Pages

Sunday 9 June 2013

Pagi yang indah :)

Assalamualaikum..

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu & wanita-wanita Mukmin: 

"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, spy mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)


“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dgn tangannya jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya, dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. (Imam Muslim)

Sedangkan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman


Don't Be Sad. La Tahzan, Innallahamaana 

"Oh My servants who have transgressed against their own souls, despair not of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Truly, He is Most Forgiving, Most Merciful. (Surah az-Zumar 39:53)




”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pndakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan” -Imam Hasan Al-Basr.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim. 


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya:
Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda:

(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda:

Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya
Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi:
Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:

(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:

Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda:

Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu 


INSPIRED BY : AISYAH SHAKIRAH.

" I adore her :) "

Wassalamu..

Saturday 25 May 2013

A TRIP TO SUNWAY LAGOON !


ASSALAMUALAIKUM ! ^_^

what a nice day today..Alhamdulillah..thanks to Allah for everything..Alhamdulillah cuz all done smoothly.. :)

Akhirnya akhirnya...sampai jugak ke Sunway Lagoon..Family day with warga Palapes :) touched when Sunway's family welcoming us..woohooo! Tak terkata happynya ^_^







Excited,cuak and all feelings blend together..tak tahu nak cakap cmne bila tengok roller coaster,viking ship,tom hawk,screaming park,vuvuzela etc etc..

At first,kitorang pegi Amusement Park and try roller coaster..omaigod! this actually my first time! my first time! arghh takut2..berpeluh2 tangan..aduss..tapi muka stay cool..takut kena bahan..huu..
ahha..lepas habis je naik roller coaster tu,aku semangat mengulas perasaan bila aku terasa jantung aku nak gugur..mak !!!

belum habis lagi berdebar2 jantung den,kengkawan aku ajak pegi pirate/viking ship. Ecece memandangkan roller coaster takdela thrill mana so aku pun steady jela..alaa xde apa nya la..
but the moment i saw people yg naik dalam viking tu histeria semacam when it reached 360 degree,uwaaaa taknak naik menatang ni! tidak !!! perlahan-lahan aku mengundurkan diri dan memberi semangat penuh padu buat karen,amani and zara who have big heart and great spirit to sit on this horror ship.siap snap2 gambar diorang lagi.konon dah terlepas la tu..tapi.....
senior mai..senior dah mai..
dan aku,takkan terlepas..uwaaaaaaaa :'(
mak,akak naik bnde menakutkan ni and I cry all the times ! cry and scream " MAK!!!" malunya ! Tn Raziq (senior) who sit beside me konon2 bg semangat plus menyakat makin membuatkan tangisan aku rancak..
i'll promise to myself,not to play with this ship again.! 
viking @ horror ship
                                               
after that,aku terus melarikan diri sejauh2nya supaya tak kena naik bnde ni lagi sekali dan aku try main permainan ni..

relax la sikit hati aku bila main2 bnde gini..xdela duk sakit jantung manjang..
tapi jangan ingat permainan sakit jantung ni dah habis rupanya ada lagi.Aku da mengucap pnjang..Spe la duk cipta bnde ngarut2 ni lahai..
Aku try main Tom Hawk pulak.hadoii..yg ni tertutup sikit..tapi aku rasa safety dia cm tak bpe nak kukuh..senior yg namanya dirahsiakan duduk sebelah aku mnjerit2..ak diam je..ni dah tahap redha maknanya bila aku dah diam sambil pejam mata rapat2..haha
dalam pada tu sedih gak tak sempat nak masuk dalam screaming park..ramai sgt queue dan masa tu dah nak berkumpul untuk makan tengahari.
tengok dari luar je..tapi lahabau jugak hantu ni,dia merayau2 gak kat lua..nak teriak pun ada tapi well,aku kan macho..siap tangkap gambar lagi nak bajet berani tapi lepastu aku buang ganbar diorg sebab tak hensem..hahaha :P
lepastu aku melantak nasik sebab kelaparan plus penat menjerit..
habis je relax2 terus la dengan excitednya menuju ke Waterpark.Yg ni paling aku suka.Teringat kenangan bercuti kat Gambang Waterpark...sumpah aku enjoy gila and aku berjaya cabar keberanian diri aku dengan try this :

nak tercampak tapi disebabkan aku dah mula berani Alhamdulillah nothing happen and nak main lagi !
then,aku,ku noor,zara,amani and PTI try vuvuzela,snack and rafting together.



FYI,the greatest moment bila pegi kat sini :


5D movie !! sumpah real babe..10 stars aku bagi..superb! tak payah main air je kalau aku twu sebab duduk dalam ruang movie tu pon aku dah basah and terasa mcm real experience tgok tengkorak berlawan bagai..haha
the last activity,aku just main2 air kat kolam je..hee ^_^


and tak sempat nak menjengah ke Extreme Park. :(



kami bersihkan diri and tukar2 baju sebelum ke SUNWAY PYRAMID !! wee..
ok memang time ni la untuk window shopping je..tak mampu la nk kua duet byk2 klu nk shoping2 time tgh kering poket..hehe..ckup2 untuk makan je..

k..nmpknya tu je yg dapat dikongsikan dalam entri A TRIP TO SUNWAY LAGOON ^_^
till we meet again.. :)

 enjoy reading and syukran..

                                                                   WASSALAM ~~

Sunday 19 May 2013

NIKAH :)

ASSALAMUALAIKUM world !

Talk about nikah :)


NIKAH is sunnah peeps ^_^
~~ Kk saje2 je ngarut pepagi ni..kahwin muda? for sure,ramai yg berhasrat mcm tu..tapi Dr Anwar Fazal cakap "Adik,jangan 'main cinta' dulu.Kejar Agama & cita-cita dulu.Gembira & senangkan hati ibubapa & keluarga dulu.Percayalah,'dia' tunggu.." ~~
NIKAH is about responsibility :)
~~ that's rite..kalau kita punya tujuan nikah tak jelas,adalah lebih baik kita tangguhkan dulu hasrat tersebut..yela kan,nikah ni kalau boleh biarlah sekali seumur hidup..to hubby-to-be "Your wife isn't someone who will take your name, your wife is someone who will give her name to your good deeds." 
NIKAH bukan platform menjual anak :D
~~ Inilah permasalahan yg agak meruncing zaman millenium ni..hantaran mahal..knape ya perlu hantaran mahal2? yg mana jumlahnya bole buat bakal suami kita rasa nak tercekik,tergaru2 kepala nak mencari duit? Memang betul,nikah amat2lah digalakkan apabila seseorang itu telah mampu dari segi ekonomi,rohani dan jasmani..tapi kan..korang tak terfikir ke kita duk berhabis duit semasa nikah,pernah tak terfikir macam mana kita nak hadapi kehidupan selepas nikah? statement ni biasanya dituju untuk mana-mana bakal suami yg kerjanya biasa2 je..yg kaya tu lain cite..hiks :') ~~
hayati kata2 ini : " WHEN NIKAH BECOME EXPENSIVE,ZINA BECOME SO CHEAP,SO KEEP WEDDING AS SIMPLE AS AFFORDABLE AS POSSIBLE " -Khalid Yasin

[ plan aku : nak bawak balik buku2 berkaitan kahwin muda lepastu saje sepah2kan depan mak ayah..motif? shhh..hahaha.. Kk gurau je..tak berani lagi..
  ]

SELAMAT PAGI.. mulakan harimu dengan BISMILLAH 


WASSALAM ~~

Sunday 5 May 2013

BERI PELUANG :)

ASSALAMUALAIKUM semua !

Jam menunjukkan 12.36 tengah hari dan dali baru je menikmati sarapan(lunch sebenarnya ==") iaitu megi + teh 'o' panas (yg tawar sikit.menyambut seruan kurangkan manis dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman..ek? betul ke? ).Tu jela yang mampu memandangkan kedai2 tutup sebab mengundi hari ni..nasib baik ada stok megi,kalau takde,merana cek oi terketaq2 menahan kelaparan..

hidup dali simple.bangun tido,solat subuh,ikut mood jugak tang tido balik tu..online,buat esaimen sikit..hehehe...
macam tu lah hari-hari..nak keluar jejalan..takde mood..nak save bajet satu hal..jadi,kuranglah masa nak bersosial tu..duk terperap jela kat bilik..

nak bercerita pasal beri peluang ni,skopnya meluas.banyak situation..
manusia ni sememangnya tak sempurna.ada salah dan silap dalam perlakuan but once he/she nak berubah,beri dia peluang..kita tak sepatutnya terus menerus menghukum..mungkin hari ni mereka buat silap..esok lusa time kita buat silap,nanti orang balas balik kat kita..tak pasal2..

