Pages

Friday, 4 December 2015

IKHTILAT

Assalamualaikum wbt muslimin wal mukminat yg dicintai ALLAH, sang Pencipta yg Maha Agung :)

Alhamdulillah bertarung membersihkan ofis baru lepas balik meeting kat TPM biotech area bukit Jalil.
 boleh tahan jugakla penatnya dari 2.30-6.00 petang. padahal kami duk cuci mezzanine floor ja.. biasalah org perempuan, kederat takat mana ja.. mana nak menyapu, nak lap kabinet, lap tingkap, mop pulak kan..hee
nak2 masa tu kami cuma bertiga je..fuhh jenuh jugak akak menyapu. sapu bilik stor production, surau, bilik meeting semua. yg kak hanna dgn jijie duk mengelap segala kabinet dengan tingkap.
terbersin2 akak. sah ni sah, akak bakal seme-seme *selsema :P

nak dekat 5.30 petang tu boss panggil la 2 org lagi kat ofis lama utk tolong kami kat sini. Alhamdulillah settle jgk :D

lepastu, bos belanja makan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :D
Almaklumlah dahla cuaca sendu, perut memang bergendang lapar bukan main.  
semoga Allah murahkan rezeki bos sekeluaga, Aamiin.


ok.. arini terlanjur akak ada baca artikel pasal IKHTILAT, so akak nak kongsikan pada korang tentang ikhtilat.
*explanation pada gambar*


dulu, memang akak tak amek twu pasal ikhtilat. perkataan dia pun akak tak pernah dengar dek. tapi, lepas akak berhijrah *patuh aurat syarie*, akak baru tahu tentang APA ITU IKHTILAT.
pergaulan lelaki dan wanita ni subjektif. dulu bagi akak, selama mana kita boleh jaga diri antara satu sama lain, maka settle la kan. no problem. oh yes memang la bagi kita, xde hal lah, bukan dosa pun. tapi silap. silap besar dek. cuainya kita ni kan? 
sekularnya pemikiran. kita telah mengasingkan agama dalam urusan kehidupan sedangkan ISLAM IS THE WAY OF LIFE.



tapi dalam Islam ni bukanlah nak membebankan kita. maka ada pengecualian dalam mengharuskan ikhtilat.

Pengecualian (untuk hukum asal)

Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat
Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

sumber : http://rajulunmultazim.blogspot.my/2011/10/fahami-apa-itu-ikhtilat.html




PERKARA YANG DILARANG DALAM IKHTILAT

  • Pandangan yang berlebihan 
Dalam surah An-Nuur , ayat 30-31 : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka . Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan . (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka .... " 
  • Bersentuhan 
Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang , Sabda Rasulullah SAW , “ Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi itu adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki / perempuan yang tidak halal untuk kamu . ”
  • Khalwat 
Berdua-duaan adalah haram dan dilarang bagi seorang lelaki dan perempuan di tempat sunyi melainkan bersama mahram . Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam / maksiat .
  • Bercakap lembut 
Suara / percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga , percakapan yang tidak perlu , berbunga dan bermanja perlu dielakkan . Perbualan yang ringkas padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
  • Tidak Menutup Aurat 
Ketika berikhtilat , lelaki dan perempuan haruslah menjaga aurat masing-masing . Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan manakala aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut .

**************************

sebenarnya ikhtilat ni boleh sangat kita nak jaga. betul tak tipu.
kita kena pilih sahabat kita.
sebab apa?
bukan sebab nak menyombong ke apa ke. bukan..

sebab....
sahabat yg baik, dapat memimpin kita ke arah yg baik. InshaAllah.
baik? definisi nya luas. 
:)

ikhtilat ni akan jadi masalah bila seseorang itu ber couple atau telah menzahirkan perasaannya pada pasangan ajnabi.

nak elak? cukup cukup susah.

kita cakap kita tak sentuh2, tak loving2. tapi kita sebenarnya SANGAT HAMPIR dengan zina. sungguh sgt hampir. Allahurabbi.

