Pages

Monday, 18 January 2016

Seafood boh!

Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah a'la kulli hal atas kemudahan urusan hari ke hari. Syukur di atas Maha Baiknya ALLAH dalam memudahkan segala perkara yg kita lakukan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Last week, masih seperti the weekend before yg mana masa akak terisi dgn eloknya. Alhamdulillah.

bersama daun2 gaharu
that day, kami beramai2 pegi ke Klang utk petik pucuk daun gaharu. Alhamdulillah first experience ever. kena gigit nyamuk la, panas la, makan cempedak la, mkn tebu la, Ya Allah best sgt sampai tak sempat nk rakam kenangan manis jadi village girl. hehe

so, after dah siap kumpulkan daun2 gaharu, kami pun bersihkan diri anad shoot ke Pelabuhan Klang utk makan seafood!! yeahhhh! 
Here we are!



muka ai olls bercahaya gittew. 

selfie dulu sebelum makan. eksaited nak membaham seafood. ihiks :D

set menu KELUARGA BAHAGIA. worth for RM 218. Sampai nak termuntah balik baq hg.
akak lupa yg akak ada snap gmbar menu, kat situ ada 3 set. yg akak ambik set pling byk dan mahal sikit dari ketiga2 set sbb kami 8 orang. karang tak cukup pulak kalau amek set keluarga yg lain. jadi, korang boleh agakla, set yg lain tu harganya lebih rendah.

dalam set yang akak amek tu ada ikan siakap 3 rasa, sotong celup tepung, butter prawn, sayur seafood, tomyam seafood, lagi satu tu akak tak sure lala ke apa. mak cik akak ckp siku lipat. hahaha. hentamla.



so far, makanan dia daripada 10 bintang, akak berani bagi 7 bintang la. the fresh taste is there tapi rasa nya mungkin bagi akak boleh improved lagi. akak tak sure akak kuat masin ke apa tapi that feeling bila kita makan and satisfied, di situlah bagi akak rasanya lengkap. ahaha.

tapi kalau korang nak try, tmpat ni ok la. kalau rajin nk jalan lajak ke depan sikit, kat situ pun byk seafood lagi tapi tempatnya tak berbumbung la. fresh air. apapun Alhamdulillah. Terima kasih bos sbb treat us. May ALLAH bless.

:)








Wednesday, 13 January 2016

Don't Marry!

Don't marry because of Sex.
Don't marry because you are getting Old.
Don't marry because you are of Age.
Don't marry because you are Lonely.
Don't marry because you need someone to support you Financially.
Don't marry because you mistakenly got Pregnant for him.
Don't marry because you don't want to lose the Person.
Don't marry because of family Pressures.
Don't marry because you like the Idea of Marriage.
Don't marry because of Pity or out of Pity.
Don't marry because of Tribe.
Don't marry because you admire of wedding Gown you see.
Don't marry because you love kids.
Don't marry because all your friends are getting Married.
Don't marry because of Physical/ Academic Qualifications.
But, marry because you are ready to complete half our your Deen and the Sunnah of the Prophet S.A.W.
Marry because you want to fulfil Destiny.
I pray to Allah Almighty to give the best life partner to as many who truly desire to marry with the right Motives in Allah SWT Ameen.



Monday, 11 January 2016

alkisahnya kahwin muda.

assalamualaikum wbt.

akak tak sure, tajuk akak ni cam org nak baca lagi ke tak sbb tepu otak jugak cite pasal kwin muda. rasa macam -_-

dulu, akak rasa macam bestnya org ni cte pasal kwin muda. yelah akak pun manalah tahu nikmatnya sbb akak pun tak kwin lagi. 
mula-mula entri kawin muda diviralkan, org pun mcm fuyoo fuyoo. kira respectla beb sbb melawan arus. yela mana taknya org sekarang kalau kawin mesti nk sanding, mekap tebal2, bridesman la, flower girl apekebende sume tu lah tapi diorg berjaya buat kwin save bajet.
tabik springggg.

