Pages

Friday, 22 May 2020

CERPEN 2020 : SEGENGGAM CINTA BUAT ILAHI

SEGENGGAM CINTA BUAT ILAHI
Seperti yang dijanjikan, ila nak share CERPEN yang ila tulis masa awal bulan Ramadan hari tu.
Jemput baca ya 😍😍
* * *
“Asyhadu alla ila ha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Lafaz syahadah bersendikan kepercayaan teguh terhadap Allah dan Rasulullah itu diucapkan penuh syahdu. Riak emosi bercampur-baur jadi satu. Ada rasa terharu. Ada rasa gembira. Bercampur-baur dalam segenggam cinta yang baru sahaja membunga buat sang Pencipta. Sejenak, doa yang dibacakan oleh Imam Salleh ditadah dengan penuh rendah diri. Ada mutiara jernih tumpah melalui juring mata. Bait-bait kata yang memaknakan kecintaan buatNya meresap lembut pada bahagian roh dan jasad.
Ammar Rifqi Chan bin Abdullah. Itu adalah nama yang telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Nama yang diberikan oleh Aamir ibarat anugerah yang tak ternilai. Sahabat yang teguh bersamanya di dalam kembara penuh gemersik keinsafan ini. Titisan air matanya menyentuh segenap sanubari. Ammar menghampiri Aamir sebelum dihadiahkan dakapan kasih. Erat. Bagaikan segala rasa ditumpahkan pada pelukan itu.
Jumaat ini tidak sama dengan hari Jumaat yang lain. Ianya indah, dihiasi ceritera hijrah yang didamba seumur hidup. Bersama pengembaraan penuh hikmah ini, akhirnya Ammar temukan sesuatu yang dicari-carinya. Kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Tidak sia-sia dia mengambil keputusan untuk mengikut Aamir pulang ke kampung ini. Kampung yang menempatkan pusara kedua-dua orang tua Aamir ini menjadi asbab episod penghijrahan yang telah menjadi pilihannya.
Aamir menggamit Ammar untuk menyambung perbualan di bawah wakaf yang terletak di dalam kawasan perkarangan masjid. Bercerita soal perancangan akan datang, permulaan pembelajaran mengenali agama dan pegangan akidah sebelum angin perbukitan asyik bertiup kencang membawa petanda bakal runtuhnya sang awan yang sudah sarat membawa muatan.
“Mari kita masuk ke dalam semula. Macam dah nak hujan ni. Elok kita panjatkan doa. Semoga hujan ini adalah hujan yang membawa manfaat. Dengarnya sudah lama juga kawasan ini tidak menerima hujan. Mungkin petanda hujan rahmat, hadiah untuk hambaNya yang berjaya menemui jalan pulang pada janji Ilahi semasa di alam roh.”
Ada koyakan senyuman mekar pada bibir Ammar tatkala dipacu keindahan kata-kata semangat daripada sahabat kesayangan. Ditemukan kedua-dua belah tangan sebelum meraup wajah yang lembap dengan air wuduk.
“Syukur Alhamdulillah. Hari ini telah Tuhan buktikan yang percaturan takdirnya tidak pernah salah. Tiba masanya untuk menyingkap hikmah, lalu dibukakan pintu hati untuk menerangi jalan yang dahulunya kelam tanpa arah.”Ammar juga tidak kurangnya bermadah. Kelebihan bergaul mesra dengan sahabat-sahabat berbangsa Melayu semenjak dahulu, membuatkan dia petah berkomunikasi di dalam bahasa Kebangsaan itu.
Aamir mengangguk penuh hormat, mengiyakan segala kata-kata yang terlafaz. Sungguh, rahsia kebenaranNya terbentang luas bak langit yang merentangi seluruh angkasaraya.
Pejam celik pejam celik, masa terus berlalu pantas. Ammar berjalan keluar menuju ke kawasan rumah sewanya. Dia baru sahaja selesai melaksanakan program dakwah anjuran masjid di dalam kawasan perumahan. Sambil berjalan, sambil menepis agas dan nyamuk yang seronok bercanda. Kala ini, dia mahu segera pulang ke rumah. Ada seseorang yang istimewa setia menanti di rumah yang dipanggil mahligai itu.
Langit malam ditelek sekilas. Tiada taburan bintang yang menghiasi. Bahkan sang rembulan juga asyik menyorok dibalik gumpalan awan.
Semakin lama, malam semakin larut, merangkak sunyi bersama angin dingin yang membuatkan tubuh merinding kesejukan. Hujan yang tadinya lebat membasahi bumi tanpa ingkar telah lama reda. Apakah seseorang itu sudah tenggelam dalam layaran mimpi? Barangkali sudah. Keadaanya sebulan dua ini begitulah, diuji dengan keletihan dan dugaan-dugaan kecil sebelum menempuhi trimester yang seterusnya.
Ammar memasukkan kunci pada tombol pintu sambil mengucap salam. Tiada sahutan. Cahaya lampu yang malap menandakan penghuninya sudah lena di dalam kamar peraduan.Siap mengunci pintu, lekas Ammar mengatur langkah ke dalam bilik. Sekujur tubuh insan bergelar bidadari dunia ini elok terlena pulas tanpa berkutik.Ammar bingkas menuju ke bahagian almari lalu menukar pakaian sebelum masuk ke dalam bilik air dan memperbaharui wuduk.
Sejenak kemudian, dipanjat katil penuh cermat sebelum mengusap lembut bahu pemilik belahan jiwanya itu dengan penuh kasih sayang. Pada sinar pandangannya, tumpah segala anugerah cinta yang diizin Tuhan. Mencintai dan dicintai penuh keikhlasan.
Lalu entah bagaimana, parut di dahi wanita itu membuatkan sebuah kenangan terlayar semula, melonjak-lonjak untuk diingati momennya. Bagaimana bermulanya kisah Zahirah An-Nur, wanita yang teraniaya ini diangkat darjat kemuliaanya ke tangga yang diredai Ilahi Rabbi. Dan bagaimana semuanya bermula pada sebuah pertemuan yang telah ditakdirkan.
Meskipun di awal pengisahan, ianya hadir tanpa terduga namun Ammar benar-benar pasti, ada mesej Tuhan yang cuba disampaikan secara halus dan tersirat.
Suatu hari, saat langit menghampiri senja, dihiasi goresan warna jingga yang tersibak indah, Ammar mengatur langkah pantas menuju ke sebuah kawasan perumahan flat yang diduduki oleh Yassir. Biasanya mereka berdua akan bergandingan ke kuliah agama selepas Maghrib dan Isyak di rumah Ustaz Hadri. Oh ya, Yassir adalah salah seorang sahabat yang menuntut ilmu agama sepertinya. Dibesarkan di dalam keluarga yang tidak mahu mengambil pusing makna iman dan amal membuatkan Yassir nekad meneruskan kehidupan ini dengan caranya.
Dia mempunyai azam untuk membawa keluarganya keluar dari belenggu kejahilan. Oleh kerana itu, dia tidak mahu berpindah jauh. Biar segala perjalanan hijarahnya mengejar agama menjadi saksi mata kepala ahli keluarganya sendiri.
Semasa Ammar sedang mengatur langkah, tiba-tiba langkahnya dihadang oleh seorang wanita yang berpakaian tidak semenggah. Segera dilarikan matanya daripada melihat hidangan percuma yang haram itu.
“Kenapa kau palingkan wajah? Aku ini teruk sangatkah di mata lelaki golongan syurga seperti kau?” keras suara itu menempelak Ammar. Menghidang fahaman stereotaip yang sentiasa diberikan kepada golongan-golongan yang sedang menghampiri agama Allah.
“Nama saya Ammar. Saya belum layak menjadi lelaki syurga tetapi saya sedang mengejar jalan ke sana,” tanpa berselindung, Ammar memperkenalkan dirinya kepada wanita asing yang tidak pernah dilihatnya itu. Bebola mata masih selesa dipandang ke tepi.
“Layakkah saya mengejar cinta Tuhan,Ammar? Masihkah terbuka pintu keampunan untuk wanita seperti saya? Saya kotor Ammar. Kotor.”
Ada gelombang kecil melanda jiwa lelakinya. Wanita asing itu dikerling dengan hati yang merusuh. Tidak terjangkau di fikirannya bertemu dengan makhluk Tuhan yang sedang rapuh hatinya kala ini.
Ammar terjeda. Dia cuba memikirkan kata-kata yang terbaik untuk diluahkan.
“Saya mengakui yang kehidupan saya penuh diselaputi dengan daki kotoran duniawi. Saya pendosa tegar, Ammar,” wanita itu menyambung kata-katanya. Dan bersama dengan kata-kata itu, dia tertunduk menampung air mata yang sudah membasahi lekuk pipi.
“Kembali kepada fitrah cik. Sesungguhnya orang yang bertaubat itu laksana bayi yang baru dilahirkan. Bersih dan suci seperti kain putih.” Gelora rasa yang hadir membuatkan nafas Ammar sedikit sesak.
“Kisah silam bukanlah penentu sama ada kita terus baik atau buruk di atas jalanNya. Pokok pangkalnya adakah kita mahu bertaubat atas segala dosa-dosa kita. Bertaubatlah cik. Meskipun dosa kita ini sebanyak buih-buih di lautan sana, percayalah pintu pengampunan Allah swt maha luas. Seperti luasnya langit dan sekalian bumi,” sambung Ammar sebelum membalas lambaian daripada Yassir.
Dengan rasa terpaksa, dia perlu meninggalkan wanita itu dengan kata-kata untuk difikirkan. Semoga rahmat Tuhan memayunginya dalam perjalanan menemui segenggam cinta dari llahi.
Bahu Yassir dipaut mesra saat sahabat itu dihampiri.
“Itu Zahirah An-Nur namanya,” kata-kata Yassir membuatkan jantung Ammar berdegup pantas. Indah benar sebaris nama itu.
Namun sayang benar, hidupnya tidak seindah untaian nama yang dipikul.
“Kalau kau cuba fikirkan sebab mengapa dia jadi begitu, percaya cakap aku, dia tersepit dalam desakan hidup. Dijual oleh bapa tiri yang bernafsu binatang dan berTuhankan serakah keduniaan.”
Demi mendengarkan apa yang diperkatakan Yassir, terngadah luas mulut Ammar menadah kesedihan kisah seorang wanita yang selayaknya dilindungi dengan penuh amanah.
Keesokkan hari dan berlarutan sehingga hampir seminggu lamanya, Ammar sentiasa didatangi oleh wanita yang sama. Hari demi hari, pakaiannya sudah sedikit sopan. Dan kali ini, dia memilih untuk bert-shirt longgar dan berseluar separas betis.
“Ajarkan saya tentang Islam, Ammar.” Ada nada rayuan pada permintaan itu.
Ammar tergamam. Baru hari ini, dia mendengarkan permintaan itu terluncur dari seulas bibir milik wanita bernama Zahirah An-Nur itu.