"eh, kami mana ada buat benda tak baik, tak duduk rapat2, call2 and msg2 pun nk bincg psl agama. takde syg2"

tu jaminan ke?

antara lelaki dan perempuan ajnabi tetap ada org ketiga yg akan menghasut untuk buat kita terlalai dari panduan agama.





so, kepada yg dilamun cinta, ini ada kata2 penguat untuk anda mengejar cinta yg penuh syariat. InshaALLAH.
:D

Kuatlah demi AGAMA!
Jangan bertuhankan NAFSU.




khususnya wanita~

bertegaslah dengan lelaki ajnabi. Mereka bukanlah wajib kau patuhi arahan dan suruhan selagi mana tiada akad syarie yg menghalalkan hubungan kau dan dia. Kenanglah ibu dan ayah saat kau mula mementingkan seseorang yg belum tentu menjadi hak milikmu.

pujuklah hati saat tak kuat nak menepis godaan. ALLAH dah rencanakan yg terbaik untuk kau.
Mungkinkah AJAL yg bakal menjemput sebelum JODOH sampai padamu?
ALLAHU Taala a'lam.

moga aku dan kalian, terus kuat dalam mujahadah mendekati cinta ALLAH dan Rasul sebelum makhlukNYA. InshaAllah. Aamiin :)

Wassalam~



Wednesday, 2 December 2015

Cinnamon cofee house @ One World Hotel, Petaling Jaya~

Banyaknye cerita yang akak kongsi arini.

Alhamdulillah inshaAllah nanti bila bosan2, akak pun boleh selak balik kenangan2 yg pernah akak lalui sepanjang hidup.

jujur bukan nak menunjuk, tapi sekadar nak berkongsi cerita dari akak yg xseberapa ni.

ingat x, akak ada cerita yg akak praktikal dekat batu caves tu? tak ingat? entahla akak x ingat ada cerita ke tak.kekeke

akak intern kat Fishlink Worldwide sdn bhd. best, Alhamdulillah.

Bnyak benda akak belajar. baik secara langsung ataupun tak secara langsung. pengalaman yg baik2 akak kutip untuk ibrah kehidupan,

akak sgt2 bersyukur sbb dapat bos yg very sporting dan sgt baik hati.

hari last akak intern, dia buat ala2 farewell party utk akak kat cinnamon cafe kat one u tu. fuyooooo tak pernah taw pegi tempat memahal camtu. inipun sgt2 alhamdulillah bos nk belanja.

rambang mata. serius. akak tak tahu nak start dari mana sebab kami makan dari 12 tgahari until 4 ptg. tapi taklah straight. benti2 la.. mau sengkak perut eden.

kat situ tu, ada lah akak jumpa fedtri yahya. tp akak tgok jela. hihi. yela akak je slalu over nmpk retis. kalau org kl, dia buat dunno je.. so, akak pun buat bese2 jela.. padahal tu idola akak kot instead of izwan azir. bidang pengacaraan tetap menjadi minat akak :D

haa, akak belanja gambar makanan2 yg ada kat cinnamon cafe utk tatapan korang ya :)

*jemput jilat skrin*







Little Caliph (International Islamic University Malaysia-UIA)

Assalamualaikum wbt..

15 November yg lepas (arini kiranya banyak story campak balik naa..) akak ikut mak cik akak pegi uia. konvo ain, anak bongsu mak cik akak. dy sekolah kat little caliph. bukanlah konvo pun diorg pnggil. ihtifal. haa gitulah bunyinya. akak xreti bahasa arab sgt tapi akak memang nk sgt bljr bahasa arab. makanya, bila akak dpt perkataan baru, akak akan cuba ingat dan apply dlm hidup akak.

cambesela..akak memang jnis eksaited sikit bab2 amek gmbr. sikit masa lg, inshaAllah akak belila kamera sendiri, senang nak rakamkan detik2 manis dalam hidup. *wishlist*

akak rakamlah si kecik tu dari awl sampai habis. seronok dek non oii..budak2 sekarang memang sgt beruntung.. Alhamdulillah. moga time anak2 akak nanti, akak dapat didik diorg sebaiknya. *tarbiyatul awlad fil Islam*
inshaAllah wa biiznillah. moga akak sempat dakap anak akak sendiri sebelum ajal mendakap akak. Aamiin.

so, kat sini akak kongsikan gambar anak2 syurga ni meraikan grand ihtifal diorg.




amboi anak sapa duk interframe ni. keke






moga terus menjadi anak2 soleh solehah muttaqin wa musleh ya :* Allahumma Aamiin :D