alkisahnya....
akak rasa start yg org sibuk post pasal kwin bajet rendah ni bila ada isu hantaran tinggi melambung ikut kelulusan. 

masa tu, akak pun setuju, mak aih tak logik kot sampai tigapatploh ribu. ni nak jual anak ke cmne?

bagi akak, benda ni kita kena pandai adjust sendiri, kena pandai bermain psikologi tapi bukanlah maksud akak korg planning ikut suka berdua tanpa fikir perasaan mak ayah yg selama ni besarkan korang.
sebab yg akak tgok, disebabkan trend org save bajet dan kemain cte hebat2, ' aku save bajet dan ikut sunnah tak membazir ' dia jadi macam kata2 tu nak sgt org puji dia eventhough lain org, lain opinion.

cmne nak ckp ea, bg akak tulisan kita ini adalah satu aliran perasaan yg hadir bersama rasa yg memang datang dalam hati.
sebab akak percaya, kata2 yg datang dari hati akan sentuh hati yg lain.

tapi, jujur ckp, agak menyampah juga tengok org yg bash org lain utk nampak dia elok. doesnt meant akak bash korg yg kwin muda, tak langsung dik. tapi, org yg mcm suka compare2. benda ni, nak ckp pun yelah, lain org lain pendapat. jadi kalau dlm agama kira mcm khilafiyah la, tak pernah habis perbahasan. jadinya bg akak, penyelesaiannya korg nk tulis apa2 tu, check balik ayat. kalau rasa mcm nk tunjuk diri tu bgus, better tajdid niat balik. 
kalau fikir hak masing2 nk tulis apa2, akak harap jgn melatah la bila org komen mcm2, bukan apa sbb org lain pun ada hak jgk kan?

apaapapun nak kahwin muda takde masalh, not a big problem. tapi jgn tlalu fikirkan nak kwin muda sampai tlupa yg mati muda pun ramai.

:)








Friday, 8 January 2016

Profesional vs Sombong

' Sis, salah ke kita sombong ? Terserempak classmate lelaki di luar, kita tak tegur. Bila diorang tegur, kita pandang tempat lain, kalau boleh tak nak bertembung langsung. Salah ke kurang bercakap dengan lelaki? Salah ke tak jadi macam diri sendiri ; gelak kuat-2, bergurau-senda dengan kawan-kawan bila ada lelaki dalam kelas?? Rasa hipokrit pun ada. . . '
Dik, Pegang satu konsep, orang lelaki tu bukanlah beruang berbulu lebat berkuku panjang 15 cm yang kelaparan 4 hari 3 malam 6 jam yang akan ngappp siapa sahaja makhluk di hadapannya.
Profesional VS sombong.
Dua-2 kena guna.

Profesional.
Dunia sekarang memang mustahil kalau dalam urusan kehidupan kita tak melibatkan dua insan berlainan jantina ; lelaki dan perempuan.

Kita nak bas awam, konduktornya lelaki.
Kita pergi kedai makan, cashernya lelaki.
Kita nak bayar tol, pak cik tol tu lelaki.
Kita nampak lori balak, pemandunya lelaki. 
Pernah ke nampak perempuan bertudung labuh, berjubah dan berhandsock pink sambil galas handbag dari zalora dot com tengah bawa lori balak tayar 8??
Er.

Kena terima hakikat, lelaki tetap perlu wujud di dunia ini. Itu sebab Allah cipta mereka.
Walaupun mereka tak sama macam kita ; kita ada rambut di kepala saja, mereka ada rambut kat atas bibir dan dagu juga, memiliki biji halqum yang menawan (haha) juga mempunyai tubuh badan yang sasa (dan 6 packs bagi yang pergi gym) , tetap kita kena layan mereka sebagai seorang 'manusia'.

