Review UNDERCOVER WIFE
Tulisan Zura Rahman Novelis
(Action-Thriller-Romance-Mystery-Islamic)
Plot awal cerita dari m/s 1-79, writer berada dalam mode flashback, back-to-back with the past story & dlm masa yg sama try to blend well dengan present time (Genting,Malaysia-Rome,Italy-Malaysia).
Modenya agak beremosi, rentaknya agak perlahan tetapi tenang untuk kita mula belajar memahami kisah Elena(Elle)-Roman. Kisah Elle yang kehilangan Roman pada keadaan genting. Kedukaannya yang mendalam, dipendam selama 4 tahun.
Oh ya, writer nampak comfortable dlm menggunakan bahasa Inggeris dalam kebanyakan aktiviti perbualan. Adakalanya terselit dialek Sarawak apabila conversation melibatkan Elle-Eddy, juga ada sedikit bahasa Ukraine antara Eva-Wolfe.
Mungkin lebih mudah pada author untuk memahamkan kpd reader tentang keadaan pada waktu itu adalah keadaan yang sebenar cara wataknya berkomunikasi.
Seterusnya, waktu ini juga kita didedahkan dengan watak Emma (sahabat Elle yang for me quite clueless), Rafique (best buddy for Elle & Roman), Rya (adik Roman), ex parent-in-law Elle, Qaish, Eddy (kawan Elle : Sarawakian boy), Dania (MUA, kwn Eddy), lelaki misteri (that man) yg wajahnya seiras Roman bernama Wolfe dan wanita berambut kuning emas si blondie bernama Eva (that-man dates).
Selepas selesai mode penerangan & penyesuaian, gaya bahasa writer mula relaks, tak terikat dan menemui rentak yang membuatkan I can feel the emotion attachment sepanjang pembacaan yg cuba diexpresskan oleh writer.
Elena, wataknya digambarkan secara fizikal sebagai seorang wanita yang mempunyai black raven hair, berkaki panjang, alpha female & tentunya cantik. Past lifenya banyak dihabiskan di kelab malam walaupun bukanlah pengunjung yg tegar sebelum Roman, seorang anggota PDRM (yang sepatutnya menjadi peguam) menghulurkan salam perkenalan dan memberitahu niatnya yg ikhlas utk memperisterikan Elle. Fyi, hanya Roman sahaja yang tahu cara melenturkan sikap keras kepala Elle.
Rasa nak menyelit jap, Ila rasa I got this second lead hero syndrom la, Ila macam dah terjatuh 'suka' dgn watak Rafique! Hahaha..suka dengan keprihatinannya, sikap setiakawannya, cara dia berfikir, analytical, the way he show his respect pada Elle & macam-macam lagi. (Mungkin sebab dia tak berpunya kot 😋) Hiks!
Back to the topic kepada perjalanan cerita ini, bermula sahaja detik Elena dengan 'berani'nya pergi approach, follow Wolfe secara rahsia dan tak lama selepas itu dia pula diapproach secara terang²ngan berkali-kali oleh Wolfe, dari situlah jalan cerita ini semakin menarik. Tak pernah Elle sangka, gut feelings yang dirasakan itu telah membawanya kepada suatu rencana yang lebih besar. Elle yakin suaminya masih hidup.
" I can't bring myself to believe that you died without seeing your body. I'm sorry abang. I have to do this.."
Wolfe banyak perbezaan perilaku fizikalnya dengan Roman. Roman for me is quite a decent man, beriman pada agama Islam, workaholic, full integrity as policemen dan kalau nk compare dengan Wolfe, yang daring, bertindik serta bertatu serigala itu, terlalu jauh beza antara mereka. Macam langit dengan bumi.
Cumanya, ketika Elle dalam undercover utk menggoda Wolfe, satu-persatu keperibadian lelaki itu semakin tersingkap sehingga membuatkan Elle semakin penasaran.
Dia sangat-sangat desperate utk buktikan Wolfe tu adalah Roman, suaminya yang telah mati 4 tahun dulu. Merayu sehingga dia sendiri hilang rasa malu. Part ni kalau dikembangkan lagi atau ditambah beberapa babak yg mendebarkan mungkin lebih umphh and fully utilize the title of novel.. Hee..
