Pages

Thursday, 2 May 2013

ELIANTO - Product choice :D

ASSALAMUALAIKUM ^_^ beauties ...!

.ALHAMDULILLAH Allah masih sudi pinjamkan nafas untuk kita hari ini :)

so the topic for today is about ELIANTO. 
I'm sure mostly the girls tahu tentang produk Elianto ni. Khususnya untuk yang kaki-kaki make up tew..huhu..
Hair Care
Body Care
Colour Studio
Fragrance





Skin Care
Colour Makeup
Accessories

kalau korang nak tahu..
Elianto merupakan jenama produk kecantikan yang berasal dari bahasa Itali yang membawa maksud bunga matahari, dan ia diilhamkan menerusi kombinasi unik kecantikan yang ditonjolkan dan utiliti oleh lambang flora. Fokus utama produk Elianto adalah untuk melahirkan produk yang terbaik dan berkualiti untuk para pengguna setianya.
Elianto merupakan jenama yang telah lama menapak dalam dunia kecantikan iaitu sejak tahun 1990 lagi. Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia turut mendapat pasaran meluas di seluruh Asia seperti di Filipina, Singapura dan juga Kemboja.
Elianto ni sebenarnya bukan setakat jual barang make up je..diorang pun ada jugak set perfume,set penjagaan wajah dan macam2 lagi..

Set Penjagaan Wajah Lumino White Dari Elianto : 

Memutih Dan Cegah Pigmentasi Kulit! 




Kulit yang mengalami proses penuaan akibat terlalu kerap terdedah kepada sinaran UV cenderung untuk meningkatkan tekanan dalaman yang akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam. Usah biarkan tekanan dari persekitaran menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Memperkenalkan Sand Lily, satu penemuan baru dari sumber alam semula jadi yang berupaya mengurangkan kesan tekanan pada kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencegah pigmentasi.
Elianto, syarikat kosmetik terkemuka di dunia yang memberi tumpuan terhadap aspek inovasi, penyelidikan dan penghasilan produk-produk penjagaan kulit bermutu tinggi, adalah syarikat pertama yang menemui keajaiban Sand Lily yang berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam secara semula jadi. Rumusan formula yang cukup inovatif telah berjaya dihasilkan bagi memenuhi keperluan jenis-jenis kulit dengan iklim tropika. Melalui penemuan terbaru ini, Elianto merupakan jenama kosmetik pertama yang memanfaatkan khasiatnya menerusi penghasilan rangkaian produk pencerahan kulit yang canggih dan terkini, yang dikenali sebagai Lumino White.
Pastinya ramai yang mahu tahu apa istimewanya mengenai set penjagaan wajah Lumino White dari Elianto ini kan? Ini merupakan set penjagaan wajah yang pertama dari mereka kerana sebelum ini Elianto mengeluarkan set alat solek yang mempunyai banyak variasi.
Lumino White terdiri daripada 5 jenis produk berbeza iaitu Lumino White Intensive Essence,

Menghilangkan bintik-bintik hitam 
Kajian terbaru yang dijalankan oleh Elianto mendapati bahawa bintik-bintik hitam yang muncul di permukaan kulit terhasil akibat tekanan dalaman dan juga neuropeptida yang dialami.
Tekanan dalaman
Tekanan dalaman adalah tekanan yang terkumpul terlalu lama akibat proses penuaan dan juga disebabkan oleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Apabila kulit terdedah tanpa perlindungan yang sempurna, ia akan menghasilkan melanin berlebihan yang menjadikan kulit semakin gelap. Biosintesis melanin berlaku dalam melanosom, iaitu ruang sel yang kecil pada melanosit. Melanosit membentuk jejari dendrit yang panjang, yang bersentuhan dengan keratinosit di sekelilingnya, lantas menghasilkan pigmen melanin di dalamnya. Tekanan dalaman menggalakkan aktiviti keratinosit ini, yang akhirnya membentuk bintik-bintik hitam dan kesan-kesan penuaan.

