Pages

Thursday 19 November 2015

DIA Muslimah~

Pandangannya jatuh pada skrin telefon bimbit yg selalu diletakkan di sisi bantal.
Pagi-pagi lagi sudah ada notification message alert beep through whatsapp application.
Tak hairan. Boleh jadi message from groups dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, uni, geng bff, families segala apa group semua..
But, every morning in everyday since one year ago, a good morning wish that never missed from someone was really made her day. She loved it. Feels like a great wake up call can't wait since she opened up her eyes!!
" Maya, waktu subuh dah nak habis. Could u please leave ur phone and perform ur solah? Lia kejut dari td tapi Maya tak respons. "
Keseronokkan Maya terbejat. Dia dengar. Itu suara Lia.
Her roomate and the one and only yg boleh bertahan duduk selama 3 sem dengannya. Well ya, who can ever stay dgn sikap dia yang kuat rebel, kuat menyanyi time study, kuat bergayut dekat phone, kuat makan, erkk squint emoticon . thats annoyed much.
And surprisingly, pagi ni. Of all pagi selama 3 sem satu room dgn Lia, Maya seolah-olah terkesan dgn kata2 Lia.
Lia mcm marah. She never been like this before. Maya murmuring yet still went to bathroom nearby and minutes later perform her solah.
Lia still sitting there on her desk. Studying, maybe. But Maya can see from her bed, that Lia is continuosly wiping her nose. Flu? Maybe. She was puzzled by her observation.
"Kau kenapa Lia? Ok x? Pagi2 ni bukan ke kau memang tak lekat kat bilik? Hari ni kan Jumaat? Kau tak ada Liqo' Nisa?" soal Maya sambil mengemas katilnya.
Lia menarik nafas.
" Aku..aku.."
Kening Maya bertaut sehingga dahinya berkerut.
" Kau ada problem?" soal Maya lagi.
Dia nampak Lia menggeleng.
Hairan. Dan Maya juga hairan dengan dirinya, rajin pula dia nak mengambil tahu tentang gadis bertudung labuh itu.
" Aku baca ini.." Lia mengunjuk sebuah buku kepada Maya.
Selagi Terbuka Pintu Taubat. Itu tajuk buku.
Maya terdiam. Tapi kenapa Lia ni menangis macam ada kematian? Dia pelik.
"Maya..." Lia menggamit Maya utk menurutinya duduk di atas katil.
Maya sekadar menuruti.
"Apa yg Lia nak sampaikan ni, Lia harap Maya dapat terima, cerna dan fikirkan baik-baik. "
Maya pandang Lia. Dia dh nk mula rebel. Paling tak best kalau dgr Lia ni nk tarbiyah. Telinga rasa panas. Hati mcm tersentap2 tapi tubuhnya masih melekap di sisi Lia.
Lia memegang tangan Maya. Sejuk tangannya. Maya sekadar membiarkan.
"Maya ni baik sgt dgn Lia. Tak pernah tak tolong Lia bila Lia lupa bawa kunci. Tak pernah tak tolong Lia bila Lia tak faham subjek Maths. Tak pernah tak ada bila Lia memerlukan. Maya baik, baik sgt dgn Lia. Alhamdulillah. Lia berterima kasih pd Allah..."
Maya memandang wajah Lia yg tenang..
Maya nak tahu tak, Lia pernah terbaca satu status di facebook, dia tulis, ' Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang selalu ditatap dan dipuji orang. Tetapi wanita itu seharusnya menjadi matahari yang silaunya akan membuatkan orang tertunduk sebelum mata memandangnya..'," Lia senyum. Di hujung katanya, dia mengusap lembut tangan Maya.
Maya terdiam. Lembut tapi tajam maksud kata-kata Lia.
" But Lia, why would you tell me this? Lia rasa Maya ni macam bulan? Am I?" provok Maya. Sekadar mahu menduga reaksi Lia yg tenang sejak dari mula dia membuka mulut.