Karnival Upin Ipin :D

Assalamualaikum wbt.. (x jawab dosa, kalau jawab, dpt pahala :D)

ok arini akak terlajak rajin. nak post lagi entry. sebab akak pegi tempat yg sama dan hari yg sama iaitu 22hb November yg lepas dekat maeps, mardi, UPM.

so, the main agenda akak ke sana instead of p tgok pesta buku, akak memang nak pergi karnival upin ipin. akak yg over nau nak pegi situ. budak2 ni aka sepupu akak bese2 je. yela nak cakapnya, zaman akak dulu manade cite org melayu komersial siap ada produk sendiri melainkan usop sontorian, kampung boy, keluang man, blablabla..

jadi, memang budak2 ramai gila kat situ.
first2 time upin ipin tu cecakap n nyanyi2 akak ok lagi la. tgok budak2 kecik tu respons bila emcee cakap, memang seronok la..
tapi yg akak jadi awkward bila ultraman ribut masuk.
serius rasa macam -_-

bukan apa, akak sebenarnya takisah zaman akak pun memang dh ada cite tu. tapi ntahla ek, akak takut budak2 ni fikir bnde tu mmang betul2 wujud.. so akak sgt berharap yg parents dapat guide n terangkan pd anak2 yg benda tu cuma cerita biasa yg tak wujud dan costume shj.

akak nak cakap yg kerja2 menyelamat ni kerja abg tentera, polis dan seangkatan dengannya bukan kerja ultraman. dan sebaik2 penyelamat adalah ALLAH swt. Hasbunallah wanikmal wakil :)

ok akak pun xde apa sgt nak cakap. yg penting masuk aritu rm5 jela untuk adult dan utk kanak2 rm3. kalau nak msuk magic hall mehei sikitla. akak ni kan dah ckp awl2, bajet tu memang xberapa nak hado tp nak jgk pegi,maka akak pun amek la yg murah je iaitu main hall.

selamat mencuci mata yea :)










~ Pesta Buku End Year Sale~

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah harini kita masih lagi dapat meminjam udara Allah.
Alhamdulillah Maha Baiknya ALLAH.
Syukur atas nikmat tubuh badan sihat, negara yang aman.

2 minggu lepas akak memang takde buat apapun masa weekend. jadi, akak pun pergilah ke maeps, serdang dengan family mak cik akak. niatnya nak join karnival upin ipin, tapi tak sangka pulak ada pesta buku.

ya Allah, kalau dah namanya ulat buku, memang tengok buku macam tengok lelong handbag murah kottt. tapi akak tengok2 jela dulu sebab tgok wallet keluar lalat je. yelah dek, akak baru start keje, nak kata rm10 tu pun, kalau ada dlm wallet, kira bersyukur sangat la tu.

akak tenggelam jugaklah tgok buku-buku kat situ tapi dalam masa yg sama duk perati mak cik akak pilih buku kat anak2 dia. seronoknya akak tgok diorang. time akak dulu dik, bukan senang nak dapat buku2 cam sekarang ni, parents pun banyak benda nak gunakan duit tu. jadi, akak sgt bersyukur bila diorg bagi akak satu buku sekalipun.

sikap suka membaca ni sgt2 la bagus. membaca untuk diri sendiri dan high levelnya bila sumber apa yg kita baca tu dapat memberi manfaat kepada org lain. InshaAllah wa biiznillah. :)


ni memang feveret pesta akak
acahacah nak buat profile picture. Ni kata2 dari buku Tarbiah basah


khas buat peminat buku2 indie
terkejut akak. buku ayahanda rani kulup pun ada. motif?



peminat2 tulisan matluthfi. oh dia dh nak kwen dah uolllss.
front cover tarbiah basah


ideologi islam book

semoga kita dapat sama2 manfaat masa yg terluang dengan budaya membaca ya
:)

Tuesday, 1 December 2015

Review #perfume

Assalamualaikum wbt..

The stories of the scent's inspiration and personality are very well known. Wangian membangkitkan aura yang berbeza buat si pemakai. Ada orang suka bau yang keras, sederhana keras, kuat, lembut dll.

The main substance perfume yg akak nak review dekat korang adalah perfume yg berasaskan pati gaharu.

