Assalamualaikum wbt,
Ila nak share link dari introducer ila.
Link ni akan bawa korang pada bahagian soalan yang ila tuju dan jawapannnya.
Jemput baca di link ini ya :
LINK UNTUK SOALAN TAKAFUL
Antara soalan-soalan ila adalah :-
1. Ke mana duit yang pergi kalau kata seseorang tu ditakdirkan kanser selepas 8 bulan mencarum takaful?
2. Macam mana kalau orang yang kanser tu nak buat bayaran sedangkan dia tidak boleh bekerja..baru mencarum dalam tempoh 8 bulan sahaja
3) Kalau anak autism boleh tak nak buatkan takaful
4) Macam mana kalau anak tu dah carum awal2 sblm tahu dia autism?
5) Anak diserang sawan sblm mencarum takaful, kes dia boleh dipertimbangkan ke?
6) Keguguran ada cover ke?
7) Kalau masalah kandungan macam mana % perlindungan?
8) Kalau ditimpa kemalangan dalam tempoh waiting period, macam mana?
9) Andai kata berlaku sesuatu dalam waiting period, apa pertolongan awal yg kita boleh suggest?
10) Kenapa ada waiting period?
11) Apa kelebihan SmartSaver 300?
Monday, 15 June 2020
18 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019
*18 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019*
Kini sudah sampai penghujung tahun 2019, kepada mereka yang ada kesempatan untuk memaksimunkan pelepasan yang diberi oleh LHDN, sebaik guna sepenuhnya.
Siapa yang tidak tahu pelepasan yang boleh diperolehi dan untuk anda usahakan ialah seperti dibawah:-
1) Individu dan saudara tanggungan –
RM9000

2) Belanja Kepada Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) –

ATAU (Pilih salah satu)
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa





3) Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
TERHAD RM6000


4) Individu Kurang Upaya –


5) Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Jer) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian

6) Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak)
ATAU
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) –
TERHAD RM500


7) Gaya Hidup :
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet




9) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

10) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)

11) Suami/Isteri /Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran Bersama)

12) Suami/Isteri kurang upaya

13) Anak di bawah umur 18 tahun

14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

16) Anak Kurang upaya

DAN


17) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

Syarat:-
RM 4000 untuk KWSP
RM 3000 untuk insuran nyawa
18) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

