Pages

Saturday, 25 August 2018

NOVEL MELAYU 2018

My therapy is writing.
Menulis adalah sebahagian daripada kehidupanku.
Sama ada melalui tarian papan kekunci ataupun meluncur tepat di hujung mata pena.
Jiwa dan tulisan seakan bersatu dalam memacu apa yang bermain di minda.
Melakar rasa, imaginasi dan aturan kata tanpa jeda yang melelahkan.
Satu pesananku, buat anda yang sukar meluahkan apa yang bergaung di dalam dada, mulakan menulis. Lepaskanlah apa yang terpendam dengan coretan rasa. Sekurang-kurangnya tak kau pendam sakit itu hingga merosakkan dalamanmu.

#dalilazamri
#terapidiri
#iwritevariousgenre

p/s : my cover stories 💓

1) CULIK : Kisah sepasang kembar yang terpisah di dua buah negara,Malaysia dan Korea akhirnya jatuh hati dengan seorang lelaki yang sama dari Itali.

2) RAGA : Kisah seorang peguam yang tidak menyedari bahawa dirinya mengalami masalah psikologi namun berjaya merungkai satu-persatu kisah silam yang melibatkan diri dan keluarganya.

3) PEMILIK HATI MR DRIVER : Kisah wanita bertubuh gempal yang keliru dengan cinta kaum sejenis dan berperang dengan keyakinan hati menerima cinta baharu yang lebih diredhai Allah.

4) NODA : Kisah seorang lelaki yang setia menanti cintanya walaupun terpaksa menanti bertahun-tahun tanpa dapat dipastikan apakah cinta itu nanti masih miliknya.

5) SAKRAL : Kisah seorang pendekar abad ke 18 yang tercampak ke abad baharu. Membawa identiti diri asing yang akhirnya mewujudkan kebingungan dalam dirinya.

6) PELUANG : Kisah dua remaja mentah yang dinikahkan muda dan akhirnya bercerai kerana tiada persefahaman. Kali kedua mereka bertemu kembali bersama kisah yang lain, apakah masih ada peluang untuk hubungan itu bertaut kembali?

7) PARADOKS : Kisah seram dan misteri yang di alami Amanda benar-benar memberikan kesan hebat kepada psikologinya. Dia hidup dalam trauma dan paranoid. Mungkinkah akan adanya cahaya baru datang membantunya kembali mempercayai pada kehidupan?

#mywriting
#iwritewithmyheart

Tekan link dibawah untuk mula membaca 😍

https://my.w.tt/wScS1bquFP
https://my.w.tt/mzWuWvsuFP
https://my.w.tt/8sG28JwuFP
https://my.w.tt/5tkxQPzuFP
https://my.w.tt/unmFOhDuFP
https://my.w.tt/5pO9dYFuFP
https://my.w.tt/6Yzsd2IuFP







No comments:

Post a Comment