Pegang hablum mina Allah, hablum minan nas.
Boleh bergaul dengan lelaki. 
Tiada larangan selagi batas-2 syara' terjaga.

Tiada masalah membalas sapaan baik dari ajnabi, espeseli orang yang kita kenal ( classmate, ketua persatuan, guru kelas, pak cik jual ABC yang pernah bagi ABC free pada kita masa kita tadika dulu dll ) asalkan jangan melampau-lampau balasan dari kita dan jangan over acting seperti senyum selebar 2 inci setengah dengan lentok badan menggoda juga bersuara manja macam kucing baru jumpa kekasih lama. Jaga.
Itu sekiranya, mereka menegur kita.

Jangan kita jadi batu dan kaku. Balaslah sapaan yang baik dengan respon yang baik juga.
Tapi, kalau dia tak menegur kita, it's okay.
Tidak perlu kita pula yang menyapa dia. 
Tak ada keperluan, tak perlu mulakan bicara. Biarpun dia dan kamu dulunya rakan akrab yang pernah main tom tom bak dan police and thives bersama-sama ketika zaman kanak-kanak riang gumbira.

Sekali lagi, bila dah sama-2 baligh dan mumaiyyiz, maka hubungan kita dengan ajnabi perlulah dihadkan. Cukuplah berhubung / bercakap hanya apabila ada urusan.
Urusan itu adalah apabila ia dibentang di hadapan Allah kelak, kamu mampu berhujah tentangnya.

Jadi, saya rasa tak salahlah kurang bercakap dengan lelaki. Itulah yang sebaiknya. Kawan perempuan pun kita tak sempat nak tegur semua. Maka, kenapa nak sibuk cari kawan lelaki untuk berbual pula?
Tak nak bertembung langsung dengan lelaki?
Jom Hi 5. Kita samalah ; Segan bila bertembung dengan orang lelaki (yang kita kenal) di luar ; luar rumah, luar urusan .

Kadang terasa kalau ada pintu suka hati, nak je lari cepat-2. 
Kalau ada terowong ajaib, nak je masuk supaya dapat jadi kerdil sebentar agar jasad tak kelihatan. 
Kalau ada mesin masa, nak je terus ke masa lepas supaya dapat pilih jalan lain awal-2. Haha.

Tapi Mustahil lah nak terus lari mengelak. Kan?
Kalau kita tak boleh ubah suasana, kitalah yang kena ubah diri kita untuk adapt dengannya.

Apa yang kita boleh buat bila bertembung?Bertindaklah profesional.
Jalan macam biasa. Pandang jalan atau kalau rasa tak selesa juga, cuba pandang arah lain atau jika masih rasa janggal, cuba buat-2 ambil telefon dan berlakon bercakap dengan seseorang. Haaa. Kompem rasa relax.
Sekiranya ajnabi itu menyapa, sekali lagi, balaslah sapaan itu dengan baik dan seadanya. Ringkas, padat dan biasa.

Sombong pula? 
Bila nak guna?

Kena juga guna. Guna bila ada lelaki yang melampaui batas dengan kita ; Cubaan mengusik dan yang seumpama dengannya. Dengan makhluk spesies ini, kita boleh sombong. Buat-2 tak dengar atau tak perlu cakap sepatah pun dan tak perlu layan langsung..
Tunjuk muka garang macam king kong nampak zombi Kampung Pisang pon okay je.
Lelaki yang nakal ni sebenarnya akan lagi suka kalau kita merespon usikan mereka. Jadi, langkah paling best dan akan buat mereka berhenti dari terus menganggu kita adalah dengan DIAM. Lama-2 futurlah dia.

Tentang hipokrit pula.
Kita perempuan, sememangnya kena menjaga serba-serbi. 
Biarlah dalam rumah kita hingaq, tapi di luar rumah kita beradab. 
Biarlah dengan kawan kita over sporting, happy go lucky tahap tak ingat bumi ada berapa lapisan, tapi dengan lelaki kita jaga adab budi akhlak dan tatabahasa. Eh.