.
.
.
Share buat manfaat bersama..
kredit : rightful writer
BISNES YANG BERSISTEM
BISNES BERSISTEM
1) Daftar SSM ENTERPRISE - Simpan resit bayaran RM70
2) Buat cop perniagaan utk buka akaun perniagan. Simpan resit buat cop & resit buka akaun semasa.
3) Beli buku invoice & resit kosong yang ada 3 copy utk setip helai. Cop setiap helai resit @ invoice diberikn pada client.
4) Simpan buku resit & invoice dalam 1 archfile. - Buat ikut quater tahunan. 1-3, 4-6,7-9,10-12
5) Serahkan file ini pada freelance akaun & kerani akaun utk buat management akaun.
6) Declare cukai utk Enterprise & buat Audit utk Sdn Bhd.
Nanti nak mohon apa apa loan utk kembangkan business senang.
Kredit : Rightful writer
Kos untuk SDN BHD
Kos Sdn Bhd
4 kos perlu di keluarkan setiap tahun/bulanan.
1- Kos akaun @ akauntant - utk rekod duit keluar masuk sehingga terhasilnya financial statements. (bulanan/tahunan)
2- Kos audit @ Auditor - utk semak akaun yg akauntan rekod ada kesalahan tak. (tahunan)
3- Kos tax @ tax agent - utk kiraan cukai syarikat, samaada layak kene cukai atau tidak & akan semak mana perbelanjaan boleh tolak cukai. (tahunan)
4- Kos filing @ company secretary - utk penyediaan & penyimpanan doc2 & reso2 berkaitan syarikat sdn bhd. (bulanan & bergantung kpd doc2 yg di sedikan)
Kos Enterprise
2 kos sahaja
1- Kos akaun
2- Kos Tax
Credit : rightful writer
SALES AND TAX
Kredit soalan dan jawapan kepada pemilik tulisan.
S : Puan, berapa tax saya kena kalau sales saya sekian-sekian ya?
J:
1. Tax kena atas untung atau rugi bisnes. Bukan atas sales.
2. Kena sediakan Financial Statement dahulu daripada dokumen-dokumen yang disimpan.
3. Untung rugi perakaunan boleh jadi berbeza dengan untung rugi tax.
4. Untung rugi tax berbeza boleh jadi sebab ada expenses-expenses yang tak dibenarkan tolak cukai dan perbezaan antara Depreciation dan Capital allowance.
5. Tax Sdn Bhd tak sama cara kiraan dengan Milikan Tunggal.
Tanggungjawab Director SDN BHD
SDN BHD - ANTARA TANGGUNGJAWAB DIRECTOR
1) Tahun PERTAMA Audit adalah dalam masa 18 bulan selepas penubuhan syarikat.
2) Audit pertama kali ialah masa untuk tentukan tempoh berakhir kewangan (Financial Year End) syarikat kita.
3) Tak semestinya berakhir pada bulan Disember. Director boleh pilih bulan-bulan lain.
4) Audit yang kedua dan seterusnya mesti dibuat dalam masa 6 bulan selepas berakhirnya tempoh kewangan.
5) Setengah company secretary akan ingatkan, Alhamdulillah. Setengahnya tak ingatkan langsung. Na'uzubillah.
6) Sebab itu tanggungjawab Director, sediakan akaun tahunan, yang beraudit kepada SSM.
7) Lepas Audit, tanggungjawab Director SERAHKAN Audit Report dan file2 Payment Voucher kepada Tax Agent untuk kira cukai untuk di submit Form C kepada LHDN.
Credit to the rightful owner.
Sunday, 14 June 2020
NEW MANUSCRIPT #PCDR
Assalamualaikum wbt,
Saja nak up teaser dekat sini, aci tak? Hehe.
#ManuskripPCDR
RANDOM
Saja nak up teaser dekat sini, aci tak? Hehe.
#ManuskripPCDR
RANDOM
“Apa
yang kau cuit-cuit aku ni?” tingkah Hamdi. Mukanya sedikit tidak puas hati
apabila soalannya tidak dijawab oleh Humaira.
“Apa?
Siapa?” Hamdi menggerakkan kepalanya. Memandang arah muncung Humaira.
“Eh
tu kan, pramugara missing in action
tu. Kalau aku dapat, aku tumbuk sebiji dekat hidung yang macam lepas masuk
silikon tu. Buruknya aku tengok,” komen Hamdi apabila pandangannya tertancap ke
arah sepasang kekasih yang sedang seronok suap-menyuap aiskrim di tengah-tengah
orang ramai.
“Mulut
kau,” rendah suara Humaira menggeleng-gelengkan kepalanya. Apabila matanya
membandingkan pasangan baru Firash, si pramugara yang pernah memberikan harapan
padanya itu dengan diri sendiri, sesungguhnya ia adalah suatu perbandingan yang
sangat ketara.
Bak
langit dan bumi. Bak gunung dan lautan. Pakaian
sendat yang membaluti tubuh wanita itu jauh beza dengan dirinya yang selesa
berkemeja longgar dan berseluar jeans potongan lurus.
Tapi..
‘Betulkah
untuk menjadi kegilaan kaum lelaki, kita perlu dress up to impress?’ Humaira sekadar bermonolog di dalam hati. Dia sendiri tidak pasti dengan soalan
yang bermain di dalam fikirannya. Jika cara berpakaian membuatkan seseorang
terpikat, pasti orang itu mementingkan penampilan luaran daripada meneliti
sikap dalaman. Hilang sentuhan dalam memperagakan pakaian hebat, apakah hilang
jua alasan untuk menyayangi?
Sementara
itu, pada sudut bertentangan, lelaki yang dilanggar tadi masih memandang ke
arah Humaira. Melihatnya dengan penuh rasa yang mendalam.
Ada
rasa rindu. Ada rasa amarah yang masih bersisa.
Namun
untuk mendekati sekali lagi, dia tahu yang dia tidak mampu buat masa ini.
Tiiiittt..habis teaser..Okey tak agak-agak?
Wednesday, 10 June 2020
Damba CintaMu oleh Alif Satar & Raihan
Quoted :
Jangan jadikan alasan "Allah Maha Pengampun" untuk kita melakukan dosa secara berterusan. Sebaliknya, Allah Maha Pengampun itulah kita jadikan asbab untuk terus bertaubat.
https://youtu.be/c2o111sQBBs
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu
Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti Rasul dan sahabat
MENU SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE, TAMAN MELAWATI KL (PART 2)
Assalamualaikum wbt, since ramai yang tanya apa menu dekat sixty9 tu, berapa harganya, mampu ke tak mampu kalau bajet tak besar tapi nak makan western..
Jawapannya..
Hanya korang je yang tahu.
So, bagi tak menghampakan korang yang bertanya..
Makanya aku share gambar menu dan pricing di steakhouse yang terletak di Taman Melawati Kuala Lumpur ini.
Alamat restoran : 341, Lorong Sarawak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Chicken chop serves with home made black pepper sauce, fresh vegetables n fries.
Home made mushroom soup serves with garlic bread
MELTIQUE RIBE EYE serves with fresh vege, baked potatoes and home made sauce.
Lamb chop with home made sauce serves with selected vege n fries...we only use NZ lamb for its quality.
MUSSELS AU GRATIN.
Chuck rib wagyu serve with home made sauce.
onion ring.
Brew Teh Tarik
Mac and Cheese
English Breakfast available Saturday & Sunday (ada Egg benedict!)
Beef burger with home made bun
Nachos
Super Duper Burger - homemade bun, double patty (200gm each), fried egg, mixed salad, tomato, cucumber, gherkin, onion, cheese and fries.
Chicken sausage serve with home made panini bread, salad, cheese sauce and fries.
Homemade Panna Cota
Kat bawah ni price yang ada dekat Facebook Page : FB PAGE SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE
Ada perubahan price selepas PKP, kalau nak tahu lebih sahih, pergi terus je restoran atau call di 03-41621312 (reservation)
Semoga artikel ini membantu ya!
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)