Pages

Friday, 22 May 2020

CERPEN 2020 : SEGENGGAM CINTA BUAT ILAHI

SEGENGGAM CINTA BUAT ILAHI
Seperti yang dijanjikan, ila nak share CERPEN yang ila tulis masa awal bulan Ramadan hari tu.
Jemput baca ya 😍😍
* * *
“Asyhadu alla ila ha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Lafaz syahadah bersendikan kepercayaan teguh terhadap Allah dan Rasulullah itu diucapkan penuh syahdu. Riak emosi bercampur-baur jadi satu. Ada rasa terharu. Ada rasa gembira. Bercampur-baur dalam segenggam cinta yang baru sahaja membunga buat sang Pencipta. Sejenak, doa yang dibacakan oleh Imam Salleh ditadah dengan penuh rendah diri. Ada mutiara jernih tumpah melalui juring mata. Bait-bait kata yang memaknakan kecintaan buatNya meresap lembut pada bahagian roh dan jasad.
Ammar Rifqi Chan bin Abdullah. Itu adalah nama yang telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Nama yang diberikan oleh Aamir ibarat anugerah yang tak ternilai. Sahabat yang teguh bersamanya di dalam kembara penuh gemersik keinsafan ini. Titisan air matanya menyentuh segenap sanubari. Ammar menghampiri Aamir sebelum dihadiahkan dakapan kasih. Erat. Bagaikan segala rasa ditumpahkan pada pelukan itu.
Jumaat ini tidak sama dengan hari Jumaat yang lain. Ianya indah, dihiasi ceritera hijrah yang didamba seumur hidup. Bersama pengembaraan penuh hikmah ini, akhirnya Ammar temukan sesuatu yang dicari-carinya. Kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Tidak sia-sia dia mengambil keputusan untuk mengikut Aamir pulang ke kampung ini. Kampung yang menempatkan pusara kedua-dua orang tua Aamir ini menjadi asbab episod penghijrahan yang telah menjadi pilihannya.
Aamir menggamit Ammar untuk menyambung perbualan di bawah wakaf yang terletak di dalam kawasan perkarangan masjid. Bercerita soal perancangan akan datang, permulaan pembelajaran mengenali agama dan pegangan akidah sebelum angin perbukitan asyik bertiup kencang membawa petanda bakal runtuhnya sang awan yang sudah sarat membawa muatan.
“Mari kita masuk ke dalam semula. Macam dah nak hujan ni. Elok kita panjatkan doa. Semoga hujan ini adalah hujan yang membawa manfaat. Dengarnya sudah lama juga kawasan ini tidak menerima hujan. Mungkin petanda hujan rahmat, hadiah untuk hambaNya yang berjaya menemui jalan pulang pada janji Ilahi semasa di alam roh.”
Ada koyakan senyuman mekar pada bibir Ammar tatkala dipacu keindahan kata-kata semangat daripada sahabat kesayangan. Ditemukan kedua-dua belah tangan sebelum meraup wajah yang lembap dengan air wuduk.
“Syukur Alhamdulillah. Hari ini telah Tuhan buktikan yang percaturan takdirnya tidak pernah salah. Tiba masanya untuk menyingkap hikmah, lalu dibukakan pintu hati untuk menerangi jalan yang dahulunya kelam tanpa arah.”Ammar juga tidak kurangnya bermadah. Kelebihan bergaul mesra dengan sahabat-sahabat berbangsa Melayu semenjak dahulu, membuatkan dia petah berkomunikasi di dalam bahasa Kebangsaan itu.
Aamir mengangguk penuh hormat, mengiyakan segala kata-kata yang terlafaz. Sungguh, rahsia kebenaranNya terbentang luas bak langit yang merentangi seluruh angkasaraya.
Pejam celik pejam celik, masa terus berlalu pantas. Ammar berjalan keluar menuju ke kawasan rumah sewanya. Dia baru sahaja selesai melaksanakan program dakwah anjuran masjid di dalam kawasan perumahan. Sambil berjalan, sambil menepis agas dan nyamuk yang seronok bercanda. Kala ini, dia mahu segera pulang ke rumah. Ada seseorang yang istimewa setia menanti di rumah yang dipanggil mahligai itu.
Langit malam ditelek sekilas. Tiada taburan bintang yang menghiasi. Bahkan sang rembulan juga asyik menyorok dibalik gumpalan awan.
Semakin lama, malam semakin larut, merangkak sunyi bersama angin dingin yang membuatkan tubuh merinding kesejukan. Hujan yang tadinya lebat membasahi bumi tanpa ingkar telah lama reda. Apakah seseorang itu sudah tenggelam dalam layaran mimpi? Barangkali sudah. Keadaanya sebulan dua ini begitulah, diuji dengan keletihan dan dugaan-dugaan kecil sebelum menempuhi trimester yang seterusnya.
Ammar memasukkan kunci pada tombol pintu sambil mengucap salam. Tiada sahutan. Cahaya lampu yang malap menandakan penghuninya sudah lena di dalam kamar peraduan.Siap mengunci pintu, lekas Ammar mengatur langkah ke dalam bilik. Sekujur tubuh insan bergelar bidadari dunia ini elok terlena pulas tanpa berkutik.Ammar bingkas menuju ke bahagian almari lalu menukar pakaian sebelum masuk ke dalam bilik air dan memperbaharui wuduk.
