi!"


No comments:

Post a Comment