Tak ada istilah hipokrit dalam buat baik.
Buatlah baik walaupun kebaikan itu belum lekat dalam diri kita.
Terus juga cuba buat baik kerana lama-2 kebaikan itu benar-2 jadi 'kawan baik' kita.
^-^

Yang dikatakan hipokrit dan munafiQ itu adalah apabila kamu buat baik, kamu nak imbalan. Dalam hati kamu ada udang di sebalik maggie tomyam telur 3 biji! Dan kamu sebenarnya tak hingin langsung nak jadi baik seperti action baik yang kamu sedang buat.
Aku pakai tudung ni supaya jiran sebelah rumah aku tu, Tan Sri Dato Duktur Engineer Panglima Bukit Gantang yang ada banyak gile harta dunia tu boleh letak nama aku dalam wasiatnya nanti.
Pengsan.

Dik, kamu tak macam tu kan? Hati kamu baik dan Kamu ada niat nak berubah jadi baik kan? Kamu suka kebaikan yang kamu buat tu walaupun kamu belum biasa kan?
Jangan ragu untuk mendekat dengan perkara yang betul. Biasakan diri dengan yang betul, maka lama-2 yang salah akan tinggalkan kamu.
smile emoticon


hidup nak senang?

Aku bangun dan masih bernafas.
Tenggelam memuji rahmat sang Pencipta.

Fikiran terus ligat merangka arah tuju hidup yg produktif.
Alhamdulillah. Moga segala urusan yg aku usahakan, punya nilai di sisiMu.
kau ingat senang nak senang?
Jalan yg kau lalui, kalau tak menitik air mata, tak naik volume suara, itu takde thrill namanya.

hidup ini kau hanya akan sedar ianya bmula saat kau kluar dari comfort zone.
at least usahakan sesuatu untuk UMMAH!
Fikir apa yg kau sumbangkn pd org, jgn fikir apa yg kau akn dpt dari org.

Wake up weh.
Kau sedar tak Islam rindukan kebangkitan org muda cam kita?

Infiruu!!


Thursday, 7 January 2016

aku dan Dia.

Aku tengok jam.
Allah. Nak p keje pkul 8.30 pg. Jam dh pkul 7.30. Aku buat kira-kira.
Kalau ikutkan memang lambatlah aku p keje klu aku buat dhuha. Ah takyah buatlah. Dhuha je pun.
So aku pun siap-siap, yg peliknya dan lg aku tempek moisturizer lah krim la apa sume sdgkn td aku monolog yg klu solat dhuha mmg xsmpt aku p keje on time.
Time tu cewahh mcm hebatlah sbb bjaya manage masa sampai tmpt kje on time disebabkn tak solat dhuha.
Tiba-tiba, pg tu aku down. Aku nk habaq Allah ni Maha Baik, Dia syg hamba Dia maka Dia tegur aku.
kau tahu teguran Dia apa?
Tak lah besar pun tapi teguran kecil tu membekas dlm hati aku sampai hari ni.
aku tak taw Dia gerakkan hati hamba Allah yg mana utk post:
" kau cakap pada Allah kau tak punya masa untukNya. apakah kau lupa Dialah pencipta masa? "
Allahu Allah. Tersentak. Termalu.
Aku cuma hamba. Malunya tak taw nak ckp.
Yg aku ckp aku takde masa nk beribadah kpd Sang Pencipta Masa ? Pemberi nafas utk aku hidup hari ini?
Bila aku pndg blik diri aku, aku lgsg tak ada apa. Semua bblik pd Allah. Yg nk ego dgn Allah sgt utk apa?
....
Aku takde kekuatan utk mengubah org yg smlm jht arini jd baik sdgkn aku pun byk silap. Tp aku ada Dia. Aku ada Allah.
Infiruu!