Neuropeptida
Saraf-saraf pada badan kita menghasilkan agen penghantar iaitu neuropeptida yang merangsang dendrit untuk mengaktifkan sintesis melanin. Bagi kulit yang bermasalah akibat sinaran matahari, tindak balas antara saraf dan melanosit berlaku dengan lebih aktif, menyebabkan pembentukan melanin yang melampau, dan akhirnya menghasilkan bintik-bintik hitam serta menyebabkan berlakunya pigmentasi. Dengan memendekkan saiz dendrit yang membawa keluar melanin kepada keratinosit, tindakbalas bertentangan ini dipercayai dapat mengimbangi kesan neuropeptida dan merencatkan tindak balas antara saraf dan melanosit bagi mengurangkan penghasilan melanin.

Mengembalikan keserian kulit
Dirumus dan dihasilkan di Switzerland, melalui gabungan teknologi terbaru, Lumino White Series (Rangkaian Produk Lumino White) menggunakan dua ramuan aktif utama iaitu Sand Lily dan Vitamin PP dalam pendekatan dwi-prong untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan, serta mencegah berlakunya pigmentasi.
 RAMUAN UTAMA
 Lumino White Series mengoptimumkan manfaat sel-sel tumbuhan Sand Lily yang mampu mencerahkan kulit dan bertindak mengatasi kedua-dua punca dari dalam sel dan saraf yang membentuk bintik-bintik hitam akibat didorong oleh tekanan dalaman. Kaedah ini dapat mengurangkan proses sintesis dan penghasilan melanin.
 SAND LILY
Diakui antara jenis flora tercantik dari hutan Cretan, Sand Lily ditemui di kebanyakan kawasan utara pantai Chania yang terletak di Greece. Elianto merupakan syarikat pertama yang menemui kebaikan manfaat pati yang diekstrak daripada bunga berwarna putih ini selaku bahan neuro-aktif yang sangat berkesan untuk merawat bintik-bintik hitam dan menjadikan kulit cerah sekata.
Selain Sand Lily, satu lagi ramuan utama yang terkandung dalam produk ini ialah Vitamin PP di mana ianya mampu menghentikan proses penghantaran melanosom kepada keratinosit. Ia menjadikan kulit semakin bersinar dan berkesan mengecutkan dan memudarkan pigmentasi akibat faktor peningkatan usia, serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.
 VITAMIN P
Vitamin PP bertindak melindungi kulit dengan memperkukuh lapisan perlindungan dan juga meningkatkan daya tahan kulit. Vitamin dengan pelbagai fungsi ini juga memastikan kulit sentiasa bersih, mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mengekalkan kelembapan kulit dengan sempurna.

Haa..tapi dali belum cuba lagi la..sje promot je..tak sempat nak keluar pegi stokis elianto lagi nak jenguk2 produk baru..hehe :D

Saban musim jenama Elianto akan memperkenalkan produk terbaru dari jenamanya dan berikut merupakan 4 produk terbaru yang ditampilkan oleh Elianto untuk musim kali ini :
Luminous Shadow

Pembayang mata “Luminous Shadow” ini mengandungi tekstur baldu fros yang kekal sempurna dan mampu membangkitkan aura elegan dan glamour si gadis sepanjang hari. Menampilkan tiga rona metalik yang cantik mampu menampilkan kejelitaan sebenar wanita Asia.
Ardour Shadow
Pembayang mata “Ardour Shadow” ini mengandungi tekstur licin dan lembuat. Tekstur terbaru ini mampu membangkitkan aura pesona dan jelita buat si gadis. Menampilkan tiga rona yang lembut, mampu memberikan kesegaran dan keceriaan dalam penampilan harian setiap penggunanya.
Sensation Fragrance
Wangian terbaru dari Elianto ini menampilkan haruman berupa bunga-bungaan yang penuh dengan kemanisan dan sifat feminin. Haruman ini mampu menonjolkan aura sensasi dan kelembutan buat si gadis. Bekasnya yang bermotifkan “diamond” memberikan element elegan serta mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
Shine Up Lipstik
Gincu bibir yang didatangkan dengan tiga rona baru ini mampu memberikan solekan semulajadi buat si gadis. Gincu yang mengandungi formulasi SPF 15, anti-oksidan dan kolegan ini mampu memberikan kemasan yang lembut, berkilat dan kelembapan bibir yang berpanjangan. Oleh itu, tiada lagi kegusaran masalah bibir kering.