Lantas Ammar mengeluarkan Ipod dari dalam beg sandangnya, diunjukkan gajet elektronik itu kepada Zahirah untuk diambil.
Dalam jarak yang selesa, Zahirah menadah tangannya sebelum gajet tersebut bertukar tangan.
“Saya masih belajar mengenali agama. Tetapi sedikit ilmu Tuhan yang saya pelajari, ada saya simpan di dalam Ipod itu. Semoga dengan indahnya nama Nur pada pangkal nama cik, indah jualah nilai agama yang menyerbu masuk ke dalam diri cik. Saya doakan agar cik dibukakan hati itu untuk memberi ruang nur menyusup masuk tanpa hijab, mencapai tahap maghfirah dan makrifahNya. Yang penting, utuhkan keyakinan terhadap kekuasaanNya, moga dipertemukan bunga-bunga cintaNya yang suci dari debu dosa. Assalamualaikum.”
Zahirah menjawab salam Ammar pada tahap desibel bunyi yang rendah. Terpana, terkaku malah terkesima dengan setiap patah perkataan yang diluncurkan oleh lelaki yang berkulit cerah itu. Hasil pertanyaan kepada Yassir, Ammar merupakan seorang mualaf yang sudah biasa dengan budaya kehidupan orang Melayu. Tidak pelik jika tuturnya fasih dan tiada cela dimana-mana.Malu mengenangkan diri yang sudah dilahirkan bersama rahmat Islam, tetapi masih tidak mampu menjadi seorang penganut agama yang bersungguh-sungguh seperti Ammar.
“Ya Rabbi Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa segala kejahilan diri ini. berikanlah daku peluang untuk menerima cahaya agamaMu,” ungkap Zahirah penuh pengharapan. Rasa itu muncul tatkala mendengar lagu di dalam Ipod milik Ammar dengan linangan air mata.
Embun waktu ini kebetulan elok meluncur menuruni reranting pokok yang berdekatan dengan tingkap biliknya. Lagu Damba CintaMu berkumandang sekali lagi, mengetuk seluruh jiwa raga.
“Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar. Pagiku ingat, petang kualpa. Begitulah silih berganti. Oh Tuhanku, Kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu..”
Lirik lagu itu ditulis pada sebuah buku. Buku diari yang pernah diberikan oleh arwah ibu untuk yang terakhir kalinya. Pemberian pertama dan terakhir yang cukup berharga.
Baru hendak meneruskan pendengaran ke bahagian ceramah mengenai ilmu Tauhid, tiba-tiba Zahirah menangkap bunyi pintu biliknya digendang-gendang kuat. Sekilap ritma degupan jantungnya jadi tidak tentu arah. Gementar dan takut. Tidak sampai lima minit, pintu biliknya sudah terbuka luas menjengulkan tubuh seorang lelaki yang buncit perutnya sedang mencerlangkan pandangan tajam ke arah Zahirah. Kecut perutnya melihat renungan itu.
“Patutlah aku cari kau di kelab tak ada. Aku bekerja di sana, kau di sini elok mendengar lagu. Dasar perempuan tak guna!” Amarah Jusoh memecah kesunyian malam. Dia menendang Zahirah dengan sepenuh tenaga. Jeritan anak tirinya itu terus melangsi tinggi apabila rambut panjang melepasi paras bahu itu dicekak sekuat hati sebelum wajahnya ditempeleng berulang-ulang kali. Zahirah terjelepok jatuh. Dahinya terkena bucu meja yang agak tajam.
“Abah! Ampunkan Ira abah. Ampunkan Ira,” dia menekup dahinya yang sudah terluka. Darah mengalir lebat membasahi wajah.
Si bapa tiri yang tidak berhati perut itu terus berlari meninggalkan Zahirah yang meraung kesakitan.Yassir yang mendengar jeritan Zahirah terus menghubungi Ammar. Dia tahu, jiran-jiran yang lain tidak akan berani hendak mencampuri urusan keluarga bapa ayam yang dicemuh masyarakat itu.
Ammar yang mamai terus segar. Matanya terbuntang luas mendengarkan butiran pemberitahuan Yassir.
Tidak langsung berlengah, dipersiapkan diri untuk membantu wanita yang teraniaya itu. Dia tidak mahu dibelenggu kekesalan jika membiarkan Zahirah terpontang-ponting berjuang dalam kehidupannya.
Peristiwa seminggu lepas benar-benar membuatkan Ammar berfikir dan terus berfikir. Dia cuba mencari jalan keluar dari kesulitan yang merajai. Disebabkan itu, Ammar memilih untuk berjumpa dengan Aamir. Mahu menyuarakan hasrat hati yang terpendam.
Aamir pada mulanya mendengar dengan penuh teliti sebelum perlahan-lahan riak wajahnya berubah total.
“Aku tidak pernah sangka kau campakkan diri kau ke dalam dunia itu semula, Ammar. Sudah tidak ada orang lain ke untuk kau angkat kedudukannya sebagai surihati? Kau lihat Mardhiyah, adik aku yang tulus cintakan kau dalam diam. Terluka hatinya apabila perasaannya dihampakan. Tidakkah kau berfikir Ammar? Lelaki-lelaki yang baik itu untuk wanita-wanita yang baik dan begitu jugalah sebaliknya.”
Ammar menundukkan kepalanya. Setiap bilah-bilah kata Aamir menoreh hatinya tanpa belas. Dihela nafas sedalam-dalamnya. Dengan mata yang redup dan sedikit membengkak, Ammar menepuk bahu Aamir.
“Maafkan aku Aamir tapi aku mohon agar kau hormatilah pilihan hidup ini. Orang yang baik akhlaknya itu akan sedaya upaya menemukan kebaikan di tengah-tengah hamparan sejuta keburukan. Percaya satu hal di mana kemuliaan itu tidak akan pernah wujud dengan memberikan pandangan hina terhadap insan yang lain. Andai kata sungguh manusia itu pernah jahil, tidak bermaksud kita boleh menghina dia sesuka hati dan sesedap rasa kita. Jauhi sikap yang meletakkan diri ini lebih mulia dari orang lain. Ketahuilah bahawa untuk berubah itu pencariannya tidak sesusah istiqamah. Aku sudah beristikharah dan aku temukan kedamaian dalam redup pandangannya Aamir.”
Dibawa langkahnya pergi meninggalkan sahabat itu, bersama harapan agar cara pandangannya ditelusuri semula. Janjinya untuk bertemu dengan Zahirah di rumah Bonda Khaulah perlu ditunaikan. Pertemuan yang dilapisi tabir buat penghadang. Bersama saksi yang sudah masak dengan asam garam kehidupan. Besar jasa Bonda Khaulah, isteri kepada Imam Hadri yang telah menerima kehadiran Zahirah tanpa prasangka.
“Izinkan saya menyunting awak sebagai isteri saya yang sah, Zahirah,” lamaran yang bersifat terus itu dilafaz dengan penuh kelembutan.
Zahirah senyap. Dia cuba menyeka air mata yang berlinangan. Betapa indahnya diri yang sudah tidak punya harga ini disunting oleh lelaki yang soleh.
“Maafkan saya Ammar. Saya terpaksa tolak pinangan awak,” sahut Zahirah, penuh dengan rasa rendah diri. Bonda Khaulah disisi menggengam erat jari-jemarinya. Meminjamkan nadi-nadi kekuatan.
“Tapi kenapa Zahirah?” soal Ammar.
“Saya tak rasa saya mampu untuk hidup dengan lelaki sebaik awak.”
“Saya tak baik mana, Zahirah. Allah swt yang tutup segala aib saya.”
“Tapi keaiban saya susah nak ditutup Ammar. Dosanya akan menghantui sepanjang hidup ini. Tambahan lagi kalau dijadikan bahan ungkitan. Ya Allah, saya tak kuat setiap kali saya terfikirkan hal itu Ammar,” Zahirah cuba menguatkan hatinya untuk menuturkan kata-kata itu. Bahunya dipeluk bonda.
“Zahirah dengar sini, Nabi saw ada bersabda, sesiapa yang menutupi kesalahan seseorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. Tidak ada alasan untuk saya mengungkit segala yang sudah lepas. Asalkan awak mahu bertaubat, pada saya awak lebih suci daripada segala-galanya,” Ammar mengangkat wajah melihat bayangan tubuh wanita yang sudah mula disayanginya itu.
Dan sudah takdirnya jodoh Ammar bersama dengan Zahirah. Ikatan itu akhirnya diikat penuh dengan rasa kecintaan yang mendalam.
Pada Zahirah, Ammar adalah seseorang tanpa nama yang didoanya setiap masa.
Ammar tersentak apabila si isteri menggoyang-goyangkan bahunya.
“Lama abang termenung?” ditegur suaminya yang pegun dalam menungan semenjak tadi sebelum peluput telinga menangkap tawa yang terlepas.
“Fikirkan apa abang?” soalan daripada Zahirah bersambung lagi.
“Fikirkan tentang perbahasan Imam Ghazali mengenai beberapa cara untuk kita beristiqamah dalam amalan dan ibadah kita. Awak nak tahu?” sengaja Ammar menyembunyikan kisah yang terlayar dalam pemikirannya tadi.
Zahirah mengangguk. Bebola matanya memandang wajah tulus sang suami yang diterangi cahaya bulan. Memujuk mata agar terus celik.
“Pertamanya, kita mestilah bebas daripada mengejar penghargaan dari manusia. Maksudnya di sini, kita perlu betul-betul pasakkan diri kita semata-mata mencari reda Allah swt. Dengan rasa itu, pastinya kita akan berani untuk berkata benar dan tidak akan sesekali takut terhadap tekanan mahupun ancaman manusia lain.”
Ammar terjeda. Menarik nafas baru.
“Kedua pula, mencari reda Allah sehingga kita menjadi hamba yang tidak takut dikeji dan tidak suka dipuji. Yang ketiga, sentiasa mengingati mati dan berdoa untuk dimatikan dalam keimanan dan husnul khatimah. Dan yang paling penting, hati yang selalu merindui para Nabi dan sahabat di syurga. Cuba letakkan elemen-elemen ini dalam diri inshaAllah kita akan menjumpai kunci untuk istiqamah. Sayang dengar tak?” terus dia mengalihkan pandangan ke sisi apabila kesunyian mula membelit suasana.
Lihat betapa lenanya Zahirah memejamkan mata. Seperti bayi yang suci daripada dosa.
“Telah kusiapkan, satu daerah paling sunyi. Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri. Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita. Untuk kau beri erti dengan kelembutan, untuk kau hargai dengan kasih sayang..”
Semoga mahligai ini terus berada dalam landasanNya, buat bekalan bukan setakat segenggam tetapi bergenggam-genggam cinta buat Ilahi.
-TAMAT-