Sejenak kemudian, dipanjat katil penuh cermat sebelum mengusap lembut bahu pemilik belahan jiwanya itu dengan penuh kasih sayang. Pada sinar pandangannya, tumpah segala anugerah cinta yang diizin Tuhan. Mencintai dan dicintai penuh keikhlasan.
Lalu entah bagaimana, parut di dahi wanita itu membuatkan sebuah kenangan terlayar semula, melonjak-lonjak untuk diingati momennya. Bagaimana bermulanya kisah Zahirah An-Nur, wanita yang teraniaya ini diangkat darjat kemuliaanya ke tangga yang diredai Ilahi Rabbi. Dan bagaimana semuanya bermula pada sebuah pertemuan yang telah ditakdirkan.
Meskipun di awal pengisahan, ianya hadir tanpa terduga namun Ammar benar-benar pasti, ada mesej Tuhan yang cuba disampaikan secara halus dan tersirat.
Suatu hari, saat langit menghampiri senja, dihiasi goresan warna jingga yang tersibak indah, Ammar mengatur langkah pantas menuju ke sebuah kawasan perumahan flat yang diduduki oleh Yassir. Biasanya mereka berdua akan bergandingan ke kuliah agama selepas Maghrib dan Isyak di rumah Ustaz Hadri. Oh ya, Yassir adalah salah seorang sahabat yang menuntut ilmu agama sepertinya. Dibesarkan di dalam keluarga yang tidak mahu mengambil pusing makna iman dan amal membuatkan Yassir nekad meneruskan kehidupan ini dengan caranya.
Dia mempunyai azam untuk membawa keluarganya keluar dari belenggu kejahilan. Oleh kerana itu, dia tidak mahu berpindah jauh. Biar segala perjalanan hijarahnya mengejar agama menjadi saksi mata kepala ahli keluarganya sendiri.
Semasa Ammar sedang mengatur langkah, tiba-tiba langkahnya dihadang oleh seorang wanita yang berpakaian tidak semenggah. Segera dilarikan matanya daripada melihat hidangan percuma yang haram itu.
“Kenapa kau palingkan wajah? Aku ini teruk sangatkah di mata lelaki golongan syurga seperti kau?” keras suara itu menempelak Ammar. Menghidang fahaman stereotaip yang sentiasa diberikan kepada golongan-golongan yang sedang menghampiri agama Allah.
“Nama saya Ammar. Saya belum layak menjadi lelaki syurga tetapi saya sedang mengejar jalan ke sana,” tanpa berselindung, Ammar memperkenalkan dirinya kepada wanita asing yang tidak pernah dilihatnya itu. Bebola mata masih selesa dipandang ke tepi.
“Layakkah saya mengejar cinta Tuhan,Ammar? Masihkah terbuka pintu keampunan untuk wanita seperti saya? Saya kotor Ammar. Kotor.”
Ada gelombang kecil melanda jiwa lelakinya. Wanita asing itu dikerling dengan hati yang merusuh. Tidak terjangkau di fikirannya bertemu dengan makhluk Tuhan yang sedang rapuh hatinya kala ini.
Ammar terjeda. Dia cuba memikirkan kata-kata yang terbaik untuk diluahkan.
“Saya mengakui yang kehidupan saya penuh diselaputi dengan daki kotoran duniawi. Saya pendosa tegar, Ammar,” wanita itu menyambung kata-katanya. Dan bersama dengan kata-kata itu, dia tertunduk menampung air mata yang sudah membasahi lekuk pipi.
“Kembali kepada fitrah cik. Sesungguhnya orang yang bertaubat itu laksana bayi yang baru dilahirkan. Bersih dan suci seperti kain putih.” Gelora rasa yang hadir membuatkan nafas Ammar sedikit sesak.
“Kisah silam bukanlah penentu sama ada kita terus baik atau buruk di atas jalanNya. Pokok pangkalnya adakah kita mahu bertaubat atas segala dosa-dosa kita. Bertaubatlah cik. Meskipun dosa kita ini sebanyak buih-buih di lautan sana, percayalah pintu pengampunan Allah swt maha luas. Seperti luasnya langit dan sekalian bumi,” sambung Ammar sebelum membalas lambaian daripada Yassir.
Dengan rasa terpaksa, dia perlu meninggalkan wanita itu dengan kata-kata untuk difikirkan. Semoga rahmat Tuhan memayunginya dalam perjalanan menemui segenggam cinta dari llahi.
Bahu Yassir dipaut mesra saat sahabat itu dihampiri.
“Itu Zahirah An-Nur namanya,” kata-kata Yassir membuatkan jantung Ammar berdegup pantas. Indah benar sebaris nama itu.
Namun sayang benar, hidupnya tidak seindah untaian nama yang dipikul.
“Kalau kau cuba fikirkan sebab mengapa dia jadi begitu, percaya cakap aku, dia tersepit dalam desakan hidup. Dijual oleh bapa tiri yang bernafsu binatang dan berTuhankan serakah keduniaan.”
Demi mendengarkan apa yang diperkatakan Yassir, terngadah luas mulut Ammar menadah kesedihan kisah seorang wanita yang selayaknya dilindungi dengan penuh amanah.
Keesokkan hari dan berlarutan sehingga hampir seminggu lamanya, Ammar sentiasa didatangi oleh wanita yang sama. Hari demi hari, pakaiannya sudah sedikit sopan. Dan kali ini, dia memilih untuk bert-shirt longgar dan berseluar separas betis.
“Ajarkan saya tentang Islam, Ammar.” Ada nada rayuan pada permintaan itu.
Ammar tergamam. Baru hari ini, dia mendengarkan permintaan itu terluncur dari seulas bibir milik wanita bernama Zahirah An-Nur itu.
