Assalamualaikum :)
#wakakaka post ketiga (amekaw)
ini aku just copypaste dari timeline fb. tak pasti sumber ni originally dari siapa.
jadi aku creditkan kepada #anonymous
PESANAN USTAZ KEPADA SEORANG SUAMI YANG CURANG.
Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu
tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu.
Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan
kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami : Ustaz, perempuan simpanan
saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya
dan kadangkala dia garang dengan saya.
Ustaz : Perempuan
simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu
tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira
bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah
kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu.
Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu
tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya
bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah
mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi
maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang
dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu
pernahkah terfikir tentang maruah kamu?
Suami : Tapi ustaz..
Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu,
kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak
tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia
korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan
melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih
untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah
pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang
tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat
isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai
isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.
p/s : janganlah curang. kalau nak kahwin lain, at least terus terang. nikah. jangan buat maksiat.
#roadtoJANNAH
No comments:
Post a Comment