lagi satu dalam sektor pekerjaan..kalau takde pengalaman,xnak ambil bekerja..watta h***.ops! tak baik2!
janganlah cmtu..bagi mereka peluang..mcm mana nak dapat pengalaman klu tak bagi peluang diorang bekerja..think wisely..nak senang kena la susah dulu..ajar apa yg patut..then barulah nilai..kalau cmtula syarat untuk diterima bekerja alamatnya tanam anggur jela..

dalam hubungan perkahwinan pun cmtu jugak,Islam beri 3 peluang..kalau dah guna satu ada lagi 2..tapi,bukannya bole buat main2..kita ibarat berunding dan menyelesaikan masalah secara diplomasi..adil kan?

dalam parti politik juga mcm tu,beri peluang untuk lakukan perubahan..bukan untuk sape..untuk negara kita juga..buat apa nak bertelingkah sesama kita? lebih baik kita wujudkan perpaduan dan sama2 memajukan negara..itu lebih baik..ish3..

beri peluang..lihat sejauh mana kemampuan mereka untuk lakukannya..beri sokongan..
tapi,nak memberi peluang pun kena berpada2..setakat sekali dua buat silap dimaafkan lagi..tapi kalau masih berulang perkara yang sama,perlu dipertimbangkan pemberian peluang itu..

:)

thanks for reading this entry!
till we meet again.

                               WASSALAM~~

Thursday 2 May 2013

YOU'RE SINGLE UNTIL YOU'RE MARRIED ??!!!

ASSALAMUALAIKUM semua...! :)

amboih tajuk entry..macam hot2 je kan..haha..
YOU'RE SINGLE?
umur dah makin meningkat..gelabah2...orang lain dah ada bf/gf tapi kita takde lagi..ottoke? what to do?
hey..chillex..cool !
pernah dengar pepatah omputeh ni : SINGLE is SIMPLE,
                                                       COUPLE is TROUBLE ?
kalau pernah,duk diam2 je,nti pelik pulak masyarakat sekeliling kalau korang tetibe angkat kaki.
jadi korang setuju ke tak dengan statement tu? simpan jawapan tu dalam hati..hihi..

Single ni ada orang cakap xde bf/gf..kiranya tak terikat dengan sesape..and ada juga orang cakap You are single until you are married .. 

so..korang kat pihak yang mana satu? Single but available ke single but not available? hew3..
simpan jawapan dalam hati..hee :D

Perlu ke couple sebelum nikah?
oops! soalan panas ni..
masing2 dah besar,fikir2kanlah...sebab dalam Islam,kita ada TAARUF..
Eh tetibe sebut pasal taaruf..apa benda tu?

Taaruf Sebelum Perkahwinan

1. Taaruf merupakan salah satu bentuk ibadah kepada Allah. Ia adalah salah satu usaha mempercayai pilihanNya, bersangka baik kerana Nya dan komitmen kita memasuki gerbang perkahwinan dengan tata cara yang tidak melanggar batasaNya.

2. Niat yang ikhlas kerana Allah akan membezakan amal seseorang, samada ia menjadi ibadah atau tidak. Taaruf dengan niat yang betul akan lebih mendekatkan diri kepadaNya.

3. Sessi taaruf antara pihak teruna dan dara mestilah berlangsung dalam biah yang soleh, tidak penuh dengan senda gurauan dan tidak mendatangkan perkara lagha. Sudah tentu taaruf berlaku dengan kehadiran orang yang dipercayai oleh kedua pihak.

4. Segala tanda tanya dan keraguan hendaklah diselesaikan semasa taaruf. Hal2 berkaitan peribadi, fikrah, kewangan dsb perlu diselesaikan sebelum aqad, agar langkah ke alam rumah tangga penuh keyakinan tanpa syak wasangka.

Seorang lelaki datang kepada nabi seraya berkata," Aku hendak menikah dengan seorang perempuan Anshar." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepadanya, "Apakah engkau sudah melihatnya? Kerana sesungguhnya pada mata orang-orang Anshar itu terdapat sesuatu" Dia menjawab, " Aku sudah melihatnya." (HR Muslim)

"Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita dan janganlah seorang wanita berpergian kecuali disertai mahramnya. " (HR Bukhari )

Dua hadith di atas amat jelas tentang akhlak sepanjang taaruf, boleh pandang....jangan pegang....ada mahram...ada peneman.
Selepas taaruf saling beristikharah ....memohon kepada Allah agar diberi yang terbaik dunia wa akhirat. Kalau setuju teruskan cara yang maaruf...kalau tak setuju pun dengan cara yang maaruf. Apa2 maklumat hasil dari proses taaruf adalah rahsia bukan untuk dihebahkan di khalayak ramai.