Thursday, 6 February 2020

KEK PISANG BUAT AYAH

DARI PENERBITAN ILHAM SANTAI.
.
.
Assalammualaikum semua. Hari ni Cik Min update KPBA dulu ya.
Cerita ni best.
Sangat best.
Menangguk emosi. ☺️
Jadi seperti biasa, ikuti langkah dibawah ya.
Support penulis baru.
Support PIS
FOLLOW 👈
LIKE 👍
SHARE 💟
TAG 5 ORANG RAKAN ANDA
PENULIS : Dalila Zamri
TAJUK: 🌻KEK PISANG BUAT AYAH🌻
🌻PART 1🌻
Kaca mata yang baru sahaja aku kenakan tadi terpaksa kutanggalkan lalu aku menutup komputer sebelum mengemaskan pakaian dan mengatur langkah ke arah tangga.
Ingin mengetahui punca kekecohan berlaku sebelum langkah terhenti pada bahagian tangga yang agak terlindung.
“Sudahlah ayah. Asyik-asyik datang sini bawak kek pisang ni. Abang Mirul tu dah overweight tau tak ayah. Sikit masa boleh sama macam badak sumbu. Bukan elok pun makan manis-manis macam ni selalu. Ayah tu pun sebab makan makanan tak sihatlah hinggap banyak penyakit. Ayah simpan kek pisang ayah ni. Tak payah bawa lagi. Ayah datang bawa diri je pun tak apa. Bibik ada boleh sediakan makanan sedap-sedap.”
Aku dengar dengan jelas suara Damia membentak ayahku satu-persatu. Paling mengejutkan, ada ke patut dia samakan aku dengan badak sumbu!
Liur kutelan menahan dada yang sendat dengan kemarahan. Aku menanti apa lagi yang ingin diperkatakan oleh isteriku walau hatiku sudah mendidih dan kepalaku berdenyut-denyut kuat. Ini adalah kali pertama aku mendengar Damia bercakap kasar dengan ayahku.
Suara ayah langsung tersekat-sekat sehingga tenggelam dan tidak jelas.
“Bibik! Bibik!”
Kali ini isteriku melaung bibik yang sedang berada di dapur. Bibik pula pasti sedang sibuk menyiapkan hidangan istimewa sehingga tidak tertarik dengan kekecohan yang berlaku.
Mujur aku sempat berpakat dengan bibik supaya merahsiakan keberadaanku di rumah pada hari ini.
Aku melihat wajah ayah terkulat-kulat menahan kesedihan dari tempat aku berdiri. Tidak semena-mena, hati lelakiku jadi tersentuh.
“Ya Puan Damia. Ada apa yang boleh saya bantu?” patuh bibik terkedek-kedek berjalan menghampiri Damia yang sedang berpeluk tubuh dalam persalinan pakaian kecergasannya.
Soalan bibik berbalas dengan rengusan kasar.
Dengan sekelip mata, Damia merampas bekalan makanan yang ada ditangan ayah lalu diberikan kepada bibik.
“Bibik ambil kek pisang dalam ni, lepastu bibik bawa balik bagi anak-anak bibik makan, ataupun kalau tak ada siapa yang nak makan, kira buang jela dalam tong sampah. Buat cepat sebelum Tuan Amirul balik.”
Muka bibik jadi serba salah. Ayah pula tertunduk kecewa. Wajahnya seolah-olah sudah dilanda kekecewaan berkali-kali. Reda dan pasrah.
Perlakuan Damia benar-benar sudah keterlaluan. Kali ini sudah tidak mampu aku tahankan lagi. Kesabaranku sudah sampai ke tahap maksima.
Tidak pernah pula aku sangka yang Damia boleh jadi melampau sehingga ke tahap begitu.
“Damia!!!!” aku laungkan nama isteri yang aku sayangi dengan sepenuh hati.
Damia tertoleh ke belakang. Nyata wajahnya terlukis dengan riak penuh kejutan dan seluruh wajahnya sudah pucat tidak berdarah.
Ayah pula tergamam dan seluruh suasana bertukar tegang.
Jeng! Jeng!Jeng!
Untuk permulaan ya.


