Pages

Friday, 15 May 2015

Return to him. Hunt HIS Jannah!

ASSALAMUALAIKUM semuanya..

Pelbagai isu menerpa ruang minda kita sejak akhir-akhir ini. Yang meruntun jiwa, menyesakkan akal semua bercampur baur. Dalam pertimbangan akal yang waras, kita patut muhasabah semula rentetan kronologi peristiwa yang telah mencoret kenangan dalam laman kalendar 2015 yg semakin menghร mpiri pertengahan tahun ini.
Yang diatas sana memberi kita wake up call. Pelbagai cara telah Dia tunjukkan,melalui peristiwa,kalamullah..

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
nah, ayat ini jelas sahabatku.. kita ikut teladan nabi Muhammad, inshaAllah bumi ini akan aman.
mengapa diikut nafsu serakah yang menjerumuskan kau ke neraka jahannam? Allahurabbi. luluh hati ini :'(

memang betul kita tak boleh force orang untuk berubah sebab hidayah milik Allah. 
Kita sekarang ni bertindak menjadi perantara ilmu Allah. Mana tahu lama-lama hati dia terbuka untuk menerima sepenuhnya. 
sebab bila fikir balik, bukan senang nak tinggalkan benda yang dah jadi darah daging. Confirm ada sikap ego dalam hati kita bila orang condemn apa yang selama ni kita buat is wrong tapi cuba refleks semula, orang tegur sebab dia sayang kita,Dia lagi sayang kita.. What happen in the past just let it go sbb Allah menilai siapa kita yang sekarang bkn yang dulu.. Malah, Allah syg hambaNya yang kuat beribadah tetapi Allah la...gi..syg hambaNya yang kuat bertaubat..

 Yang mana baik kita ambil, yang mana buruk kita tinggalkan. Muhasabah diri kita balik. Apa yang kita lakukan ini membawa kita ke syurga atau ke neraka?
Tepuk dada tanya iman.


kawan2 yg aku nak ajak sama2 masuk syurga,
cuba renungkan ayat ini, 
Bila kita mengejar Allah, akan datangkan dunia dan akhirat kepada kita. 
Bila kita mengejar dunia, akhirat ke mana, dunia pun belum tentu kita punya.

aku tak tipu korang.. apa2 yg kita buat, back to ALLAH.

tengokla apa yg dah jadi dekat bumi kita sekarang ni. pelbagai krisis. Astaghfirullah. 
ALLAH dah sebut dalam kalamNYA

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)
:'(

kawan2ku, sedarkah yang kita ni sedang menzalimi diri kita? .

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
(Surah Al- Araf [7] : 23 )

aku nak korang sedar yang kita ni dalam kerugian. rugi sgt. masa muda kita ni apa yang kita dah sumbangkan utk agama kita? bangsa kita? 

Wal Asr. Innal insa nalafi husr. Illallazi na amanu wa 'amilussolihat. watawa sau bil haq. watawa sau bil sabr.

pilu benar hati ketika menghayati mafhum kalamullah ini. benar2 tertusuk dalam lubuk hati yg paling dalam. aduh!

Allah tidak pernah berlaku zalim terhadap manusia, sebaliknya manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri. Maka, janganlah kita semua berputus asa dengan Rahmat Allah, kerana Allah maha pengampun lagi maha penyayang .. serta Maha penerima taubat hamba-hambanya, walaupun dosa hambanya seluas lautan atau setinggi gunung. Percayalah akan janjiNya dan kembali lah padaNya.
Pesan Nabi Muhammad “selangkah kita menuju Allah, maka sepuluh langkah Allah menerima (menyambutnya), dan jika kita berjalan menuju Allah, maka Allah berlari (lebih cepat) menerima kedatangan kita untuk dekat kepadaNya.

aku pun bukan tak buat dosa, sebab aku juga manusia biasa. kita semua sama. yang membezakan kita cuma amal dan taqwa. aku ibaratkan kita seperti BOTOL.
Botol... ๐Ÿถ๐Ÿถ
1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...๐Ÿ’ฐ
2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ
3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ
4. Kalau diisi minyak wangi odd harganya RM1000.
๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.
Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...
Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

mari kita bertaubat kawan2 ku, semarakkan kembali kecintaan kita kepada kalamnya, sunnah2 kekasihnya..
Al-Qur'an itu seperti seorang sahabat. Semakin lama kita bergaul dengannya, maka dia akan menampakkan rahsia2nya kepada kita. Seseorang tidak akan sudi membuka tabir rahsia dirinya kepada orang yang hanya bergaul dengannya hanya seketika lalu pergi meninggalkannya. Berapa minit kita bergaul dengan al-Qur'an dalam sehari semalam?

