Pages

Sunday, 26 February 2017

Review sinopsis SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

REVIEW & PLOT PENCERITAAN RINGKAS
#surgayangtakdirindukan2
.
" cinta itu adalah saling bahagia- membahagiakan,  saling faham-memahamkan dan saling terima dan menerima. "

1) Mas Pras : tenggelam dalam perasaan serba salah dalam mempertahankan perasaan cinta pertamanya kepada Arini dan  kebertanggungjawaban terhadap Meirose. kedua-duanya adalah amanah. baik Arini mahupun Meirose. Sikap yang terlalu suka membantu orang yang dipaparkan pada siri 1, kadang kala banyak menjebakkan dia kepada perkara yang tak diingini dan kesempitan waktu untuk menerangkan sehingga berlakunya salah faham. Tetapi, untuk siri ke-2 ini, Arini bertindak lebih matang dan sudah memahami sikap suaminya yang memang suka membantu orang yang dalam kesusahan yg mana pada plot awal penceritaan, Mas Pras menjadi saksi kepada sebuah kemalangan yang melibatkan wanita, sama seperti kemalangan yang terjadi kepada Meirose. Berada dalam keadaan paranoid takut-takut terjadinya peristiwa seperti yg lepas, Mas Pras terus cepat-cepat menerangkan situasi kepada ibubapa Safina (gadis yang ditimpa kemalangan itu) dan berkat pertolongan Mas Pras yg ikhlas, bapa Safina mengarahkan anggota polis di bwh arahannya utk escort Mas Pras ke airport bertemu dengan Ariani dan Nadia sebelum kedua-duanya bertolak ke Budapest, Hungary. Tuntutan kerja di tanah air membuatkan Pras tidak dapat pergi sekali bersama-sama Arini dan Nadia ke Budapest pada tarikh yg sama dan hanya akan menyusul pada 2 hari kemudian. Namun, susulannya ke Budapest kemudiannya, menemukan pelbagai konflik. Bagaimana Arini dan Nadia berada di rumah Meirose pada hari pertama dia sampai ke Budapest? Dan ketika berada dirumah Meirose, dia kebingungan melihat sikap isterinya yang bersungguh-sungguh mahu dia berbaik dan terus hidup bersama Meirose dan memintanya untuk tidak melepaskan Meirose dari ikatan perkahwinan pada ketika dia memohon persetujuan Arini untuk berpisah dengan Meirose. Paling mengharukan dan mengocak emosi Mas Pras adalah mengapa Arini tidak berterus-terang dengan penyakitnya yang hanya dia ketahui pada ketika Arini jatuh pengsan di dalam bilik air restoran dengan hidung berlumuran darah? Saat itu, dia seperti kehilangan harapan. Dia rasa gagal sekali lagi dalam menunaikan jnjinya kepada arwah ayah Ariani untuk membahagiakan dan takkan pernah melukakan hati Arini.
.
Dalam siri ini, jelas menunjukkan walau sudah terjadi pelbagai peristiwa dalam kehidupan rumahtangga mereka, tetapi Mas Pras sekalipun tetap mencintai Arini dan bertindak untuk melepaskan Meirose, yang serasanya sudah mampu hidup sendiri dan tidak akan melakukan perkara yang tidak waras lagi setelah Meirose pergi membawa diri bersama Akbar selama 3 tahun. tetapi, hasrat itu ditentang oleh Arini dan Nadia!
.

2) Arini : karakternya lebih matang. Lebih tabah berbanding siri 1. satu kejadian kematian yang berlaku pada saat dia membacakan novel penulisannya atas jemputan Dr Sharief sebagai menunaikan hasrat terakhir seorang pesakit kanser kanak-kanak di Institut Kanser Budapest, membuatkan dia menyedari bahawa hakikat kematian pasti akan berlaku buat semua zat yang bernyawa. Paling menyedihkan adalah waktu dia rebah ketika bergurau dengan Nadia di gerai craft dan dibawa ke hospital. Dari sini segala konflik emosi bermula. Dr Sharief bertanggungjawab menjadi perawat pada saat dia didiagnosis menghidap kanser servikal dan telah merebak ke otak ada tahap 4.  Dinasihatkan oleh Dr Sharief utk memberitahu tentang penyakitnya kepada ahli keluarga yang lain termasuk Pras dan Nadia bagi mendapatkan sokongan oleh mereka tetapi Arini tetap berkeras untuk merahsiakan penyakitnya dan tidak mahu menjalani kemoterapi yang menyakitkan. Sesuatu perlu dia lakukan demi kebahagiaan Mas Pras, Nadia, Meirose dan Akbar. Sayangnya, Nadia telah mendengar setiap butir perbualan antara bondanya dan Dr Sharief!
.

3) Nadia : peranannya besar dalam menunaikan hasrat Bundanya yang terakhir. Berusaha untuk membahagiakan dan bersedia membina kekuatan tatkala dia terpaksa menerima kenyataan bahawa bundanya, mbak Arini sudah tidak mempunyai banyak waktu kerana kansernya telah merebak cepat disebabkan keengganan bundanya untuk dirawat secara intensif.
" kalau teman istimewa doktor udah gak punya banyak waktu untuk bisa hidup di dunia, apa yang doktor akan lakuin buatnya? "
" hmm.. Justru aku akn mmbuatkn dia menjadi wanita paling gembira di dunia. "
.
kerana kata-kata itu, Nadia tidak menoleh ke belakang lagi. Dia mengaturkan sendiri tiket dari apartmentnya ke rumah Tante Meirose supaya bundanya dapat bertemu dgn tante Meirose dan dia sendiri berusaha untuk memujuk Akbar menerima ayahnya, ayah Prasetya. Di rumah tante Meirose,  Nadia perlahan-lahan bercerita kepada Tante Mei tentang kesukaannya dan kesukaan ayahnya. Cuba menerangkan macam-macam perkara kepada Tante Mei tanpa langsung membuka rahsia tentang penyakit bundanya. Tante Mei langsung tidak mengesyaki apa-apa dan terus melayan Nadia dengan baik. Ketika itu, Arini tersenyum dari kejauhan melihatkan kekuatan luar biasa yang diperlihatkan oleh anaknya, Nadia dalam menghadapi ujian yang Allah aturkan kepadanya. Tetapi,  ada satu perkara yang buat Nadia terkelu, dia ternampak Tante Mei bersama seorang lelaki, mesra dan bahagia!

3 comments: