Andai kata kita tidak mampu dan tidak bersedia untuk menghalalkan sesuatu hubungan, doalah agar hati kita kuat untuk menjauhi segala godaannya.
Wanita dan lelaki soleh itu mahal harganya.
Hanya ikatan pernikahan yang suci dan ikhlas adalah medium yang terbaik untuk menggaulinya.
Formula mencari pasangan (meskipun telah ditetapkan oleh Tuhan) , lihatlah pada akhlaknya, agamanya, rupa parasnya, keturunannya..
Moga beroleh kesucian pernikahan yang sakinah mawaddah warrahmah.
"Lembaran Juzuk Cinta".
Tuhan aku tak punya kudrat,
Bila dia datang mendatangiku,
Hanya padaMu kan kutambat,
Pelihara hatiku.
Bisikannya terus ke jantung,
Seolah mengalir dalam darah,
Kadang membuatku termenung,
Kerana memikirkannya.
Lembaran juzuk cinta,
Sebaliknya ada tersimpan sejuta rahsia,
Sebuah kesucian tak tercemar noda,
Bimbang aku akan tercoret warna dosa.
Lembaran juzuk cinta,
Sememangnya aku ingin terus menatapnya,
Merasai setiap halaman cerita,
Tapi maaf kerana ku belum bersedia."
No comments:
Post a Comment