" Dari pati gaharu terhasil wangian gaharu mengikut citarasa orang Malaysia yang lebih sukakan bau yang lembut dan menyegarkan..
Hanya wangian gaharu Palmabrand sahaja yang mampu membuatkan anda semua tampak yakin dan bergaya.. "

-itu ayat yg akak kopipes kat Fb page perfume Palma Brand Exclusive.

so, akak sangatlah nak suggest dekat korang dengan perfume ni sebab harga dia pun reasonable jugak plus plus tahan lama dan eksklusif.

akak tak berapa reti sangat dengan bau perfume memahal cam dunhill, britney spears dgn davidoff sume tu. yela kan, akak ni habis2 pergi menebeng dekat salesgirl minyak wangi tu mintak sampel kat kertas putih mcm litmus paper tu jela. nak beli memang tak mampu dek non. habis-habis teringin nak pakai, akak beli kat pasar malam jenama calvin klein, sembur dekat satu botol, baunye tahan 5 minit je. takpe, akak sabar. nanti akak kwin, akak minta bakal zauji akak bagi hantaran minyak wangi elizabeth arden. gituuuh..

jadi, sorang officemate akak ni cakap perfume dekat palmabrand ni bau macam ala-ala dunhill, britney spears dgn davidoff, jadi akak pun apa lagi, pergi bau sendiri, bau dia memang terbaik.. akak try spray sampel perfume tu kat baju lepastu balik rumah gonyoh dengan sabun basuh, mashaAllah mashaAllah, bau dia memang lekat.

jadi, ni akak letak gambar perfume yg ada dekat palmabrand untuk korang cuci mata.
kot2 la berkenan.

harga dia ok. tapi jgnla expect macam 1 botol= rm 10 la..memang xdapek.

keluaran awal produk ada 4 jenis (WIdad, Wardah, Qasrina dgn Zahra) = 30 ml (RM 35)
lepastu Iris dfn Tufail = RM 78
n
Ijlal, Auf, Naurah, Aisy, Asytar dgn Uzma = RM 98

jadi jgn risaula kalau nak bawak pergi solat sbb memang free alkohol dan 100% produk bumiputera.
yela, nak jumpa ALLAH mesti wangi-wangi. Kan?
:)

nanti kalau nak perfume tu, contact la ofis Palmabrand : 03-6178 6500 atau wassap ke 019-2641500 taw..

wassalam~


















Monday, 30 November 2015

-new office-

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah~

pejam mata pejam mata harini dah 30hb November.
esok dah 1 Disember.
Allahu cepat sangat2 masa berlalu.

hari ni dikejutkan dengan berita kematian arwah Yus Jambu, pelawak negara. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. semoga arwah tergolong dalam kalangan roh-roh orang yang beriman.

" Sesungguhnya kematian itu sudah lama dalam rancangan ALLAH. Tinggal kita yang tak tahu bila, dimana, dengan cara yang bagaimana kita akan tinggalkan dunia ini.
moga kita terus bersedia untuk menghadapi kematian yg pasti."


****************************************************

ok..back to the main business~"new office"Alhamdulillah sekali lagi. habis je belajar, menganggur dlm 3 minggu, akhirnya dapatlah bekerja di sebuah syarikat di Sri Gombak. InshaAllah dapatlah bantu keluarga sedikit sebanyak.

sebelum dapat kerja tu, macam2 aku fikir, hmm bila la nak dapat kerja?
waktu tu, aku jd sedar bahawa rezeki ni semua kat tangan ALLAH.
maka aku perlu sedar yg aku perlulah USAHA,DOA dan TAWAKAL.

jadi, puaslah dek non isi jobstreet, mudah.com, masuk government site, isi cikgu ganti segala. 
ini part of usaha lillah.
lepastu doa mintak2 dapatlah keje cecepat. yelah, kita ni anak sulung. bila duduk rumah lama-lama ni, rasa macam tak sedap pulak. sedangkan banyak tanggungjawab yg menimpa bahu untuk diuruskan.

***************************
apa-apa pun, aku harap dengan pekerjaan baru ni dapatlah aku meringankan beban ayah yg kerja sorang2 tu..