Bila hati yakin, bulat dan pasrah kepada Allah ....apa2 sahaja ketentuan Allah diterima dengan ikhlas hati dan redha. Tiada istilah 'frust' atau 'sedih giler' atau yang sama negatif sepertinya. Hati yakin Allah knows best. Allah knows the past , present and future.

5. Jangan silap ya...taaruf bukan waktu atau peluang untuk couple....couple biasa ke atau couple Islamic. Bukan peluang berpacaran...Jangan cemari mukaddimah ikatan perkahwinan dengan cara jahiliyah yang menghalalkan semua. Taaruf bukan medan ujian berasmara...sama ada secocok atau tidak.

"Kami tidak melihat ada sesuatu yang dapat semakin menguatkan perasaan mencintai di antara dua orang melebihi ikatan perkahwinan" (HR Ibnu Majah)


"Barang siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka sempurnalah imannya.
(HR Ahmad)

Janganlah dilambat-lambatkan proses aqadnya bila selepas taaruf kedua pihak saling bersetuju dan kata muafakat diambil. Melambat2kan dan menyusah2kan perkara aqad kerana hal duniawi yang tidak menjadi keutamaan di sisi agama bukanlah sesuatu yang disukai oleh Allah.

Ada yang berpendapat JODOH PERLU DICARI ibarat nasi dah ada depan mata tapi kalau kita tak menyuap ke dalam mulut mana mungkin akan rasa kenyangnya.Tapi,mencarilah bila sudah bertemu masa yang sesuai dan lebih elok bila dah stabil dari segi emosi,rohani,jasmani,kewangan dan yang penting bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan..



till we meet again :)

                                       WASSALAM~~

ELIANTO - Product choice :D

ASSALAMUALAIKUM ^_^ beauties ...!

.ALHAMDULILLAH Allah masih sudi pinjamkan nafas untuk kita hari ini :)

so the topic for today is about ELIANTO. 
I'm sure mostly the girls tahu tentang produk Elianto ni. Khususnya untuk yang kaki-kaki make up tew..huhu..
Hair Care
Body Care
Colour Studio
Fragrance





Skin Care
Colour Makeup
Accessories

kalau korang nak tahu..
Elianto merupakan jenama produk kecantikan yang berasal dari bahasa Itali yang membawa maksud bunga matahari, dan ia diilhamkan menerusi kombinasi unik kecantikan yang ditonjolkan dan utiliti oleh lambang flora. Fokus utama produk Elianto adalah untuk melahirkan produk yang terbaik dan berkualiti untuk para pengguna setianya.
Elianto merupakan jenama yang telah lama menapak dalam dunia kecantikan iaitu sejak tahun 1990 lagi. Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia turut mendapat pasaran meluas di seluruh Asia seperti di Filipina, Singapura dan juga Kemboja.
Elianto ni sebenarnya bukan setakat jual barang make up je..diorang pun ada jugak set perfume,set penjagaan wajah dan macam2 lagi..

Set Penjagaan Wajah Lumino White Dari Elianto : 

Memutih Dan Cegah Pigmentasi Kulit! 




Kulit yang mengalami proses penuaan akibat terlalu kerap terdedah kepada sinaran UV cenderung untuk meningkatkan tekanan dalaman yang akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam. Usah biarkan tekanan dari persekitaran menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Memperkenalkan Sand Lily, satu penemuan baru dari sumber alam semula jadi yang berupaya mengurangkan kesan tekanan pada kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencegah pigmentasi.
Elianto, syarikat kosmetik terkemuka di dunia yang memberi tumpuan terhadap aspek inovasi, penyelidikan dan penghasilan produk-produk penjagaan kulit bermutu tinggi, adalah syarikat pertama yang menemui keajaiban Sand Lily yang berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam secara semula jadi. Rumusan formula yang cukup inovatif telah berjaya dihasilkan bagi memenuhi keperluan jenis-jenis kulit dengan iklim tropika. Melalui penemuan terbaru ini, Elianto merupakan jenama kosmetik pertama yang memanfaatkan khasiatnya menerusi penghasilan rangkaian produk pencerahan kulit yang canggih dan terkini, yang dikenali sebagai Lumino White.
Pastinya ramai yang mahu tahu apa istimewanya mengenai set penjagaan wajah Lumino White dari Elianto ini kan? Ini merupakan set penjagaan wajah yang pertama dari mereka kerana sebelum ini Elianto mengeluarkan set alat solek yang mempunyai banyak variasi.
Lumino White terdiri daripada 5 jenis produk berbeza iaitu Lumino White Intensive Essence,