Wednesday, 23 December 2015

NIKMAT MAJLIS ILMU

NIKMAT MAJLIS ILMU
oleh Majlis Ta'lim Darul Murtadza

"Kasihan sekali berapa ramai kaum muslimin, di saat yang sama, mereka mendengarkan ucapan-ucapan yang tidak berguna yang dia temukan di telivisyen atau internet, antara fulan dan fulan sehingga dia terhalangkan untuk mendengarkan ucapan seperti ini yang kita dapatkan di masjid ini.
Dan dengarlah ucapan Tuhanmu, dan itulah sebaik-baik ucapan. Dan Allah adalah Tuhan segala sesuatu. Bagi setiap orang-orang yang menjawab dan mendekat kepada Allah, bagi mereka adalah al-Husna."

Ukhuwah sampai Syurga~


Saat langkah ini masih merangkak mengejar cintaMu, Kau bimbing dan kurniakan kekuatanMu yg Maha Hebat wahai Rabbul 'Izzati.
.
.

Tika hati ini dilanda resah gelisah, Kau berikan daku ketenangan utk mengusir segenap aura negatif di dalam diri. Sungguh aku mahu miliki sekeping hati yg indah dan menilai setiap apa yg berlaku dgn mata hati yg indah.
.
.

Dan sekeping hati ini ya Allah, hindarilah ia dari sikap mazmumah berburuk sangka sesama makhluk.
Kerana hayatku di dunia tidak lama, dan aku sedar aku punya urusan yg jauh lebih besar dari terperangkap belenggu penyakit hati.
.
.

Terima kasih buat kalian yg pernah datang dan pergi, datang dan singgah sebentar, datang dan terus stay dlm hidup aku.
.
Moga Allah redha dgn ukhuwah ini.
Allahumma Aamiin.

smile emoticon




UJIAN~

Andai kita rasa sering beruntung dan bernasib baik, ketahuilah bahawa ini juga ujian.
Doalah selalu agar Allah celikkan pancaindera kita utk sentiasa bersyukur dan tidak lupa diri.
Sobahul kheyr.

:)


Saturday, 19 December 2015

ALLAH MAHA BAIK!

Baru ni, akak skrol friendlist akak di fb, Alhamdulillah ramai perempuan. :)
smile emoticon

Akak ada remove kawan2 lelaki di fb yg bagi akak, akak tak ada urusan yg memungkinkan akak berurusan dengan mereka at this moment. Biiznillah rasa macam seronok sgt skrol timeline penuh dengan newsfeed wanita2 solehah muttaqin-to-be, yg bagi akak sgt menaikkan semangat akak utk jadi baik dan berhati indah!

Alhamdulillah newsfeed akak penuh dengan nasihat-nasihat yg bermacam2 genre, ada yg berbentuk madah indah, kata kiasan, motivasi dan tak kurang juga kata2 berupa sentapan. Indahnya seni berdakwah ukhti2 sekalian. Seronok sangat :D
grin emoticon
Silap besar kalau cakap akak nak kawan dgn org baik2 je, inshaAllah sahabat yg lain juga akak doa moga ALLAH kurniakan taufiq dan hidayah utk kalian. Seronok sgt kalau kita belajar menyulam cinta Allah sebab ALLAH MAHA BAIK. MAHA PENGASIH. MAHA PENYAYANG. Allahu Maha Elok segala-galanya!!

Psst....!
Nak sentap tak tengahari ni?

**************************************
"Why kau x solat?"
"Hmmm..aku malas lah"
"Ohh..OK.Nanti masuk neraka jangan malas2 tau.Terjun Je! "
hee. 
grin emoticon

Pengasuh Budak :)


Boleh contact number yang tertera :)

Friday, 18 December 2015

NASI AYAM ORANG BUJANG~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..
Akak busy betol minggu ni. Alhamdulillah taklah banyak ngulor..ye dok..keke

aritu, masa khamis lepas, dekat ofis akak ada la buat jamuan kecik2 sempena anak bos akak berkhatan. bhahaha.. org berkhatan, kita yg makan sakan. haha.