Lantas Ammar mengeluarkan Ipod dari dalam beg sandangnya, diunjukkan gajet elektronik itu kepada Zahirah untuk diambil.
Dalam jarak yang selesa, Zahirah menadah tangannya sebelum gajet tersebut bertukar tangan.
“Saya masih belajar mengenali agama. Tetapi sedikit ilmu Tuhan yang saya pelajari, ada saya simpan di dalam Ipod itu. Semoga dengan indahnya nama Nur pada pangkal nama cik, indah jualah nilai agama yang menyerbu masuk ke dalam diri cik. Saya doakan agar cik dibukakan hati itu untuk memberi ruang nur menyusup masuk tanpa hijab, mencapai tahap maghfirah dan makrifahNya. Yang penting, utuhkan keyakinan terhadap kekuasaanNya, moga dipertemukan bunga-bunga cintaNya yang suci dari debu dosa. Assalamualaikum.”
Zahirah menjawab salam Ammar pada tahap desibel bunyi yang rendah. Terpana, terkaku malah terkesima dengan setiap patah perkataan yang diluncurkan oleh lelaki yang berkulit cerah itu. Hasil pertanyaan kepada Yassir, Ammar merupakan seorang mualaf yang sudah biasa dengan budaya kehidupan orang Melayu. Tidak pelik jika tuturnya fasih dan tiada cela dimana-mana.Malu mengenangkan diri yang sudah dilahirkan bersama rahmat Islam, tetapi masih tidak mampu menjadi seorang penganut agama yang bersungguh-sungguh seperti Ammar.
“Ya Rabbi Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa segala kejahilan diri ini. berikanlah daku peluang untuk menerima cahaya agamaMu,” ungkap Zahirah penuh pengharapan. Rasa itu muncul tatkala mendengar lagu di dalam Ipod milik Ammar dengan linangan air mata.
Embun waktu ini kebetulan elok meluncur menuruni reranting pokok yang berdekatan dengan tingkap biliknya. Lagu Damba CintaMu berkumandang sekali lagi, mengetuk seluruh jiwa raga.
“Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar. Pagiku ingat, petang kualpa. Begitulah silih berganti. Oh Tuhanku, Kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu..”
Lirik lagu itu ditulis pada sebuah buku. Buku diari yang pernah diberikan oleh arwah ibu untuk yang terakhir kalinya. Pemberian pertama dan terakhir yang cukup berharga.
Baru hendak meneruskan pendengaran ke bahagian ceramah mengenai ilmu Tauhid, tiba-tiba Zahirah menangkap bunyi pintu biliknya digendang-gendang kuat. Sekilap ritma degupan jantungnya jadi tidak tentu arah. Gementar dan takut. Tidak sampai lima minit, pintu biliknya sudah terbuka luas menjengulkan tubuh seorang lelaki yang buncit perutnya sedang mencerlangkan pandangan tajam ke arah Zahirah. Kecut perutnya melihat renungan itu.
“Patutlah aku cari kau di kelab tak ada. Aku bekerja di sana, kau di sini elok mendengar lagu. Dasar perempuan tak guna!” Amarah Jusoh memecah kesunyian malam. Dia menendang Zahirah dengan sepenuh tenaga. Jeritan anak tirinya itu terus melangsi tinggi apabila rambut panjang melepasi paras bahu itu dicekak sekuat hati sebelum wajahnya ditempeleng berulang-ulang kali. Zahirah terjelepok jatuh. Dahinya terkena bucu meja yang agak tajam.
“Abah! Ampunkan Ira abah. Ampunkan Ira,” dia menekup dahinya yang sudah terluka. Darah mengalir lebat membasahi wajah.
Si bapa tiri yang tidak berhati perut itu terus berlari meninggalkan Zahirah yang meraung kesakitan.Yassir yang mendengar jeritan Zahirah terus menghubungi Ammar. Dia tahu, jiran-jiran yang lain tidak akan berani hendak mencampuri urusan keluarga bapa ayam yang dicemuh masyarakat itu.
Ammar yang mamai terus segar. Matanya terbuntang luas mendengarkan butiran pemberitahuan Yassir.
Tidak langsung berlengah, dipersiapkan diri untuk membantu wanita yang teraniaya itu. Dia tidak mahu dibelenggu kekesalan jika membiarkan Zahirah terpontang-ponting berjuang dalam kehidupannya.
Peristiwa seminggu lepas benar-benar membuatkan Ammar berfikir dan terus berfikir. Dia cuba mencari jalan keluar dari kesulitan yang merajai. Disebabkan itu, Ammar memilih untuk berjumpa dengan Aamir. Mahu menyuarakan hasrat hati yang terpendam.
Aamir pada mulanya mendengar dengan penuh teliti sebelum perlahan-lahan riak wajahnya berubah total.
“Aku tidak pernah sangka kau campakkan diri kau ke dalam dunia itu semula, Ammar. Sudah tidak ada orang lain ke untuk kau angkat kedudukannya sebagai surihati? Kau lihat Mardhiyah, adik aku yang tulus cintakan kau dalam diam. Terluka hatinya apabila perasaannya dihampakan. Tidakkah kau berfikir Ammar? Lelaki-lelaki yang baik itu untuk wanita-wanita yang baik dan begitu jugalah sebaliknya.”
Ammar menundukkan kepalanya. Setiap bilah-bilah kata Aamir menoreh hatinya tanpa belas. Dihela nafas sedalam-dalamnya. Dengan mata yang redup dan sedikit membengkak, Ammar menepuk bahu Aamir.
