Pages

Tuesday 23 June 2015

buat insan bernama kawan :)

Berkawan rapat itu harus memilih. Tapi, berkawan biar seribu.
Aku punya kawan yg tawadhuk menggalas kitab fiqh,
Aku punya kawan yg lancar menyampaikan taujih dan tausyih,
Aku punya kawan yg bicaranya tentang syurga dan lisannya adalah zikir,
Aku juga punya kawan yg sejantina tetapi 'kacak',
Aku juga punya kawan yg seluar jeansnya singkat dan kecil di buku lali,
Aku juga punya kawan yg seluarnya mcm nak terlucut dan bertindik,
Aku juga punya kawan yg jerit pekik adalah jiwa..
Justeru, siapakah aku?
Aku tidak pernah menjadi mereka. Namun, bukankah yg baik itu harus kuadaptasi... yg kurang baik itu, ibrah dan amaran buat aku. Tak perlu mabuk2 utk merasai bahayanya arak utk kau ajarkan pada org... hakikatnya aku dan kau punya pilihan, hati sbg raja dan akal sbg nahkoda... IMAN adalah kunci... Allah tidak pernah melupakanmu!
Bukankah sifat Allah itu At Tawwab?
Meninggalkan kawan yg jauh dari Tuhan adalah 1 bentuk PENGKHIANATAN
Apa kau fikir kau cukup dekat?
Lalu bagaimana?
Aku juga bukan seorang daie yg nas al quran sentiasa terpancul di bibir,
Hafalanku tidak banyak malah maksudnya pun aku tidak hadam benar...
Namun, aku tahu aku punya tangan utk ditadah memohon aku dan mereka mendapat hidayah dan kekal di dalamnya.
Kalau kau tidak pernah jatuh, kau takkan tahu peritnya utk bangkit...utk istiqamah sahaja diuji, inikan utk kembali... apa kau fikir mudah?
Menghukum itu kerja Tuhan.
Beri ruang dan peluang.
Allah menciptakan manusia dgn Asma'Nya... justeru setiap jiwa yg tercipta, adalah jiwa yg amat lunak dgn kebaikan...malah lebih lembut dari pasir! Adakala, golongan yg kau pinggirkan dan kau hukum lebih awal itu, lebih jujur daripada sarjana Islam sekalipun. Namun, di sisi Allah...tetaplah yg plg BERTAQWA itulah yg tertinggi duduknya...
Ramadhan ini,
1 pintu hidayah utk kau yg merasa daie agar belajar tidak merasa lelah utk mentarbiyyah dan menyeru...
1 pintu hidayah utk kau yg merasa lemas dlm lumpur utk merasai kasih dan cinta Allah itu sentiasa menghambatmu walaupun kau cuba lari...
Usah disebabkan keterbatasan waktu dan merasa izzah dgn diri sndiri...kau memposisikan diri kau sbg malaikat dan mengibliskan org lain. Dan usah juga kau menjadi iblis kerana takut utk digelar malaikat.
Di hujung nanti, cuma ada syurga atau neraka.
Dan yg kau ada sekarang adalah masa dan doa aku salah satunya...kepada semua kaum keluargaku, teman2ku...aku tetap aku. Yg bisa bercanda tntg liar jinak hidupmu. Tp harus kutahu dan kau tahu, betapa syurga itu tempatnya sungguh indah...
Di sisi Muhammad s.a.w yg mulia..apatah lg andai dpt melihat wajah Allah SWT yg Maha Mencintai.
Aku serahkan pada ALLAH. Dialah yg akan menjaga, membimbing dan memelihara hati aku, kau, dia, kamu, mereka dan seluruhnya... hatta hati kucing di rumahku! Heh~
Kerana kau dicintaiNya, kerana kau dirinduiNya...kerana kau sahaja yg mampu menempuhnya..lalu Dia memilih kau utk diuji... dan setiap kita pun diuji. Jerlus benamlah sebanyak mana pun, sentiasa ada tangan yg sedia menghulur... asal kita tahu, luasnya Rahmat Allah.
Maafkan aku andai aku bukan teman yg baik buat teman2 ku yg hakikatnya sentiasa dikasihi Allah!
share from Nur Dalilahusna

No comments:

Post a Comment