bila kau rasa nak berubah, kuatkan hati kau. pedulikan apa orang nak kata
Amalkanlah sunnah ini:
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiada seseorang hambapun yang menutupi cela seseorang hamba yang lainnya di dunia, melainkan ia akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)
Dan sudah tentu apabila Allah menutupnya di akhirat, pasti juga Allah menutupnya di dunia...... -Muharikah

mari kita bertaubat kawan2 ku..

sebab aku percaya,
Tak mustahil.
Dulu baju ketat.
Kini baju muslimah.
Dulu freehair.
Kini bertudung labuh.
Semua orang layak berubah. -Muharikah

dan..
aku seru juga buat kita semua 
" Jadilah kita umat yang ada risalah. Ada agenda. Supaya tak mudah diagendakan pihak lain. Merdekakan diri kita daripada terpengaruh dengan hasad kebencian supaya subur dalam diri rasa kasih sayang! " -Tarbiah Sentap
Return to HIM.
Mentaliti orang Islam (orang yang berTuhan) apabila dilanda kesusahan adalah membelakangkan logik akal dan mendahulukan Tuhannya kerana yang tidak logik belum tentu mustahil dan tidak wujud.
Kembalilah kepada Tuhanmu.
seperti kisah Nabi Musa yang diwahyukan ALLAH untuk menggunakan tongkatnya membelah lautan dan menyelamatkan diri serta kaumnya dari Firaun dan bala tenteranya.
-Habib Ali.

Akhir kata,

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :
'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Wassalam. 
Aku tak layak masuk syurgaMu. Tapi aku tak berdaya ke nerakaMu...
Terimalah taubat hamba2Mu...



AN NAKBAH- malapetaka besar ke atas bumi barakah



Perkongsian dari PACE (Palestin Centre of Excelence)

HARI INI DALAM SEJARAH | 15 MEI 1948 | AN-NAKBAH : MALAPETAKA BESAR

“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.”
Jeremy Bowen, Six Days

Mimpi indah Zionis akhirnya terlaksana pada 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan penubuhan negara Yahudi di bumi barakah Palestin. Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk Yahudi’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun* ia berada di bawah naungan kerajaan Khalifah Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang pernah direkodkan di Palestin.

Walau bagaimanapun, mimpi indah ini tidak mungkin terlaksana tanpa operasi penghapusan etnik (ethnic cleansing) dan pembunuhan beramai-ramai (massacre)* rakyat awam Palestin oleh tentera gerila Zionis – Haganah, Irgun, Stern Gang (Lehi) dan Palmach. Dianggarkan lebih 700,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian perang dek keganasan Zionis Israel ini. Kini populasi pelarian Palestin di kem-kem pelarian dan diseluruh pelusuk dunia telah mencecah 7 juta orang!

Jumlah sebenar korban an-Nakbah tidak dapat dipastikan*.
Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin. Penderitaan ini setaraf – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia dek tamparan anti-semitisme di Eropah dan holokos* semasa Perang Dunia Kedua. Justeru, bagi memperingatinya rakyat Palestin mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari malapetaka.

Hari ini dunia sibuk memperkatakan tentang keperluan mengakhiri konflik Israel-Palestin. Malangnya pemimpin dunia dilihat tunduk kepada tuntutan Zionis supaya rakyat Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel sebagai salah satu daripada syarat perdamaian sedang dalam waktu yang sama tidak ramai yang sedia mengiktiraf jenayah an-Nakbah yang dilakukan oleh Zionis Israel. Perbincangan tentang an-Nakbah dilihat sebagai ancaman kepada inisiatif damai.

Malah, mereka yang membangkitkannya dituduh anti-semitik walhal hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas An-Nakbah. An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan menuntut kita semua mengiktiraf jenayah yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka benar-benar dapat dibela. An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh. Hutang an-Nakbah perlu dilangsaikan sebelum sebarang usaha damai akan mendapat sokongan penuh rakyat Palestin. Jika tidak usaha damai akan hanya tinggal omong kosong politikus populis.