Elianto ni takdela mahal sangat..affordable..harganya tak mahal dan tak murah sangat..lagi2 yang members tu..Diorang ni selalu jugak buat sale and for spe2 yang members tu korang sangatla beruntung sebab seminggu before and after besday korang,korang akan mendapat 30% discounts..even takdela banyak mana,tapi haritu dali angkat jugak mascara,concealer dengan eyeliner..hee :D
Halal tak? Alhamdulillah.,beautician kat kiosk Elianto tu cakap produk ni halal digunakan :)






cute2 je barang Elianto ni..memang sesuailah untuk girls..kan3?
salesgirls diorang pon ok,peramah and sabar layan dali tanya itu,ini..nak try mcm2..tapi yang belinya benda lain..sabar ye kak.. :) 

next,dali nak share TIPS AND TRENDS HOW TO MAKE UP from elianto.biz,
Choose and apply a concealer that is one shade lighter than your foundation.
Dot it on over any blemishes or under-eye circles and blend with your fingertips or a makeup sponge.
If your concealer tends to cake, apply eye cream first.
Choose and apply foundation that matches your skin tone color.
Apply it in dots over the central part of your face, and then blend it out with a makeup.
sponge or your fingertips until it covers your entire face and neck.
Use a loose or pressed powder to keep foundation and concealer on longer.
Use pressed powder to touch up as and when needed.
Next is to do the eyebrows with eyebrow pencil.
Choose a color similar to your hair color for natural look.
Make sure that the pencil point is very sharp.
Use short, even, quick strokes, going in the direction that the hair grows.
Use the angled brush to blend it into your brow.
You may choose to start with three colors of eye shadow: light, medium and dark.
Use the dark only to line your upper eyelid, in a fairly thin line along the upper lashes.
Use the medium shade for the crease and the lightest shade for the area under the eyebrow.










Apply eyeliner
Use liquid eyeliner or an eyeliner pencil, and line the lower lid below the lashes.
Line only the outer two-thirds of the lower lid, or all the way across if you're trying to achieve a darker look.
Line all the way across the upper lid (just above the lash line and as close to the lashes as possible), or start the line where your lashes begin.
Apply mascara to upper and lower lashes, in two thin coats to avoid clumpiness.
Choose brown mascara if your coloring is fair; black or brown-black works well for darker coloring.
Or try colored mascara for special occasions.
Smile to find the apples of your cheeks, and apply blush to the apples or below, whichever you prefer.
Choose a lipstick color that's suited to your skin tone and that's perfect for your day look.
You may mix colors and textures to suit your moods and your outfits.
Apply lip liner after lipstick
That way you won't end up with a dark circle of lip liner after your lipstick has worn off.
Avoid combining very dark lip liner and pale lipstick.
memandangkan tips ni dalam english,so,if ada yg korang tak faham tu rujuk dictionary ya.. ^_^
I think thats all for this entry..sehingga berjumpa lagi :)
                                               WASSALAM..~~

Wednesday, 1 May 2013

ALHAMDULILLAH :)

ASSALAMUALAIKUM to all readers :)

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH. ..dapat bertemu lagi dalam entri yang baru setelah berhabuk blog ni terbiar tak ber update..
ALHAMDULILLAH akhirnya dali mendapat balik nikmat kesihatan setelah berhari-hari hilang nikmat yang besar itu.
ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat Ilahi selamat pulang ke UMT untuk menyambung semula apa yang sudah terbengkalai..
ALHAMDULILLAH..satu persatu kerja dapat diselesaikan walaupun terlewat dateline..redha jela..yang penting submit..
ALHAMDULILLAH..dapat meluangkan masa sejenak bersama keluarga tercinta..
ALHAMDULILLAH..semangat yang hilang datang kembali..
ALHAMDULILLAH ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepada hambaMu yang hina ini untuk meminjam oksigenmu..agar dapat kutambah amalan yang tak seberapa ini..
ALHAMDULILLAH kerana mengurniakan sahabat yang baik dan setia..
TERIMA KASIH...kerana hadir saat aku memerlukan...

THANKS TO ALL..I LOVE U ALL BECAUSE ALLAH !