Menghilangkan bintik-bintik hitam 
Kajian terbaru yang dijalankan oleh Elianto mendapati bahawa bintik-bintik hitam yang muncul di permukaan kulit terhasil akibat tekanan dalaman dan juga neuropeptida yang dialami.
Tekanan dalaman
Tekanan dalaman adalah tekanan yang terkumpul terlalu lama akibat proses penuaan dan juga disebabkan oleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Apabila kulit terdedah tanpa perlindungan yang sempurna, ia akan menghasilkan melanin berlebihan yang menjadikan kulit semakin gelap. Biosintesis melanin berlaku dalam melanosom, iaitu ruang sel yang kecil pada melanosit. Melanosit membentuk jejari dendrit yang panjang, yang bersentuhan dengan keratinosit di sekelilingnya, lantas menghasilkan pigmen melanin di dalamnya. Tekanan dalaman menggalakkan aktiviti keratinosit ini, yang akhirnya membentuk bintik-bintik hitam dan kesan-kesan penuaan.

Neuropeptida
Saraf-saraf pada badan kita menghasilkan agen penghantar iaitu neuropeptida yang merangsang dendrit untuk mengaktifkan sintesis melanin. Bagi kulit yang bermasalah akibat sinaran matahari, tindak balas antara saraf dan melanosit berlaku dengan lebih aktif, menyebabkan pembentukan melanin yang melampau, dan akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam serta menyebabkan berlakunya pigmentasi. Dengan memendekkan saiz dendrit yang membawa keluar melanin kepada keratinosit, tindakbalas bertentangan ini dipercayai dapat mengimbangi kesan neuropeptida dan merencatkan tindak balas antara saraf dan melanosit bagi mengurangkan penghasilan melanin.

Mengembalikan keserian kulit
Dirumus dan dihasilkan di Switzerland, melalui gabungan teknologi terbaru, Lumino White Series (Rangkaian Produk Lumino White) menggunakan dua ramuan aktif utama iaitu Sand Lily dan Vitamin PP dalam pendekatan dwi-prong untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan, serta mencegah berlakunya pigmentasi.
 RAMUAN UTAMA
 Lumino White Series mengoptimumkan manfaat sel-sel tumbuhan Sand Lily yang mampu mencerahkan kulit dan bertindak mengatasi kedua-dua punca dari dalam sel dan saraf yang membentuk bintik-bintik hitam akibat didorong oleh tekanan dalaman. Kaedah ini dapat mengurangkan proses sintesis dan penghasilan melanin.
 SAND LILY
Diakui antara jenis flora tercantik dari hutan Cretan, Sand Lily ditemui di kebanyakan kawasan utara pantai Chania yang terletak di Greece. Elianto merupakan syarikat pertama yang menemui kebaikan manfaat pati yang diekstrak daripada bunga berwarna putih ini selaku bahan neuro-aktif yang sangat berkesan untuk merawat bintik-bintik hitam dan menjadikan kulit cerah sekata.
Selain Sand Lily, satu lagi ramuan utama yang terkandung dalam produk ini ialah Vitamin PP di mana ianya mampu menghentikan proses penghantaran melanosom kepada keratinosit. Ia menjadikan kulit semakin bersinar dan berkesan mengecutkan dan memudarkan pigmentasi akibat faktor peningkatan usia, serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.
 VITAMIN P
Vitamin PP bertindak melindungi kulit dengan memperkukuh lapisan perlindungan dan juga meningkatkan daya tahan kulit. Vitamin dengan pelbagai fungsi ini juga memastikan kulit sentiasa bersih, mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mengekalkan kelembapan kulit dengan sempurna.