“Maafkan aku Aamir tapi aku mohon agar kau hormatilah pilihan hidup ini. Orang yang baik akhlaknya itu akan sedaya upaya menemukan kebaikan di tengah-tengah hamparan sejuta keburukan. Percaya satu hal di mana kemuliaan itu tidak akan pernah wujud dengan memberikan pandangan hina terhadap insan yang lain. Andai kata sungguh manusia itu pernah jahil, tidak bermaksud kita boleh menghina dia sesuka hati dan sesedap rasa kita. Jauhi sikap yang meletakkan diri ini lebih mulia dari orang lain. Ketahuilah bahawa untuk berubah itu pencariannya tidak sesusah istiqamah. Aku sudah beristikharah dan aku temukan kedamaian dalam redup pandangannya Aamir.”
Dibawa langkahnya pergi meninggalkan sahabat itu, bersama harapan agar cara pandangannya ditelusuri semula. Janjinya untuk bertemu dengan Zahirah di rumah Bonda Khaulah perlu ditunaikan. Pertemuan yang dilapisi tabir buat penghadang. Bersama saksi yang sudah masak dengan asam garam kehidupan. Besar jasa Bonda Khaulah, isteri kepada Imam Hadri yang telah menerima kehadiran Zahirah tanpa prasangka.
“Izinkan saya menyunting awak sebagai isteri saya yang sah, Zahirah,” lamaran yang bersifat terus itu dilafaz dengan penuh kelembutan.
Zahirah senyap. Dia cuba menyeka air mata yang berlinangan. Betapa indahnya diri yang sudah tidak punya harga ini disunting oleh lelaki yang soleh.
“Maafkan saya Ammar. Saya terpaksa tolak pinangan awak,” sahut Zahirah, penuh dengan rasa rendah diri. Bonda Khaulah disisi menggengam erat jari-jemarinya. Meminjamkan nadi-nadi kekuatan.
“Tapi kenapa Zahirah?” soal Ammar.
“Saya tak rasa saya mampu untuk hidup dengan lelaki sebaik awak.”
“Saya tak baik mana, Zahirah. Allah swt yang tutup segala aib saya.”
“Tapi keaiban saya susah nak ditutup Ammar. Dosanya akan menghantui sepanjang hidup ini. Tambahan lagi kalau dijadikan bahan ungkitan. Ya Allah, saya tak kuat setiap kali saya terfikirkan hal itu Ammar,” Zahirah cuba menguatkan hatinya untuk menuturkan kata-kata itu. Bahunya dipeluk bonda.
“Zahirah dengar sini, Nabi saw ada bersabda, sesiapa yang menutupi kesalahan seseorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. Tidak ada alasan untuk saya mengungkit segala yang sudah lepas. Asalkan awak mahu bertaubat, pada saya awak lebih suci daripada segala-galanya,” Ammar mengangkat wajah melihat bayangan tubuh wanita yang sudah mula disayanginya itu.
Dan sudah takdirnya jodoh Ammar bersama dengan Zahirah. Ikatan itu akhirnya diikat penuh dengan rasa kecintaan yang mendalam.
Pada Zahirah, Ammar adalah seseorang tanpa nama yang didoanya setiap masa.
Ammar tersentak apabila si isteri menggoyang-goyangkan bahunya.
“Lama abang termenung?” ditegur suaminya yang pegun dalam menungan semenjak tadi sebelum peluput telinga menangkap tawa yang terlepas.
“Fikirkan apa abang?” soalan daripada Zahirah bersambung lagi.
“Fikirkan tentang perbahasan Imam Ghazali mengenai beberapa cara untuk kita beristiqamah dalam amalan dan ibadah kita. Awak nak tahu?” sengaja Ammar menyembunyikan kisah yang terlayar dalam pemikirannya tadi.
Zahirah mengangguk. Bebola matanya memandang wajah tulus sang suami yang diterangi cahaya bulan. Memujuk mata agar terus celik.
“Pertamanya, kita mestilah bebas daripada mengejar penghargaan dari manusia. Maksudnya di sini, kita perlu betul-betul pasakkan diri kita semata-mata mencari reda Allah swt. Dengan rasa itu, pastinya kita akan berani untuk berkata benar dan tidak akan sesekali takut terhadap tekanan mahupun ancaman manusia lain.”
Ammar terjeda. Menarik nafas baru.
“Kedua pula, mencari reda Allah sehingga kita menjadi hamba yang tidak takut dikeji dan tidak suka dipuji. Yang ketiga, sentiasa mengingati mati dan berdoa untuk dimatikan dalam keimanan dan husnul khatimah. Dan yang paling penting, hati yang selalu merindui para Nabi dan sahabat di syurga. Cuba letakkan elemen-elemen ini dalam diri inshaAllah kita akan menjumpai kunci untuk istiqamah. Sayang dengar tak?” terus dia mengalihkan pandangan ke sisi apabila kesunyian mula membelit suasana.
Lihat betapa lenanya Zahirah memejamkan mata. Seperti bayi yang suci daripada dosa.
“Telah kusiapkan, satu daerah paling sunyi. Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri. Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita. Untuk kau beri erti dengan kelembutan, untuk kau hargai dengan kasih sayang..”
Semoga mahligai ini terus berada dalam landasanNya, buat bekalan bukan setakat segenggam tetapi bergenggam-genggam cinta buat Ilahi.
-TAMAT-