* Baitul Makdis dan beberapa kota utama di Palestin berada di bawah pemerintahan Kristian selama 88 tahun (1099-1187) sebelum diambil semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
* Rekod menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Palestin telah dilakukan oleh tentera Zionis.
* Rekod menunjukkan ‘massacre’ terbesar dilaporkan berlaku di Masjid Dahmash yang mengorbankan 426 rakyat Palestin (lelaki, wanita dan kanak-kanak). Yang terkecil berlaku di perkampungan Yehiday dengan 7 kematian.
* Mutakhir ini timbul banyak dakwaan bahawa holokos adalah peristiwa yang sengaja dibesar-besarkan bagi membina simpati dunia ke atas Yahudi dan mendapatkan sokongan ke atas projek pembinaan negara Yahudi di Palestin. Malah, wujud dakwaan berlaku konspirasi antara tentera Zionis dan Nazi untuk mencipta holokos sungguhpun masyarakat Yahudi terpaksa membayarnya dengan nyawa warga bangsa mereka sendiri untuk menjayakannya.
[KJ]

FAKTA NOMBOR AN-NAKBAH
78% tanah Palestin dirampas
750,000 penduduk Palestin menjadi pelarian perang
34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan termasuk Deir Yassin, Naser al-Din, Beit Daras, Masjid Dahmash dan Dawayma
426 terkorban dalam ‘massacre’ terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee.
530 (91%) perkampungan Arab dimusnahkan
96,500 tentera Zionis menentang 25,000 tentera Arab
20 bulan pertempuran antara tentera Zionis dan tentera Arab (Perang Arab-Israel 1948)

Jom jadi ISTERI SOLEHAH!

assalamualaikum.. (tak jawab dosa, kalau jawab bagus. :P )

kau mesti ada rasa annoyying bila membe xde benda lain nak up stories. asyik2 kahwin. asyik2 cinta selepas bernikah. kau percayalah, umur baya2 kita ni memang normal keje nak cerita benda cmni. hadap jela. even aku ni pun slh seorang penceritanya.
mau x nya, kau scroll up and down la media social, penuh gambar engagement, gambar solemnization.. merenyam la nk nikah sama.. 

tapi, kau kena sedar, nikah ni bukan setakat penyatuan dua hati tapi satu tanggungjawab. tanggungjawab yang berat.

awal pernikahan kau rasa cm everything sweet. tapi once the journey started kau akan rasa mcm2 pengalaman. wahaha..aku dah mula make up stories cm aku dh nikah whoa.. blablabla..

nak kahwin, nak jadi isteri, nak jadi ibu..kau sebagai wanita, kena ada ilmu. kena tahu jgkla how to handle.. nak harap laki ko semua, memang tak termampu la dy nk handle sengsorang.

 kita ni dh adult, dh umo 22 dh pun..should learn about how to handle marriage, nk bentuk baitul muslim yang diredhai Allah..benda tu xsalah pun kalau kita nak fikir. dari sekarang dh patut prepare sbb jodoh tu datang entah bila. 

ladies, kau nak tahu x, nak jadi isteri solehah ni senang je.. 
cuba baca ni :


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


serius aku rasa beruntung sangat jadi wanita. hebat Islam jaga wanita. 
kau nak masuk syurga kan? 
aku pun nak masuk sama..

jom kita masuk sama2. kita strive ila mardhatillah. kita jihad fi sabilillah.
aku jaga kau. kau jaga aku.
aku tegur kau. kau tegur aku. k?




Nak cantik? tak salah. tapi....

dari FB dakwah remaja :

“Dik, kamu harus pakai tudung.
Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang.. “

MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa
keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan.
Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang
mudah. Mereka sering
dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal
menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh
kecantikan muslimah itu.

Cantik Muslimah pada zaman
moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik.
Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman
yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai
jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang.

Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil
untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.
Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering
mendapat godaaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall.

Tapi apakah itu semua adalah salah mereka?
Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka
kerana mempunyai wajah yang memikat ?
Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada
Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik
mungkin. Mereka lahir dengan
fizikal yang lebih baik dari yang lain. Itu adalah sebuah nikmat bagi mereka. Sebuah
kurnia Allah SWT untuk hambaNya, mungkin juga untuk menguji keimanan dan
ketakwaannya.

