Assalamualaikum
wbt semua.
Bukan main ke laut blog ni selepas beberapa tahun berlalu.Dari kerjaya admin and finance exec kemudian bergelar cikgu selama hampir 4 tahun dan akhirnya kembali ke kerusi admin and account assistant, life is surely a roller-coaster ride.
Kemain kau!
hahaha.
Macam-macam cerita, macam-macam dugaan.But still, life must go on!
Tajuk entry je dah tajuk restoran, apa lagi kalau bukan tempat untuk makan tapi sebenarnya adalah tempat baru untuk aku menabur khidmat juga tempat aku mencari rezeki.
Rata-rata orang yang taip tajuk restoran ni mesti nak tahu pasal review kan?So, demi tak menghampakan korang,meh aku share sikit pengalaman sepanjang aku makan dekat restoran belakang Melawati Mall ni (gambar nanti aku post entry lain, nak type entry ready to post je ni)
1) Menu semua best-best
2)Setiap harga menu diletakkan di sebelah
gambar jadi tak payah kau buat suai padan harga dan gambar
3) Walaupun gambar tu katanya illustrasi tapi apa yang kau dapat lebih
kurang sama dalam gambar, plating kemas, cantik dan menyelerakan
4) Ada menu wagyu ikut gm, bolehlah mencuba
5) panna cota sedap
6) Chicken chop kenyang, kalau nak kongsi pun boleh. kalau rasa kedarah banyak, order lain.
7) daging-daging pun best, nama pun steakhouse. ada rib eye, tenderloin etc etc, jangan lupa nak medium well ke, well done ke all the best ke, nanti diorang preparekan.
8) ada pizza, jangan risau.
9) set untuk kanak-kanak pun ada, yela mana tahu nak portion kecik, kang membazir
10) kalau suka burger, ya burger pun ada
11) pilihan air pun banyak, milkshake ada juga cuma aku belum try.
12) yang penting, harga berpatutan!
haa baca pun rasa macam lapar dah. okey nanti aku share lagi taw. nak makan jap. bye Assalamualaikum.