Lia menarik nafas dalam. Maya pasti Lia sedang mengatur ayat paling berhati-hati untuk dituturkan. Lia, orangnya memang begitu. Cukup berhati2 dlm berkata2. Tawanya juga bkn terbahak2 seperti dia.
"Sungguh bukan Lia nak mengumpamakan Maya seperti bulan. Lia cuma nak menggambarkan betapa brharganya seorang wanita yg memelihara maruahnya dari sudut akhlak, kata-kata, pakaian dan cara hidupnya. "
"Then..?"
"Lia cuma menunaikan amanah Rasulullah, Maya sayang.. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw menyamakan seorang mukmin itu seperti cermin kepada mukmin yang lain. Maka, sudah menjadi tugas Lia sebagai saudara seaqidah untuk menegur dan membetulkan saudara Lia termasuk Maya.."
Maya tertunduk. Termalu dgn provokasinya dibalas dgn kata2 lembut menyejukkan jiwa.
"Maya, perasaan cinta itu fitrah. Fitrah yang Allah hadiahkan pada makhlukNya utk saling berkasih sayang. Perasaaan yang indah tak tergambar dgn kata2. Maya, sungguhpun fitrah cinta ini hadiah dari Allah, ianya perlulah diurus berlandaskan syarak. Bukan mengikut telunjuk nafsu semata-mata.."
Lia memandang Maya penuh kasih.
" Maya sedar tak perbuatan Maya selalu bermesej, kerap berhubung dlm telefon sehingga larut malam tu tak manis dan maaf Lia kata, bukanlah akhlak seorang wanita beragama Islam? " ada nada tegas dlm lantunan kata-kata Lia.
Maya mengangguk lemah.
" Lia memerhati dgn mata, menegah dlm hati. Lia tak mampu nak tegur Maya. Sebab Lia rasa terhutang budi sgt dgn Maya yg selalu tolong Lia. Lia menangis dlm sujud. Minta dekat Allah, kuatkan Lia utk tegur Maya. Kuatkan Lia..
Lia syg Maya. Wallahi syg. Sebab tu Lia bertahan. Sekurang2nya Maya tak melampaui batas sepanjang pengamatan Lia.."
Pipi Maya terasa panas. Perasaan bercampur baur.
"Lia..." Maya menahan air mata yang mula bertakung di tubir mata.
"Ya?" sahut Lia.
" Maya pernah nak berubah. Nak jadi baik mcm Lia. Nak jd lebih hebat dari Lia.."
"Hebat? Lia ni yg patut cemburu dgn Maya. Maya ada segalanya. Rupa, harta, kecerdikan.."
" Tapi Maya tak ada ketenangan! Maya tak rajin mengaji Quran macam Lia. Tak reti ckp lembut2 cam Lia. Tak ramai kawan cam Lia. Tak ramai peminat mcm Lia!"
"Allahuakbar.." Lia mengucap panjang. Dia tergeleng-geleng.
"Maya..bab rajin mengaji Quran itu perlu mujahadah, kekuatan jiwa utk istiqamah..sekurang2nya tadarus dan tadabbur 10 ayat dlm 1 hari. Kena lawan rasa malas. Lia tak sempurna. Kadang futur. Lesu dlm beribadah tapi kena muhasabah diri byk2, Maya. Tentang ckp lembut2, itu memang peribadi Lia..bukan Lia buat2 utk nampak baik. Ia ajaran dari ayah Lia supaya menjaga kata2..tentang ramai kwn? Hmm..mungkin mereka selesa. Lia pun tak tahu yg pnting Lia tak pernah membeza2kan kwn..
Maya, Lia sikitpun tak ambil pusing dgn bdk llki yg sengaja nk ganggu Lia. Bagi Lia, mereka tu sekadar cuba-cuba. Mana tahu terkena. Lia tak mahu di layan mcm tu. Maruah kita sbg seorang wanita bkn mcm ikan yg dijual di pasar. Klu suka, jumpa wali Lia. Bkn caranya main acah-acah mengena..."
Air mata yg ditahan jatuh jua..
Maya terasa murahnya maruah dia. Tak matangnya pemikiran dia selama ini. Lia sikitpun tak menyimpan rasa tak puas hati dgnnya..sedangkan dia?
" Maya, hidup ini adalah tentang kita bermain dgn pilihan..
Baik atau jahat,