Wednesday, 29 January 2020

JOHN WICK (2014)

J O H N W I C K
(2014)
**serius. Ini ENTRI YG PANJANG***
aka Johnathan Wick aka Baba Yaga, worst than Boogeyman, role played by Keanu Reeves. Happens to be his role walaupun pada awalnya nak diberi pada seseorang yg berada dalam usia 60-an.
Saja throwback this 1st series memandangkan xlama lagi akan kluar 3rd series of JW : Parabellum.
5 years, enough. A man of focus, commitment & sheer will pilih untuk retired dari dunia hitman, mafia. Lost his weight for about 60 pound. Settle down & leave over a woman. His late wife, namanya Helen. Sadly his-late-wife.
Not long after that, unfortunately, he's back!
Itupun selepas kereta mustang '69 miliknya kena curik & anjing dia, Daisy yang merupakan final gift dari Helen, mati.
Iosef Tarasov, the one who starts the fire. Anak kepada Viggo, ketua mafia. Russian. Dia bawak kereta JW ke Workshop Aurelio & semuanya berlangsung begitu pantas. Aurelio hello-hello JW, skjp je JW dpt tahu dalang penyerang.
Viggo dapat tahu dan terus gusar.
Dia bedal anak dia dan cakap :- " John will come to you. And you will do nothing. Because you can do nothing. "
Nak cerita yg JW dlu associate with the organization tapi dah stop that way of life.
Viggo sangat banyak script yang wise. Bertanggungjawab memperkenalkan watak John kpd anaknya.
" He killed 3 people in the bar using a f****** pencil! " -which this scene wujud dlm JW 2. Dramatik nau.
Oh ya, just my view, to me, the mafia organization sgt wicked and fully, sistematically organized.
Bermula dengan waste disposable yang bersihkan mayat2 dalam rumah JW conducted by Charlie, open killing/bounty contract 2 million dari Viggo ke Marcus, code of conduct : no business can be conducted in this premise lest incurring heavy penalties yg dijalankan di hotel The Continental, milik Winston, the world most elite assasine stay, dan pergh! Bagi gold coin je kot, semua urusniaga boleh berlaku.
Dalam club yg tletak dalam hotel tu jugak, JW dpt info yg Iosef ada di Red Circle, happen to be kelab hiburan 2 tingkat.
JW menyelinap masuk Red Circle, shoot semua orang macam main game PS4 ,headshot point tak terkira, fuh! Seriously hahahaha. Gila sharpshooter.
Dia bunuh Victor, kenalan baik Iosef dan dpt maklumat anak si Viggo tu dkt Bath House.
Scene action takyah ctelah, mmg worth watching. Takde chance langsung nk selamatkan diri. Teknik dan gerakan semua JW boleh baca tapi still tercedera, left abdomen.
Balik Continental, ada doktor yg mmg dlm dunia mafia(kot) rawat luka & bg painkiller pd dia.
3 pagi. Marcus aka kwn lama yg pada aku masa tu, unsure dia baik ke x, shoot dkt dlm bilik hotel JW utk sedarkan dia, ada seseorang mmburu.
Perkins. Ms Perkins. The girl who knows how to fight. Villain yg defeated akhirnya buka mulut utk selamatkan diri. " Little Russia. Church near Cannon Court. Place where he put his private stash. " - duit kotor milik Viggo.
Kejap je JW sampai church siangnya lepastu ugut paderi utk buka gate security dan bakar the vault. Lol!
Ashes to ashes. Kempunan member nak merasa duit haram.
Tak lama tu ada scene action gila2 punya sampai JW defeated dan jadi tahanan Viggo.
" PEOPLE DON'T CHANGE. TIMES, THEY DO. "
Power whoa ayat ni! Viggo yg cakap. Kuat falsafah ketua mafia ni. Huhuhu..
Time ni dpt tahu Marcus ni baik. Dia tembak org Viggo lps llki tua tu blah. JW berjaya lepaskan diri dari pergelutan dan kejar Viggo.
Dapat Viggo, ingatkan JW nk setelkan je llki ni tapi tak. Dia walked away with info yg Iosef ada di Safe house. Brooklyn. 434 Wallace Palace.
Marcus jumpa JW ckp bla-bla-bla pasal settle down. Tak lama lpstu dia kena dragged dalam satu rumah, kena bunuh dgn Viggo bersaksikan Perkins sebab betrayed dan langgar cardinal rule, settle.
Penamat Perkins, dia trima call dari Continental pergi ke 1 tempat, dtg 4 lelaki setiap penjuru pegang revolver, bersama Winston, " Miss Perkins. Your membership to The Continental has been by thine own hand, revoked! " Bamm! Empat2 org tu shoot dia serentak.
Viggo? Konon nak lari dengan heli tapi come on, JW kot. Kompom dpt kejar walau bagai nk gila shooting scene. Lama. Satu2 mati. Sampailah battle between JW dgn Viggo. No guns. No bullet.
Fight like a real man.
Last, Viggo mati dengan last word, " Be seeing you. "
Scene yang very fast moving.
Few flashbacks.
Finally, JW pegi vet, rawat diri, staple his open wound yg kena stabbed by Viggo dan bebaskan seekor anjing.
Dan itulah kisah John Wick yg kembali semula ke dalam dunia gelapnya kerana kematian Daisy, si anjing hadiah terakhir dari Helen.
The final gift.
Semblance of hope.
Opportunity to grieve unalone.


CHRIS EVAN in SNOWPIERCER

S N O W P I E R C E R (2013)
lakonan Chris Evan as Curtis Everett.
Arahan Bong Joon Hu, Korean people.
Durasi : To be precise 2 hours. 6 min lagi ending penghargaan.
Plot cerita : Dalam gerabak keretapi
Plot masa : 2014 (past), 2031 (present)
Analogi : Allegori (what you perceive tak bermaksud ianya adalah suatu kebenaran yang hakiki)
Video ni terlalu panjang sampai aku rasa kena cut tapi siapa kenal aku, aku tetap nak cuba jugak bercakap walaupun bakat aku tak hebat mana. Sebab the only thing yang aku selalu put trust dalam diri adalah practise makes perfect.
Kau nak baca,baca. Kau nak layan video aku bercakap,layan. Simple treatment.
Ok, back to apa yg aku nak sampaikan, movie ni adalah pengisahan dystopia yang berlaku dalam train. Suatu kawalan sosial yg berlaku dalam gerabak depan ke belakang. Belakang sekali of courselah yg darkness life punya cerita.
Dipendekkan cerita, Curtis memimpin satu revolusi dari gerabak belakang semata2 untuk menawan Wilford.
Masa Giliam(lelaki tua, so called wise man with wisdom) ni tanya apa yg Curtis nak buat kalau berjaya tawan gerabak hadapan yg menempatkan Wilford, dia macam tak pasti dengan apa yg akan dia buat. Bunuh? Jawab Curtis.
Gilliam balas, killing only continue this oppressive system. Lol!
Aku pun macam tak jelas dengan tujuan Curtin.
In fact, sampai ke akhirnya. Apa yang kau cuba nak ubah sebenarnya? Tak steadfast langsung niat dia.
For ur info, Wilford ni adalah pembina train yg juga merupakan penjaga enjin suci lagi abadi. Enjin tu lah yg menjadikan train yg mereka naiki tu terus menerus bergerak walaupun di atas landasan yg tak diselenggara.
Train ni kalau korg dgr video aku, adalah train yg tahan suhu sejuk melampau dan panas melampau. Bergerak dalam bulatan merentas dunia bertahun2 lamanya. Setiap tahun baru akan disambut ketika train melepasi Jambatan Yekaterina.
Demi nak merealisasikan revolusi, Curtis & survivors yg ada kena melepasi dari satu seksyen gerabak ke satu gerabak yg lain selepas dpt klu red note dalam block protein milik Timothy anak Tanya (perempuan middle age bkulit gelap) berusia 5 tahun yg tertulis nama Nam Koong Min Su (Korean people) pakar keselamatan yg ada di seksyen penjara dan seorang penagih dadah sintetik, Konole.
Dia ada anak perempuan nama Yona umur 17 tahun dan dia minta diorang bebaskan Yona sekali in order to fulfil the revolution.
Aku selitkan tahap gross blok protein ni adalah level paling menggelikan dalam skala yg ada, bayangkan benda alah tu diproses daripada lipas dan benda yg diorang makan tu adalah lipas. Wekkk! Nak muntah hijau dibuatnya.
Diorg travel dari gerabak ke gerabak sampai ke seksyen sbelum sampai ke bahagian seksyen bekalan air, diorang terpaksa tempuh masked man with an axe yg disalurkan dgn darah ikan (anti-coagulent).
Antara manusia yg menakutkan. Time ni fighting scene gila2 lepas Mason (menteri Wilford aka jurucakap) bagi arahan manusia ni utk pakai night vision teropong dan membunuh.
Walaupun at last diorang survive dlm pembunuhan yg very impossible to win ni, aku still merasakan yg thats all about luck.
Aku cepatkan penceritaan sampai ke part Curtis terpaksa buat pilihan antara Edgar yg hampir dibunuh dengan nak tawan Mason. Guess what, Curtis pilih utk tawan Mason dan Edgar si kawan baik dia ni mati.
Next, Mason tawarkan Curtis & the geng ni expedite way utk cepat sampai ke Wilford. Dari situ diorang lintas seksyen yg penuh tanaman hijau, lpstu satu ekosistem akuarium yg tertutup, sempat makan sushi yg hanya dibuat 2 kali setahun (Jan & Julai sahaja **noted dlm video aku tsalah sebut. Hehe), seksyen daging mentah, sampailah ke seksyen paling cerah dengan warna iaitu sekolah.
Sekolah ni tempat battle yg diorang kena survive lepas memerhatikan dakyah yg disebarkan. Menurut kanak2 kat situ, gerabak belakang adalah manusia pemalas dan suka buat hal sendiri. Pada diorg jgk, kluar dari train bermakna menempah kematian sendiri. Kt sinilah part alegori menjadi premis utama selain daripada penekanan ideologi distopia, capitalism dan feudalism.
Survive serangan dkt seksyen sekolah, Curtis tembak Mason lps tgok Giliam kena tembak mati, dia bergerak ke depan. Ke seksyen yg menempatkan klinik gigi, tempat ukur baju, luxury stuff, bar, salon, swimming pool. Like wow!
Sampai ke satu tempat berlampu warna kuning (shower room) satu pergelutan dan pembunuhan berlaku lagi dan yang survive hanya Curtis, Nam & Yona.
Diorg teruskan bergerak sampai ke gerabak last sebelum bertemu Wilford, Nam stop buka pintu.
Pada dia mission dia dh selesai tapi x pada Curtis. Dia nak berdepan dgn Wilford and worst thing he want to do is probably by killing that man without mercy.
Sampai part yang beberapa minit kebelakang ni memang banyak wisdom. Korang kena teliti dan fahamkan mengenai teori keseimbangan populasi dalam closed ecosystem, revolt, natural selection, buruh paksaan dan kenapa Wilford terpaksa lakukan oppression demi mengekalkan apa yang telah dia bina selama 18 tahun ini.
Pada yg tak tengok lagi, aku suggest korang tengok.
Ending dia biasalah bagai nak gila aku hadam walau tak seindah ending Hunger Games Mockingjay Part 2.
Mgkin penunjukan wujudnya polar bear dalam last scene adalah simbol hope.
Bak kata Presiden Snow dalam first series of Hunger Games,
" A little hope is effective. A lot of hope is dangerous. So contain it. "
Kisahnya relevan.
Khusus pada masyarakat kini, marhaen macam kita yg selesa duduk dalam dakyah feudalism.
Membiarkan orang atasan memikirkan dan memberi garis panduan tanpa kita sendiri cuba sedaya upaya memikirkan sesuatu. Aku admit, termasuk aku.
Kita takutkan percaturan kita silap.
Kita takutkan apa yang kita pertahankan musnah.
Kita terlalu takut keamanan yg kita ada tak dapat dipertahankan.
Kita selesa dalam circle yang kita ada.
Lupa yang masih ada manusia yang hidup dalam kegelapan mengharap tingkah keadilan dari pihak atasan.
Sehingga segalanya berlalu dalam bystander effect. Kita pilih untuk menolak-nolak daripada kluar membantu.
People just keep going. Avoid all pains & sacrifice.
Dari sentimen yang berbeza, buat aku terfikir, bagaimanakah nanti caranya kebangkitan Islam akan berlaku?
Bangkit selepas kemusnahan atau bangkit selepas berlakunya proses diplomasi yang panjang?
Whatever it is, one day we will have to face it.
Sekian.
My verdict : 8/10 ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐


Song Lyrics Beneath Your Beautiful by Labrinth ft Emeli Sande

This song stuck inside my mind.
A beautiful song, guys. R&B ballad
Sixth single of Labrinth's debut album.


BENEATH YOUR BEAUTIFUL

You tell all the boys no
Makes you feel good yeah
I know you're out of my league
But that won't scare me away oh no
You've carried on so long
You couldn't stop if you tried it
You've built your wall so high
That no one could climb it
But I'm gonna try
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now girl, take it off now girl
I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight
You let all the girls go
Makes you feel good, don't it?
Behind your Broadway show
I heard a voice say please don't hurt me
You've carried on so long
You couldn't stop if you tried it
You've built your wall so high
That no one could climb it
But I'm gonna try
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now boy, take it off now boy
I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight
Oh, tonight
See beneath, see beneath,
I Tonight I
I'm gonna climb on top your ivory tower
I'll hold your hand and then we'll jump right out
We'll be falling, falling
But that's okay
Cause I'll be right here
I just wanna know
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now girl, take it off now girl
Cause I wanna see you say
Would you let me see beneath your beautiful tonight
Tonight, see beneath your beautiful
Oh tonight, we ain't perfect, we ain't perfect
Would you let me see beneath your beautiful tonight

My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella

Please refer the pictures down below guys!

Just want to show you how Sophie Kinsella separated the place plot inside this novel (My Not So Perfect Life)
A Londoner life vs Farm's Life.
How Katie so desperately want to keep up with her job at London (disclosure : living in a tiny room with no space wardrobe) rather than living peacefully at Somerset.
She even thought that being lame is better than looking broke.
She thoughts that Demeter (her boss who had random attitude that makes people tired to keep up with her) noticed her and that would be her calling card, but later where all things become worst, when Demeter who never ever could really remember her name, fired her just like that.
Cat (Nickname as Londoner) would never get a chance to pitch her the right idea.
Next, Cat going back to Somerset saying that she's in sabbatical to her stepmom and dad and since then she had built up a whole fictitious life.
They trust her just like that.
Then, Cat manage all glampings camp at her family's farm and the conflicts began when Demeter came to her place for vacation.
Is Demeter will noticed her at the first glance?
If she noticed, would she brag to Cat's dad that his daugther are unemployed from her company?
Or maybe Cat should use the chance by getting her job back?
Or is it Demeter- who potray the life that I am a woman who own everything -actually have such an idyllic life herself (Cat).
Well i've only read at Chapter 13 but this story is sooooo amazing!
I mean every single lines falls in a right place.
I dunno why but I kinda miss life during the time when I read her Shopaholic's series.
All the imagination created inside my mind just came alive like a movie.
Maybe I should find some time to have a good movie during free time.
😉

Wednesday, 27 November 2019

REVIEW SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE (Part 1)


Assalamualaikum wbt semua.

Bukan main ke laut blog ni selepas beberapa tahun berlalu.Dari kerjaya admin and finance exec kemudian bergelar cikgu selama hampir 4 tahun dan akhirnya kembali ke kerusi admin and account assistant, life is surely a roller-coaster ride.
Kemain kau! hahaha.

Macam-macam cerita, macam-macam dugaan.But still, life must go on!
Tajuk entry je dah tajuk restoran, apa lagi kalau bukan tempat untuk makan tapi sebenarnya adalah tempat baru untuk aku menabur khidmat juga tempat aku mencari rezeki.

Rata-rata orang yang taip tajuk restoran ni mesti nak tahu pasal review kan?So, demi tak menghampakan korang,meh aku share sikit pengalaman sepanjang aku makan dekat restoran belakang Melawati Mall ni (gambar nanti aku post entry lain, nak type entry ready to post je ni)

1) Menu semua best-best
2)Setiap harga menu diletakkan di sebelah gambar jadi tak payah kau buat suai padan harga dan gambar

3) Walaupun gambar tu katanya illustrasi tapi apa yang kau dapat lebih kurang sama dalam gambar, plating kemas, cantik dan menyelerakan

4) Ada menu wagyu ikut gm, bolehlah mencuba

5) panna cota sedap

6) Chicken chop kenyang, kalau nak kongsi pun boleh. kalau rasa kedarah banyak, order lain.

7) daging-daging pun best, nama pun steakhouse. ada rib eye, tenderloin etc etc, jangan lupa nak medium well ke, well done ke all the best ke, nanti diorang preparekan.

8) ada pizza, jangan risau.

9) set untuk kanak-kanak pun ada, yela mana tahu nak portion kecik, kang membazir

10) kalau suka burger, ya burger pun ada

11) pilihan air pun banyak, milkshake ada juga cuma aku belum try.

12) yang penting, harga berpatutan!

haa baca pun rasa macam lapar dah. okey nanti aku share lagi taw. nak makan jap. bye Assalamualaikum.











