Pages

Sunday, 23 December 2012

*** wanita solehah***

ASSALAMUALAIKUM.. :)

ustazah ke dali ni? eh taklah..dali biasebiase je.. *tayang gigi*

wanita solehah..[ehemehem serius ni ]
siapa yang pernah tanam citacita nak jadi wanita solehah? angkat tangan ! haha..excited nak twu !
hopefully semua muslimat ada niat dan sedang menuju kearah itu..amin ;)

apa itu WANITA SOLEHAH?
**
"Nikahilah kamu akan perempuan empat perkara atau empat sifat: kerana hartanya, kerana elokkanya, kerana keturunan, kerana agamanya jika tidak kuasa pilih seseorang akan semuanya maka pilihlah yang mempunyai agama, kerana pilihan yang lain rugilah dan sesal di akhir nanti."  **

wanita solehah mestilah melengkapi 4 ciri tersebut :) 
dali tak pasti kalau definisi yang dali bagi ni kurang tepat..hee :D

--- kat bawah ni list SIFAT SEORANG WANITA SOLEHAH,cuba check kita ada tak sifatsifat ni :) --

1. Mendirikan solat
SEMUA umat islam yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan untuk menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Menunaikan solat rukun Islam yang keberapa? haa..jawab2.. :D
2. Menjaga solatnya
Menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya.. KHUSYUK? mesti payah nak dapat kan sebab kadang2 kita selalu fikir benda lain masa solat..tapi kita sebenarnya perlu menunaikan solat dengan khusyuk.. :) 
3Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah.dali pun macam tu jugak.rasa macam2..nak marah,nak salahkan takdir tapi  sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah. kan bagus cmtu? baru boleh jadi wanita solehah.. :D
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Malaikat sendiri berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu ALLAH gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.see? siapa yang taknak dapat ganjaran kan? :)
5. Pandai jaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga.  :)
8Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga mempunyai pengetahuan dalam mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Quran adalah qalam ALLAH sahabatku,alunkanlah ia dengan seikhlas hatimu :)



semoga korang dapat ilmu dan manfaat daripada perkongsian tadi ya ..amin :)

JOM JADI WANITA SOLEHAH ! 


xOx0

with <3 : dalie !


WASSALAM :)

No comments:

Post a Comment