Pages

Friday 22 May 2015

Tinta Hati.

Hari ini aku bersyukur. sekali lagi aku berjaya. meski cuma kecil ukuran kejayaannya, tetapi aku berjaya.
berjaya berpesan kepada diriku.
Aku bermula dengan bahagian paling teratas diriku.
akal ini, aku pesan jangan berfikir yang bukan-bukan,
akal ini, jangan terbayang perkara yang tiada manfaat,
akal ini, janalah buah fikiran yang berguna utk diri dan ummah.
mata ini, jangan pandang perkara yang tidak baik.
mata ini, jangan meliar memandang ajnabi.
mata ini, serakkan pandangan memandang ciptaan Ilahi
telinga ini, jangan dihidangkan dengan muzik yang lagha,
telinga ini, jangan didengar dusta dan fitnah,
telinga ini, dengarkan kalamullah.
mulut ini, jangan berkata tentang perkara yang tiada guna,
mulut ini, hentikanlah gosip melata,
mulut ini, gunalah untuk pengucapan yang baik dan soleh.
lihat tangan ini pula,
jangan berbuat maksiat,
tangan ini, jangan menggapai apa yang bukan menjadi hak,
tangan ini, selalulah menadah berdoa kepada Yang Maha Kuasa.
kupandang ke perut..
perut ini, jangan diisi rezeki yang syubhah,
perut ini, jangan diisi sehingga lelah.
agar aku masih mampu untuk beribadah.
aku beransur memesan kepada kakiku..
kaki ini, jangan melangkah ke lembah2 kehinaan,
kaki ini, jangan digerakkan ke arah jalan yang tidak diredhai..
kaki ini, panjangkanlah langkah ke rumah2NYA..
hari ini, aku masih tetap bersyukur. kerana masih aku dapat hidup pada Jumaat yang barakah. penghulu segala hari.
andai, tiada umurku panjang, panjangkanlah pesan aku kepada diriku ini kepada diri-diri yang lain.
kerana dosa cuma akan bersih jika dicuci dengan taubat dan linangan air mata.
merintihlah pada Dia.
aku pendosa. kita seorang pendosa.
>dalila<


No comments:

Post a Comment