Pages

Tuesday 23 June 2015

buat insan bernama kawan :)

Berkawan rapat itu harus memilih. Tapi, berkawan biar seribu.
Aku punya kawan yg tawadhuk menggalas kitab fiqh,
Aku punya kawan yg lancar menyampaikan taujih dan tausyih,
Aku punya kawan yg bicaranya tentang syurga dan lisannya adalah zikir,
Aku juga punya kawan yg sejantina tetapi 'kacak',
Aku juga punya kawan yg seluar jeansnya singkat dan kecil di buku lali,
Aku juga punya kawan yg seluarnya mcm nak terlucut dan bertindik,
Aku juga punya kawan yg jerit pekik adalah jiwa..
Justeru, siapakah aku?
Aku tidak pernah menjadi mereka. Namun, bukankah yg baik itu harus kuadaptasi... yg kurang baik itu, ibrah dan amaran buat aku. Tak perlu mabuk2 utk merasai bahayanya arak utk kau ajarkan pada org... hakikatnya aku dan kau punya pilihan, hati sbg raja dan akal sbg nahkoda... IMAN adalah kunci... Allah tidak pernah melupakanmu!
Bukankah sifat Allah itu At Tawwab?
Meninggalkan kawan yg jauh dari Tuhan adalah 1 bentuk PENGKHIANATAN
Apa kau fikir kau cukup dekat?
Lalu bagaimana?
Aku juga bukan seorang daie yg nas al quran sentiasa terpancul di bibir,
Hafalanku tidak banyak malah maksudnya pun aku tidak hadam benar...
Namun, aku tahu aku punya tangan utk ditadah memohon aku dan mereka mendapat hidayah dan kekal di dalamnya.
Kalau kau tidak pernah jatuh, kau takkan tahu peritnya utk bangkit...utk istiqamah sahaja diuji, inikan utk kembali... apa kau fikir mudah?
Menghukum itu kerja Tuhan.
Beri ruang dan peluang.
Allah menciptakan manusia dgn Asma'Nya... justeru setiap jiwa yg tercipta, adalah jiwa yg amat lunak dgn kebaikan...malah lebih lembut dari pasir! Adakala, golongan yg kau pinggirkan dan kau hukum lebih awal itu, lebih jujur daripada sarjana Islam sekalipun. Namun, di sisi Allah...tetaplah yg plg BERTAQWA itulah yg tertinggi duduknya...
Ramadhan ini,
1 pintu hidayah utk kau yg merasa daie agar belajar tidak merasa lelah utk mentarbiyyah dan menyeru...
1 pintu hidayah utk kau yg merasa lemas dlm lumpur utk merasai kasih dan cinta Allah itu sentiasa menghambatmu walaupun kau cuba lari...
Usah disebabkan keterbatasan waktu dan merasa izzah dgn diri sndiri...kau memposisikan diri kau sbg malaikat dan mengibliskan org lain. Dan usah juga kau menjadi iblis kerana takut utk digelar malaikat.
Di hujung nanti, cuma ada syurga atau neraka.
Dan yg kau ada sekarang adalah masa dan doa aku salah satunya...kepada semua kaum keluargaku, teman2ku...aku tetap aku. Yg bisa bercanda tntg liar jinak hidupmu. Tp harus kutahu dan kau tahu, betapa syurga itu tempatnya sungguh indah...
Di sisi Muhammad s.a.w yg mulia..apatah lg andai dpt melihat wajah Allah SWT yg Maha Mencintai.
Aku serahkan pada ALLAH. Dialah yg akan menjaga, membimbing dan memelihara hati aku, kau, dia, kamu, mereka dan seluruhnya... hatta hati kucing di rumahku! Heh~
Kerana kau dicintaiNya, kerana kau dirinduiNya...kerana kau sahaja yg mampu menempuhnya..lalu Dia memilih kau utk diuji... dan setiap kita pun diuji. Jerlus benamlah sebanyak mana pun, sentiasa ada tangan yg sedia menghulur... asal kita tahu, luasnya Rahmat Allah.
Maafkan aku andai aku bukan teman yg baik buat teman2 ku yg hakikatnya sentiasa dikasihi Allah!
share from Nur Dalilahusna

doa dalam diam.

Hadis Muslim meriwayatkan,
Dakwatil muslim li akhi hi bizohril ghaib mustajabah (Doa seorang muslim kepada saudaranya dlm keadaan dibelakangnya yakni saudaranya tidak tahu,ia mustajab)
Wa in dha raksihimalakun muwakkal (di kepalanya ada satu malaikat yang Allah Taala wakilkan)
Kullama da'a li ahi bikhairin kollal malak
Almuwakkal bihi aamiin walaka bimisl
-malaikat akan menyebut Aamiin utk kau juga sedemikian rupa.
smile emoticon

Jabariyah, Qadariah dan Ahli Sunnah.