kami semua pakat duk masak nasi ayam yg di lead oleh isteri bos, nadea, jiejie and kak hanna. tapi masa tu, akak tak berapa nak sihat jadi akak macam tolong lebih kurang je sbb lepastu akak kena jadi assistant nurse utk dr. 

part tolong dr tu nanti akak ingat, akak cite..hehe.. memang pengalaman yg sgt unik la sbb akak tlg dr khatankan budak kot. memang rasa takut dan ngeri but once dr conduct how to do it,then u rasa macam okay i got the strength!

*********

ohh , sebelum merapu hat pelik2, akak go straight to the point je ea.

Bahan-bahan dan sekali harung dengan cara-caranya :-

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, pelaga, kayu manis guna planta/mentega kat kuali 
lepastu Beras tu sukat ikut keperluan

kalau nak kuning lagi, letakla kunyit atau pewarna kuning
kalau nak bau wangi - letak pandan
air rebusan ayam utk masak nasi

Utk ayam :

kicap manis
sos cili
sos tiram
serbuk perasa
lada sulah
garam secukup rasa
madu - utk lebih manis
gaulkan semua bahan, kemudian masukkan tepung gandum sikit jea.




kami tumbuk dulu bawang merah, bawang putih, halia, kunyit sebelum menumis


hasilkan stok ayam dengan merebus ayam terlebih dahulu. stok tu untuk masak nasi dengan buat sup ayam.




utk sos nasi ayam pulak.

blend lada besar.
kalau nak pedas letak cili padi
cuka/ limau nipis
letak bawang putih sikit takut rasa pelik2 (1 ulas)
gula letak lebih sikit- bagi manis
garam secukup rasa



ini bahan aksesori salad, timun, tomato


tadaaa.. setel :D

Nasi ayam orang bujang!



Thursday, 17 December 2015

KEK COKLAT MOIST LAPIS CHEESE #recipe saved!


Bahan Untuk Kek Coklat :
.
80 gm serbuk koko
140 gm gula kastor
250 gm mentega
200 gm susu segar
120 gm susu pekat
125 gm tepung gandum
40 gm horlicks
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur (gred A)
.
Bahan Untuk Lapisan Cheese :
.
250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur (gred A)
30 gm tepung gandum/superfine
.
Caranya :
Terlebih dahulu panaskan kukusan.
.
Cara untuk kek :
Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula ke dalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Campurkan horlick, kacau serata dan ketepikan.
Pukul telur sehingga berbuih (tidak perlu sampai kembang). Masukkan kedalam sebatian coklat tadi dan dikacau rata.
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam tepung sambil dikaupbalik dengan spatula hingga adunan rata dan sebati. Ketepikan.
.
Cara untuk cheese :
Mula-mula cairkan coklat putih secara double boil, ketepikan.
Pukul cheese hingga lembut dan kembang.
Masuk telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Masuk pula tepung, dipukul rata. 
Dan akhirnya, masukkan coklat putih tadi, pukul sehinga gebu. 
Bahaikan kepada 2 bahagian.
.
Cara Melapis :
Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. 
Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
.
Setelah masak biarkan sejuk. Keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache. Penggunaan coklat ganache hanya sebagai pilihan kerana kek ini juga sedap dinikmati begitu saja.

gambar download je. ihiks :D

Mee Hailam #recipe saved!


Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )
.
✔1/2 kg. mee kuning
✔1/4 kg daging ayam dan daging lembu
✔10 ekor udang (sedang)
✔3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
✔3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
✔1 sudu besar cilibo
✔1 ikat sawi hijau
✔1 potong kobis
✔1/2 batang lobak merah
✔1 bungkus 'baby corn'
✔2 tangkai daun sup dan daun bawang
✔2 biji limau nipis
✔Sos cili dan sos tomato Kicap
✔1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
.
Cara-cara
.
✔✔Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
.
✔✔Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
.
✔✔Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.