Maka jangan salahkan mereka apabila mereka cantik .
Yang harus dipersalahkan adalah orang-orang yang
masih nekad menggodanya , yang tidak terkawal keimanannya, yang tertewas dengan kecantikan yang
dikurniakan Allah SWT terhadap seorang muslimah.
Bagaimana pula bagi mereka
yang tidak cantik?

Sementara itu, disebalik dugaan yang melingkari muslimah- muslimah yang cantik , mereka yang tidak
cukup menawan wajahnya pula kadangkala terjebak
dengan perasaan rendah diri yang teruk. Mereka berasa malu untuk bermasyarakat
dan terlibat dengan aktiviti sosial. Selalu merasakan diri
banyak kekurangan.
Diri terasa amat tidak sempurna dan membataskan diri untuk tampil dengan
penuh keyakinan. Kurang cantik, kurang manis, kurang menarik dan kurang segalanya
berbanding orang lain
sehingga diri terasa begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya.

Perasaan seperti ini akan membenamkan jiwa kita lebih dalam ke dasar rasa rendah
diri yang berlebihan.
Inilah antara perasaan yang tidak harus hadir dalam hati kita.
Inilah perasaan yang
seharusnya kita lupuskan daripada hati kita. Kita tidak perlu merasa iri hati terhadap orang lain.
Setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh
Allah SWT, dan setiap kurniaan itu mempunyai hikmahnya tersendiri yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal
kita.
Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang relatif bundar.
Kenapa kita diberi mata yang bundar, kerana itu lebih sesuai
dengan wajah kita yang berbentuk bulat.
Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam .
“Sesungguhnya Allah SWT
tidak melihat rupa
fizikal kalian akan tetapi Allah
SWT melihat hati dan kalian” [HR
Muslim]
Allah SWT tidak akan melihat halusnya kulit kita, tetapi melihat kedaman iman kita.
Allah SWT juga tidak akan melihat seberapa licinnya dahi kita, tetapi melihat kepada
seteguh mana iltizam kita memperbaiki segala amaln agar ia lebih sempurna.
Allah SWT juga tidak melihat kepada betapa hebatnya lentur tubuh kita, sebaliknya tebal
ketakwaan yang lebih diperhatikan Allah dalam menilai dan memberikan kedudukan kepada setiap hambaNya.. smile emoticon
‪#‎Qalbi_biar_Qowiyy_Lillahi_Taala‬๐Ÿ’ช
๐Ÿ’—ุขู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…


Tangan yang Memberi LEBIH BAIK dari Tangan yang Menerima

Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata, 

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sungguh, jika salah seorang di antara kalian berangkat pagi untuk mencari kayu yang ia panggul di atas punggungnya, lalu ia menyedekahkannya dan tidak memerlukan pemberian manusia, maka itu adalah lebih baik daripada ia meminta kepada seseorang, baik orang lain itu memberinya ataupun tidak. Karena, tangan yang di atas (yang memberi) lebih utama dari tangan yang di bawah (yang menerima). Dan mulailah dengan orang yang engkau tanggung." (Shahih Muslim No. 1727).



Why we shouldn't sleep after SUBUH? Reminder to us..

Assalamualaikum..

habit tidur lepas subuh ni memang kebanyakkan ada dalam insan, xsemua tpi majoriti. aku pun xterkecuali.
yela, mana x nya aktiviti malam yang memenatkan, memerlukan bersengkang mata and to expect nk tahan lpas solat subuh mmg bkn kerja yg mudah,,bayangkan tidur saja time subuh, nak tahan sampai matahari terbit. perghhh..