Wednesday, 20 November 2019

AKU JUGA ISTERINYA : PROLOG

"Kenapa Alin? Kenapa?!!!" 
Mariam menaikkan suaranya seoktaf. Serasa hendak pecah dadanya melihat skrin telefon yang dipenuhi  dengan gambar akad nikah seorang perempuan yang telah dibesarkan olehnya dengan bersusah payah sepanjang hampir 16 tahun bergelar ibu tunggal.
"Mak..."
Syazlin sudah memeluk kuat betis ibunya. Air matanya berjuraian jatuh membasahi seluruh wajah. 
"Mak, ampunkan Alin mak..ampunkan Alin."
Dia mencium-cium kain batik yang dipakai oleh wanita berusia pertengahan 50-an itu sehingga kain itu basah lencun dibasahi air matanya.
"Kau..kau memang dasar anak lupa diri Alin!"
"Mak!!"
"Kau pergi Alin! Kau pergi! Aku tak mahu lihat muka kau sekarang. Kau pergilah hidup bahagia di atas kehancuran hati seorang wanita lain. Kau pergi Alin. Pergiiiii!!!!!"
Mariam menolak kepala Syazlin lalu diseretnya tubuh anak perempuan yang telah berusia 24 tahun itu ke muka pintu tepat di hadapan tangga.
Dia melihat sebuah kereta terparkir di hadapan laman rumahnya.
'Huh!'
Sudahlah berkahwin dengan suami orang, si suami pula langsung tidak menampakkan wajahnya, sekadar menanti di dalam kereta Mercedez Benz berwarna keemasan.
"Dasar lelaki pengecut!"
Lalu, Mariam meludah ke tanah.
Syazlin sudah tidak mampu berkata apa-apa. Wajahnya merah padam menahan rasa sedih yang tidak tertahan lagi.
Dalam beberapa ketika, Mariam melihat seorang lelaki segak berusia lingkungan 30-an keluar daripada kereta tersebut datang menghampirinya.
Langkahnya panjang dan sekejapan dia sudah berdiri di hadapan Mariam.
"Mak, saya Aazif, suami Syazlin.." si lelaki itu datang penuh hormat ingin bersalaman dengannya sambil melirik pandang ke arah si isteri yang sudah tidak terurus dengan keadaan tudung yang senget-benget dan air mata yang bercampur antara kering dan yang baru mengalir.
Mariam menyinsing lengan kurung kedahnya.
"Haa bagus, patutnya kau yang datang daripada tadi. Ini tidak, kau biar anak aku mengadap semua benda ni sendiri. Itulah jantan. Penat-penat aku besarkan anak aku, tiba masa nak kahwin, aku yang  kau belakangkan! Dasar anak kurang ajar!"
Mariam menonyoh-nonyoh kepala Syazlin yang masih duduk melutut di sebelahnya.
Hatinya geram benar melihat wajah Aazif yang penuh rasa bersalah itu, juga mendengar si anak yang tersedu-sedan daripada tadi.
Aazif cuba menghalang namun dia tidak terdaya apabila melihat si isteri menggeleng bersama dengan wajah sayunya.
Dia hilang kata.
"Disebabkan korang dah bagus sangat kan. Tak perlukan orang tua hina macam aku ni, dahlah tak berpelajaran tinggi, bodoh pulak tu, kau pergi berambus dari sini. Bawa bini nombor 2 kau ni sekali. Pergi!"


Thursday, 8 November 2018

Review Undercover Wife by Zura Rahman

Review UNDERCOVER WIFE
Tulisan Zura Rahman Novelis

(Action-Thriller-Romance-Mystery-Islamic)

Plot awal cerita dari m/s 1-79, writer berada dalam mode flashback, back-to-back with the past story & dlm masa yg sama try to blend well dengan present time (Genting,Malaysia-Rome,Italy-Malaysia).

Modenya agak beremosi, rentaknya agak perlahan tetapi tenang untuk kita mula belajar memahami kisah Elena(Elle)-Roman. Kisah Elle yang kehilangan Roman pada keadaan genting. Kedukaannya yang mendalam, dipendam selama 4 tahun.

Oh ya, writer nampak comfortable dlm menggunakan bahasa Inggeris dalam kebanyakan aktiviti perbualan. Adakalanya terselit dialek Sarawak apabila conversation melibatkan Elle-Eddy, juga ada sedikit bahasa Ukraine antara Eva-Wolfe.

Mungkin lebih mudah pada author untuk memahamkan kpd reader tentang keadaan pada waktu itu adalah keadaan yang sebenar cara wataknya berkomunikasi.

Seterusnya, waktu ini juga kita didedahkan dengan watak Emma (sahabat Elle yang for me quite clueless), Rafique (best buddy for Elle & Roman), Rya (adik Roman), ex parent-in-law Elle, Qaish, Eddy (kawan Elle : Sarawakian boy), Dania (MUA, kwn Eddy), lelaki misteri (that man) yg wajahnya seiras Roman bernama Wolfe dan wanita berambut kuning emas si blondie bernama Eva (that-man dates).

Selepas selesai mode penerangan & penyesuaian,  gaya bahasa writer mula relaks, tak terikat dan menemui rentak yang membuatkan I can feel the emotion attachment sepanjang pembacaan yg cuba diexpresskan oleh writer.

Elena, wataknya digambarkan secara fizikal sebagai seorang wanita yang mempunyai black raven hair, berkaki panjang,  alpha female & tentunya cantik. Past lifenya banyak dihabiskan di kelab malam walaupun bukanlah pengunjung yg tegar sebelum Roman, seorang anggota PDRM (yang sepatutnya menjadi peguam) menghulurkan salam perkenalan dan memberitahu niatnya yg ikhlas utk memperisterikan Elle. Fyi, hanya Roman sahaja yang tahu cara melenturkan sikap keras kepala Elle.

Rasa nak menyelit jap, Ila rasa I got this second lead hero syndrom la, Ila macam dah terjatuh 'suka' dgn watak Rafique! Hahaha..suka dengan keprihatinannya, sikap setiakawannya, cara dia berfikir, analytical, the way he show his respect pada Elle & macam-macam lagi.  (Mungkin sebab dia tak berpunya kot 😋) Hiks!

Back to the topic kepada perjalanan cerita ini, bermula sahaja detik Elena dengan 'berani'nya pergi approach, follow Wolfe secara rahsia dan tak lama selepas itu dia pula diapproach secara terang²ngan berkali-kali oleh Wolfe, dari situlah jalan cerita ini semakin menarik. Tak pernah Elle sangka, gut feelings yang dirasakan itu telah membawanya kepada suatu rencana yang lebih besar. Elle yakin suaminya masih hidup.

" I can't bring myself to believe that you died without seeing your body. I'm sorry abang. I have to do this.."

Wolfe banyak perbezaan perilaku fizikalnya dengan Roman. Roman for me is quite a decent man, beriman pada agama Islam, workaholic, full integrity as policemen dan kalau nk compare dengan Wolfe, yang daring, bertindik serta bertatu serigala itu, terlalu jauh beza antara mereka. Macam langit dengan bumi.

Cumanya, ketika Elle dalam undercover utk menggoda Wolfe, satu-persatu keperibadian lelaki itu semakin tersingkap sehingga membuatkan Elle semakin penasaran.
Dia sangat-sangat desperate utk buktikan Wolfe tu adalah Roman, suaminya yang telah mati 4 tahun dulu. Merayu sehingga dia sendiri hilang rasa malu. Part ni kalau dikembangkan lagi atau ditambah beberapa babak yg mendebarkan mungkin lebih umphh and fully utilize the title of novel.. Hee..

Namun lain pula pada Wolfe, dia menganggap Elle sebagai escapade. Pengubat buat dirinya dari belenggu kehidupan yang keliru lagi menyesakkan dalam dunia Ku Zahari, Nick si sidekick & Eva yang terlalu mendesak.

Dalam m/s 177 & onwards, readers akan temui dua nama yang saling bersangkutan, ila xsure tertypo atau tidak, atau rasanya mungkin writer sengaja tulis nama itu untuk menunjukkan peralihan watak. Mungkin. Hee..

Pada ila, frankly speaking, emosi Elena & Wolfe yang cuba writer sampaikan mengena.
Feelnya boleh buatkan dada naik sesak.

Kita dapat rasa kesedihan Elena.
Kekeliruan Wolfe.
Kecemburuan yang tak tahu layak atau tidak utk ditonjolkan.
Kasih sayang yang tak bertepi.
Adegan romantisnya yang membuatkan kita rasa nak cringe walau keadaan sebenar bagai tak memihak pada takdir mereka.
Simpati, empati bergaul rasa macam tak berpenghujung.

Beralih pada babak action thrill, ianya ditampilkan oleh writer secara detail pada m/s 391 onwards yang mana sebelum itu berlakunya babak-babak yang menyebabkan keadaan Wolfe semakin tertekan. Tertekan dalam menelan kebenaran walhal kebenaran sebenarnya semakin mendekat tetapi terlalu jauh untuk diselesaikan begitu sahaja.

Cerita ini seterusnya berkembang dengan gabungan Rafique & shbt baiknya aka The Brilliant Duo,  meneruskan siasatan kes misteri berkaitan dengan money laundering, kes pembunuhan, penculikan terancang, penjualan dadah yang cuba di link kan melalui penemuan demi penemuan pelbagai sumber maklumat dari penyiasatan namun masih tergantung , masih tak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan dan dihadapkan ke muka pengadilan. Licik sangat penjenayahnya.

Secara keseluruhannya, Undercover Wife adalah menarik untuk korang ikuti bagi mengetahui siapakah dalang sebenar kes-kes tersebut.
Macam mana cara nak tumpaskan si penjenayah.
Gaya bahasanya baik dan sesetengahnya memerlukan kerajinan kita untuk explore makna sebenar ayat tersebut.

Ketika dalam pembacaan pula, akan ada satu rasa natural yang kita sendiri nak tahu siapa sebenarnya 'dia'?
Apa motif semua jenayah ni berlaku?
Mengapa dia menutup kejahatannya yang terlalu besar tu dengan 'topeng' kebaikan?

Dan sesungguhnya kisah ini juga sedikit menyuntik elemen islamik serta menyedarkan kita bahawa takhta-wanita-harta boleh menjadi virus yang meranapkan sistem antibodi, menjadikan manusia buta menilai yang mana hak dan yang mana batil, yang mana halal dan yang mana haram.