                                                     WASSALAM ~~

Thursday, 18 April 2013

PROFILE PROPHET MUHAMMAD S.A.W :)


ASSALAMUALAIKUM...
AHLAN WASAHLAN :)
Topik kali ni santai2 je..just nak kongsikan apa yg dali bce from this website http://www.mygosip.org/nabi-muhammad-saw-profile-or-biodata/
Dalam pada seronok2 ni,kadang2 kita perlu juga muhasabah diri.Dunia sekarang ni kalau kita lihat,anak2 muda bnyak mengagung2kan artis..tanpa sedar sebenarnya budaya itu telah mengikis ingatan dan cinta terhadap prophet Muhammad S.A.W.Yang menyedihkan bila ad yang seakan2 tidak tahu langsung tentang sirah kenabian..
therefore,ini dia biodata pakwe dali ^_^
 Nama komersial: Nabi Muhammad SAW
Nama sebenar: Muhammad bin Abdullah
Nama timangan: -
Adik beradik: -
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib
Nama ibu: Aminah binti Wahab
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah)
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Agama: Islam
Bangsa: Arab
Status: Berkahwin
Isteri Nabi Muhammad SAW:.
1) Khadijah Binti Khuwailid
2) Saudah Binti Zam’ah
3) Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4) Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6) Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab Binti Jahsy
8)Maimunah Binti Harith
9) Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10) Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
Anak-anak Nabi Muhammad SAW:.
1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Al-Zahra’
8)Halah bin Hind (anak tiri Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah)
Tinggi Nabi Muhammad SAW: -
Berat Nabi Muhammad SAW: -
Pendidikan: -
Kerjaya: -
Biography Nabi Muhammad SAW:.
USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
*Sila tinggalkan comment jika anda ingin menambah atau memperbetulkan biodata Nabi Muhammad SAW.
see ya ! 
                                                            WASSALAM ~~

Tuesday, 16 April 2013

EKSPEDISI BERAKIT MERENTASI SUNGAI NENGGIRI dan PROGRAM JIWA MURNI :)



ASSALAMUALAIKUM..
weehoo !
how are you ?
harap korang semua sihat2..

Cuti mid sem yang best ! thats it !
Nak tercabut skru tgn bak hang..haha..tahu sebab apa? dali duk berakit selama 3 hari merentasi Sg Nenggiri..first2 tu agak excited la jgk..bkn main semangat duk kayuh rakit..tak berhenti2..mana taknya,dari rakit yang terkebelakang akhirnya kami berjaya memintas rakit2 yg lain sehingga menjadi antara rakit yang terawal sampai..hihi.AWESOME rite?
enjoy sangat eventhough badan lenguh2..cuba u'olls bayangkan at first dali ingatkan rakit kitorang mcm ni ;

cewah..mcm style je kan..
tapi sebenarnya kitorang naik rakit ni;

uwaa..payah whoa..yang tak boleh lupanya bila tiub kami bocor sebab terlanggar batu..tapi still  tak putus asa..kami tetap berjaya memintas rakit2 yang dah jauh tinggalkan kitorang tu..

sedar tak sedar rupanya kami telah berakit sejauh lebih 70km..u'olls bole bayangkan betapa jauhnya kami berakit..dengan menggunakan tenaga tangan! memang ber 'muscle' la kan tangan tu..huhu

tempat first kami relax-relax after berakit lebih kurang 3 jam adalah di Gua Cha yg mne merupakan salah satu tempat tinggalan sejarah.Kat situ,kami solat and masak ration(makanan tentera).

lepas dah makan and solat,kayuhan diteruskan lagi..semangat masih kental dan tenaga kayuhan masih kuat.
kemudian pada malam pertama kami bermalam di.....alamak tak ingat la pulak..Kuala Jendera kot..hehe kat situ khemah didirikan..badan yang meronta-ronta nak baring ni memang ikutkan hati dah lama nak tido tapi sebelum tu kitorang mandi,makan and mendengar sedikit taklimat dari jurulatih.
Keesokan harinya,kami berakit semula.Sebelum tu,kami diguide oleh KESEDAR TRAVEL for jungle trekking activity.boleh tahan jauh jgkla trek tu.
Sempat lagi satu grup ni berposing dekat gua melepaskan lelah. :)

after that,kami floating beramai-ramai ke tapak perkhemahan.
setelah itu,rakit pada hari kedua pun bermula.

Pada hari kedua ni,kami akan berakit sehinggalah ke Perkampungan Orang Asli Pos Pulat,Gua Musang.

fuhh..lega sangat dapat tengok pembangunan..
kami bermalam selama lebih kurang cincai2 dlm 2 hari la cmpur dengan Program Jiwa Murni kat sini.

Kalau tengok anak-anak orang Asli kat sini memang kesian sgt..diorang ni xdela daif ke apa tapi tak tahula kenapa perasaan tu wujud..kecil2 lagi dah duduk asrama..lepastu ada yang tak pakai kasut..
yang surprisenya,dali tak sangka kat kampung ni ada bnyak infrastruktur even takdela canggih cm kat felda but at least ok untuk diorang sama2 merasa pembangunan.

Malam di Pos Pulat,diadakan BBQ dan tarian sewang.
geng-geng BBQ

Alatan muzik untuk tarian sewang,tarian tradisi Orang Asli

turut memriahkan tarian sewang

kawan-kawan bersama jurulatih2



happy sangat dapat bergelak ketawa and have some fun pada malam tu selepas penat berakit tak pada 2 hari sebelumnya.Kebetulan baki ayam yang dibakar banyak lagi,so,kitorang yang bertugas sentri malam tu pun membalun sambil menjaga keselamatan tapi tu pon tak habis lagi..huhu

Hari terakhir di Pos Pulat,kami bersama-sama melaksanakan aktiviti Program Jiwa Murni yang mana kami serba sedikit telah membersihkan kawasan sekolah,surau,balairaya,mengecat,membaikpulih dan memberi sedikit sumbangan berbentuk pakaian dan pelbagai lagi kepada masyarakat perkampungan ini.
Tapi yang paling kelakar sewaktu kat sini bila dali nak masuk tandas tapi sebelum tu ada sorang cikgu lelaki keluar dari tandas tu.Apa lagi,memang terkejutla..memang dali buat muka pelik sgt..tahu apa cikgu tu ckp kat dali..
Sebenarnya sekolah ni tak ada cikgu perempuan,jadi semua tandas guru adalah tandas guru lelaki..
haha..tergelak sambil berfikir..tak pernah jumpa lagi sekolah yang pentadbirannya semua lelaki but then realised yang dali sedang berada di sekolah orang asli.Kalau ada cikgu perempuan yg ditransfer pun mesti sekejap lepastu terus ikut suami,..alahai..

orang cakap,tak lengkap datang ke perkampungan org asli kalau tak belajar menyumpit.
So sebelum berakit ke Masjid Setelu yg merupakan checkpoint terakhir ekspedisi berakit ni,kami telah ditunjukkan demonstrasi menyumpit dan menyumpi secara praktikal.
konon2nya tempat target..hampeh je..dali sumpit tak kena pun..

ala-ala cmnila cara menyumpitnya
lepastu kami teruskan berakit.
Akhirnya,...................

PEACE !! 
sampai jugak kat Masjid Setelu..
Nak balik! nak balik !

dengan tak sabarnya terus capai fon dan giat mencari line enset.Alhamdulillah kat kg tu ada line maxis.Maka bertubi2lah mesej masuk kedalam inbox..huuu rindunya ... :)

Kami membersihkan diri di masjid dan bertolak pulang.

special dedicated : 
Alhamdulillah..safely arrived at UMT and In sha Allah bertolak balik ke rumah jam 10 pagi nanti..Berakit is like a WOW ! we've made it..More than 70 km's berakit selama 3 hari and terasa nak tercabut skru2 kat tangan ni but still we can maintain our energy and the important is our SPIRIT ! ^_^ a lot of thanks to my grup ( cc : Pn Fiffy Nursyafida , Tn Nazim Othman , PnPatriscia Kaching , Louisleo Goh , Memedihkan Kepedihan aka leading Zamri ) cuz kita bersama-sama berjaya menamatkan ekspedisi ini dengan jayanya bersama semangat kayuhan yang tidak luntur eventhough ada satu tahap kita tetap push walaupun dah tak larat..hihi
So after this,mode HOLIDAY + mode MENSETTLEKAN ASSIGNMENT is TURN ON !! yeeha !

