Pages

Tuesday 23 June 2015

Kisah disebalik penurunan surah Abasa (surah ke 80)

Berkisar tentang orang buta yang menghampiri Baginda Rasulullah dan mengatakan :
" 'Alimni ma allama kallah "

maksudnya : ajar aku dengan apa yang Allah ajarmu
Dalam masa yang sama, Baginda ingin menghampiri sekumpulan pembesar Quraisy yang tidak akan duduk sekali dengan golongan orang miskin. Baginda berpendapat, jika golongan pembesar Quraisy ini menerima Islam, alangkah baiknya. (Pasti ramai yang akan tertarik untuk menganuti ajaran Islam)
tentang apa yang diperkatakan oleh orang buta itu, Baginda tak berkata apa-apa, tetapi wajahnya masam.
Lantas, surah ini diturunkan (rujuk terjemahan) yang mana Allah menegur Baginda : bermasam muka ia dan berpaling (peringatan yang memberi manfaat buat Baginda)
Allah mahukan dakwah diuruskan dengan hati.
Jangan melayan manusia berdasarkan status sosialnya tetapi layani dia kerana jantung hatinya.
Lebih baik Baginda ajarkan Islam kepada orang yang benar2 mahu mempelajarinya daripada menghampiri golongan yang belum tentu mahu mendengar penyampaian dakwah islamiyah Baginda.

No comments:

Post a Comment