Pages

Sunday 17 May 2015

Siapa aku? Siapa ALLAH?

Satu perkongsian ilmu yang aku perolehi dari majlis ilmu bersempena dengan Israk Mikraj. Alhamdulillah smile emoticon

Penceritaan berkisar tentang kisah Kepimpinan Sayidina Umar sebagai Khalifah sangat digeruni dan disegani.
Sayidina Umar adalah antara sahabat yang setia menyambung sunnah Nabi iaitu salah satunya sehabis sahaja solat berjemaah, Umar akan berpaling ke belakang sambil memerhati satu persatu wajah jemaah para sahabat.
Pada suatu hari, nak dijadikan cerita, ketika Umar menilik satu persatu wajah jemaahnya, dia perasan seorang sahabat tidak menghadirkan diri. Lantas dia bertanya kepada jemaah yang lain, kemana perginya sahabat yang tiada itu?
jawab salah seorang jemaah disitu, dia mengatakan bahawa sahabat yang tidak hadir bersolat itu demam dan tidak boleh bangun. Seraya mendengar khabar berita dari jemaah tersebut, Umar bergegas ke rumah sahabat itu.
Sesampainya Umar di rumah sahabat itu, dia pun memberi salam.
Mendengarkan salam Sayidina Umar, sahabat yang berada di dalam rumah itu bangkit menjawab salam Umar dan mempersilakan Umar masuk ke dalam rumahnya seperti selayaknya adab seorang tuan rumah menjemput tetamu masuk ke dalam rumah.
Demi mendengarkan pelawaan itu, Sayidina Umar seraya berkata
" Hari ini aku tak akan masuk ke rumahmu kerana tadi sahabatmu mengatakan bahawa engkau tidak ke masjid kerana demam dan tidak boleh bangun, sedangkan apabila aku datang dan memberi salam, engkau mampu untuk bangun.
Siapa Aku? Siapa ALLAH?"
begitulah kata2 Sayidina Umar.
Sahabat yang mendengar kata2 itu tersentap dan dia bertaubat semahu2nya. Semenjak dari itu, dia tidak lagi meninggalkan solat berjemaah di masjid.
MashaALLAH. sebegini besar tuntutan agama kita terhadap SOLAT BERJEMAAH.
Bagaimana dengan kita? Dalam 5 waktu solat sehari semalam, adakah kita berjaya menyempurnakannya secara berjemaah?
cry emoticon
iman setipis bawang ini minta diperkukuh. ALLAH. ALLAH.ALLAH.

No comments:

Post a Comment