so, kat sini, aku nk share pasal tidur selepas subuh bagi pandangan orang soleh. Aku harap korang get the point sama sebab aku mmg tersentap2 time baca ni. :)
Sumber : Forward dari FB
Sedikit perkongsian.
Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.
Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati"ada byk mazhab ke dia ni?".
"Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku"
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz".
Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap."kenapa ustaz?"
dia menjawab,orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah.Dia berlagak depan Allah!.Dia menolak pemberian Allah!.Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.Jadi ape yg ada pada fikiran kau?
Mesti kau akan kata"dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".Aku tersentak.
Dia berkata lagi"org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang mcmni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.
Sesungguhnya manusia itu jahil.Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni.Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak.Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi"orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan.Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!
Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...
"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang.Kau siapa? Nak ubah sunnatullah!
"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah.Orang yg dekat dengan Allah.Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu.Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.
Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah.Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah.Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur.Kita ni miskin, miskin amalan.Janganlah kita sombong depan Allah.
Nabi dah kata:
ุงุญูุธ ุงู„ู„ู‡،ูŠุญูุธูƒ
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.
Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain.Prihatin antara satu sama lain.
Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su'zon.
Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.
Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu.
Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.
Sedikit perkongsian. Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh..
Astaghfirullahh...


cause we are young!

dipetik dari e-novel : because we are young

kata-kata yang menarik ingin aku kongsikan adalah..

“Agama ini diibaratkan umpama oksigen. Jika manusia memilih untuk tidak menyedutnya, maka
kesannya sudah maklum iaitu kematian. 
Begitulah kehidupan ini. 
Sehebat manapun seseorang itu, satu masa nanti dia akan kembali bertemu Tuhannya. Kekayaan, pangkat, anak-pinak, kaum kerabat, aset berjuta-juta, bahkan segala sumbangannya, semua itu tidak ada nilai selepas nafas yang terakhir. Yang bernilai cuma satu- iaitu ketaatan. Inilah bekal dan inilah juga kit kecemasan yang satu-satunya harapan kita nanti.”

biiznillah,
:'(


HIJRAHKAH AKU?

Assalamualaikum :)

berhabuk blog ini, sudah lama tidak diupdate.
MashaALLAH apa khabar semuanya? moga kalian selalu diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh ALLAH agar dapat terus beribadah kepadaNya,

sekitar mengimbau kehidupan yang tidak seberapa ini, tidak banyak yang berlaku. life still go on macam biasa. tetapi yang menariknya, kehidupan yang sekarang ini jauh lebih tenang malah mendamaikan. ALHAMDULILLAH.

menyentuh title entry blog aku kali ini iaitu HIJRAHKAH AKU?
pasti menimbulkn tanda tanya, mengapa hijrah?

ALLAHU. hijrah ini menuntut pengorbanan yang bukan kecil kawan. cukup besar bahkan perit sangat.
mau taknya, benda first sekali aku buat bila saya rasa its time for me to change adalah padam folder Runningman..huuuu.. waktu nk tekan enter pada ayat permanently delete this folder rasa macam oh hilanglah bahan hiburan aku.. tapi sebabkan dah nekad, aku padam jugak. no turning back dalila. NO!

aku belajar banyak benda dalam nak mengislahkan diri ni. islah tu maksud dia nk turn to be a better person.
first thing is rendahkan ego aku. bayangkan aku ni mana jenis yang nak kalah kalau berhujah, but i have to turn to become a person yg jgn ske judgemental, jgn suka pandang rendah kat org..
susah. serius. berperang2 dalam hati. tapi aku tetap nak mencuba,
takdelah nak kata sekarang ni dh perfect tpi still trying,

satu benda bila aku rasa futur, aku cepat2 tenung Quran yg biasa aku letak sebelah aku. dulu mana nk pndang mushaf tu. buka pun ikut suka je tapi skrg rasa lain bila x buka. rasa macam aku nk tgok juga isi nye. bayangkan kalau ABC, meronta2 nk buka (amboi hiperbola ) tapi tahankan juga. mujur ada ayat2 terjemahan. fokusnya bkn nk kata weh bajet baik kot minah ni. no, its not like that,
the point is bila kau kejar jalan ALLAH, ALLAH kejar kau lebih laju lagi,

kadang aku memang lemah. nak bermujahadah dengan benda yang dulunya pernah jadi darah daging aku bkn mudah. ikhtilat paling mencabar. serious talk. berapa ramai membe2 aku yg hebat dalam beragama, talking about deen bla bla bla termasuk aku tapi bila ikhtilat, hmmm,,. ikhtilat ni ada baiknya tpi byk lagi buruk dari baik.