Thursday, 6 February 2020

KEK PISANG BUAT AYAH

DARI PENERBITAN ILHAM SANTAI.
.
.
Assalammualaikum semua. Hari ni Cik Min update KPBA dulu ya.
Cerita ni best.
Sangat best.
Menangguk emosi. ☺️
Jadi seperti biasa, ikuti langkah dibawah ya.
Support penulis baru.
Support PIS
FOLLOW 👈
LIKE 👍
SHARE 💟
TAG 5 ORANG RAKAN ANDA
PENULIS : Dalila Zamri
TAJUK: 🌻KEK PISANG BUAT AYAH🌻
🌻PART 1🌻
Kaca mata yang baru sahaja aku kenakan tadi terpaksa kutanggalkan lalu aku menutup komputer sebelum mengemaskan pakaian dan mengatur langkah ke arah tangga.
Ingin mengetahui punca kekecohan berlaku sebelum langkah terhenti pada bahagian tangga yang agak terlindung.
“Sudahlah ayah. Asyik-asyik datang sini bawak kek pisang ni. Abang Mirul tu dah overweight tau tak ayah. Sikit masa boleh sama macam badak sumbu. Bukan elok pun makan manis-manis macam ni selalu. Ayah tu pun sebab makan makanan tak sihatlah hinggap banyak penyakit. Ayah simpan kek pisang ayah ni. Tak payah bawa lagi. Ayah datang bawa diri je pun tak apa. Bibik ada boleh sediakan makanan sedap-sedap.”
Aku dengar dengan jelas suara Damia membentak ayahku satu-persatu. Paling mengejutkan, ada ke patut dia samakan aku dengan badak sumbu!
Liur kutelan menahan dada yang sendat dengan kemarahan. Aku menanti apa lagi yang ingin diperkatakan oleh isteriku walau hatiku sudah mendidih dan kepalaku berdenyut-denyut kuat. Ini adalah kali pertama aku mendengar Damia bercakap kasar dengan ayahku.
Suara ayah langsung tersekat-sekat sehingga tenggelam dan tidak jelas.
“Bibik! Bibik!”
Kali ini isteriku melaung bibik yang sedang berada di dapur. Bibik pula pasti sedang sibuk menyiapkan hidangan istimewa sehingga tidak tertarik dengan kekecohan yang berlaku.
Mujur aku sempat berpakat dengan bibik supaya merahsiakan keberadaanku di rumah pada hari ini.
Aku melihat wajah ayah terkulat-kulat menahan kesedihan dari tempat aku berdiri. Tidak semena-mena, hati lelakiku jadi tersentuh.
“Ya Puan Damia. Ada apa yang boleh saya bantu?” patuh bibik terkedek-kedek berjalan menghampiri Damia yang sedang berpeluk tubuh dalam persalinan pakaian kecergasannya.
Soalan bibik berbalas dengan rengusan kasar.
Dengan sekelip mata, Damia merampas bekalan makanan yang ada ditangan ayah lalu diberikan kepada bibik.
“Bibik ambil kek pisang dalam ni, lepastu bibik bawa balik bagi anak-anak bibik makan, ataupun kalau tak ada siapa yang nak makan, kira buang jela dalam tong sampah. Buat cepat sebelum Tuan Amirul balik.”
Muka bibik jadi serba salah. Ayah pula tertunduk kecewa. Wajahnya seolah-olah sudah dilanda kekecewaan berkali-kali. Reda dan pasrah.
Perlakuan Damia benar-benar sudah keterlaluan. Kali ini sudah tidak mampu aku tahankan lagi. Kesabaranku sudah sampai ke tahap maksima.
Tidak pernah pula aku sangka yang Damia boleh jadi melampau sehingga ke tahap begitu.
“Damia!!!!” aku laungkan nama isteri yang aku sayangi dengan sepenuh hati.
Damia tertoleh ke belakang. Nyata wajahnya terlukis dengan riak penuh kejutan dan seluruh wajahnya sudah pucat tidak berdarah.
Ayah pula tergamam dan seluruh suasana bertukar tegang.
Jeng! Jeng!Jeng!
Untuk permulaan ya.