Meatball Malaysia

tergelak sendiri. meatball malaysia aka cekodok meatball. haha. kemain nak makan dengan spageti tapi jd lain pulak, tapi sedap jgk. not bad, seriously. ok, kalau nak twu buat macam mana, follow turutan gambar :D

tumis bawang besar yg dipotong dadu dengan planta sampai keperangan. lepastu asingkan.


at the same time, ambik minced meat. akak beli saudi gold punya dan yg penting HALAL ya.
inilah minced meatnya. cuci dulu bagi bersih sebab ada darah sikit.

lepastu gaul dgn garam, gula, lada putih, serbuk perasa secukupnya dan telur sebiji (adjust ikut rasa masing2)



ok jadi macam ni. jgn lupa letak balik bawang yg kita ketepikan tu dlm besen yg sama. planta tu letak biasa2 je sbb takut jd cair.

sebabkan akak punya adunan tu cair, akak pun adjust sendiri letak tepung. haha. utk senang bentuk.


dah jadi macam ni, test pulak, senang bentuk tak, kalau tak ok, tambah tepung lagi. hee. tapi jgn banyak nanti rasa tepung semata2.


then, ambik pinggan lain isi tepung gandum lepastu bentukkan dan golek kat tepung supaya tak melekat2.


goreng garing2. :D


dan tadaaa.. inilah rupanya.


ini regunya. cekodok meatball dan spageti :)
Alhamdulillah.

Siru 'ala barakatillah.

Spagetti meal for lunch :D

Assalamualaikum wbt.

Cerita semalam, punya lah pening nak masak apa, kak hanna ckp yg penting nak special, ok hari tu kita pun buat spageti..hee
kami celur spageti tu macam biasa. tunggu air mendidih. jie cakap tambah minyak sikit utk efek berkilat dan tak melekat-lekat. mak ndak akak punya style pulak, letak garam dgn air je. ok ikut jela kan. yg penting tak kembang macam mee. hee




utk kuah pulak, first sekali tumis lah segala bawang merah, bawang putih lepastu bila dah naik bau, masukkan 1 tin prego dulu. kalau nak pekat2 letaklah banyak lagi. lepastu masukkanlah pes tomato, carrot, masak minced chicken, letak tomato utk masam lagi, kalau nak warna cantik sikit, letaklah lada benggala warna warni, cili padi kalau nak pedas sikit n kalau nak naik bau letak daun ketumbar sikit. hehe.. masak pekat2. kalau nak cair tambah air sikit lepastu flavour kan dgn garam, gula n serbuk secukup rasa. pokok pangkalnya nak buat kuah spageti ni, campak je apa2 yg penting rasa asli masam kuah tu tak hilang. :D


taraaaa.. dah siap spageti org bujang for lunch! siap ada cekodok meatball lagi. teehee.. yg meatball tu ada resepinya tapi akak buat adjust sendiri la..inshaAllah nanti akak kongsikan dlm entry lain ye.

wassalam.


Bercinta..?


