Pages

Friday, 20 November 2015

SOLAT JAMAK DAN QASAR~

BAB SOLAT JAMAK DAN QASAR~
(Pendapat 2 Org Ustaz)
1) Ustaz Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad @ Masjid Ar-Rahman, Mahang, Kulim Kedah
๐Ÿ‘‡
:

SOALAN:
Jika kita๐Ÿ‘ฌ duduk diasrama... yang jauhnya lebih dari 2 merhalah (56 batu @ 91 kilometer keatas), dan kita pulang kekampung
๐ŸŒด
 halaman.. tidak melebihi 3 hari.

๐Ÿ‘‰
Adakah kita boleh melakukan solat Jamak Qasar dikampung halaman kita itu?
๐Ÿ‘‰
Bagaimana pula, jika melebihi tempoh tersebut?

JAWAPAN:
✅Bila dia duduk diasrama.... rumah dia yang tetap, adalah rumah
๐Ÿก
 dia juga. Asrama itu tempat tumpang, balik kerumah X BOLEH Solat Jamak Qasar dah.

✅Dan jika dia sampai diasrama itu pun... dia X BOLEH melakukan Jamak Qasar juga, sebab dia nak duduk⌛ lebih dari 4 hari.
✅Kalaupun... anak2 kita duduk di Universiti
๐Ÿข
, duduk jauh2 lebih dari 2 merhalah... kemudian dia balik kerumah. Jejak sahaja qariah(kawasan) rumah dia, habislah.... sudah ๐ŸšซX BOLEH melakukan Solat Jamak dan Qasar lagi.

✅KESIMPULANNYA:
- "Rumah yang kita bermastautin itu (tempat tinggal sendiri)
๐Ÿก
, X BOLEH Jamak dan Qasar. Dan klu di Asrama pula, adalah tempat persinggahannya... X BOLEH juga Solat Jamak Qasar, sebab dia nak duduk lebih dari ๐Ÿ“†4 hari."
Wallahu'alam...

๐Ÿ”†Maksud 
๐Ÿ”Ž
"BERMASTAUTIN" ialah, orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah๐Ÿš›
๐Ÿ’จ
 ke tempat lain walaupun dia lahir
๐Ÿ‘ถ
 di tempat lain.

_______________________
2) Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang
๐Ÿ‘‡
:

SOALAN:
Saya dari 
๐Ÿš—๐Ÿ’จ
Bukit Mertajam, bercadang hendak pegi ke Kuala Lumpur... Saya telah menetapkan utk duduk Kuala Lumpur, melebihi 3 hari. Apabila sampai disana
๐ŸŒ†
, bolehkah saya melakukan solat Jamak dan Qasar lagi?

JAWAPAN:
✅Apabila tempat yang kita hendak tuju itu, sudah pun ditentukan⌛.... nak tinggal lebih dari 3 hari. Ini bermakna.... Apabila dia sampai diKuala Lumpur (tempat yg dituju itu), maka.... serta merta dia sudah menjadi orang๐Ÿ‘ฌ yang berMukim.

✅Kenapa dia jadi orang BerMukim?
๐Ÿ‘‰
"Kerana dia nak tinggal disana, melebihi 3 hari".

✅Jadi, bila dia sampai sana.... sampai sana
๐Ÿ 
 itu, dia sudah menjadi org berMukim... Maka, dia X BOLEH lagi untuk melakukan Qasar & Jamak. Hendaklah dia sembahyang seperti biasa✔.
Wallahu'alam....

๐Ÿ”†Maksud 
๐Ÿ”Ž
"BERMUKIM", ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada 3 hari. Dia ๐Ÿ™…TIDAK BERNIAT untuk kekal selama-lamanya di situ.

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

1 comment:

  1. Saya hendak ke cameron dari johor selama 3 hari dari hari jumaat hingga ahad.. Boleh ke saya jamak ksn solat?

    ReplyDelete