Pada pandangan peribadi ila, ila sebenarnya mengharapkan agar watak Elena ditonjolkan dengan lebih berat lagi. I want more. Elena dalam UW sangat bold dlm emotion, resilience and determination, but to put her in action mode, makes she looks like a real fighter dan fight for her right in strong way. Hehe.. For me, being strong and educated in the same time are the real definition of sexy woman.

All in all, happy reading to all!
Pandangan kita mungkin berbeza pada seluruh sudut, but so you know, matlamat akhir kita mungkin sama, what will happen to Elle-Roman-Wolfe?
Apakah ada titik noktah yang terbaik dalam hubungan yang gantung tak bertali itu?
Apa sebenarnya takdir yang sedang menunggu?
Masihkah ada harapan agar semuanya kembali normal seperti sedia kala?

' To love is to let go when it matters... '

Untuk anda yang inginkan jawapannya, dapatkan novel #UNDERCOVERWIFE tulisan kak Zura Rahman sekarang!
😉

#ilasukabuku

Wednesday, 7 November 2018

Review novel ANASTASIA by Syu Ariani

Review ANASTASIA
(Action-Thriller-Romance)

ANASTASIA adalah karya yang mengangkat tema thriller yang sangat mendebarkan!
Mengetengahkan isu pengkhianatan sebagai subjek utama penceritaan.

" Orang kata, keep enemies closer!  "

Setiap babak dalam aksi pertarungan digambarkan secara detail, kemas & menarik.
Bermula dengan Elyana sebagai buruan utama sebelum beralih kepada Aina yang tidak semena-mena turut diburu oleh entah siapa di luar sana.

" Jangan ambil alih tugas malaikat dalam dunia  penuh syaitan! "

Serius bayangan masa tu macam tengah tengok action movie.

" Never show your back to opponent. A small mistake to you but a big opportunity to them! "

Watak utama dalam kisah ini adalah Aina Natasha & Arhan Yuzlan (badass couple : Harley Quinn x Jocker hahahahha)
Dibantu oleh Tengku Elyana, Tengku Hadi, Tengku Iskandar, Khalidah, Tengku Yusri, Naufal, Syamel, Adib, Farhah dan beberapa watak yang lain.

Aina Natasha merupakan seorang kakak tiri kepada Tengku Elyana yang sanggup mengorbankan nyawa demi adik tiri lain mak lain ayah itu.

" Saya terhutang budi dengan dia. Selama 13 tahun saya hidup dalam keluarga dia, saya dilayan dengan baik. Terlalu baik....
Jadi apa salahnya saya bahayakan diri untuk dia? "

Aina. Dia digambarkan sebagai seorang yang sangat lincah,hebat dalam mempertahankan diri, strong determination dan sangat tangkas membaca pergerakan musuh. Semangat dia memang kuat. Resilience dia untuk survive pun tinggi tetapi seorang yang pemaaf dan ada soft spotnya yang tersendiri.

Arhan pula seseorang yang mysterious, tangkas berlawan, merupakan anak kepada Tengku Yusri yang sah taraf. Tersepit dengan kehendak ayah yang mahu menjodohkannya dengan Tengku Elyana dan perasaannya yang terpendam sehingga 13 tahun lamanya terhadap Aina Natasha.

" I am thankful to Aina Natasha. Dialah punca Hans setuju galas tanggungjawab Tengku Arhan Yuzlan.. "

Dalam karya ini, rencah romancenya tidak terlalu melampau dan cheesy tetapi cukup membahagiakan sampai adakalanya ila tersengih lebar seorang diri.

" I love it when you call me Arhan. Tapi lebih best kalau awak panggil saya 'abang'. Rasa macam di awang-awangan.. "

Aina pada Arhan adalah kekuatan dan kelemahannya. Saingannya adalah Hadi yang sangat mencintai Aina.

" ....bunuh Aina Natasha, Hans bunuh diri! "

Adrenaline rush pula bermula dari awal cerita sampai ke akhir. Elemen thriller sangat menjadi.
Kita jadi keliru, siapa sebenarnya baik dan siapa sebenarnya jahat.

Lepas peleraian kes cubaan membunuh Tengku Elyana, jalan cerita slow sikit.
Tak sangka sebenarnya Aina merupakan seorang manusia yang forgive & forget.

" I might lie about everything else but I dont lie about my feelings.. "

Part yang slow tu pun lebih kepada selingan dan proses bertenang serta clarification perasaan antara Aina & Arhan.

Tapi little did they know sebenarnya dari detik itulah, satu demi satu rahsia terbongkar.

Tembakan jarak jauh-kebakaran-penculikan-pertarungan-agenda kotor-pergaduhan salah faham - pernikahan mengejut :- Satu-persatu dugaan datang menjelma namun banyak juga part yang terlerai satu-persatu dari pertengahan cerita tetapi ila hormati writer dan reader untuk tidak spoilkan apa-apa. Hehe..

Part Khalida, ibu kepada Aina agak predictable.  Seorang ibu yang protective terhadap Aina tetapi terlalu banyak kepura-puraan dihadapan Elyana dan Tengku Iskandar manakala Tengku Iskandar, bapa kepada Tengku Elyana pula seseorang yang mudah percaya kepada topeng Khalida dan kata-kata seseorang yang rapat dengannya. Deceiving & betrayals dah macam mainan utama dalam kisah Anastasia ini.

Dalam masa yang sama, ada juga terselitnya part kerohanian yang menjadikan kisah ini seimbang pada semua arah.

" Sekuat manapun seseorang dan sedalam mana pun cinta kita, hakikatnya kita manusia biasa. Kita perlukan reda Allah, Aina. Kita perlukan perlindungan Dia. Kita perlukan Dia untuk jaga kita dan hati kita.. "

Frankly speaking, secara keseluruhannya, cerita ni sangat recommended!
Gaya bahasa yang mudah dihadam & plot penceritaan yang jelas.

Memulakan pembacaan cerita ini akan membuatkan korang akan nak tahu siapa dalang & pemegang topeng palsu kejahatan yang sebenar dan apakah motif segalanya ini bermula sampai habis. Hehe.

Apa-apa pun, happy reading guys!
Hope this review dapat bantu korang dalam menilai jalan cerita Anastasia ok?

p/s : gambar James Mc Avoy & Nina Dobrev (ehsan google)  hanyalah sekadar imaginasi ila semasa membaca novel ini.

#ilasukabuku

Wednesday, 10 October 2018

CRAZY RICH ASIAN [PART 2 : Eleanor Young aka Elle] [PART 3 : Rachel Wu] [PART 4 : Nicholas Young aka Nick]

CRAZY RICH ASIAN
[PART 2 : Eleanor Young aka Elle]
[PART 3 : Rachel Wu]
[PART 4 : Nicholas Young aka Nick]

#ilaCRAbook
#ilasukabuku

Ok kita gabung 3 part ni altogether in just one posting sebab plot ceritanya berterusan walaupun sets in different places.
I can see yang author sgt particular dalam part explanation.. Every. Single. Thing. Kalau nak tahu detail, korang kena baca buku ni sebab i wont rewrite dalam posting.. Cramp jari oii.. Plus i respect the author. Hehe.

[PART 2 : Elle]

So, to cut it short,  dalam Part 2, setiap hari Khamis, Elle akan pergi ke rumah Datin Carol Tai for Bible study luncheon, yg join the meet up adalah Daisy, Lorena & Nadine.
Ila just skip part ni sebab diorang study sikit lepastu banyak converse on jeweleries, travel, gossip and macam2 lagi.

Dalam conversation tu, Elle and the ladies asyik sebut and refer Best jewelleries comes from Burma padahal dah 20 tahun nama negara Burma tu bertukar kepada Myanmar.

Daisy : Ladies,  you need to stop called it Burma. Its been called Myanmar for than 20 years now.
Elle : Alamak!  You sound like Nicky. Always correcting me!

And you know this aunt-preneur(makcik bawang) apa lagi gosip hangat pasal Nick lah!

Diorang sibuk tanya Elle pasal plan Nick jadi Best man utk wedding Colin and who is the guest yang Nick akan bring in home.

Elle puzzled gila. Dia memang tak tahu apa & admit sendiri.

Elle : But you know my son -- I'm always the last to know anything.

Tiba-tiba, time diorang nak sambung gosip lagi, husband Datin Carol masuk dalam ruangan diorang. Si aunt-preneur cakaplah pasal perempuan Taiwan ni (sokseksoksek). Si Dato' tu selamba je cakap Taiwan girl is lovely.  Padahal si Elle and the ladies memang tak setuju gila. Diorang lebih percaya yg Taiwan girl adalah kaki kikis/gold digger. **They are guessing that Nick's gf is Taiwanese.

Sebelum gosip berlanjutan, Dato' Tai tu terus bagitahu pasal saham dekat Sina Land tengah jatuh merudum.

Terus gelabah semua org!  Call broker masing-masing & shorting the shares.