Ingkar atau taat,
Cinta atau benci,
Syurga atau neraka..."
" Tapi Lia, mcm mana nk berubah kalau Maya masih dgn Haikal? Dia jenis yg stylish, up-to-date. Lagipun Maya syg hubungan ni. Dh setahun, Lia.."
" Maya sygkan dia atau sygkan agama?"
Dush! Soalan Lia mcm anak panah tepat menusuk ke jantung.
Sakit. Pedih.
" Agama..."
" Jadi kenapa perlu takut kecewa dgn cinta makhluk?
Cintakan bunga, bungakan layu..
Cintakan manusia, manusia kan mati..
Hanya ada satu cinta yg kekal abadi, Maya.. Itulah cinta seorang hamba kepada PenciptaNya.."
" Hijrahlah Maya. Hijrahlah kerana Allah bukan kerana manusia. Didik jiwa utk mencegah kemungkaran..Wanita solehah itu jauh lebih baik dari seribu lelaki soleh. Betapa hebatnya cabaran wanita utk menjadi solehah muttaqin sehingga bidadari kt syurga pun cemburu.."
" Percaya pd janji Allah..wanita yg baik utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya. Dan Maya kena ingat, ' Allah has written your name next to someone else. Why chasing wrong person and get hurt?' Isbir Maya. Allah selalu ada di sisi orang yg bersabar.."
Sejurus Lia menghabiskan kata2nya, Maya mendakap Lia. Erat. Dalam esak tangisnya, dia memohon maaf kerana berdengki dgn kesederhanaan Lia. Lama mereka begitu sehingga pelukan terlerai dikejutkn dgn deringan telefon Maya.
Maya memandang nama pemanggil.
" Haikal.."
Lia mengangguk memberi ruang privasi.
Maya nekad. Dia letih berpura2. Dia tak mampu lagi menjadi pembiaya kwgn Haikal yg gemar bergaya.
" Lia tnggu Maya. Maya nak selesaikan dgn Haikal.." Ujar Maya lalu dia bersiap2.
Sejam kemudian..
Maya kembali ke biliknya semula. Dia nekad mahu berubah dan meninggalkan zaman jahilliahnya..
Lia tidur. Figura itu tidur tak menguit.
Letih kot, bisik hati Maya..
Tiba2, tangan Lia terkulai layu. Ada darah pd sapu tangan yg dipegangnya.
Maya panik.
Dia menggoncang tubuh Lia. Berkali-kali.
" Liaaaaa!!! Bangun Lia! Bangunnnn!!!
Allah..Allah..Allah.. Liaaa!!! "
Air matanya berjurai laju. Penuh histeris.
Ruangan biliknya mula dipenuhi pelajar perempuan. Kak Bella selaku ketua aras menghampiri jasad Lia dan memeriksa nadinya.
Kak Bella memandang wajah Maya.
" Qolu Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.." ucapnya.
" Ya Allah! Baru td sy bual dgn Lia. Baru td!! Ya Allahh....." Terasa bersepai smgt Maya.
Kak Bella menenangkan.
" Allah lebih sygkan Lia. Maya kena redha ya.."
Dan Maya melepaskan tangisan semahu-mahunya di bahu Kak Bella.
Lia.
Pemergiannya pd Jumaat yg indah itu meninggalkan ibrah yg besar dlm penghijrahan hidup Maya.
*******
" Oh..patutlah ummi letak nama kak long Alia Syafiqah. Rupa-rupanya tu nama kwn baik ummi, " Si kecil berumur 6 tahun itu seronok mendengar sejarah namanya.
Maya senyum makna sambil membetulkan tudung anak anugerah Allah itu.
" Ummi harap anak2 ummi jd mcm arwah Aunty Lia. Seorang wanita soleh muttaqin, inshaAllah.."
" baik ummi! "
ujarnya sambil berlari menyambung aktiviti bermainnya.
Afzan memandang Maya, isterinya penuh bangga.
Alhamdulillah Allah makbulkan doanya dalam diam utk memperisterikan Maya yg ternyata merupakan isteri dan ibu yang terbaik utk institusi baitul muslim binaanya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
written by:
-dalilafarhana-
States of Pahang~
30/10/2015

No comments:

Post a Comment