Wednesday, 29 January 2020

JOHN WICK (2014)

J O H N W I C K
(2014)
**serius. Ini ENTRI YG PANJANG***
aka Johnathan Wick aka Baba Yaga, worst than Boogeyman, role played by Keanu Reeves. Happens to be his role walaupun pada awalnya nak diberi pada seseorang yg berada dalam usia 60-an.
Saja throwback this 1st series memandangkan xlama lagi akan kluar 3rd series of JW : Parabellum.
5 years, enough. A man of focus, commitment & sheer will pilih untuk retired dari dunia hitman, mafia. Lost his weight for about 60 pound. Settle down & leave over a woman. His late wife, namanya Helen. Sadly his-late-wife.
Not long after that, unfortunately, he's back!
Itupun selepas kereta mustang '69 miliknya kena curik & anjing dia, Daisy yang merupakan final gift dari Helen, mati.
Iosef Tarasov, the one who starts the fire. Anak kepada Viggo, ketua mafia. Russian. Dia bawak kereta JW ke Workshop Aurelio & semuanya berlangsung begitu pantas. Aurelio hello-hello JW, skjp je JW dpt tahu dalang penyerang.
Viggo dapat tahu dan terus gusar.
Dia bedal anak dia dan cakap :- " John will come to you. And you will do nothing. Because you can do nothing. "
Nak cerita yg JW dlu associate with the organization tapi dah stop that way of life.
Viggo sangat banyak script yang wise. Bertanggungjawab memperkenalkan watak John kpd anaknya.
" He killed 3 people in the bar using a f****** pencil! " -which this scene wujud dlm JW 2. Dramatik nau.
Oh ya, just my view, to me, the mafia organization sgt wicked and fully, sistematically organized.
Bermula dengan waste disposable yang bersihkan mayat2 dalam rumah JW conducted by Charlie, open killing/bounty contract 2 million dari Viggo ke Marcus, code of conduct : no business can be conducted in this premise lest incurring heavy penalties yg dijalankan di hotel The Continental, milik Winston, the world most elite assasine stay, dan pergh! Bagi gold coin je kot, semua urusniaga boleh berlaku.
Dalam club yg tletak dalam hotel tu jugak, JW dpt info yg Iosef ada di Red Circle, happen to be kelab hiburan 2 tingkat.
JW menyelinap masuk Red Circle, shoot semua orang macam main game PS4 ,headshot point tak terkira, fuh! Seriously hahahaha. Gila sharpshooter.
Dia bunuh Victor, kenalan baik Iosef dan dpt maklumat anak si Viggo tu dkt Bath House.
Scene action takyah ctelah, mmg worth watching. Takde chance langsung nk selamatkan diri. Teknik dan gerakan semua JW boleh baca tapi still tercedera, left abdomen.
Balik Continental, ada doktor yg mmg dlm dunia mafia(kot) rawat luka & bg painkiller pd dia.
3 pagi. Marcus aka kwn lama yg pada aku masa tu, unsure dia baik ke x, shoot dkt dlm bilik hotel JW utk sedarkan dia, ada seseorang mmburu.
Perkins. Ms Perkins. The girl who knows how to fight. Villain yg defeated akhirnya buka mulut utk selamatkan diri. " Little Russia. Church near Cannon Court. Place where he put his private stash. " - duit kotor milik Viggo.
Kejap je JW sampai church siangnya lepastu ugut paderi utk buka gate security dan bakar the vault. Lol!
Ashes to ashes. Kempunan member nak merasa duit haram.
Tak lama tu ada scene action gila2 punya sampai JW defeated dan jadi tahanan Viggo.
" PEOPLE DON'T CHANGE. TIMES, THEY DO. "
Power whoa ayat ni! Viggo yg cakap. Kuat falsafah ketua mafia ni. Huhuhu..
Time ni dpt tahu Marcus ni baik. Dia tembak org Viggo lps llki tua tu blah. JW berjaya lepaskan diri dari pergelutan dan kejar Viggo.
Dapat Viggo, ingatkan JW nk setelkan je llki ni tapi tak. Dia walked away with info yg Iosef ada di Safe house. Brooklyn. 434 Wallace Palace.
Marcus jumpa JW ckp bla-bla-bla pasal settle down. Tak lama lpstu dia kena dragged dalam satu rumah, kena bunuh dgn Viggo bersaksikan Perkins sebab betrayed dan langgar cardinal rule, settle.
Penamat Perkins, dia trima call dari Continental pergi ke 1 tempat, dtg 4 lelaki setiap penjuru pegang revolver, bersama Winston, " Miss Perkins. Your membership to The Continental has been by thine own hand, revoked! " Bamm! Empat2 org tu shoot dia serentak.
Viggo? Konon nak lari dengan heli tapi come on, JW kot. Kompom dpt kejar walau bagai nk gila shooting scene. Lama. Satu2 mati. Sampailah battle between JW dgn Viggo. No guns. No bullet.
Fight like a real man.
Last, Viggo mati dengan last word, " Be seeing you. "
Scene yang very fast moving.
Few flashbacks.
Finally, JW pegi vet, rawat diri, staple his open wound yg kena stabbed by Viggo dan bebaskan seekor anjing.
Dan itulah kisah John Wick yg kembali semula ke dalam dunia gelapnya kerana kematian Daisy, si anjing hadiah terakhir dari Helen.
The final gift.
Semblance of hope.
Opportunity to grieve unalone.