oleh : Ruqayyah Farhani
"Bercinta, semuanya indah. Tapi indahnya kehidupan berkahwin tak pernah sama dengan apa yang selalu kita bayangkan ketika zaman bujang. Tak pernah sama dengan apa yang kita teka, rasa, pandang selagi belum rasa kehidupan setelah berkahwin.
Seringkali manusia keliru dalam fantasi hidup berpasangan. Antara cinta dan hawa nafsu. Tenang dan sensasi. Cemburu buta dan menjaga hubungan. Katanya cinta sejati, tapi berselang geli-geli dalam sembang ketawa. Rasa tenang bila melihat wajah, bersentuh tangan dan kulit, rupanya sensasi nafsu yang menular menjalar hingga ke tekak. Bukan salah mereka. Lihat saja ke dunia media kita, persekitaran keluarga, masyarakat, dan pengaruh budaya luar menyebabkan getaran hati untuk mencuba sesuatu yang baru semakin kuat. Ditambah pula dengan teknologi dan kemudahan yang ada menyebabkan satu-satunya penghalang adalah keinginan, hanya pilihan mahu atau tidak. Siapa pun mampu terjun dalam dunia maksiat tak kira masa dan tempat. Apa lagi jika belasan tahun dibesarkan dalam keluarga yang mengambil mudah isu pergaulan.
Ada juga yang serius dalam percintaan. Merancang dan berbincang disusuli tindakan, mengumpul duit, perbaiki kehidupan, menghalakan arah tuju perjalanan usia. Namun, jalan menuju perkahwinan pula seringkali diganggu angan-angan kosong, tipu daya syaitan, dan nafsu. Ditambah pula rasa sensitif, risau, cepat marah, cemburu. Pelbagai usaha syaiton mengganggu niat yang baik. Sabar, doa, rancang, dan teruskan apa yang terbaik.
Bila selesai berkahwin, destinasi yang dikejar adalah bahagia. Ramai yang sangka hala tuju kehidupan setelah berkahwin adalah bahagia. Seringkali aku dinasihatkan oleh pasangan veteran, "bahagia tu bukan destinasi. Tapi perjalanan". Sesuatu yang diusahakan atau pelaksanaan dan tindakan yang berterusan. Usaha dan tindakan inilah yang dikatakan bahagia. Tanda merasa adanya kebahagiaan adalah mengikut rasa ketika kita memberi. Memberi dan terus memberi. Bukan pada indahnya menerima."
Dapatkan buku ‪#‎MaryamAnakSyurga‬ untuk coretan, catatan, perkongsian santai dengan lebih lanjut di kedai-kedai berhampiran anda.


Wahai WANITA..

Wahai wanita bakal bidadari bidadari syurga,
Kamu adalah wanita.
Kamu boleh jadi sebaik-baik wanita
Dan kamu juga adalah fitnah.
.

Apa yang membuatkan kau mendedahkan aurat?
Apakah dengan cara itu kecantikan kau lebih terserlah?

Tapi dengan cara mendedahkan aurat ? 
Allahu ruginya.

Sayang, Tidak kiralah di alam maya / realiti, dosa tetap dosa bila aurat kamu dedahkan.
.
Setiap inci lekuk tubuh mu mampu menggoyahkan iman lelaki.
.
Sayang.
Pandangan mata lelaki ni lain.
Luar biasa.
Ada yang pakai terdedah sana sini.
Tak cukup dengan tu.
Calour rambut warna warni.
.
Ada yang dah molek.
Semua dah tutup.
Tapi sayang tudung pulak atas dada.
.
Belum masuk lagi mereka yang bertudung di luar tapi bf mintak gambar free hair laju je kamu bagi.
.
Sayang, bukan itu yang Rasulullah ajarkan.
Bukan itu yang Allah perintahkan.
.
Sahabat. Aku tahu aku pun bukanlah baik sangat.
Aku juga pernah jahil. Pernah leka. Maka dari itu, aku tak mahu kau berasa menyesal dengan dirimu kerana ingin sekali aku tegur pemakaian mu tapi aku takut ia menjejaskan persahabatan kita.
.
Dan dengan cara inilah aku menegurmu. Kerana aku takut ketika di akhirat kelak, aku dipersoal oleh Allah kerana tidak menegurmu. Sedangkan ketika di dunia kita banyak habiskan masa bersama2.
.
Sahabat,
Pakailah ikut syariat islam.
Baru kamu dipandang tinggi,
dan dihormati oleh lelaki.

jika bukan kerana lelaki pun, kenanglah ayahmu sayang..berat bahu kirinya menanggung dosa yang kau cambahkan.
Maaf sahabat, jika ianya menyinggung perasaan mu. 
Aku mahu sangat agar kita dapat bersama-sama ke syurga Allah yg Maha Indah.

:')