Pages

Tuesday 23 June 2015

Pemikiran material.

Kita hanya pengguna.
Yang berfikir hanya untuk mengguna.
Lalu tanpa sedar, kita terbelenggu dengan mentaliti kebergantungan material.
Apabila hilang punca tempat bergantung, hilanglah punca. Hilanglah arah. Hilanglah tenaga. Hilanglah segala-galanya.
Kita yang seharusnya mencorak prasarana tetapi tercorak pemikiran kerana prasarana.
Syukur, bisik suara sunyi.
Apa yg sudah tercipta hari ini kau harus bersyukur..
Perlu apa kau sakitkan kepalamu memikirkan hal remeh-temeh ini?
Ini perlu difikirkan, aku kembalikn jawapanku.
Perkembangan material mmbawa kebaikan buat manusia sejagat atau melampiaskan keserakahan manusia utk mewujudkan kemusnahan besar-besaran? Manusia mendambakan kesenangan dgn bergoyang kaki..ini parah! Ini penyakit umat akhir zaman!
Aku melepaskan rasa hati.
Sepi. Suara itu menyepi.
Biarkan.

No comments:

Post a Comment