Haa..tapi dali belum cuba lagi la..sje promot je..tak sempat nak keluar pegi stokis elianto lagi nak jenguk2 produk baru..hehe :D

Saban musim jenama Elianto akan memperkenalkan produk terbaru dari jenamanya dan berikut merupakan 4 produk terbaru yang ditampilkan oleh Elianto untuk musim kali ini :
Luminous Shadow

Pembayang mata “Luminous Shadow” ini mengandungi tekstur baldu fros yang kekal sempurna dan mampu membangkitkan aura elegan dan glamour si gadis sepanjang hari. Menampilkan tiga rona metalik yang cantik mampu menampilkan kejelitaan sebenar wanita Asia.
Ardour Shadow
Pembayang mata “Ardour Shadow” ini mengandungi tekstur licin dan lembuat. Tekstur terbaru ini mampu membangkitkan aura pesona dan jelita buat si gadis. Menampilkan tiga rona yang lembut, mampu memberikan kesegaran dan keceriaan dalam penampilan harian setiap penggunanya.
Sensation Fragrance
Wangian terbaru dari Elianto ini menampilkan haruman berupa bunga-bungaan yang penuh dengan kemanisan dan sifat feminin. Haruman ini mampu menonjolkan aura sensasi dan kelembutan buat si gadis. Bekasnya yang bermotifkan “diamond” memberikan element elegan serta mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
Shine Up Lipstik
Gincu bibir yang didatangkan dengan tiga rona baru ini mampu memberikan solekan semulajadi buat si gadis. Gincu yang mengandungi formulasi SPF 15, anti-oksidan dan kolegan ini mampu memberikan kemasan yang lembut, berkilat dan kelembapan bibir yang berpanjangan. Oleh itu, tiada lagi kegusaran masalah bibir kering.

Elianto ni takdela mahal sangat..affordable..harganya tak mahal dan tak murah sangat..lagi2 yang members tu..Diorang ni selalu jugak buat sale and for spe2 yang members tu korang sangatla beruntung sebab seminggu before and after besday korang,korang akan mendapat 30% discounts..even takdela banyak mana,tapi haritu dali angkat jugak mascara,concealer dengan eyeliner..hee :D
Halal tak? Alhamdulillah.,beautician kat kiosk Elianto tu cakap produk ni halal digunakan :)






cute2 je barang Elianto ni..memang sesuailah untuk girls..kan3?
salesgirls diorang pon ok,peramah and sabar layan dali tanya itu,ini..nak try mcm2..tapi yang belinya benda lain..sabar ye kak.. :) 

next,dali nak share TIPS AND TRENDS HOW TO MAKE UP from elianto.biz,
Choose and apply a concealer that is one shade lighter than your foundation.
Dot it on over any blemishes or under-eye circles and blend with your fingertips or a makeup sponge.
If your concealer tends to cake, apply eye cream first.
Choose and apply foundation that matches your skin tone color.
Apply it in dots over the central part of your face, and then blend it out with a makeup.
sponge or your fingertips until it covers your entire face and neck.
Use a loose or pressed powder to keep foundation and concealer on longer.
Use pressed powder to touch up as and when needed.
Next is to do the eyebrows with eyebrow pencil.
Choose a color similar to your hair color for natural look.
Make sure that the pencil point is very sharp.
Use short, even, quick strokes, going in the direction that the hair grows.
Use the angled brush to blend it into your brow.
You may choose to start with three colors of eye shadow: light, medium and dark.
Use the dark only to line your upper eyelid, in a fairly thin line along the upper lashes.
Use the medium shade for the crease and the lightest shade for the area under the eyebrow.










Apply eyeliner
Use liquid eyeliner or an eyeliner pencil, and line the lower lid below the lashes.
Line only the outer two-thirds of the lower lid, or all the way across if you're trying to achieve a darker look.
Line all the way across the upper lid (just above the lash line and as close to the lashes as possible), or start the line where your lashes begin.
Apply mascara to upper and lower lashes, in two thin coats to avoid clumpiness.
Choose brown mascara if your coloring is fair; black or brown-black works well for darker coloring.
Or try colored mascara for special occasions.
Smile to find the apples of your cheeks, and apply blush to the apples or below, whichever you prefer.
Choose a lipstick color that's suited to your skin tone and that's perfect for your day look.
You may mix colors and textures to suit your moods and your outfits.
Apply lip liner after lipstick
That way you won't end up with a dark circle of lip liner after your lipstick has worn off.
Avoid combining very dark lip liner and pale lipstick.
memandangkan tips ni dalam english,so,if ada yg korang tak faham tu rujuk dictionary ya.. ^_^
I think thats all for this entry..sehingga berjumpa lagi :)
                                               WASSALAM..~~