CHRIS EVAN in SNOWPIERCER

S N O W P I E R C E R (2013)
lakonan Chris Evan as Curtis Everett.
Arahan Bong Joon Hu, Korean people.
Durasi : To be precise 2 hours. 6 min lagi ending penghargaan.
Plot cerita : Dalam gerabak keretapi
Plot masa : 2014 (past), 2031 (present)
Analogi : Allegori (what you perceive tak bermaksud ianya adalah suatu kebenaran yang hakiki)
Video ni terlalu panjang sampai aku rasa kena cut tapi siapa kenal aku, aku tetap nak cuba jugak bercakap walaupun bakat aku tak hebat mana. Sebab the only thing yang aku selalu put trust dalam diri adalah practise makes perfect.
Kau nak baca,baca. Kau nak layan video aku bercakap,layan. Simple treatment.
Ok, back to apa yg aku nak sampaikan, movie ni adalah pengisahan dystopia yang berlaku dalam train. Suatu kawalan sosial yg berlaku dalam gerabak depan ke belakang. Belakang sekali of courselah yg darkness life punya cerita.
Dipendekkan cerita, Curtis memimpin satu revolusi dari gerabak belakang semata2 untuk menawan Wilford.
Masa Giliam(lelaki tua, so called wise man with wisdom) ni tanya apa yg Curtis nak buat kalau berjaya tawan gerabak hadapan yg menempatkan Wilford, dia macam tak pasti dengan apa yg akan dia buat. Bunuh? Jawab Curtis.
Gilliam balas, killing only continue this oppressive system. Lol!
Aku pun macam tak jelas dengan tujuan Curtin.
In fact, sampai ke akhirnya. Apa yang kau cuba nak ubah sebenarnya? Tak steadfast langsung niat dia.
For ur info, Wilford ni adalah pembina train yg juga merupakan penjaga enjin suci lagi abadi. Enjin tu lah yg menjadikan train yg mereka naiki tu terus menerus bergerak walaupun di atas landasan yg tak diselenggara.
Train ni kalau korg dgr video aku, adalah train yg tahan suhu sejuk melampau dan panas melampau. Bergerak dalam bulatan merentas dunia bertahun2 lamanya. Setiap tahun baru akan disambut ketika train melepasi Jambatan Yekaterina.
Demi nak merealisasikan revolusi, Curtis & survivors yg ada kena melepasi dari satu seksyen gerabak ke satu gerabak yg lain selepas dpt klu red note dalam block protein milik Timothy anak Tanya (perempuan middle age bkulit gelap) berusia 5 tahun yg tertulis nama Nam Koong Min Su (Korean people) pakar keselamatan yg ada di seksyen penjara dan seorang penagih dadah sintetik, Konole.
Dia ada anak perempuan nama Yona umur 17 tahun dan dia minta diorang bebaskan Yona sekali in order to fulfil the revolution.
Aku selitkan tahap gross blok protein ni adalah level paling menggelikan dalam skala yg ada, bayangkan benda alah tu diproses daripada lipas dan benda yg diorang makan tu adalah lipas. Wekkk! Nak muntah hijau dibuatnya.
Diorg travel dari gerabak ke gerabak sampai ke seksyen sbelum sampai ke bahagian seksyen bekalan air, diorang terpaksa tempuh masked man with an axe yg disalurkan dgn darah ikan (anti-coagulent).
Antara manusia yg menakutkan. Time ni fighting scene gila2 lepas Mason (menteri Wilford aka jurucakap) bagi arahan manusia ni utk pakai night vision teropong dan membunuh.
Walaupun at last diorang survive dlm pembunuhan yg very impossible to win ni, aku still merasakan yg thats all about luck.
Aku cepatkan penceritaan sampai ke part Curtis terpaksa buat pilihan antara Edgar yg hampir dibunuh dengan nak tawan Mason. Guess what, Curtis pilih utk tawan Mason dan Edgar si kawan baik dia ni mati.
Next, Mason tawarkan Curtis & the geng ni expedite way utk cepat sampai ke Wilford. Dari situ diorang lintas seksyen yg penuh tanaman hijau, lpstu satu ekosistem akuarium yg tertutup, sempat makan sushi yg hanya dibuat 2 kali setahun (Jan & Julai sahaja **noted dlm video aku tsalah sebut. Hehe), seksyen daging mentah, sampailah ke seksyen paling cerah dengan warna iaitu sekolah.
Sekolah ni tempat battle yg diorang kena survive lepas memerhatikan dakyah yg disebarkan. Menurut kanak2 kat situ, gerabak belakang adalah manusia pemalas dan suka buat hal sendiri. Pada diorg jgk, kluar dari train bermakna menempah kematian sendiri. Kt sinilah part alegori menjadi premis utama selain daripada penekanan ideologi distopia, capitalism dan feudalism.
Survive serangan dkt seksyen sekolah, Curtis tembak Mason lps tgok Giliam kena tembak mati, dia bergerak ke depan. Ke seksyen yg menempatkan klinik gigi, tempat ukur baju, luxury stuff, bar, salon, swimming pool. Like wow!
Sampai ke satu tempat berlampu warna kuning (shower room) satu pergelutan dan pembunuhan berlaku lagi dan yang survive hanya Curtis, Nam & Yona.
Diorg teruskan bergerak sampai ke gerabak last sebelum bertemu Wilford, Nam stop buka pintu.
Pada dia mission dia dh selesai tapi x pada Curtis. Dia nak berdepan dgn Wilford and worst thing he want to do is probably by killing that man without mercy.
Sampai part yang beberapa minit kebelakang ni memang banyak wisdom. Korang kena teliti dan fahamkan mengenai teori keseimbangan populasi dalam closed ecosystem, revolt, natural selection, buruh paksaan dan kenapa Wilford terpaksa lakukan oppression demi mengekalkan apa yang telah dia bina selama 18 tahun ini.
Pada yg tak tengok lagi, aku suggest korang tengok.
Ending dia biasalah bagai nak gila aku hadam walau tak seindah ending Hunger Games Mockingjay Part 2.
Mgkin penunjukan wujudnya polar bear dalam last scene adalah simbol hope.
Bak kata Presiden Snow dalam first series of Hunger Games,
" A little hope is effective. A lot of hope is dangerous. So contain it. "
Kisahnya relevan.
Khusus pada masyarakat kini, marhaen macam kita yg selesa duduk dalam dakyah feudalism.
Membiarkan orang atasan memikirkan dan memberi garis panduan tanpa kita sendiri cuba sedaya upaya memikirkan sesuatu. Aku admit, termasuk aku.
Kita takutkan percaturan kita silap.
Kita takutkan apa yang kita pertahankan musnah.
Kita terlalu takut keamanan yg kita ada tak dapat dipertahankan.
Kita selesa dalam circle yang kita ada.
Lupa yang masih ada manusia yang hidup dalam kegelapan mengharap tingkah keadilan dari pihak atasan.
Sehingga segalanya berlalu dalam bystander effect. Kita pilih untuk menolak-nolak daripada kluar membantu.
People just keep going. Avoid all pains & sacrifice.
Dari sentimen yang berbeza, buat aku terfikir, bagaimanakah nanti caranya kebangkitan Islam akan berlaku?
Bangkit selepas kemusnahan atau bangkit selepas berlakunya proses diplomasi yang panjang?
Whatever it is, one day we will have to face it.
Sekian.
My verdict : 8/10 


