Pages

Monday 6 June 2016

Cantik dengan FURAIHA Organic Skincare

[ Tak Ada Jalan Pintas Untuk Dapatkan Kulit Yang Cantik dan Elok ]

Satu kesedaran tinggi yang perlu korang aware bahawa jangan terlalu obses nak kulit cantik dalam masa yang singkat.
.
Like seriously. Come to think about kulit cerah tak sampai sehari, 3 hari dh nampak ketara perubahan dri wajah asal.. nampak mcm absurd pun ada. 
.
Girls,
Pernah tak dengar org ckp, Beauty is pain?
.
Yes. Nak dapatkan kulit cantik it takes some times. Tapi yg penting SELAMAT dan HALAL.
FURAIHA. Korang takkan drastik terus dpt kulit yg elok lps penggunaan. Ada yg satu minggu nampak kesan, ada yg 2 minggu, ada yg sebulan, 2 bulan. Bergantung kpd hormon masing2. Ada yg melalui proses HEALING CRISIS dan mcm2 lagi. But it worth. At least keyakinan kita tinggi!
.
Ok calculate. Ramadhan ada 1 month and inshaAllah sempat nk beraya dgn wajah yg segar melalui penggunaan Furaiha yg teratur.
.
Fikir jangka masa panjang. Sayangi wajah anda. Sayangi Furaiha 
Saya pakai. Saya jual.


Solat dan Kerja

Kita sering cakap pada SOLAT, aku ada KERJA.
Sedangkan sepatutnya kita kata pada KERJA, aku belum SOLAT.
.
Bereskan urusan kita dengan ALLAH, maka ALLAH akan bereskan urusan dunia kita.

Al Fatihah buat iman yang turun naik.
.
Moga ALLAH teguhkan hati kita di atas tali agama ini.

"Hingga Ke Jannah" - KRU (LIRIK)

♡♡ TV3 ♡♡



Assalamualaikum wbt. Dan" masa p Jalan TAR aritu ada orang stop us dan interview. Meqapu la ckp.. haha.. Tapi apaapa pun Jangan lupa saksikan Rancangan " Jangan Macam-Macam " TV3 Raya Kedua jam 4 petang ya. Dengaq la apa yg kami duk meqapu tu..haha ♡♡


*Ulangkaji Bab Puasa*


*Niat Puasa* :
"Sahaja aku berpuasa
pada esok hari 
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

*Syarat Wajib Puasa* :
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa* :
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk 
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa* :
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya).
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :
1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus 
(Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.
*Tingkatan Puasa* :
1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :
1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.
In shaa Allah..

TUTORIAL KETUPAT PALAS

Imbauan kenangan paling kuat. teringat pada tangan tua itu. yang tak jemu anyam ketupat setiap tahun. dia yang telah pergi. Al Fatihah buat atuk. Moga atuk tenang kat dunia sana. Allahumma Aamiin.



Ramadhan AL Mubarak

Assalamualaikum wbt wa maghfirah.
Sobahul khair. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
.
Alhamdulillah masih dibangkitkan dengan fitrah Islam. Masih dipinjamkan kesempatan untuk topup amalan.
.
Mari renungkan katakata yg menyegarkan rohani yg lesu serta menstabilkn gerakan iman yg turun naik.
.
Sahabat,
Jangan beribadah kepada Allah swt kerana inginkan ganjaran keduniaan seperti solat dhuha untuk kaya dunia, baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju, tahajjud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya. Sebenarnya itulah satu bentuk tipudaya Iblis, sehingga matlamat dunia menjadi utama, akhirat menjadi kedua.
JUSTERU, beribadahlah kepada Allah swt agar diredhaiNya dan diberikan KAYA JIWA, kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan. Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan dan matlamat 'secondary' sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.
- Dr.Zaharuddin Abdul Rahman -
🌸 Muhasabah Diri 🌸
Allahu ya Allah. Semoga urusan dunia tak melalaikan urusan mengejar syurga.
.
Pagi yg positif. Jadilah org yg memaafkan inshaAllah hati lebih tenang ♡♡
.
Salam Ihya' Ramadhan.