sayiditina fatimah ckp, wanita yang baik adalah tidak memandang dan tidak memandang. tapi aku, kau dan yg lain?
kita ni memang umat akhir zaman, byk fitnah, iman pun senipis kulit bawang,
belum tanya kondisi iman lagi. confirm kalau boleh nampak graf amalan tu, garisan turun naik turun naik sokmo. nak cari yg konsisten bkn mudah,

hijrahku aku? dari zahiriah, Alhamdulillah ya tetapi bagaimana pula dengan qalbu?
part qalbu paling banyak buat aku sentap.

aku terpaksa mengubah mentaliti2 karut yg aku pegang selama ni. perghh..
bayangkan kena tajdid niat berkali2. Lillahi Taala. Lillahi Taala. sebab kadang tersasar. ALLAH. lemahnya hati insan ini,

NIAT itu adalah azam di dalam hati bukannya mengatur ayat di dalam kepala. ayat ni aku dpt dri DR MAZA. terngiang-ngiang kata2 ni dalam benak fikiran aku. aku xboleh lupa ayat ni.
kau bayangkan amalan yg baik tu datang dari qalbu yang baik, saluran ilmu yg betul..
kalau qalbu kau tak baik, niat nk tunjuk2 kat orang bajet kau alim then ko dpt nothing, takdak apa..

jadi fikir semula, hijrahkah aku?
hayati semula ma makna hijrah. hijrahkah kau kalau kau tidak mampu bermujahadah dengan nafsu kau? hijrah itu perlu roh. perlukan penghayatan. bukan sekadar, k aku pkai tudung labuh ni, means that aku dah berhijrah, takkan xnmpk? hmm..tajdid niat, ALLAH, ALLAH. ALLAH.

inshaALLAH ada masa aku kn menulis lagi. doakan aku supaya istiqamah ya!

till the next post, inshaAllah.

Wassalam :)





Wednesday, 18 March 2015

perkongsian #helizahelmi

Sirah utk hari ini..
Utk iktibar diri sendiri..


Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Ab/ basiyah Iraq
Sultan Murad terasa pd satu mlm, perasaan tidak senang hati. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan ketua pasukan pengawal round masyarakat bandar Baghdad.
Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota, mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya.

Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!! Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!
Sultan Murad pun berteriak..
"Hey apa nie..? Mengapa kamu semua tak pedulikan si mayat ni..? Mana keluarga atau rumahnya? "
Kemudian ada seorg menjawab. "Si mayat ni org ZANDIQ (fasiq, jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!"
Tegur Sultan Murad, "Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW? Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !"


Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si mayat & balik.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawalnya.
Si isteri semasa menangis, berdoa. "Ya Allah, kasihani lah Wali Allah. Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SALIHIN"

Sultan Murad pun tegur si isteri. "Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayatnya?"

Jawab si isteri. "Saya sudah sangka akn brlaku begitu. Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin arak dan kemudian membawanya balik ke rumah. Kemudian dia menuang ke dlm tandas rumah kami! Dia berdoa. "Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam"

Dan dia pergi kpd wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm ni! Balik ke rmh, dia akan bersyukur, Alhamdulillah kpd Allah yg beri taufiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm ni"
Tetapi malangnya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran.Jadi mereka sangka dia buat jahat!

Kata isterinya, saya dah kata kpdnya. "Jikalau awak mati, tak akan ada sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu!"
Tetapi dia gelak & jawab balik.
"Jangan takut! Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama & wali-wali Allah!"

Maka menangislah Sultan Murad. Beliau berkata,
"Benarlah kata si arwah.
Aku ialah Sultan Murad!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikannya"

Jadi pada keesokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara.Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya.
Maha Suci ALLAH !!!

Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain.Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya akan brtambah taqwa kpd ALLAH..

Ya Allah! kurniakan kami sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...
jgn buruk sangka dgn org lain
anggaplah diri kita lagi hina dri org lain.

:)

Tuesday, 2 December 2014

Pandangan ustaz-ustaz tentang SOLAT


1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.


Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI.

Mujahid dan Mujahidah yang telah gugur di jalan Allah

MASIH ADAKAH ANAK-ANAK MUDA SEPERTI MEREKA INI LAGI..JIKA ADA..ALHAMDULILLAH....

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi.
#perkongsiandariFB



Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.
~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal



~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA.
Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu.
Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.


16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir.


20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.


*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.

Monday, 1 December 2014

Didiklah Isteri dengan cara Rasulullah SAW

                                            Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W



Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.

Firman Allah SWT:

“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.


Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:

“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.



Sumber: http://www.one-ummah.net/