Assalamualaikum wbt..
tengahari tadi, sama macam tengahari 3 hari yg lepas, kitorang kat ofis Palmabrand Exclusive dah start main masak2 time lunch. Macam2 1st try recipe lah yg kami eksperimentasikan. kekeke.
ad hoc planning arini adalah masak TOMYAM bujang disamping ayam goreng kruk kruk alaala KFC dan telur bistik (**ptutnya telur bungkus tapi tak jadik)!
haa..
bahan-bahan akak yg aci redah je ni :-
Bahan A
1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
halia - hiris (akak ambik sikit je)
2 batang serai -ketuk2
7 biji cili padi - belah tengah (klu nak pedas2 letaklah banyak lagi)
Bahan B
2 bungkus pes tomyam adabi (sebab nak pekat kaw2)
7-9 ketul ayam -potong kecik sikit
3-5 helai daun limau purut -nak bagi naik bau
air asam - nak rasa masam lagi
Bahan C
putik jagung, bunga kobis, carrot
tomato-belah 4
Cara-cara :-
1) Dengan lafaz bismillah, lepas dah panaskan minyak, akak lebur je bahan A dan tumis sampai naik bau.
2) agak-agak bau tu dah mengancam, akak letak air sikit sebab takut hangus. kekeke
3) lepastu akak pun gunting pes tomyam tu satu2 dan tuang dalam periuk sambil tengok pekat ke tak..akak tambah air lagi ikut agak2.
4) dah agak-agak dapat adjust kepekatan kuah yg kita bese tengok kat kedai, akak pun terus masukkan ayam. akak biar dulu, bagi ayam tu sebati dengan kuah tomyam dan masak. akak just kacau slow2 je.
5) lepastu akak ramas2 daun limau purut tu dan bila akak tengok kuah dah agak menggelegak, akak pun mula la letak garam, gula, dengan sikit perencah secukup rasa.
6) kalau kurang masam tu, bolehla letak air asam dan kalau tak cukup pedas, tambahlah cili lagi ya.
7) lepastu akak letak bahan C last sekali sebab kuah dah menggelegak,so, masa utk sayur masak cepat je dan still dapat maintain nutriennya.
dan taraaaa.. dah siap!
sedia dihidangkan. yummy! Alhamdulillah.
Tomyam first try done.
:D
tq kerana sudi share resepinya yaa ..nampak sedap ni
ReplyDelete