Namun lain pula pada Wolfe, dia menganggap Elle sebagai escapade. Pengubat buat dirinya dari belenggu kehidupan yang keliru lagi menyesakkan dalam dunia Ku Zahari, Nick si sidekick & Eva yang terlalu mendesak.
Dalam m/s 177 & onwards, readers akan temui dua nama yang saling bersangkutan, ila xsure tertypo atau tidak, atau rasanya mungkin writer sengaja tulis nama itu untuk menunjukkan peralihan watak. Mungkin. Hee..
Pada ila, frankly speaking, emosi Elena & Wolfe yang cuba writer sampaikan mengena.
Feelnya boleh buatkan dada naik sesak.
Kita dapat rasa kesedihan Elena.
Kekeliruan Wolfe.
Kecemburuan yang tak tahu layak atau tidak utk ditonjolkan.
Kasih sayang yang tak bertepi.
Adegan romantisnya yang membuatkan kita rasa nak cringe walau keadaan sebenar bagai tak memihak pada takdir mereka.
Simpati, empati bergaul rasa macam tak berpenghujung.
Beralih pada babak action thrill, ianya ditampilkan oleh writer secara detail pada m/s 391 onwards yang mana sebelum itu berlakunya babak-babak yang menyebabkan keadaan Wolfe semakin tertekan. Tertekan dalam menelan kebenaran walhal kebenaran sebenarnya semakin mendekat tetapi terlalu jauh untuk diselesaikan begitu sahaja.
Cerita ini seterusnya berkembang dengan gabungan Rafique & shbt baiknya aka The Brilliant Duo, meneruskan siasatan kes misteri berkaitan dengan money laundering, kes pembunuhan, penculikan terancang, penjualan dadah yang cuba di link kan melalui penemuan demi penemuan pelbagai sumber maklumat dari penyiasatan namun masih tergantung , masih tak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan dan dihadapkan ke muka pengadilan. Licik sangat penjenayahnya.
Secara keseluruhannya, Undercover Wife adalah menarik untuk korang ikuti bagi mengetahui siapakah dalang sebenar kes-kes tersebut.
Macam mana cara nak tumpaskan si penjenayah.
Gaya bahasanya baik dan sesetengahnya memerlukan kerajinan kita untuk explore makna sebenar ayat tersebut.
Ketika dalam pembacaan pula, akan ada satu rasa natural yang kita sendiri nak tahu siapa sebenarnya 'dia'?
Apa motif semua jenayah ni berlaku?
Mengapa dia menutup kejahatannya yang terlalu besar tu dengan 'topeng' kebaikan?
Dan sesungguhnya kisah ini juga sedikit menyuntik elemen islamik serta menyedarkan kita bahawa takhta-wanita-harta boleh menjadi virus yang meranapkan sistem antibodi, menjadikan manusia buta menilai yang mana hak dan yang mana batil, yang mana halal dan yang mana haram.
Pada pandangan peribadi ila, ila sebenarnya mengharapkan agar watak Elena ditonjolkan dengan lebih berat lagi. I want more. Elena dalam UW sangat bold dlm emotion, resilience and determination, but to put her in action mode, makes she looks like a real fighter dan fight for her right in strong way. Hehe.. For me, being strong and educated in the same time are the real definition of sexy woman.
All in all, happy reading to all!
Pandangan kita mungkin berbeza pada seluruh sudut, but so you know, matlamat akhir kita mungkin sama, what will happen to Elle-Roman-Wolfe?
Apakah ada titik noktah yang terbaik dalam hubungan yang gantung tak bertali itu?
Apa sebenarnya takdir yang sedang menunggu?
Masihkah ada harapan agar semuanya kembali normal seperti sedia kala?
' To love is to let go when it matters... '
Untuk anda yang inginkan jawapannya, dapatkan novel #UNDERCOVERWIFE tulisan kak Zura Rahman sekarang!
😉
#ilasukabuku
assalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih atas review ini. really appreciate it❤️.