Thats all from dali ^_^
till we meet again.
                                                       WASSALAM ~~
                                            



Friday, 5 April 2013

Novel :D


ASSALAMUALAIKUM wbt :)

Nampaknya hostel UMT semakin menyepi berikutan cuti mid sem telah bermula.
Ada yg dah balik lebih awal dari semalam..untungla..hehe.muka bangga je seret beg roda tu. :P .tinggallah yang mana beli tiket lambat,yang ada event and kami(the palapes)..huhu..

Berkenaan dengan cuti yang cuma seminggu je ni, 3 Hari daripada cuti tersebut itu diperuntukkan khas untuk join aktiviti berakit merentasi Sungai Nenggiri,Kelantan under Palapes..woohoo! so excited !!
 actually cuz this is my 1st time berakit.. ^_^ tak tahu la macam mana nanti..just wait and see..

Then,another 4 or 5 days,the holidays akan diisi dengan aktiviti membaca novel ! :D waa..tak sabarnya nak baca novel.
Kebetulan ada lagi beberapa keping Baucer buku 1 Malaysia yg tak digunakan lagi so..kompem akan ada yg diperuntukkan untuk membeli novel..



as all you alls know,dah jadi trend sekarang,pembikin drama and filem banyak adaptasi novel dalam drama atau filem arahan diorang.My opinion is simple..Penulis novel kita tulis cerita yang best eventhough cliche je kbnyakkannya..

Kalau dulu tajuk2 novel cam jiwang je..kompem2 ada perkataan CINTA,RINDU,SAYANG,KASIH..
tapi zaman dah maju,dunia dah berubah..
tajuk novel sekarang lek2 je..
sebagai contoh : 1) sebenarnya saya isteri dia
                         2) suami aku ustaz
                         3) biniku gangsternya
dan banyak lagi.

Cerita-cerita mcm ni semakin menjadi ikutan.Even adik dali yang tak pernah nak pandang novel pun terusik juga jiwa dia nak baca novel bila tengok tajuk novel yang sempoi2 ni.
Actually,tajuk biasanya perkara pertama orang akan refer before buat keputusan nak membeli.Then,diorang akan tengok sinopsis.Menarik ke tak,best ke tak.Biasanya tu lah first impression pembaca novel.
Well,dali jarang la tak puas hati dengan novel yang dali beli sebab semuanya best2..hee :D

Terdapat banyak pembaharuan yang telah berlaku dalam dunia penulisan novel.Penulis-penulis novel pula semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan.. ( cewah,nampaknya sedang mengaplikasikan ayat SPM dulu :P ).
Tapi sebenarnya kalau kita nak bandingkan novel dahulu dengan novel sekarang,tak adalah jauh sangat beza nya..balik2 tema yang diketengahkan adalah CINTA,PERGOLAKAN KELUARGA,KORPORAT,CINTA TERHALANG,CINTA BERSEGI2 dan pelbagai lagi.

Yang bagusnya,novel2 ni tak adalah fully orang cakap kalau cinta,100% cinta..No! please la jangan narrow your mind especially to people yang bila tgok orang baca novel mesti buat muka tah pape..haha :D
Novel2 Malaysia banyak menyelitkan informasi,ilmu,tips,petua,rencah kehidupan yang boleh kita apply in our daily life.Seriously dali paling suka baca novel yang watak dia ada nama Carl Zafran dengan Nurul Iman.Tajuk ceritanya tak berapa nak ingatla..Cinta Pertama kot..last 4 years ago dali baca cerita tu..sumpah best..dali khatam sampai 5x ( ops!  khatam Quran pun xbyk tu )..hehe..banyak info dalam cerita tu kalau korang baca and hayati.

Novel ni selalunya orang akan kaitkan dengan perempuan..eh come on lah..lelaki pun ada je yang baca novel..If korang xnak baca cerita jiwang2,penulis novel horror kat Malaysia ni dah terbitkan bersiri-siri cerita Horror,suspens. Sbagai contoh:  Ramlee Awang Murshid .Karya tulisan beliau memang superb.Sangat mnarik. :)

Therefore,di sini dali nak menyeru rakan-rakan semua to support penulis novel,hayati penulisan mereka and jadikan amalan membaca sebagai hobi anda :)


to all my friends yang dah selamat tiba di rumah tu,HAPPY HOLIDAYS bersama assignment ya ! ^_^
Thats all from dali.Kejap lagi nak packing barang! weehoo!!

                                                               WASSALAM~~