Yahdilla humayyasya' : Allah Taala memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Yarzukullah humayyasya' : Allah Taala memberikan rezeki kepada sesiapa yang Dia mahu.
*Akal dipandu oleh nas tetapi nas memerlukan akal*
ASAS : tidak ada satu benda yang boleh berlaku melainkan dengan izin ALLAH azza wajalla.
Ya malikul muluk ( Dia yang memiliki sifatNya)
ALLAH, wahuwa 'ala kulli syai ink khodir.. ( Dia berkuasa atas segala2nya)
Apa yang ALLAH izin, bukan bererti Dia redha. Dia telah mencipta alam dan Dia telah membuat peraturan alam.
Faman sha afal yukmin, wa man sha afal yakfur (Sesiapa yang mahu sila beriman, sesiapa yang mahu sila kafir)
Dia izin segala apa yang berlaku termasuk yang membunuh para anbiya', taghut.. tetapi Dia tidak redha. Dia telah melarang dlm peraturanNya.
antara IZIN dan REDHA dengan IZIN dan MURKA.
apa-apa yang berlaku dengan pilihan kita (keburukan) - kita berdosa.
apa-apa yang kita niatkan ke jalan kebaikan tetapi masih tiada keizinanNya - niat kita telah diganjarkan dengan pahala.
sumber : Dr MAZA.

Kisah disebalik penurunan surah Abasa (surah ke 80)

Berkisar tentang orang buta yang menghampiri Baginda Rasulullah dan mengatakan :
" 'Alimni ma allama kallah "

maksudnya : ajar aku dengan apa yang Allah ajarmu
Dalam masa yang sama, Baginda ingin menghampiri sekumpulan pembesar Quraisy yang tidak akan duduk sekali dengan golongan orang miskin. Baginda berpendapat, jika golongan pembesar Quraisy ini menerima Islam, alangkah baiknya. (Pasti ramai yang akan tertarik untuk menganuti ajaran Islam)
tentang apa yang diperkatakan oleh orang buta itu, Baginda tak berkata apa-apa, tetapi wajahnya masam.
Lantas, surah ini diturunkan (rujuk terjemahan) yang mana Allah menegur Baginda : bermasam muka ia dan berpaling (peringatan yang memberi manfaat buat Baginda)
Allah mahukan dakwah diuruskan dengan hati.
Jangan melayan manusia berdasarkan status sosialnya tetapi layani dia kerana jantung hatinya.
Lebih baik Baginda ajarkan Islam kepada orang yang benar2 mahu mempelajarinya daripada menghampiri golongan yang belum tentu mahu mendengar penyampaian dakwah islamiyah Baginda.

Pemikiran material.

Kita hanya pengguna.
Yang berfikir hanya untuk mengguna.
Lalu tanpa sedar, kita terbelenggu dengan mentaliti kebergantungan material.
Apabila hilang punca tempat bergantung, hilanglah punca. Hilanglah arah. Hilanglah tenaga. Hilanglah segala-galanya.
Kita yang seharusnya mencorak prasarana tetapi tercorak pemikiran kerana prasarana.
Syukur, bisik suara sunyi.
Apa yg sudah tercipta hari ini kau harus bersyukur..
Perlu apa kau sakitkan kepalamu memikirkan hal remeh-temeh ini?
Ini perlu difikirkan, aku kembalikn jawapanku.
Perkembangan material mmbawa kebaikan buat manusia sejagat atau melampiaskan keserakahan manusia utk mewujudkan kemusnahan besar-besaran? Manusia mendambakan kesenangan dgn bergoyang kaki..ini parah! Ini penyakit umat akhir zaman!
Aku melepaskan rasa hati.
Sepi. Suara itu menyepi.
Biarkan.

SAHABATKU

Kebahagiaan yang kudakap ini, jangan biarkan ia berakhir. 
tanpa kalian yang selalu membuatkan kecintaanku terhadap Rabb selalu berbunga, pasti aku pincang, jatuh tak ketemu nur..
tali persahabatan ini, jangan lepaskan gengaman ikatannya..kita pegang erat2..
meski kita kan terpisah dlm rentas masa dan jauhnya jarak, tapi ingatan dan doa tak luput dek panas hujan dunia..
moga kita bertemu di syurgaNya, berlumba lari ke sana! Aamiin Allahumma Aamiin :)