Datin Carol bertafakur, dia berdoa kuat2 supaya God save and bless all her friend. Elle amenkan tapi dalam masa yg sama dia berdoa ' A Taiwanese girl. Please God let it not be true.. '

[PART 3 : Rachel]

For this part, author explain yang every night Rachel akan call mom dia, Kerry Chu sebelum tidur.
Ok cop!  Both Rachel dgn Nick ni academician taw. More like profesor (or mgkin pensyarah)  kot. Rachel is Chinese-American and mom dia broker hartanah (kot.. Hahaha)

Mak Rachel ni macam hold up hopes and expectation yg tinggi towards this two lovebird (Rachel x Nick) lagi-lagi time Rachel bawa Nick balik rumah masa Thanksgiving ceremony.

Compare mak Rachel dengan mak Nick, mak Rachel sangat terbuka termasuklah part sleeping arrangement. Selamba je dia cakap anak dia dah 2 tahun couple dgn Nick tapi sampai skrg tak move in together. Lol!  A typical American.

Rachel bagitahu mak dia pasal plan Nick ajak dia ke Singapore & mak Rachel apalagi bersorak lah! Cecepat Rachel suruh mom dia stop the excitement and focus on what yg dia nak sampaikan.

Kerry : Trust me, every Asian woman loves free gifts.
And Rachel be like : Don't worry mom. I'll take care of it. 🙊🙊

[PART 4 : Nick]

Nick macam takleh brain. Seriously dia macam bingung bila Rachel piled up questions yang pada dia macam,

Nanti kat sana kat mana tempat for staying? Nak bagi hadiah apa?
Apa yang Nick share pasal dia dkt family?

Nick seolah-olah nak cakap pada Rachel 'come on overthinking sangat ni' tapi tak sampai hati. **at the same time, author explain details how much Nick adore her gf. Phewww!

Disebabkan itu, Nick terus teringatkan conversation dia dengan Astrid last week ago bkaitan dgn plan to invite Rachel back to Singapore.

Astrid : Come on Nicky!  This is not ' just a summer holiday'!  Thats not how woman think and you know it!

And korang dah boleh guess kenapa Rachel perlu overthinking.. Nervouslah dia sebab nak jumpa family Nick as in maybe family-in-law in future (lol!)

Tapi kt sini jgk ada part yang Nick sebenarnya tak bersedia pun untuk get married and commit.
Errr.. Geram sikit.

Astrid : Nicky, how much does she know?
Nick : About what?
Astrid : About our family.
Nick : Not much. You are the only one she met.....

Wuuhuuuuu!  That will be cliffhanger guyssss!
Hahaha..

How come you dunno about your bf's family even after 2 years? Looks like they actually dont even have any planning to end this relationship with marriage or is it they really put on respect gap towards each others private life?  🤔

Heee..
So here the end of part 2,3 & 4 guys!
Bye~

#ilasukabuku

CRAZY RICH ASIAN [PART 1 : Nicholas Young x Rachel Chu]

CRAZY RICH ASIAN
[PART 1 : Nicholas Young x Rachel Chu]

Yeayyy! 
Part 1 yang very straightforward dan perkembangan cerita yang baik. 👍

Location : Tea & Sympathy, New York (2010)

Nick tengah makan scone manakala Rachel tengah minum teh.

Rachel (29 years) macam hesitate dengan plan Nick utk bawa dia ke Singapore masa Summer Holidays.

Dia cakap yang dia taknak jadi distraction buat Nick utk jalankan tugas dia sebagai Best man time majlis kahwin Colin tapi Nick cakap yang majlis tu cuma one week je. Ada banyak masa utk diorang berdua spend together and enjoy. 

So time ni lah Nick main politik, dia cakap kt Singapore tu syurga makanan lepastu dekat sgt nak pergi Malaysia, naik jambatan je.. Boleh pergi Hong Kong, Thailand, Cambodia & siap boleh island hopping lagi kt Indonesia.

Part yg cute tu, Nick cakap yg Ah ma dia punya scone is very Best in the world sambil slowkan suara, tengok kiri kanan.. Kekeke.. Comel!  Dia cakap taknak jadi persona non grata especially tempat yg dia makan scone skrg ni adalah his favourite cafe. 😻

Tapi little did they know, ada org kat meja yang berdekatan dengan diorang terdengar perbualan Nick mengajak Rachel ke Singapore.

Sokseksoksek. Si Celine yang kebetulan ada skli dkt neigbouring desk tu dengan sengaja snap gambar Nick dan send dekat her big sister.

Start dari situ,  poooofff! 

The news spread like a fire.

Alamak! 
Nicholas Young is going to bring a girl home in Singapore.
Its a big news!!!  😹😹😹

#ilaCRAbook
#ilasukabuku

CRAZY RICH ASIAN [Prologue : The Cousins]

CRAZY RICH ASIAN
[Prologue : The Cousins]
Follow the next hashtag in future : #ilaCRAbook
#ilasukabuku

Siapa fans novel ni? Hands up sikit 🙋
Wuuuu..

So apa yang ila nak share ni nak kata review tu mungkin tak, its just basically macam rumusan pada cerita ni bab by bab (kalau rajin. Hiks 🤣🤣)

Hero novel ni adalah NICHOLAS YOUNG (yg dilakonkan oleh Henry Goulding)
dan heroinnya adalah RACHEL CHU (yg dilakonkan oleh Constance Wu). Phew merecik! 

Utk baca novel ni korang kena faham family tree diorang, just fahamkan je sebab terlalu banyak watak. Takut terpening nnti. Tapi jangan risau dekat awal mukasurat novel the author dah help by simplified the family tree of The Young, T'sien & Shang Clan.

Diorang adalah keturunan dari Shang Loong Ma dari China & Wang Lan Yin dari Singapore yang mana Shang Loong Ma had made the fortune dan diwarisi oleh The Youngs & The Shangs. The T'siens pulak wujud daripada The Shangs's relation.

Bermula prolog cerita di London, 1986.
Nicholas Young (Nicky) masa ni masih kanak-kanak umur 8 tahun. Masa kat London ni, dia datang sekali dengan family cousin dia, Astrid Leong (Astrid) dan Edison Cheng (Eddie).

Lepas 16 jam flight naik flight from Singapore & touch down kat Heathrow Airport, their families pun menuju ke hotel yang dah direserve atas nama Eleanor Young (mak Nicky). Time ni hujan. Memasing memang soaked. Huhu..

Ok start daripada ada part yang tak Best.
Nak tahu sebab apa?
Ada racist issue disini.
Semuanya disebabkan Reginald Ormsby!  Hishhh tak baik betullah..
Padahal si Eleanor tu siap reserve Lancaster Suit lagi.

Ormsby monolog. Dia cakap yang kalau hotel macam Dorchester @ Ritz mungkin akan terima foreigner macam ni but not at the Calthorpe, 🙄, diorang memang konservatif sikit..

Si Eleanor ni pun nak check lah yang ada tak nama dia kat reservation booking hotel tu, sekali si Ormsby ni cakap tak ada. Hampeh gila! Dia menafikan kot nama Eleanor tu walaupun si Felicity ni dengan selambanya flipped the pages of reservation book!
Gelabah Ormsby time Felicity cakap yang dia nampak nama Eleanor Young, Lancaster Suit for 4 nights.

Eleanor dah sedih dah. Nak pergi tidur mana malam2 macam ni, dengan anak-anak lagi.

Ormsby tak ada perasaan bila dia cakap tak ada langsung bilik yang kosong seluruh hotel ni.

Alexandra (mak Eddie) lak dah bajet nak hot bath tapi terkejut bila Felicity cakap yang that odious man si Ormsby tu refused nak release reservation room diorang.

Dalam masa yg sama, author sempat selitkan babak Eddie (12 years) , Astrid (8 years) & Nicky (same age with Astrid) yang berangan dan berlakon,
Eddie kononnya chairman. Dia yang letakkan watak Nicky sebagai vice president & Astrid sebagai executive secretary.
Perasan betul 🙊🙊

Eddie dengan bangganya suruh Nicky pegangkan gelas Coca Cola dan letakkan straw dalam mulut dia sambil Astrid massagekan bahu. Lol! Bajet diva sangat 💁

Kemain tengah syok berlakon, tiba-tiba Eddie tertepis tangan Nicky maka tertumpah dan terpecahlah gelas dari hotel yang kononnya diorang charge dalam reservation booking hotel.

Ormsby apa lagi!  Takleh tolerate dah gamaknya terus suruh this family out from the hotel.

Felicity tak puas hati. Dia pegi telephone booth kat luar hotel dan terus call husband dia Harry Leong, explain satu-satu pasal apa yg terjadi kat diorang which was takleh check in hotel.

Harry Leong cadangkan beberapa nama utk dihubungi dan at last dia teringat yang dia ada main golf dengan Rupert, the owner of Calthorpe Hotel. Dia terus call and make a deal.
Hehehe..

And you would have surprise about the deal! 
I'll leave you cliffhanger then!  Hakhakhak.. Bye.

#ilaCRAbook
#ilasukabuku