:)

doakan aku selalu ya!

aamiin.

p/s : gambar dengan officemates baru~






Friday, 27 November 2015

Turning point~

bila aku kenangkan aku yang dulu, sungguh ia membawa ke arah satu menungan yang panjang.
buat aku jadi seorang pemikir.
buat aku mencari ibrah untuk teladan diri supaya istiqamah.

dalila yang dengar lagu english kuat2, yang gila2 dulu benar2 nak ubah dirinya 360 darjah. like seriously?

memang benda ni bukan main2. ini tentang agama. tentang ISLAM. 

kadang ada air mata tumpah. sesalan yang sangat2 tak tahu nak cakap.
aku Islam. tapi tak menjadikan Islam sepenuhnya sebagai praktikal hidup.
leka. bukan penyelak Quran kalamullah yang konsisten.

sungguh ALLAH MAHA BAIK. Maha menyimpan aib hambaNya.

turning point yg Dia bg? Banyak tak terhingga. tinggal mencari kekuatan nak melaksanakannya.

Alhamdulillah. saat aku mula belajar cintakan Dia, ALLAH hadirkan insan2 yang sangat elok pekerti. yang sgt baik membimbing aku kembali ke jalanNya. 

inshaAllah. doakan aku untuk terus qowiyy!

Aamiin. Allahumma Aamiin. 






Thursday, 26 November 2015

yang namanya WANITA~

Ketika Allah menciptakan wanita ,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan.. .
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia.. (•ˆ⌣ˆ•)
Berbanggalah dilahirkan sebagai seorang wanita 

T.E.R.E.N.G.G.A.N.U

Sesekali Allah datangkan ujian untuk kita sedar yg kita sudah lama tak bermanja denganNya, sudah lama tak mengadu dan meminta-minta denganNya.
Allah rindu kita.
Dia rindu sgt pada kemanjaan kita.

Persis sang kekasih merindukan cinta hatinya. Malah hebatnya sayang dan rindu Allàh tak terkira dgn kalkulator dunia.
Zikrullah yg tiada tara kenikmatannya.
Laksana lafaz cinta yg tak pernah jemu dari seorang hamba buat Pencipta..

Dia yg Maha Elok. Maha Hebat. Maha Baik. Masha Allah.. :')
Bumi Terengganu yg damai beriringan irama hempasan ombak, benar2 mendekatkan diri yg kerdil padaNya.
Terengganu yg menelan 1001 memori seoràng aku, sang penagih cintaNya yg indah~

Tuesday, 24 November 2015

Nazrey Johani - Muslimah (Official Music Video)

KEJAR directed by Muhammad Yazeid Bin Ahmad Suhaimi (BYSFC 2015 – Top...

Filem Pendek | Perang Mu'tah

Inteam feat Fiklis - Nur Muhammad [Official Music Video]

Lagu Tema HIMPUN - Selamatkan Akidah [HD]

Fakhrul UNIC - Subhanallah (Official Video) á´´á´°

UNIC - Seindah Sabar (Official Lyric Video) á´´á´°

SELALU BERSAMA | Imam Muda Nazrul & Imam Muda Fakhrul ft. Fakhrul UNIC (...

UNIC Records - Ikramul Kareem (Lyric MV)

UNIC - Binnabil Huda (Official Music Video)

Ubah dan jaga ~

Kita tidak boleh 'mengubah' fikiran jika kita tidak 'menjaga' fikiran kita.
Katakanlah selalu, " hanya hal-hal kebaikan sahaja yg akan datang kpd saya."
Tidak kira apa yg berlaku, semuanya baik utk saya.

smile emoticon

What LIFE matters~

Hari-hari kita berhadapan dengan 'pilihan raya' kehidupan. Sama ada nak pilih 'jalan takwa' atau 'jalan mungkar'.
Reminder to ourselves:
Jangan sampai kitab amal kita berada dalam 'sijjin' (tempat simpanan kitab catatan yg sgt rendah dan sempit-catatan amalan dosa).
Tetapi biarlah kitab amal kita nanti berada dalam 'iliyyin' (tempat simpanan kitab amalan org yg byk mmbuat pahala)
Buat sesuatu perkara dgn yakin,spesifik dan fokus. Dan, terus berdoa,syukur dan tawakal tu 'alallah.
grin emoticon
#profdrMuhaya