Song Lyrics Beneath Your Beautiful by Labrinth ft Emeli Sande

This song stuck inside my mind.
A beautiful song, guys. R&B ballad
Sixth single of Labrinth's debut album.


BENEATH YOUR BEAUTIFUL

You tell all the boys no
Makes you feel good yeah
I know you're out of my league
But that won't scare me away oh no
You've carried on so long
You couldn't stop if you tried it
You've built your wall so high
That no one could climb it
But I'm gonna try
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now girl, take it off now girl
I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight
You let all the girls go
Makes you feel good, don't it?
Behind your Broadway show
I heard a voice say please don't hurt me
You've carried on so long
You couldn't stop if you tried it
You've built your wall so high
That no one could climb it
But I'm gonna try
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now boy, take it off now boy
I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight
Oh, tonight
See beneath, see beneath,
I Tonight I
I'm gonna climb on top your ivory tower
I'll hold your hand and then we'll jump right out
We'll be falling, falling
But that's okay
Cause I'll be right here
I just wanna know
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now girl, take it off now girl
Cause I wanna see you say
Would you let me see beneath your beautiful tonight
Tonight, see beneath your beautiful
Oh tonight, we ain't perfect, we ain't perfect
Would you let me see beneath your beautiful tonight

My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella

Please refer the pictures down below guys!

Just want to show you how Sophie Kinsella separated the place plot inside this novel (My Not So Perfect Life)
A Londoner life vs Farm's Life.
How Katie so desperately want to keep up with her job at London (disclosure : living in a tiny room with no space wardrobe) rather than living peacefully at Somerset.
She even thought that being lame is better than looking broke.
She thoughts that Demeter (her boss who had random attitude that makes people tired to keep up with her) noticed her and that would be her calling card, but later where all things become worst, when Demeter who never ever could really remember her name, fired her just like that.
Cat (Nickname as Londoner) would never get a chance to pitch her the right idea.
Next, Cat going back to Somerset saying that she's in sabbatical to her stepmom and dad and since then she had built up a whole fictitious life.
They trust her just like that.
Then, Cat manage all glampings camp at her family's farm and the conflicts began when Demeter came to her place for vacation.
Is Demeter will noticed her at the first glance?
If she noticed, would she brag to Cat's dad that his daugther are unemployed from her company?
Or maybe Cat should use the chance by getting her job back?
Or is it Demeter- who potray the life that I am a woman who own everything -actually have such an idyllic life herself (Cat).
Well i've only read at Chapter 13 but this story is sooooo amazing!
I mean every single lines falls in a right place.
I dunno why but I kinda miss life during the time when I read her Shopaholic's series.
All the imagination created inside my mind just came alive like a movie.
Maybe I should find some time to have a good movie during free time.
😉